Here I freely share my thoughts. Likewise please feel free to comment or criticize.
Monday, April 30, 2007
Teori saya berkenaan sindeket membeli undi dari bilangan 143 kertas undi yang tidak dikembalikan semasa Pilihanraya Kecil Ijok baru-baru ini rasanya semakin kukuh apabila berpeluang melihat Borang SPR 760 iaitu kertasa helaian mata bagi Pilihanraya Kecil ini.
143 kertas undi yang tidak dikembalikan itu rupanya tidak berlaku secara menyeluruh di semua daerah mengundi Ijok. Ia cuma berlaku di dua dari 9 daerah mengundi iaitu di Jaya Setia dan di Pekan Berjuntai Bestari Utara.
Di Jaya Setia, ia cuma melibatkan 1 kertas undi yang tidak dikembalikan iaitu di saluran 1 Sekolah Kebangsaan Jaya Setia. Jumlah kertas undi yang dikeluarkan di saluran berkenaan adalah sebanyak 305. 1 kertas undi yang tidak dikemablikan mungkin kecil tetapi tidak di Pekan Berjuntai Bestari Utara.
Di sana ia cuma melibatkan satu saluran iaitu saluran 4 yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Batang Berjuntai Di saluran ini sebanyak 500 kertas undi telah dikeluarkan, anehnya hampir 30% tidak dikembalikan iaitu sebanyak 142 bilangannya. Bayangkan di satu saluran mengundi bilangan kertas undi sebanyak itu hilang dan tidak dikembalikan, tidakkah ini membangkitkan syak-wasangka dan kemusykilan?
Di daerah mengundi ini peratus pengundinya menurut pecahan kaum adalah Melayu 17.5%, Cina 31.1% manakala India 51.4%.
Saya yakin terdapat manipulasi antara pihak-pihak tertentu disaluran ini sehingga mengakibatkan hilanya kertas-kertas undi berkenaan.
Sekadar untuk renungan pada jam 2petang di hari mengundi berkenaan BERNAMA melaporkan bahwa jumlah yang telah keluar membuang undi di DUN Ijok adalah sekitar 50%. Bagaimana dalam masa 3 jam peratus yang keluar mengundi boleh melonjak lebih 30%? Sedangkan pada hari tersebut cuaca di Ijok disebelah petangnya muram dan dijangka hujan, mengapa 30% pengundi ini memilih untuk keluar juga sebelah petang?
Selagi pihak SPR dan lain-lain yang berkepentingan tidak menyiasat secara mendalam kejadian ini maka selagilah itulah kredibilit SPR dan kerajaan akan terus menjunam dan pilihanraya di Malaysia kelak akan dianggap tidak lebih bagaikan sarkas sekadar menghibur tetapi tidak lebih dari itu.
Pihak SPR mengumumkan bahawa dari 10,195 undi yang dikeluarkan oleh pihaknya dalam Pilihanraya Kecil Ijok Sabtu lalu, 143 kertas undi tidak dipulangkan. Dan menurut mereka bilangan itu merupakan jumlah tertinggi dalam rekod. Menurut Setiausaha SPR adalah merupakan satu kesalahan berdasarkan Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihanaraya 1954 untuk tidak memulangkan kertas-kertas undi yang dikeluarkan.
Apabila ditanya bagaimana kejadian ini boleh berlaku, Setiausaha SPR menurut BERNAMA berkata:
The EC is unable to do anything. The booth to mark the ballot paper is a private place. If the voter keeps the ballot paper as a souvenir, there is nothing we can do.
SPR tidak dapat berbuat apa-apa. Petak mengundi adalah tempat sulit. Sekiranya pengundi memilih untuk menyimpan keras undi itu sebagai cenderamata, tidak ada apa yang boleh kami lakukan.
Apa reaksi anda apabila membaca berita ini? 143 kertas undi yang dikelaurkan pada hari mengundi, kepada pengundi yang hadir, tiba-tiba boleh berlaku ianya tidak dikembalikan. Apa yang boleh anda baca dari kejadian ini?
Saya tidak tahu dengan yang lain tetapi berikut bacaan saya (berdasarkan kepada audio mengenai pembelian undi yang terpapar dalam laman sahabat saya Sdr Anuar Md Nor di http://www.umno-reform.com/ ):
Terdapat satu sindiket besar yang terlibat memperalatkan 143 kertas undi ini, bagaimana?
PERTAMA 143 kertas undi ini samada telah siap berada dalam tangan PEMBELI UNDI atau dikeluarkan oleh 143 pengundi.
KEDUA Sindiket akan memangkah BN pada kesemua 143 undi yang dikeluarkan ini.
KETIGA Sindiket akan mendekati melalui kakinya sejumlah para pengudi yang dikenal pasti. Jaringan 143 orang kaki sindiket ini akan mengunakan para pengundi yang dikenal-pasti iaitu dengan menyerahkan kertas undi yang bertanda BN ini kepada mereka untuk dibawa masuk ke bilik mengundi.
KEEMPAT Pengundi akan masuk ke bilik mengundi, menerima kertas undi baru tetapi memasukkan dalam peti undi kertas yang telah sedia dipangkah sedangkan kertas mereka akan dibawa keluar tanpa pangkah
KELIMA Kertas undi yang dibawa keluar tanpa pangkah akan diserahkan kepada sindiket dan pengundi tadi akan menerima habuan, kalau mengikut audio dalam Umno Reform sogokannnya adalah tunai RM150.00
KEENAM Seterusnya kertas undi yang dibawa keluar itu akan dipangkah pada ruangan BN dan proses di atas diulang kembali. Sekiranya kitaran atau cycle ini berulang 10 kali bermakna BN telah terjamin dengan 1,430 undi (soalnya berapa kalilkah cycle ini telah diulang-ulang di Ijok Sabtu lepas?)
KETUJUH Cycle ini akan berakhir apabila waktu mengundi tamat dengan 143 kertas undi yang divbawa keluar oleh jaringan pengundi terakhir diserahkan kepada sindiket.
Mungkinkah ini yang sebenarnya telah berlaku di Ijok Sabtu lepas?
Apalah sangat RM150 satu undi bagi mereka jika hadiahnya adalah memenangi satu kerusi dan menewaskan pihak pembangkang.
Ini cuma teori saya, ia mungkin benar dan mungkin juga tidak. Tetapi tindakan yang mengakibatkan 143 undi tidak dikemablikan di Ijok adalah sesuatu yang tidak rasional, tidak masuk akal, mustahil boleh berlaku kecuali sesuatu sebesar teori saya ini dirancang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab!
Kenyataan SPR bahawa kononnya kertas-kertas undi ini dikeluarkan oleh mereka yang mahu menyimpannya sebagai cenderahati adalah kenyataan yang paling tidak masuk akal, takkanlah setakat itu sahaja kemampuan SPR untuk memikirkan rasionalnya tindakan ini.
Apa pun pihak-pihak yang memiliki kepentingan perlu melihat perkara ini secara serius dan menuntut agar suatu penyiasatan diperingkat tertinggi segera diadakan. Jika teori saya ini ada asasnya bermakna pilihanraya di Malaysia sudah tidak telus lagi malah telah diperkosa dengan penipuan paling besar yang akan meruntuhkan institusi demokrasi dan pilihanraya yang sama-sama kita dokong selama ini.
Mohon disiasat!
Sunday, April 29, 2007
Buat pertama kali di sini saya terpaksa bersetuju dengan tajuk akhbar MINGGUAN MALAYSIA yang berbunyi:
BERAKHIRNYA KEADILAN?
Tanpa pembuka dan penutup kata pada perkataan KEADILAN bermakna tajuk akhbar milik Umno ini akhirnya mengakui bahawa Pilihanraya Kecil di Ijok merupakan petanda berakhirnya nilai keadilan dalam sistem politik dan pilihanraya negara.
Mungkin berita penuhnya tidak bermaksud demikian tetapi tajuknya bagi saya adalah satu kenyataan yang tepat terhadap apa yang berlaku sepanjang temph berkempen di Ijok sehinggalah pengumuman kejayaan besar BN semalam.
Tidak ada satu akhbar pun melaporkan kejadian membelasah petugas PAS yang membantu calon PKR sehingga seorang masih terlantar di ICU Hospital Sg Buloh. Seorang lagi pecah kepalanya dan menerima 18 jahitan. Yang di ICU itu saya difahamkan patah tulang rahangnya kerana disepak dan dipijak, kemungkina kecederaan itu menjejaskan bahagian sensitif di kepala termasuk otaknya.
Yang mereka highlightkan kononnya keganasan penyokong PKR menahan dua buah bas di Bukit Badong semalam. Jika anda menonton klip video di Malaysiakini anda dapat melihat betapa samseng-samseng Umno menyerbu kumpulan PKR itu dan Sdr Ezam sendiri ditolak, ditarik dan terpaksa berlari-lari mengelakkan diri dari diserang mereka, semuanya berlaku di bawah batang hidung pihak polis!
Memang KEADILAN SUDAH BERAKHIR tetapi KEADILAN yang dimaksudkan bukannya PARTI KEADILAN RAKYAT tetapi nilai dan makna keadilan itu sendiri. Ianya berakhir dan mati angkara biadap para penyokong BN khasnya dari Umno yang kini sudah mengamalkan politik hutan rimba, memukul dan membelasah siapa sahaja yang lalu di hadapan mata mereka. Mengamalkan rasuah dan politik wang bagi membeli undi tanpa memperdulikan undang-ndang dan peraturan. Sekiranya anda mengunjungi alma web umno-reform, ada dikepilkan rakaman audio perbualan telefon antara seorang Cina dengan seorang Petugas di Bilik Gerakan Umno mleka di Jaya Setia yang menwarkan RM150.00 untuk satu undi bagi BN.
