Saturday, April 07, 2007

Pecat Mufti Perak, Gerakan nafikan

Berikut adalah kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan oleh akhbar THE STAR di muka 8 akhbarnya hari ini:

Call made by Gerakan man not a resolution


IN OUR article DEAL WITH GREY ISSUES on Monday, we erroneously reported that Federal Territory Gerakan passed a resolution calling for the removal of Datuk Seri Harussani Zakaria as Perak Mufti over the spreading of a baseless SMS alleging that seafarer Datuk Azhar Mansor had renounced Islam.


There was no such resolution. FT Gerakan chairman Datuk Dr Tan Kee Kwong clarified that his remark asking for the removal of the mufti was made in his personal capacity during a press conference.


Semalam PAS Wilayah Persekutuan telah menyerahkan memorandum kepada pejabat Parti Gerakan di KL yang telah diterima secara peribadi oleh Ketua Pemuda Gerakan Wliayah Persekutuan Ma Woei Chyi. Penyerahan memo ini diikuti dengan demonstrasi di Masjid Kg Baru dan laporan polis yang telah dibuat oleh Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah.
Syabas diucapkan kepada PAS Wilayah kerana telah mempelopori langkah berani ini bagi membuktikan betapa umat Islam sensitif dalam hal yang berkenaan agama mereka.


Dr Tan Kee Kwong
Terima kasih kepada akhbar The Star kerana mengakui kesilapnnya. Cuma kita perlu teliti perenggan kedua kenyataan pembetulan itu, berdasarkan laporan tersebut Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan mengakui bahawa tuntutan agar Mufti Perak itu dipecat sebenanrya adalah pandangan peribadi beliau. Ini bermakna seorang pemimpin parti komponan BN yang bukan Islam yang juga ahli Parlimen Segambut telah sanggup campurtangan dalam urusan umat Islam dengan menggesa agar Mufti Perak dipecat.


Para pengundi di Segambut perlu ambil perhatian, kalau anak bekas Ketua Pembangkang ini (mendiang Tan Sri Dr Tan Chee Khoon) terus dikekalkan sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang, satu unid terhadap beliau bermakna bersetuju dengan pendapat dan pandangna beliau itu. Berhati-hatilah sebelum mengundi.

No comments: