Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Ijok berlangung pagi tadi. Proses demokrasi ini yang sepatutnya berjalan lancar bilamana calon-calon yang bertanding sepatutnya mengemukakan pencalonan masing-masing akhirnya dicemari dengan beberapa insiden yang sangat dikesali.
Batang Berjunta adalah merupakan satu pekan kecil tidak jauh dari Kuala Selangor dan berada id dalam DUN Ijok, Parlimen Kuala Selangor.
Apabila BN dan BA bertanding untuk kerusi ini sudah pastilah para penyokong kedua-dua belah parti akan membanjiri pekan kecil ini. Dan inilah yang telah berlaku pagi tadi sehingga mengakibatkan kesesakan lalulintas yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.
Seawal jam 8.45 pagi rombongan BA kira-kira 2,000 orang telah mengiringi calon PKR Tan Sri Khalid Ibrahim menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai. Apabila tiba di hadapan sebuah sekolah cina berhampiran dewan itu, rombongan BA itu telah dihalangi oleh sekumpulan penyokong BN yang berkebetulan berkumpul di sekolah Cina berkenaan. Penyokong BN yang diketua Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin itu dikatakan enggan memberi laluan kepada rombongan BA tadi sehinggalah Timbalan Pengerusi BN Najib Tun Razak tiba terlebih dahulu.
Dalam keadaan tegang dan huru-hara itu, Datin Seri Dr Wan Azizah, Presiden PKR telah meluru ke hadapan outrider polis yang mengiringi rombongan VIP BN itu, menuntut agar calon BA diberikan laluan terlebih dahulu ke Pusat Penamaan Calon.
Tindakan berani Dr Wan Azizah itu telah mengakibatkan pihak polis memberi laluan dan akhirnya rombongan besar BA itu diberikan laluan.
Setibanya di dewan, rombongan BN rupanya telah pun tiba dan calon BN telah pun menyerahkan kertas pencalonannya. Ini menimbulkan tanda-tanya adakah tindakan menghalang calon BA itu merupakan taktik BN bagi menggagalkan usaha menyerahkan borang pencalonan Tan Sri Khalid?
Di dewan tepat jam 10 pagi pihak SPR mengumumkan bahawa proses penyerahan kertas pencalonan ditutup dan proses pamiran kertas-kertas pencalonan dan tempoh bantahan bermula. Sejurus itu hujan mula turun dan para penyokong kedua-dua belah pihak yang berada di tengah padang dan hanya terpisah oleh satu garisan yang diwujudkan oleh pihak polis mula menyorak dan melaung-laungkan slogan masing-masing.
Dalam kekalutan itu tiba-tiba para penyokong BN telah menghujani pihak BA dengan
Botol-botl air mineral serta kayu. Tindakan ganas itu telah dibalas pula oleh para penyokong BA sehingga mencetuskan ketegangan. Ianya hanya berjaya diredakan apabila pihak FRU masuk campur dan bertindak melebarkan lagi garis pemisah antara kedua belah pihak.
Kemudiannya selepas tamat tempoh bantahan pihak SPR telah mengumumkan yang kerusi ini akan menyaksikan pertandingans atu lawan satu antara calon BN K Parthiban dan calon PKR Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya menyaksikan kekalutan, ketegangan dan suasana cemas dan huru-hara yang berlaku itu sebenarnya terjadi ekoran kegagalan pihak polis mengawal ekadaan sejak dari mula. Tidak seperti pilihanraya-pilihanraya kecil yang lalu pihak polis kali ini lemah dan gagal menyusun kawalan yang kemas. Pihak polis seolah membiarkan perarakan calon BA bergerak tanpa memperdulikan keadaan dan trafik sehingga membiarkan pertembungan berlaku antara kedua pihak.
Semasa di padang juga, tidak ada garisan pemisah yang kemas dan rapi sebagaimana biasa dan keadaan inilah yang telah mendorong para penyokong BN yang diketua Naib Ketua Pemuda Umno untuk bertindak liar.
Apa pun gelanggang kini sudah terbuka luas, ianya mungkin berat sebelah dan penuh dengan penipuan dan ketiadak-adilan, namun jentera BA perlu bekerja keras bagi menebus maruah negara, bangsa dan agama. Semoga kejayaan diberikan kepada mereka yang berhak padanya.

No comments:
Post a Comment