Inilah modal insan yang dilahirkan oleh Dollah Badawi dan konco-koconya.
Saya memang sedih dan kecewa dengan perkembangan ini namun tidak sekali-kali akan berputusa-asa. Saya menerima banyak sms, email dan sahabat-sahabat yang menelefon dan berjumpa memberikan dorongan agar meneruskan perjuangan. Memang insyallah kita akan teruskan kerana perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran ini sesungguhnya tidak pernah mudah dan diberikan percuma.
Jika KEADILAN SUDAH BERAKHIR ditangan BN maka kita perlu memikul tanggungjawab untuk menghidupkannya semula. Jihad ini perlu diteruskan, sesiapa yang patah semangat dan tidak dapat pulih dari kekalahan ini, beri dan buka laluan kepada mereka yang lebih bertenaga dan istiqomah.
Perjuangan ini menuntut idea-idea dan pendekatan baru dan berani bagi menghadpi budaya hutan rimba Umno dan BN ini. Rasulullah saw tidak pernah berputusa asa setelah dihalau dari Taif dengan hujanan batu yang mencederakan batang tubuhnya, begitu juga tidak pernah berputusa asa setelah kecundang di Uhud. Rasulullah melangkah ke hadapan lebih berani lagi dan akhirnya merangkul kejayaan buat kita semua sehingga ke hari ini.
Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim semalam bahawa kelahan ini bukan satu noktah untuk perjuangan tetapi satu koma, dan ia akan terus dipacu ke hadapan.
Sebagaimana yang diucapkan oleh Tuan Guru Presiden PAS di Ijok, wang bukan segala-galanya dalam politik, wang mungkin boleh membeli undi tetapi wang juga boleh mencetuskan masalah dan akhirnya membunuh mereka yang memberinya itu.
Ijok menandakan BERKAHIRNYA KEADILAN, tetapi bukan berkubur. Kita para pejuang yang ikhlas dan istiqomah akan menjulang kembali panji-panjinya dan mara ke hadapan demi menebusd maruag agama. Bangsa dan negara.
Saturday, April 28, 2007
Keputusan tidak resmi: K. Parthiban mewakili BN dari parti MIC menang di Ijok.
Menurut keputusan awal sebahagian besar pengundi Melayu yang dalam pilihanraya umum 2004 lalu mengundi PKR kini beralih kembali kepada MIC (BN).
Saya secara peribadi terlalu keciwa dengan keputusan ini, yang saya rasakan satu petunjuk betapa minda orang Melayu telah berjaya dicanai dan dibentuk menurut dan taat pada kemahuan dan kehendak Umno BN.
Sekali lagi saya mengulangi bahawa pilihanraya kecil merupakan yang terkotor dalam sejarah Malaysia Merdeka. Saya melihat dengan mata kepala sendiri betapa para [erayu undi BN yang rata-rata terdiri dari pemuda Melayud engan angkuh dan sombong terpekik-terlolong dan secara terang-terangan menendang kereta-kereta yang membawa poster atau bendera PKR. Ada diantaranya secara berani mencabut bendera PKR yang dikibarkan oleh kereta yang lalu-lalang lalu memijak-mijaknya.
Ternayta pihak polis seolah berlepas tangan dalam menghadapi intimidasi dan sikap kurang ajar para penyokong BN khasnya dari Umno terhadap penyokong BA.
Saya sempat mendengar cerita dari 3 dari 5 orang Pemuda PAS yang telah dibelasah, seorangnya hampir separuh mati (kini di ICU Hospital Sg Buloh) awal pagi tadi oleh petugas Umno di hadapan Rumah Umno Kelang di Simpang Tiga Ijok. Menurut mereka, sebilangan besar petugas Umno ini telah menyerbu dan membelasah mereka dengan kayu dan besi dan yang paling parah telah dipijak dan disepak bagaikan binatang.
Yang sidehnya menurut mereka tindakan biadap penyokong Umno Kelang ini terus berlaku walaupun setelah pihak polis sampai!
Saya difahamkan Naib Presdien PAS yang juag merupakan Pesuruhjaya PA Selangor Dato Dr Hasan Ali akan mengetuai rombongan bertemnu Ketua Polsi Negara bagi menyatakan kekesalan pihak PAS terhadap kegagalan pihak polis menagwal keadaand an keselamatan para petugas parti semasa pilihanraya kecil ini.
Kepada para petugas BN khasnya dari Umno yang bermati-matian berhempas-pulas memenangkan K. Parthiban, syabas diucapkan. Khutbah Jumaat di Ijok pun memaksa khatib menyarankan bahawa harus memilih pemimpin yang bukan Islam kerana menghormati kontrak sosial.
Putera Umno mendoakan kejayaan calon BN
Amin Ya Rabbal Alamin
Suasana di seluruh Ijok agak tegang terutama apabila para perayu undi BN yang rata-rata terdiri dari Pemuda Umno begitu ghairah menunjukkan belang masing-masing. Pagi tadi sebilangan para petugas PAS telah dibelasah sehingga ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital Sg. Buloh angkara keganasan puak Pemuda Umno ini.
Saya menyaksikan antara kepala yang mencetuskan ketegangan adalah individu yang sama yang didakwa oleh Jeff Ooi membelasah pembantunya tempoh hari sewaktu hari berkempen bersama Tan Sri Khalid.
Para pengundi mulai keluar secara steady sejak awal pagi dan cuaca di Ijok redup sepanjang pagi dan dijangka hujan di sebleha petang.
Jentera petugas BA masih belum dapat memberikan apa-apa angka positif setakat ini, kita masih menunggu angka-angka yang belum selesai diselaraskan.
Berdoa terus berdoa insyallah.
Friday, April 27, 2007
Inilah Pilihanraya Kecil yang paling tempang, berat sebelah dan buruk yang pernah saya saksikan sepanjang hidup saya. Memang dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini parti-parti pembangkang sering menjadi mangsa kerakusan dan keangkuhan Barisan Nasional yang akan mengunakan apa sahaja yang mampu dicapai oleh tangan kotornya untuk terus berkuasa, namun dalam kes Ijok ini kegilaan mereka adalah pada tahap luarbiasa.
Amalan demokrasi yang sepatutnya dijelmakan dalam proses pilihanraya kita semakin terhakis dan dalam kes Ijok ia hampir sahaja lemas dan mungkin juga telah mati angkara keganasan yang melampau oleh pihak BN.
Tidak cukup dengan itu pihak BN telah mengerahkan agar setiap inci jalan yang ada di bumi Ijok diturap semula dan jika perlu dilebarkan bagi tujuan memenangi undi. Perhentian-perhentian bas segera naik dalam sekelip mata begitu juga lampu-lampu jalan dan traffic light. Pemimpin-pemimpin tertinggi mereka dengan sewenang-wenangnya, tanpa memperdulikan apa sahaja peraturan yang ada, meluluskan peruntukkan disana-sini dalam kadar jutaan ringgit, dari sekolah-sekolah, masjid, surau, padang permainan, dewan orang-ramai dan kemudahan awam di estet-estet, semuanya dilimpah dan dipunggahkan semata-mata untuk mengalahkan calon PKR.
Dalam pilihanraya kecil ini nafsu serakah BN terus memuncak sehingga memperalatkan pula pihak keselmatan khasnya pihak polis untuk menganggu dan mengagalkan ceramah-ceramah kempen pihak pembangkang atas alasan kononnya tidak berpermit. Sedangkan pada waktu yang sama ceramah, konsert, karaoke mereka dibiarkan berjalan tanpa mana pihak pun berani menghalang atau menyentuh.
Ijok juga melihat samseng-samseng BN khasnya dari kalangan anggota Umno, secara terang-terangan menganggu, menghalang dan malah mencederakan petugas-petugas parti terasuklah calon PKR sendiri. Mereka seolah diberi lesen menghalau para petugas parti yang masuk ke kampung-kampung atau estet yang kononnya di bawah kawalan mereka. Beberapa laporan polis telah dibuat oleh para petugas yang terbabit namun pihak yang sepatutnya melindungi keselamatan dan ketenteraman awam seolah tidak memberi perhatian dan lebih tertumpu memberikan kawalan keselamatn dan mengiringi pimpinan BN.
Kadang-kadang terlintas difikiran kita masih bernyawa lagikah demokrasi dalam negara kita ini?
Contohnya sejak semalam, RTM dan TV3 mengulang-ulangi video kesilapan yang tidak disengajakan oleh Tan Sri Khalid calon PKR semasa berkempen di Ladang Tuan Mee. Dalam kejadian itu Tan Sri tersasul dan mengajak para hadirin mengundi calon BN. Satu kejadian yang sepatutnya tidak menjadi bahan berita tetapi bagi saluran media perdana ini, tetapi itulah berita yang berharga bagi mereka yang murahan ini sehingga diulang-ulangi walaupun semasa waktu perdana dalam siaran berita mereka.
Hari ini adalah hari terakhir kempen, kita menjangkakan BN akan semakin mengganas dalam round terakhir ini. Namun pihak BA akan tersu menjalankan kerja-kerja kempen mereka tanpa berputus-asa. Esok rakyat mungkin termakan dengan segala taktik kotor dan murahan BN ini, tetapi mungkin juga tidak.
