Ramai yang menyaksikan reaksi Presiden MIC di TV3 semalam apabila ditanya berkenaan kata-dua yang diberikan kepada beliau oleh Ketua Bahagian MIC Kuala Selangor P. Thirumoorthy. Samay dengan marah mengatakan:
Beliau (Thirumoorthy) boleh pergi.
Ini berikutan tuntutan Thirumoorthy dan para penyokongnya agar Samy mencalonkan beliau sebagai calon MIC mewakili BN dalam Pilihanraya Kecil DUN Ijok yang penamaan calonnya pada hari Khamis ini.
Sebelum itu Thirumoorthy dalam kenyataannya mengatakan jika Presiden MIC itu enggan mendengar tuntutan anak-anak tempatan serta tenaga akar-umbi MIC maka beliau tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan. Malah mengancam tindakan beliau akan dituruti dengan perletakkan jawatan 33 Pengerusi Cawangan MIC seluruh Kuala Selangor yang mana 18 darinya adalah dari DUN Ijok yang mewakili 2,000 pengundi India.
Cikgu Thiru yang diketepikan oleh Presiden MIC
(gambar Agendadaily)
Nampaknya bertemu buku dan ruas antara Samy dan penyokong tempatan MIC di Ijok. Mendengar kenyataan Thiru itu Samy dengan bongkak mengatakan yang beliau selaku Presiden MIC memperoleho sokongan dari 98% caeanagn-cawanagn di seluruh Kuala Selangor.
Menurut rekod semasa ketiadaan mendiang Sivalingam akibat sering uzur dan kerana menghadiri urusan sebagai anggota EXCO Kerajaan Negeri, kebanyakkan urusan wakil rakyat DUN Ijok diselia dan dikendalikan oleh Thiru dan para penyokongnya yang terdiri dari anak-anak tempatan.
Jelas dalam hal ini Presiden MIC langsung tidak menghormati dan menghargai jasa anak-anak buahnya.

Para penyokong Cikgu Thiru di luar pejabat MIC Ijok
(gambar Agendadaily)
Sementara itu Timbalan Presiden Kelab Motivasi Insan Cemerlang Selangor, K Loganadan seorang anak tempatan Ijok dari Estet Caledonia telah menyatakan yang beliau akan mengemukakan kertas pencalonannya sebagai calon Bebas Khamis ini.
Calon sebenar MIC akan diumumkan oleh MB Selangor Khir Toyo di Dewan harmoni Ijok jam 3 petang ini. Namun belum pun ia diumumkan jelas pemimpin-pemimpin masyarakat India tempatan berpecah khususnya dikalangan pimpinan dan penyokong MIC. Mungkinkah ini nanti akan memepengaruhi undi 28% para pengundi India yang berdaftar di Ijok?
Bagi pemimpin dan para penyokong Umno tempatan, berdasarkan perkembangan ini, Umno selaku rakan kongsi BN perlu bersedia membantu dan memenangkan calon dari MIC. Apakah Umno tempatan sudah bersedia berbuat demikian kali ini?
Bagaimana dengan tuntutan agar kerusi DUN Ijok ini diserahkan kepada Umno, sebelum ini ada berita mengatakan yang Ketua Bahagian Umno Kuala Selangor Amiruddin Sutero akan memperjuangkan habis-habisan menuntut agar kerusi Ijok ini diserahkan kepada Umno, begitu juga ahli Parlimen Kuala Selangor Daud Tarihep dikatakan akan membuat tuntutan yang sama, sekarang bagaimana?
Kalau Ketua Bahagian MIC pun demi mempertahankan maruahnya sanggup melepaskan jawatan dan keluar MIC kerana Presidennya enggan mendengar suara anak-anak tempatan, bagaimana dengan Umno Kuala Selangor?
Mungkin untuk bertindak sebagaimana Thiru dan para penyokongnya terlalu drastik dan ekstrim bagi pimpinan dan ahli-ahli Umno di Kuala Selangor khususnya di Ijok. Tetapi sekurang-kurangnya lakukanlah sesuatu yang boleh mencerminkan keperibadian dan harga diri Tuan-tuan sebagai seorang anak Melayu yang bermaruah. Apa kata kita pakat undi PKR yang dijangka meletakkan anak tempatan berbangsa Melayu itu sebagai simbol bantahan kita, takkan itu pun tak berani?
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

(Berilah semangat dan makna pada lagu yang tuan-tuan sering nyanyikan di atas!)
No comments:
Post a Comment