Apa pun kita telah mengemukakan segala yang baik-baik, calon yang terbaik, kempen yang penuh beretika, lalu akhirnya kita hanya menyterah diri pada Allah swt. Kiranya ditakdirkan kalah, kita menerimanya, tetapi tidak sekali-kali akan melupa dan memaafkan kegilaan BN ini, dan kiranya Allah menganugerahkan kemenangan kepada kita, kita akan mengucap syukur ke hadrat Allah swt dan inilah tanda kehancuran dan kemusnahan BN dalam waktu yang terdekat.
Ya Allah kami serahkan segala-galanya kepada ketentuan Mu.
Thursday, April 26, 2007
Hari ini adalah Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang ke 13 Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah sebagai Raja Permaisuri Agong.
Rakyat mendoakan semoga ke bawah Duli Tuanku berdua akan diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk memimpin negara berdasarkan keadilan dan kebenaran sebagaimana yang dituntut oleh Allah swt dan Rasul Nya saw.
Daulat Tuanku!
Satu ketika dahulu beliau pernah dijulang dan dinobatkan sebagai pemimpin yang tersohor dalam negara. Kebanyakkan projek dan rancangan besar-besar yang dilaksanakan oleh kerajaan berlaku dizaman pemerintahnnya. Projek kereta nasional, KLIA, lebuhraya timur barat utara selatan, pengangkutan awam yang canggih, KLCC, KL Tower, Putrajaya dan lain-lain semuanya dikaitkan dengan beliau.
Itulah Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4, bekas Presiden Umno dan bekas Pengerusi Barisan Nasional.
Tun mungkin kini tidak lagi disenenagi oleh mereka yang beliau lantik, kerana Tun hari ini begitu kritikal terhadap kerajaan yang berkuasa. Tetapi Tun tetap dihormati tetap dikagumi tetap disayangi oleh sesetengah warga Malaysia yang masih mengenag besar jasanya pada negara, walaupun ramai juga yang masih marah-marah dan tidak dapat mengampunkan beliau atas kesalahan dan kesilapan beliau yang lampau.
Apa pun, sebagai bekas negarawan dan bekas PM, Tun berhak untuk menyuarakan pandagan beliau. Lantas apabila beliau berbicara maka cocok sangatlah mereka yang masih mengkagumi dan menghormati beliau itu, meminjamkan telinga masing-masing untuk mendengar dan menelitinya.
Tun baru-baru ini tidak ketinggalan turut menyentuh darihak Pilihanraya Kecil yang sedang berlaku di Ijok. Melalui wawancara dengan laman web Malaysiakini Tun berkata:
Jika anda tidak berfikir (mengenai) apa yang anda lakukan, maka anda tidak akan memanfaatkan undi anda secara bijaksana, dan tentunya, anda yang patut dipersalahkan (kemudiannya).
Kecuali jika anda menghantar isyarat kepada kerajaan : Lihat sini, jika kamu buat perangai, kamu mungkin tidak akan dapat undi saya dalam pilihanraya akan datang, maka kerajaan akan kata: Lihatlah, rakyat mengundi menyokong kita. Kami dalam keadaan yang cukup baik.
Tentang para pengundi BN Tun menyambung:
Mereka tidak kisah sama ada ianya kerajaan yang baik atau tidak. Kami orang Barisan. Kami undi Barisan. Tiada penilaian, tiada kajian dibuat. Kami undi (Barisan) kerana kami mesti (berbuat demikian). Itu sebabnya saya kata, rakyat akan mendapat kerajaan yang dipilih mereka sendiri. Jika ada tidak berfikir (mengenai) apa yang anda hendak lakukan, anda tidak menggunakan undi anda secara bijak, maka tentulah, anda sendiri yang patut dipersalahkan (akhirnya).
Demikianlah pandangan Tun tentang Pilihanraya Kecil Ijok ini, ringkasnya bagi saya apa yang dimaksudkan oleh Tun sudah tiba masanya rakyat menghantar isyarat kepada kerajaan BN yang selama-lama merasakan besar kepala sehingga tidak peduli akan kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara.
Saya melihat dalam hal ini Tun mengesyorkan agar rakyat di Ijok mengundi Tan Sri Khalid dan tidak calon BN.
Jadi bagaimana pengundi Ijok? Jika anda masih kagum dan hormati Tun Dr Mahathir maka layaklah anda mengikuti nasihatnya dan memberikan undi kepada Tan Sri pada hari Sabtu ini. Terima kasih Tun.
Malaysia mengamalkan sisitem demokrasi berparlimen, dimana pemimpin negera dan negeri dipilih secara langsung oleh rakyat melalui proses pilihanraya sekurang-kurangnya setiap 5 tahun sekali. Inilah amalan kita sejak Pilihanraya Umum yang pertama setelah Merdeka iaitu pada tahun 1959 sehinggalah ke hari ini.
Dalam proses pilihanraya yang kita amalkan parti-parti politik yang berdaftar diberikan kebebasan seluas-luasnya untuk berkempen meyakinkan rakyat akan dasar dan perjuangan mereka masing-masing bagi tujuan meraih sokongan para pengundi. Itulah yang kita saksikan setiap kali pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Amalan biasa bagi parti-parti yang bertanding adalah mengadakan majlis-majlis ceramah atau rapat umum sebagai platform bertemu dan menjelaskan perjuangan masing-masing kepada rakyat.
Kejayaan kita mengekalkan amalan demokrasi inilah yang telah mengharumkan nama negara diperingkat dunia.
Walaubagaimanapun dalam Pilihanraya Kecil DUN Ijok hari ini kita lihat apa yang telah sama-sama kita bina dan dukungi itu gugur dan rebah satu demi satu. Demokrasi bagi saya telah hampir mati dan ianya telah dibunuh di bumi Ijok.
Di Ijok sudah beberapa insiden majlis ceramah anjuran pembangkang khasnya PKR untuk bertemu dengan rakyat telah diganggu dan dihentikan oleh pihak polis. Dan semalam saya sendiri terlibat dan menyaksikan pemerkosaan dan pencabulan ke atas amalan demokrasi yang selama ini kita yakini dan percaya.
Semalam saya diamanahkan untuk mempengerusikan sebuah majlis Forum Perdana Ehwal Islam anjuran PAS bagi maksud berkempen untuk calon PKR Tan Sri Khalid Ibrahim. Forum dianjurkan di perkarangan Markas PAS Cawangan Batu 8 yang dijadikan Markas Besar PAS untuk Pilihanraya Kecil Ijok. Markas ini terletak di atas sebidang tanah seluas 5 ekar menempatkan rumah ahli-ahli PAS, pejabat dan PASTI milik PAS cawangan dengan laman yang luas lengkap dengan 8 kanopi dan lebih 300 kerusi.
Permit polis? Tidakkah ini premis milik PAS, takkanlah sebuah parti politik yang sah dan berdaftar tidak boleh mengadakan aktiviti parti di premis miliknya sendiri? Bukankah ini tempoh berkempen untuk pilihanraya kecil Ijok? Ini bukan rusuhan, ini bukan konsert, ini adalah majlis forum perdana, takkanlah majlis seumpama ini pun dianggap boleh menganggu ketenteraman dan keselamatan awam?
ASP Wan berunding dengan para petugas parti
Majlis dimulakan sekitar jam 9.00 malam dan sejurus bermula bilangan mereka yang hadir semakin besar. Dalam keadaan itu bilangan anggota polis yang dikerahkan juga semakin membesar. Sebaik saya mahu memimpin majlis ke round yang kedua, para petugas membisikkan kepada saya bahawa pegawai polis yang bertugas meminta supaya majlis ditamatkan dalam masa 10 minit.
Namun kerana kehadiran yang semakin memberangsangkan kami teruskan juga majlis sehingga round kedua. Sejurus itu calon PKR Tan Sri Khalid tiba ke tapak majlis dan terus dijemput untuk berucap bagi memperkenalkan diri. Ketiak itu suasana semakin tegang apabila pihak polis semakin resah manakala para petugas parti yang terdiri dari unti keselamatan Pemuda PAS mula mengelilingi pentas untuk menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini.
Saya seterusnya menjemput Sdr Hanipa Maidin seorang peguam dan Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat untuk naik ke pentas bagi menjelaskan aspek undang-undang dan hak kami selaku parti yang berdaftar.
Suasana saya lihat semakin kelam dan mereka yang hadir juga terganggu tumpuan mereka lantaran ketegangan yang dicetuskan oleh kehadiran pihak polis itu. Lalu demi menjaga keselamatan para penduduk kampung yang hadir serta mengelakkan dari berlaku sebarang pertelingkahan dan pergelutan antara orang awam dan pihak keselamatan maka saya mengambil keputusan untuk menjemput Dr Hasan agar memimpin bacaan salawat diikuti dengan doa penutup oleh Ustaz Ghani.
Sebaik majlis ditamatkan berterak-terak anggota FRU tiba di luar tapak forum, menandakan memang bersungguh mereka mahu meleraikan majlis aman ini kiranya arahan tidak dipatuhi.
Bagi saya walaupun kecewa yang majlis terpaksa dihentikan kerana gangguan pihak polis itu namun saya juga merasakan kejayaan telah dicipta apabila rakyat dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri betapa desperate dan terdesaknya BN sehingga sanggup memperalatkan pihak keselamatan untuk menganggu sebuah majlis ilmu yang aman dan terkawal.
Rupanya tidak berapa jauh dari tapak forum kami, iaitu di Pekan Ijok, Timbalan PM melancarkan konsert ditepi jalan berhampiran rumah kedai yang belum siap, lengkap dengan karaoke, berkempen untuk BN. Mungkin mereka ada permit walaupun memainkan lagu dengan kuat dan dibuat di tempat awam berhampiran jalan raya.
Demikianlah pencabulan ke atas demokrasi yang bermula di Ijok ini. Mungkinkah setelah diperkosa dengan sebegitu rakus maka demokrasi akan tenat dan mati selepas ini? Apa pun lihatlah rakyat Malaysia, inilah nilai kepimpinan pihak yang kita beri kuasa pada hari ini. Fikir-fikirkanlah, semoga Allah swt memberikan kekuatan kepada rakyat Ijok Sabtu ini untuk menonglah arus dan menyelamatkan demokrasi yang telah terlalu nazak ini.
(Sementara itu pihak PAS akan menganjurkan JAMUAN RAKYAT secara besar-besaran di tempat yang sama MARKAS BESAR PAS BATU 8 IJOK paha hari Jumaat malam Sabtu ini, malam akhir, yang akan menyaksikan kehadiran pimpinan tertinggi PAS dan PKR termasuklah Dato Seri Anwar Ibrahim)
Wednesday, April 25, 2007
Kerajaan BN Negeri gagal
Dalam BN sibuk-sibuk berkempen berhempas-pulas mempertahankan kerusi DUN Ijok yang dimenanginya sejak zaman berzaman, di Dewan Rakyat semalam terbongkar kad laporan negeri Selangor.
Selangor Negeri Maju kata Menteri Besarnya. Ia diisytiharkan maju secara rasmi menurut perhitungan MB nya itu mulai tahun 2005. Selangor mendahalui Malaysia yang hanya dijangkan mencapai status yang sama pada tahun 2020.
Itu janji Khir.
Semalam di Dewan Rakyat dilaporkan bahawa Selangor mencipta kadar jenayah yang paling tinggi seluruh Malaysia iaitu sebanyak 54,270 kes jenayah yang dilaporkan terjadi di negeri ini diikuti Johor 28,469, Kuala Lumpur 25,236 dan Pulau Pinang 16,229.
Bagi jenayah berat, yang melibatkan kes-kes bunuh, rogol, mencabul kehormatan dan merompak tanpa senjatapi Selangor mencatatkan 12,395 kes, iaitu yang tertinggi seluruh negara. Bagi kes rogol sahaja Selangor mencatatkan 455 kes diikuti Johor 343 dan Kedah 223.
Ini bermakna terdapat 150 kes jenayah setiap hari di Selangor bersamaan 6.2 kes setiap jam dalams sehari. Disamping 34 kes jenayah berat sehari bersamaan 1.4 kes setiap jam dalam sehari. Manakala puratanya terdapat 1.26 kes rogol setiap hari di negeri Maju ini!
Ternyata Khir gagal dalam dasar Selangor Maju Menuju Wawasan Syumul 2005 nya itu. Ternayata dengan majoriti luarbiasa BN dalam Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu 54 dari 56 kerusi Barisan Nasional gagal memperkenalkan program yang boleh mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negeri ini.
Kesimpulannya Selangor perlukan sangat suara pembangkang dalam dewan untuk memeriksa, memantau dan memastikan segala janji dan program kerajaan negeri BN berjalan dengan cekap dan teratur. Apa guna dasar dan program yang hebat-hebat tetapi realitinya Selangor negeri yang paling tinggi kadar jenayahnya!
Oleh itu rakyat Ijok memikul tanggung jawab untuk memperbetulakn kerajaan Khir Toyo yang gagal ini. Jangan biarkan keadaan ini berlarutan. Undilah Tan Sri Khalid calon PKR bagi menyumbang ke arah pengawalan kadar jenayah di negeri kita yang tercinta ini.
Hari sebelumnya beberapa insiden berlaku yang telah mengusarkan hati mereka yang percaya kepada sistem demokrasi dalam negara ini. Pihak polis telah menghentikan tiga cermah anjuran PKR di Taman Pancaran Bestari Selatan, Sg Darah dan Batang Berjuntai. Alasannya pihak penganjur tidak memperolehi permit polis.
Seingat saya inilah kali pertama pihak polis bertindak sedemikian rupa adalam kempen pilihanraya kecil. Ya, ini kempen pilihanraya kecil yang waktunya terhad bukan sebagaimana kempen pada hari-hari biasa. Apakah pihak polis tidak dapat menimbangkan cara penyelesaian yang lebih baik selain mengarahkan dihenti ceramah yang dipenuhi oleh rakyat yang mahu mendapatkan maklumat dari parti-parti yang bertanding?
Jangan sampai pihak polis dilihat menyebelahi pihak lain, jangan sampai pihak polis dilihat pengacau dan penganggu demokrasi.
Biarlah rakyat yang menentukan siapa yang salah siapa yang benar. Saya membangkitkan hal ini kerana majlis anjuran BN pada waktu yang sama kelihatan berjalan lancar, malah para penyokong BN kelihatan mengejek-ejek para penyokong pembangkang ketika pihak polis menjalankan tindakan mereka.
Sementara itu petang semalam Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Naib Presiden PKR Sdr Azmin Ali telah menghadiri sebuah majlis jamuan teh petang di Ijok. Majlis mendapat sambutan baik dari penduduk tempatan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran pemimpin baru PKR Sabah Datuk Dr Jeffry Kitingan, adik kepada Ketua Menteri Sabah Pairin Kitingan.
Dan sebelah malamnya sementara pimpinan PAS (Tuan Guru Hj Abd Hadi, Dato Kamarudin Jaafar, Ustaz Ahmad Awang dan Hj Mahfuz Omar) dan PKR menghadiri dua majlis ceramah umum di dua lokasi berasingan di Kg. Ijok, pihak PKR turut menganjurkan majlis makan malam di sebuah restoran Cina di Pekan Ijok yang telah dihadiri oleh Penasihat PKR Anwar Ibrahim. Rakyat berbagai bangsa kelihatan membanjiri majlis tersebut, namun ianya berjalan dengan teratur dan aman.
Disebelah siangnya rombongan khidmat perubatan PAS yang diketuai Timbalan Ketua Dewan Muslimat Dr Lo’lo Ghazali dan Dr Abd Rani Osman telah mengunjungi Kg. Sg Darah bagi memberikan rawatan percuma kepada rakyat di sana. Malangnya kunjungan mereka ke sana telah diganggu oleh jentera Pemuda dan Wanita Umno. Mereka telah dikepung dan petugas-petugas BN itu telah menendang kerusi meja yang disusun sehingga mencetuskan ketegangan. Rombongan perubatan itu akhirnya mengalah kerana tidak berniat mencetuskan pergaduhan lalu Dr Lo’lo telah membuat laporan polis di balai berdekatan.
Demikianlah reaksi BN terhadap kempen BA yang semakin mendapat sambutan dan penerimaan rakyat. Jentera BA walaubagaimanapun tidak langsung patah semangat malah terus menyusun program dan aktiviti. Malam ini bertempat di Markas Besar PAS di Batu 8 Ijok, suatu majlis FORUM PERDANA EHWAL ISLAM akan dianjurkan oleh pihak PAS. Froum ini akan membariskan Dato Dr Hasan Ali, Ustaz Abd Ghani Abd Rahman (bekas pensyarah UTM) dan Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri Shah Alam).
Apa pun yang pentingnya adalah rakyat Ijok, kerana merekalah yang akan membuat keputusan ada hari Sabtu 28 haribulan ini. Kita dah 50 tahun Merdeka, semoga rakyat Ijok tidak tersilap lagi.
Tuesday, April 24, 2007
Kenapa tak percayakah! Masihkah anda ingat iklan BCB itu sebelum ianya ditelan oleh CIMB. Begitulah kalau kita melihat sandiwara sempena ulangtahun ketiga Pelan Integrasi Nasional dan Institut Integriti Malaysia semalam.
Setiausaha Agung Komanwel Don McKinnon semalam hadir ke Malaysia untuk menyampaikan ucapannya sempena pelancaran Institut Integriti Malayasia. Dalam ucapannya McKinnon berkata:
Corruption amongst other things is bribery, nepotism, kickback, shady dealings, cartel and rigged elections.
Rasuah antara lain adalah menyogok, nepotisma, pakatan yang meragukan, kartel dan PILIHNARAYA YANG TIDAK ADIL.
Kata beliau lagi hapuskan rasuah dan kepimpinan yang buruk maka secara langsung akan terhapuslah kemiskinan.
Dalam majlis tersebut Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak hadir untuk upacara pelancaran. Beliau berkejar sebentar dari medan pertempuran di Ijok untuk mempertegaskan komitmen kerajaan BN dalam memerangi rasuah.
Dalam ucapannya Najib berkata rasuah dan sogokkan adalah merupakan masalah besar dalam pertumbuhan sebuah masyarakat demokrasi dalam negara ini. Walaubagaimanapun katanya melalui Pelan Integrasi Nasional nilai-nilai hidup rakyat dalam hal ini semakin berubah.
McKinnon dan merka yang hadir itu mungkin kagum dan terpesona dengan ucapan Najib dan komitmen kerajaan BN. Pastikan mereka semua tidak hadir atau menjejakkankaki ke Ijo, kerana jika mereka berbuat demikian akan terselaklah betapa palsu dan kosongnya segala isi kandungan ucapan Najib itu.
Di Ijok pada hari ini kerajaan BN telah menaburkan jutaan ringgit dalam bentuk peruntukkan kepada sekolah-sekolah, masjid dan surau disampin terus-menerus menurap apa sahaja jalan yang melingkari kawasan DUN ini. Ini tidak termasuk barangan dan wang ringgit dalam berbagai bentuk dan nama yang telah diserahkan kepada para pengundi.
Beberapa hari lepas contohnya di Daerah Mengundi Ladang Tuan Mee, jentera BN telah menyerahkan lebih 200 mesin jahit kepada penduduk di sana.
Kerana itulah barangkali TPM memperakui bahawa rasuah dan sogokkan adalah masalah besar negara, cuma beliau tidak sedar (atau mungkins edar tetapi pura-pura tidaks edar) puncanya datang dari beliau dan pimpinan politik dari partinya juga.
Inilah rasa saya PILIHANRAYA YANG TIDAK ADIL yang dimaksudkan oleh McKinnon itu. Wang dan pembangunan digunakan untuk membeli undi dan sokongan rakyat secara terang-terangan. Budaya rasuah ini seolah menjadi satu amalan yang lumrah dalam pilihanraya di Malaysia dan tiba-tiba kita mahu mendabik dada memperkenalkan Plean Integriti Nasional, poorah!
Kalau saya mengajak para pengundi Melayu di Ijok agar mengundi Tan Sri Khalid atas dasar Tan Sri seorang Melayu yang beragama Islam, terus saya akan dicap membawa politik perkauman. Demikian juga kalau saya menyatakan bahawa masyarakat Islam wajib mengundi pemimpin yang beragama Islam, saya juga akan dituduh memain sentimen agama.
Undilah NAMMA PAIYAN di Ijok
Lalu saya terpaksa menjauhkan diri dari perkara-perkara ini bimbang dituduh bermacam dan akhirnya yang akan rugi adalah peluang dan harapan Tan Sri yang sememangnya calon yang paling layak dan berhak mewakili penduduk Ijok.
Baiklah jangan main isu perkauman, jangan main isu agama. Tetapi bagaimana dengan kem BN? Adakah mereka juga begitu? Bagaimana dengan jentera MIC adakah mereka juga begitu apabila berhadapan dengan pengundi India?
Dalam akhbar THE SUN hari ini semuanya tersingkap. Akhbar tersebut hari ini melaporkan aktiviti dan gerakerja Presiden MIC Samy Vellu:
His voice is a little hoarse from all the speeches he has been making asking Indians to vote for NAMMA PAIYAN (our boy).
Suara beliau sedikit garau akibat banyak berucap daqn dia telah merayu para pengundi India untuk mengundi NAMMA PAIYAN (orang kita).
K. Parthiban ORANG KITA?
Apakah maksud Samy Vellu itu? Yang pasti orang kita itu tidak merujuk kepada MIC atau BN kerana bukan semua pengundi India yang lebih 29% itu adalah ahli MIC. Jadi isitlah ORANG KITA itu merujuk kepada siapa?
Bagi saya dalam hal ini Samy Vellu lah yang sebenarnya memainkan isu perkauman. Beliau terdesak untuk memastikan yang 29% pengundi India di Ijok SOLID memberi undi kepada Parthiban lalu apakah cara terbaik selain menyatakan bahawa masyarakat India perlu mengundi orang India ataupun ORANG KITA dan menolak Tan Sri Khalid kerana Tan Sri bukan ORANG KITA, dia orang Melayu!
Demikianlah kerja BN.
Khir Toyo masuk keluar kampung mengajak orang Melayu mengundi Parthiban kerana TIDAK BERDOSA memilih calon bukan Islam walaupun calon lawannya beragama Islam kerana Khir mendakwa memiliki nas yang membenarkannya! Manakala Samy Vellu pula masuk keluar estet mengajak masyarakat India mengundi Parthiban kerana beliau ORANG KITA.
BA dan PKR teruslah mengajak pengundi Ijok mengundi Tan Sri atas dasar jika menang maka sebagai wakil dan pemimpin yang beragama Islam, Tan Sri wajib memberikan keadilan dan membela semua pihak tidak kira Melayu, Cina dan India, kerana mereka semua warga Malaysia dan semuanya ORANG KITA belaka. Tolak politik perkauman, undilah Tan Sri Khalid!
Monday, April 23, 2007
Antara orang yang sedang berhempas-pulas bagi memastikan kemenangan calon BN K. Parthiban di Ijok sudah pastilah MB Selangor Khir Toyo. Khir sebagai Pengerusi BN Negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri tidak sekali-kali dapat mengizinkan kekalahan BN kerana jika ia berlaku maka beliaulah yang nanti paling teruk menerima dan memikul bebannya nanti.
Kalah BN di Ijok bermakna gelaplah masa depan politik Khir samada dalam ekrajaan ataupun Umno sendiri.
Masyarakat Melayu di Ijok telah sekian lama menuntut agar kerusi DUN ini diserahkan kepada Umno. Terbaru sebelum penamaan calon pilihanraya kecil ini Umno Bahagian terus mendesak agar rayuan mereka dipertimbangkan kerana para pengundi Melayu sangat mengharapkan perkara ini. Namun tuntutan itu terus ditolak oleh pimpinan Umno Negeri.
Lalu Khir terpaksa mencipta hujah bagi meyakinkan masyarakat Melayu yang walaupun mereka majoriti di Ijok namun tidak salah dari apa segi pun untuk mereka mengundi calon BN yang bukan Melayu. Kalau Khir sekadar berhujah dari sudut tolak-ansur dan kerjasama, secara jujur saya menyatakan ia mungkin boleh didengari oleh masyarakat Melayu Ijok akan tetapi apabila beliau mula mereka-reka hukum dan nas semata-mata untuk menghalalkan tindakan beliau, saya merasa terpanggil untuk mendedahkan perkara ini agar masyarakat Melayu lebih berhati-hati.
Kata Khir dalam BERITA HARIAN hari ini:
Pada zaman pemerintahan Muawiyah, pemerintah itu pernah melantik orang Kristian sebagai menteri. Jadi saya harap mereka yang bercakap ini mendapatkan fakta yang betul dan berjumpa dengan saya untuk mendapatkan ayat al-Quran yang menyebut mengenainya
Kerajaan Islam memang sejak zaman-berzaman ada mengambil dan melantik menteri, penasihat dan pembantu dari kalangan masyarakat yang bukan Islam. Memang terdapat kelonggaran dalam hal ini tetapi kelonggrana itu tidaklah rasa saya sebagaimana yang cuba Khir bayangkan dala keadaannya di atas.
Khir berhujah berdasarkan pemerintahan Muawiyah iaitu Khalifah Islam selepas Saidina Ali bin Abi Talib ra., itu tidak mengapa, tetapi kata Khir beliau memiliki nas al Quran yang dapat mengukuhkan hujah beliau. Soalnya ada ke ayat al Quran yang menghalalkan memilih pemimpin bukan Islam di atas pemimpin yang Islam?
Jangan kita berani-berani mencipta dan mengada-adakan sesuatu yang tiada semata-mata kerana mahu memenangkan calon kita. Saya fikir bukan hanya orang Ijok malah orang Sg Besar dan di Sg Panjang pun nanti akan marah dan silap-silap bukan hanya Parthiban di Ijok, Khir di Sg Panjang pun terpelanting ditolak oleh rakyat.
Memang dalam suasan politik di Malaysia kita seharusnya mewujudkan suasana toleransi dan tolak-ansur. Di Ijok kita yakin Tan Sri Khalid yang walaupun seorang Melayu beragama Islam, namun beliau akan mampu menjadi pemimpin yang adil dan baik bukan hanya untuk masyarakat Melayu Islam tetapi juga bagi masyarakat yang bukan Silam termasuklah Cina dan India.
Siapakah yang bermain isu kaum dan agama sebenarnya? Saya difahamkan pihak JAIS pun telah diarah agar mengeluarkan teks khutbah Jumaat 27 April ini untuk menyeru penduduk Islam Ijok agar menerima calon BN tanpa ragu-ragu. Saya harap maklumat yang saya terima ini tidak benar, tetapi jika benar, maka Pusat Memurnikan Aqidah di Hulu Selangor perlu bersedia bagi menerima mereka yang megarah dan mereka yang sanggup melaksanakan arahan itu, untuk dipulihkan kerana sudah pasti mereka jenis yang bermasalah.
Seluruh kekuatan jentera kedua-dua belah pihak kini berlabuh di Ijok. Jentera BN dikepalai oleh Timbalan Presiden Umno Najib Tun Razak manakala PKR pula oleh Anwar Ibrahim, mantan TPM. Kedua-dua tokoh ini ligat bergerak dari satu kampung ke kampung, dari satu ladang ke ladang dan dari satu pekan ke pekan.
Ada yang melihat Ijok seolah pertandingan antara Najib dan Anwar, ada pula antara Khir Toyo dan Hasan Ali dan ada antara Samy dan Nalla serta berbagai lagi. Sedangkan yang sebenar-benarnya bertembung, bertarung dan bergelut adalah Parthiban dan Khalid, iaitu untuk mendapat mandat bagi mewakili lebih 12,000 penduduk Ijok.
Khalid mencadangkan agar debat ini disiarkan secara langsung oleh TV3 supaya rakyat Ijok dapat mengetahui akan nasib dan masadepan mereka di kawasan ini. Sekurang-kurangnya dengan cara ini rakyat dapat membuat penilaian yang sebaik-baiknya. Tambah Khalid lagi debat seumpama ini sepatutnya digalakkan tambah-tambah lagi Selangor mendakwa dirinya maju, dan amalan berdebat terbuka seumpama ini adalah amalan biasa mana-mana negara maju di dunia sekalipun.
Apabila akhbar THE SUN menghubungi Parthiban berkenaan cabaran Khlaid ini beliau berkata:
Too busy campaigning (Terlalu sibuk berkempen)
Nampak-nampaknya walaupun negeri ini didakwa maju tetapi amalan demokrasi di negeri-negeri maju tidak mendapat tempat di sini. Yang mendapat tempat adalah amalan berat sebelah dan rasuah di negara-negara dunia ketiga, umpama menurap jalan, mengeksploitasi media dan mengugut serta menyogok pengundi.
Saturday, April 21, 2007
Dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA hari ini diselitkan satu laporan dengan tajuk:
Masyarakat Melayu Ijok sokong BN
Apakah yang mendorong akhbar ini untuk membawa laporan sedemikian bunyi? Apakah maksud laporan ini dalam kontek pilihanraya kecil di Ijok?
Cuba teliti baris-baris awal laporan ini:
KUALA SELANGOR 20 April – Masyarakat Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok hari ini berikrar memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN), K. Parthiban pada pilihan raya kecil kawasan itu, 28 April ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata mereka melahirkan keyakinan terhadap kemampuan Parthiban dan menyifatkan bekas guru itu mampu melaksanakan tanggungjawab yang adil terhadap semua kaum yang majoritinya adalah penduduk Melayu
Benarkah 6,000 lebih masyarakat Melayu di Ijok telah berikrar memberikan sokongan padu kepada calon MIC K Parthiban dan membelakangkan calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?
Apakah bukti yang masyarakat Melayu telah mengambil sikap demikian? Laporan ini hanya memuatkan kenyataan 3 orang lelaki, penduduk tempatan iaitu Rizal Shamsuddin 40, Abdullah Man 48 dan Ariffin Abdullah 62 yang menyokong dan senang hati dengan calon MIC yang mewakili BN. Adakah Utusan mahu berhujah bahawa mereka bertiga ini mewakili suara 6,000 pengundi Melayu Ijok?
Sebagai sebuah akhbar Bahasa Melayu dan seklaigus mewakili suara dan denyut nadi bangsa, Utusan perlu lebih bertanggungjawab kerana sesungguhnya tugas memilih pemimpin ini bukanlah tugas main-mainan, ianya bagi umat Islam adalaha suatu amanah yang tidak boleh diperisakan kerana setiap insan beriman akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt terhadap tindakannya di atas dunia ini.
Saya tidak bermaksud mahu memainkan isu perkauman tetapi jelas bagi orang-orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam, Islam telah menetapkan gairs panduan dalam urusan memilih pemimpin, dan ianya perlulah dipatuhi bagi mereka yang yakin bahawa hidup ini tidak sekadar berakhir di atas dunia tetapi akan berterusan sehinggalah ke dunia kekala di alam akhirat nanti.
Bagi saya yang memainkan isu perkauman adalah artikel Utusan ini kerana ia seolah bermaksud:
Wahai pengundi Melayu jangan undi berdasarkan kaum, jangan undi calon PKR walaupun ia sebangsa dengan kamu, undilah calon BN walaupun ianya bukan dari kalangan kamu.
Itulah maksud yang dapat saya baca dari laporan Utusan ini dan jika benar maka saya terpanggil untuk menyampaikan pesanan kepada saudara-saudara saya di Ijok berhubung tanggungjawab memilih pemimpin, bukannya untuk memainkan isu perkuaman sebagaimana laporan Utusan ini, tetapi untuk memperbetulkan fakta dan menyampaikan mesej berpesan-memesan dalam perkara kebenaran sebagaiamana yang diperintahkan oleh Allah swt.
Sesungguhnya Allah swt telah berfirman dengan jelas di dalam al Quran, kitab dan sumber hukum tertinggi bagi seorang Muslim, di dalam sural al Maidah ayat 54-56:
Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mecintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin, yang bersikap keras (tegas) terhadap orang-orang kafir, mereka berjihad pada jalan Allah dan mereka tidak takut pada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnian Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Berdasarkan ayat ini saya yakin para pengundi di Ijok khasnya orang-orang Melayu tidak sebagaimana yang cuba digambarkan oleh laporan UTUSAN di atas. Dan Allah swt mengingatkan kita dalam ayat yang lain akan betapa setiap individu Muslim akan dipertanggungjawabkan atas apa sahaja yang dilakukan di atas dunia ini, oleh itu kita perlu sentiasa berhati-hati.
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintan pertanggung jawabnya.
Berdasarkan hakikat ini saya menaruh sepenuh keyakinan bahawa tidak seperti laporan UTUSAN ini, masyarakat Melayu di Ijok sebenarnya belum tentu akan menyokong BN malah mereka nanti akan lebih cenderung untuk mengundi anak tempatan dikalangan mereka, iaitu Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, yang telah mereka tunggu-tunggu sekian lama.
Kepada saudara-saudara ku di Ijok, buatlah keputusan dengan berhati-hati.
Ijok semalam terus hangat walaupun disirami hujan lebat diwaktu petang sehingga maghrib namun suasana dan semangat para petugas dan pekerja parti khususnya dari PKR dan PAS terus membara.
Jentera BN yang digerakkan dengan wang ringgit itu sebelum hujan kelihatan menaikkan poster dan kain rentang sepanjang-panjang DUN Ijok. Apabila dipukul hujan dan sebahagian poster kertas layu dan ranap, mereka keluar kembali selepas hujan sudah pasti dengan dorongan wang ringgit juga. Saya kira hujan rahmat dari Allah swt ini turut merupakan sumber rezeki tambahan bagi para pekerja BN.
Malam di Ijok walaupun dingin setelah hujan namun tidak lembab dari sudut gerak-kerja BA. Dato Seri Anwar Ibrahim serta para pimpinan PKR dan Dato Dr Hasan Ali, Dr Hatta Ramli dan para pimpinan PAS berhempas-pulas berjumpa para pengundi dalam pelbagai aktiviti termasuklah minum petang dan ceramah dengan diiringi calon Tan Sri Abd Khalid Ibrahim.
Spekaer DUN Kelantan Dato Wan Abdul Rahim, telah pun berkampung di Ijok sejak beberapa malam bersama rombongannya dari PAS Kota Bharu. Veteran gerakerja pilihanraya PAS ini lebih terlibat dengan aktiviti penyusunan jentera dan bertemu para pengundi secara satu dengan satu.
Pimpinan kanan parti termasuklah khususnya Dato Seri Anwar dan pimpinan PAS (Dato Husam Musa dijangka turun ke Ijok hari ini diikuti Presiden dan Timbalan Presiden keesokkan harinya) perlulah terus-menerus turun ke Ijok untuk berjumpa dengan para pengundi. Tak mengapalah kalau BN turun dengan artis dan sogokan, tak mengapalah jalan-jalan beratus kilometer diturap di pekan, di kampung, di estet, rakyat sudah 50 tahun Merdeka dan jangan memandang rendah kemampuan mereka berfikir.
Cuba perhatikan apa komen seorang surirumah Haritini Jonoh yang ditemuramah oleh akhbar THE STAR:
However all of us agree that we cannot accept corruption, bad public service or arrogant leaders. The elected leaders must remember that they are there to serve us.
Semua kami (ahli keluarganya) bersetuju bahawa kami tidak dapat menerima (pemimpin) yang rasuah, perkhidmatan awam yang buruk atau pemimpin yang bongkak. Wakil rakyat perlu ingat yang mereka itu dipilih untuk mewakili kami.
Jika inilah suara hati seluruh rakyat Ijok terutama dikalangan 51% lebih pengundi Melayu, jentera BA perlu begelutu lebih kuat lagi kerana jelas kemenangan sedang menghampiri kita isnyallah.
Friday, April 20, 2007
Kata Khir Toyo:
Kalau benar (Tan Sri Khalid) hendak bangunkan kampung sendiri, apa sebenarnya yang telah dia lakukan selama 20 tahun dulu, mana dia sekolah, mana dia masjid, mana dia surau yang telah didirikan selama ini?
Demikianlah tahap kemampuan soalan seorang yang bertaraf Menteri Besar Selangor. Mungkin beliau mengharapkan dengan peroalan begitu maka akan terpengaruhlah para pengundi Ijok khususnya para pengundi Melayu, lalu mereka semua akan mengundi K. Parthiban.
Persoalannya, Tan Sri Khalid sebelum ini bukan pun wakil rakyat apalagi MB seperti Khir. Beliau adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif PNB. Dan jika Khir mempertikaikan sumbangan Tan Sri selama 15 tahun lebih di PNB jelaslah Khir seorang MB yang buta kerana gagal melihat pencapaian besar PNB di bawah Tan Sri yang bukan sekadar dirasai nikmatnya oleh para penduduk Ijok, Kuala Selangor dan Selangor malah seluruh negara lebih-lebih lagi ahli-ahli Umno dan BN.
Khir juga pasti merasai nikmat itu kerana takkanlah MB tidak melabur dalam ASN atau ASB atau kedua-duanya? (Amanah Saham Selangor semasa ditangan Khir telah lingkup dan ditutup begitu sahaja).
Orang Ijok juga boleh bertanya apakah sumbangan K. Parthiban kepada mereka? Malah sumbangan mendiang K. Sivalingma pun boleh dipertikaikan. Apakah masjid dan surau di Ijok dibina oleh Sivalingam?
Yang penting bagi rakyat di Ijok adalah nasib dan kebajikan mereka. Mereka mahu suara mereka didengari, bukan hanya didengar semasa musim pilihanraya atau pilihanraya kecil, selepas itu batang hidung wakilnya pun tak nampak. Mereka mengharapkan Umno untuk mebawa tuntutan mereka itu tetapi jelas Umno tidak berdaya dan mampu, dan kini Tan Sri muncul untuk menawarkan khidmat, mengapa harus mereka menolak beliau!
Ikuti video kenyataan Khir ini serta respon dari Tan Sri di wtv8 http://wtv8.tv/
Thursday, April 19, 2007
Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Ijok berlangung pagi tadi. Proses demokrasi ini yang sepatutnya berjalan lancar bilamana calon-calon yang bertanding sepatutnya mengemukakan pencalonan masing-masing akhirnya dicemari dengan beberapa insiden yang sangat dikesali.
Batang Berjunta adalah merupakan satu pekan kecil tidak jauh dari Kuala Selangor dan berada id dalam DUN Ijok, Parlimen Kuala Selangor.
Apabila BN dan BA bertanding untuk kerusi ini sudah pastilah para penyokong kedua-dua belah parti akan membanjiri pekan kecil ini. Dan inilah yang telah berlaku pagi tadi sehingga mengakibatkan kesesakan lalulintas yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.
Seawal jam 8.45 pagi rombongan BA kira-kira 2,000 orang telah mengiringi calon PKR Tan Sri Khalid Ibrahim menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai. Apabila tiba di hadapan sebuah sekolah cina berhampiran dewan itu, rombongan BA itu telah dihalangi oleh sekumpulan penyokong BN yang berkebetulan berkumpul di sekolah Cina berkenaan. Penyokong BN yang diketua Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin itu dikatakan enggan memberi laluan kepada rombongan BA tadi sehinggalah Timbalan Pengerusi BN Najib Tun Razak tiba terlebih dahulu.
Dalam keadaan tegang dan huru-hara itu, Datin Seri Dr Wan Azizah, Presiden PKR telah meluru ke hadapan outrider polis yang mengiringi rombongan VIP BN itu, menuntut agar calon BA diberikan laluan terlebih dahulu ke Pusat Penamaan Calon.
Tindakan berani Dr Wan Azizah itu telah mengakibatkan pihak polis memberi laluan dan akhirnya rombongan besar BA itu diberikan laluan.
Setibanya di dewan, rombongan BN rupanya telah pun tiba dan calon BN telah pun menyerahkan kertas pencalonannya. Ini menimbulkan tanda-tanya adakah tindakan menghalang calon BA itu merupakan taktik BN bagi menggagalkan usaha menyerahkan borang pencalonan Tan Sri Khalid?
Di dewan tepat jam 10 pagi pihak SPR mengumumkan bahawa proses penyerahan kertas pencalonan ditutup dan proses pamiran kertas-kertas pencalonan dan tempoh bantahan bermula. Sejurus itu hujan mula turun dan para penyokong kedua-dua belah pihak yang berada di tengah padang dan hanya terpisah oleh satu garisan yang diwujudkan oleh pihak polis mula menyorak dan melaung-laungkan slogan masing-masing.
Botol-botl air mineral serta kayu. Tindakan ganas itu telah dibalas pula oleh para penyokong BA sehingga mencetuskan ketegangan. Ianya hanya berjaya diredakan apabila pihak FRU masuk campur dan bertindak melebarkan lagi garis pemisah antara kedua belah pihak.
Kemudiannya selepas tamat tempoh bantahan pihak SPR telah mengumumkan yang kerusi ini akan menyaksikan pertandingans atu lawan satu antara calon BN K Parthiban dan calon PKR Tan Sri Khalid Ibrahim.
Semasa di padang juga, tidak ada garisan pemisah yang kemas dan rapi sebagaimana biasa dan keadaan inilah yang telah mendorong para penyokong BN yang diketua Naib Ketua Pemuda Umno untuk bertindak liar.
Apa pun gelanggang kini sudah terbuka luas, ianya mungkin berat sebelah dan penuh dengan penipuan dan ketiadak-adilan, namun jentera BA perlu bekerja keras bagi menebus maruah negara, bangsa dan agama. Semoga kejayaan diberikan kepada mereka yang berhak padanya.
Wednesday, April 18, 2007
Samada kita mahu meperkatakannya ataupun tidak, samada kita menganggapnya perkauman ataupun tidak, hakikatnya inilah realiti politik yang tersingkap di DUN Ijok.
MB Selangor telah pun mengisytiharkan calonnya iaitu calon BN bagi Pilihanraya Kecil ini adalah K. Parthiban dari parti MIC. Manakala Presiden PKR pula Datin Seri Dr Wan Azizah semalam mengisytiharkan calon PKR iaitu Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim.
Bilangan pengundi mengikut pecahan kaum di DUN ini adalah 50.6 % Melayu, 28.3 % India, 20.9 % Cina. BN memilih wakil dari MIC berketurunan India semata-mata kerana kerusi DUN ini adalah kuota kerusi MIC walaupun peratus pengundi bukan India melebihi 70%.
Cuba kita perhatikan gambar-gambar di bawah. Sebagaimana biasa A PICTURE PAINTS A THOUSAND WORDS. K. Parthiban calon MIC diraikan oleh Khir Toyo manakala Khalid Ibrahim calon PKR diraikan oleh Nalakaruppan, bagaimana?
Apa lagi yang mahu kita katakan?
Rasulullah saw bersabda:
Ahli syurga itu ada tiga macam, iaitu orang yang mempunyai kekuasaan pemerintahan yang berlaku adil dan dikurniai taufik yakni dikurniai pertolongan oleh Allah untuk melaksanakan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya, juga seorang yang berhati kasih sayang, lemah-lembut kepada semua kerabatnya dan juga kepada sesama Muslimnya, dan pula seorang yang menahan diri dari meminta-minta dan berusaha untuk tidak meminta-minta itu, sedangkan ia mempunyai keluarga banyak - dan dalam keadaan miskin. (Riwayat Muslim)
Sesungguhnya cabaran untuk melkasanakan perintah-perintah agama lebih sukar ke atas mereka yang berada berbanding dengan mereka yang tidak berada. Kerana bagi mereka yang berada, dugaan dan cabarannya lebih besar lantaran hidup yang digenangi oleh kemewahan. Mereka yang tidak berada lazimnya akan lebih mengingati Allah akibat kesusahan yang menimpanya.Kerana itu sering apabila si susah diringankan kesusahannya, ia akan mudah lupa dan akhirnya berlepas diri dari pertanggungjawaban terhadap agama.
Kerana itu saya sungguh kagum apabila mereka yang diberikan rezeki yang melimpah-ruah oleh Allah swt, namun dalam keadaan itu tidak ingkar terhadap perintah-perintah Nya.
Lalu apabila melihat wajah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar serta pengakuan Tengku berkenaan pengalamannya di dalam BERITA HARIAN hari ini, saya sungguh kagum. Tengku berkata:
Sebagai wanita Islam saya mempunyai hasrat untuk memakai tudung kepala, tetapi hasrat saya itu belum menjadi kenyataan daripada zaman remaja hinggalah saya berkahwin dan mempunyai anak. Bagaimanapun saya tidak berhenti berdoa kepada Allah untuk memakai tudung kerana bertudung dan menutup aurat adalah suatu yang wajib bagi seseorang wanita beragama Islam.Selain berdoa selepas menunaikan solat, saya juga berdoa ketika menunaikan ibadat haji yang pertama ketika saya belum berkahwin dan doa itu diteruskan ketika saya menunaikan ibadat haji pada kali kedua ketika berusia 32 tahun.
Apakah hasrat yang sama tidak pernah terlintas dalam hati dan benak para pemimpin kita, isteri-isteri para pemimpin kita? Jika Tengku Puan yang mewah bersemayam di istana pun boleh memikirkan hal berkenaan perintah dan larangan Allah swt mengapa mereka yang lain tidak memikirkannya?
Tengku turut menyatakan yang ia malu apabila melihat mereka yang menyambutnya dalam program lawatannya ke kampung-kampung semuanya mengenakan tudung sedangkan Tengku tidak, katanya:
Saya rasa malu kerana wanita berkenaan nampak kemas memakai tudung, sedangkan saya masih tidak bertudung. Bagaimanapun ketika itu, hati saya masih belum terbuka untuk bertudung, sehinggalah saya pergi menunaikan ibadat haji bersama suami pada awal tahun ini, Allah membuka pintu hati saya untuk memakai tudung.Saya gembira kerana berjaya memakai tudung kepala sejak pulang dari tanah suci itu hingga ke hari ini dan akan terus memakainya hingga ke akhir hayat.
(Pemimpin dan para isteri mereka tidakkah malu juga?)
Semoaga Allah swt memperkenankan doa Tengku Puan itu dan lebih penting algi semoga langkah berani Tengku ini kelak akan membuka pintu hati para Menteri wanita, EXCO-EXCO wanita, isteri-isetri para menteri dan pembesar untuk turut menutup aurat sebagaimana yang diperintahkan oleh agama.
Daulat Tuanku!
Petang semalam saya berkunjung ke Ijok untuk melihat perkembangan kawasan hangat di Selangor ini yang akan menyaksikan Pilihanraya Kecil terakhir sebelum Pilihanraya Umum ke 12 nanti. Juga saya berhajat mengambil kesempatan menghadiri majlis pengisytiharan calon PKR pada sebelah malamnya di Batang Berjuntai.
Sebaik sahaja kenderaan kami menghampiri DUN Ijok dari arah Subang, berlaku kesesakan lalulintas, saya sedih bercampur marah melihat apa yang tidak pernah saya lihat dalam sejarah hidup saya. Sepanjang-panjang jalan dari situ terus melewati Pekan Ijok kerja-kerja penurapan jalan secara besar-besaran sedang dijalankan oleh para kontraktor. Disebelah malanya apabila menuju ke Batang Berjuntai rupanya begitu juga dari Simpang Tiga Ijok menuju ke Batang Berjuntai.
Dalam sekelip mata jalan raya berpuluh-puluh kilometer panjang diturap oleh kerajaan.
Saya sedih kerana begitu murah sekali kerajaan BN meletakkan rakyat di kawasan ini. Seolah para pengundi di Ijok ini orang murahan, taburkan kemudahan bagi mereka pasti meleleh air lior mereka lalu segera terangsang untuk mengundi BN tanpa mengira aspek-aspek lain. Saya sedih kerana dengan cara ini BN seolah mahu menunjukkan bahawa rakyat jangan sibuk-sibuk memikirkan hak demokratik mereka. Mereka tidak ada pilihan selain BN, sungguh hina rakyat diperlakukan semata-mata kerana mereka mahu terus berkuasa.
Dan saya marah kerana jelas BN cuba menaburkan rasuah pembangunan diambang pilihanraya kecil ini. Apa sudah tidak ada peraturan lagikah negara kita? Parti pemerintah boleh melakukan apa sahaja yang ia rasakan perlu untuk terus berkuasa walaupun melanggar undang-undang dan peraturan. Saya turut melihat disebelah malamnya kenderaan-kenderaan kerajaan termasuk dari kementerian-kementerian bersesak-sesak di sana. Anggota Rela dari Pahang, para pegawai dan kakitangan kerajaan seluruh negara berpusu-pusu berkeliaran, aduhai, ini pertandingan antara parti-parti politik yang berdaftar bukannya antara kerajaan dan parti pembangkang!
Belum pun penamaan calon kita sudah lihat taktik kotor yang diamalkan oleh BN teris diperlakukan tanpa siapa berani menyentuh mereka.
Siapakah yang mampu merobah amalan keji ini, taktik kotor dan murahan ini?
Saya tidak nampak lain selain rakyat para pengundi sendiri. Bangkitlah wahai para pegundi Ijok sekalian, hanya anda yang boleh meperbetulkan keadaan ini. Terimalah hamburan hadiah, projek dan janji-janji simungkar ini sepanjang tempoh berkempen nanti dengan senyuman, tetapi percayalah undi anda adalah hak anda.
Di dalam bilik mengundi nanti tidak ada Dollah Badawi, tidak ada Khir Toyo, tidak ada Bn, tidak ada Umno atau MIC. Yang ada hanyalah anda dan Tuhan serta para malaikat yang melihat. Pangkahlah undi anda dengan penuh bermaruah dan harga diri. Terjemahkanlah kebimbangan rakyat Malaysia terhadap amalan mungkar keji dan murahan BN ini. Hanya undi anda dapat merobah suasana kelam ini. Undilah demi mengakkan kebenaran dan keadilan.
Tuesday, April 17, 2007
Gelanggang bertempur sudah kini dibuka luas. Calon BN dari MIC sudah pun terjun masuk menunggu calon PKR yang akan diumumkan oleh Presidennya malam ini. Sudah pasti pertarungan kali ini adalah yang paling sengit selepas Pengkalan Pasir kerana kekuatan seimbang, faktor calon dan masalah setempat.
Namun yang jelasnya belum pun gelanggang dibuka, BN sebagaimana biasa telah pun memulakan taktik kotor dan tidak bermaruah mereka. Janji-janji sudah mula ditabur, masjid sudah mula mahu dibina, surau dicat semula termasuklah kuil-kuil, jalan-jalan kampung mahu diturap dan hadiah serta ganjaran dalam bentuk TOL, dan peruntukkan-peruntukkan segera jatuh selebat-lebatnya mengalahkan hujan monson.
Dalam akhbar The Sun hari ini Pengerusi SPR yang tempang dan pincang itu, Rashid Abd Rahman siang-siang mengisytiharkan bahawa janji-janji pembangunan dari pihak kerajaan tidak boleh dikira sebagai sogokan membeli undi. Katanya para menteri dan pegawai-pegawai kerajaan ini sekadar menjalankan tugas mereka, yang salahnya jika calon yang membuat janji dan menyogok!
Demikianlah tafsiran si tempang dan pincang.
Soalnya bagaimana kita mahu yakinkan para pengundi di DUN Ijok yang akan bertindak selaku juri-juri awam yang akan menetukan keputusan pertandingan ini. Ya memang ia bukan lagi berat sebelah, tetapi langsung sudah jatuh ke tahap zalim dan bacul. Apa pun yang penting bagi BA dan seluruh rakyat lain yang menyaksikan pertandingan ini adalah untuk bekerja meyakinkan rakyat bahawa sibacul ini kiranya menang sudah pasti ia tidak dapat dipercayai, kerana bertanding pun sudah menipu inikan pula apabila beroleh pangkat dan jawatan.
Pimpinan dan ahli-ahli BA tempatan sudah pasti akan berkerja bertungkus lumus dalam pertandingan menentang sibacul ini, namun kita yang di luar juga perlu memain peranan. Yang berbakat menulis boleh menulis, yang berbakat bercakap dan boleh meyakinkan orang-ramai, bolehlah turun membantu, yang mampu sekadar menghulurkan wang ringgit, lakukanlah, tetapi yang penting untuk kita semua sedari bahawa tanggungjawab untuk memperbetulkan kecurangan dan kepincangan ini bukan sekadar tanggungjawab sahabat-sahabat di Ijok tetapi tanggungjawab kita semua.
Kepada yang ada saudara-mara, sahabat-handai dan kenalan di DUN ini (Kg Ijok, Bukit Badong, Ladang Tuan Mee, Jaya Setia, Batang Berjuntai, Kg Sg Darah, Kg Rantau Panjang) hubungilah mereka dan berkempenlah agar mereka berani membawa perubahan sesungguhnya kejayaan BA di Ijok akan menjadi PEMANGKIN kepada kejayaan yang lebih besar pada Pilihanraya Umum yang akan datang insyallah.
Monday, April 16, 2007
Ramai yang menyaksikan reaksi Presiden MIC di TV3 semalam apabila ditanya berkenaan kata-dua yang diberikan kepada beliau oleh Ketua Bahagian MIC Kuala Selangor P. Thirumoorthy. Samay dengan marah mengatakan:
Beliau (Thirumoorthy) boleh pergi.
Ini berikutan tuntutan Thirumoorthy dan para penyokongnya agar Samy mencalonkan beliau sebagai calon MIC mewakili BN dalam Pilihanraya Kecil DUN Ijok yang penamaan calonnya pada hari Khamis ini.
Sebelum itu Thirumoorthy dalam kenyataannya mengatakan jika Presiden MIC itu enggan mendengar tuntutan anak-anak tempatan serta tenaga akar-umbi MIC maka beliau tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan. Malah mengancam tindakan beliau akan dituruti dengan perletakkan jawatan 33 Pengerusi Cawangan MIC seluruh Kuala Selangor yang mana 18 darinya adalah dari DUN Ijok yang mewakili 2,000 pengundi India.
Menurut rekod semasa ketiadaan mendiang Sivalingam akibat sering uzur dan kerana menghadiri urusan sebagai anggota EXCO Kerajaan Negeri, kebanyakkan urusan wakil rakyat DUN Ijok diselia dan dikendalikan oleh Thiru dan para penyokongnya yang terdiri dari anak-anak tempatan.
Jelas dalam hal ini Presiden MIC langsung tidak menghormati dan menghargai jasa anak-anak buahnya.
Calon sebenar MIC akan diumumkan oleh MB Selangor Khir Toyo di Dewan harmoni Ijok jam 3 petang ini. Namun belum pun ia diumumkan jelas pemimpin-pemimpin masyarakat India tempatan berpecah khususnya dikalangan pimpinan dan penyokong MIC. Mungkinkah ini nanti akan memepengaruhi undi 28% para pengundi India yang berdaftar di Ijok?
Bagi pemimpin dan para penyokong Umno tempatan, berdasarkan perkembangan ini, Umno selaku rakan kongsi BN perlu bersedia membantu dan memenangkan calon dari MIC. Apakah Umno tempatan sudah bersedia berbuat demikian kali ini?
Bagaimana dengan tuntutan agar kerusi DUN Ijok ini diserahkan kepada Umno, sebelum ini ada berita mengatakan yang Ketua Bahagian Umno Kuala Selangor Amiruddin Sutero akan memperjuangkan habis-habisan menuntut agar kerusi Ijok ini diserahkan kepada Umno, begitu juga ahli Parlimen Kuala Selangor Daud Tarihep dikatakan akan membuat tuntutan yang sama, sekarang bagaimana?
Kalau Ketua Bahagian MIC pun demi mempertahankan maruahnya sanggup melepaskan jawatan dan keluar MIC kerana Presidennya enggan mendengar suara anak-anak tempatan, bagaimana dengan Umno Kuala Selangor?
Mungkin untuk bertindak sebagaimana Thiru dan para penyokongnya terlalu drastik dan ekstrim bagi pimpinan dan ahli-ahli Umno di Kuala Selangor khususnya di Ijok. Tetapi sekurang-kurangnya lakukanlah sesuatu yang boleh mencerminkan keperibadian dan harga diri Tuan-tuan sebagai seorang anak Melayu yang bermaruah. Apa kata kita pakat undi PKR yang dijangka meletakkan anak tempatan berbangsa Melayu itu sebagai simbol bantahan kita, takkan itu pun tak berani?
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara