Wednesday, December 31, 2008

Debaran menunggu calon PAS

Saya terus menerus menerima panggilan dan SMS bertanyakan siapakah calon PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Rakan-rakan pemberita, bloggers dan sahabat-sahabat tidak terkecuali, sesungguhnya membuktikan betapa minatnya orang-ramai tentang perkembangan KT dan PAS sendiri. Mustapha Ali? Dr Syed Azman? Wan Mutalib? Mat Sabu?

Kalaulah saya tahu, pasti blog ini akan menjadi panas, dikunjungi peminat politik, kawan dan lawan. Malangnya saya sendiri tidak tahu dan tidak mempunyai maklumat. Sebentar tadi memang saya ada menghubungi Tuan Guru Presiden, tetapi untuk perkara lain, wartawan mahukan komen beliau berhubung kenyataan Tan Sri Rashid SPR. Lalu itulah urusan saya iaitu untuk mendapatkan ulasannya.

Kini semua pihak menunggu pengumuman beliau. Keputusannya ada ditangan beliau. Saya percaya berbagai munajat dan istikharah yang telah beliau kerjakan untuk memastikan pilihannya itu nanti pilihan yang terbaik buat Islam. Saya dapat memahami besarnya bebanan yang beliau tanggung ketika ini. Kerana menghormati kedudukan beliau dan besarnya kasih dan ketaatan pada beliau selaku pemimpin lidah ini tidak tergamak untuk bertanyakan pun apa-apa perkembangan berkenaan soal calon.

Biarlah beliau membuat keputusan dan keputusan itu nanti insyallah akan diangkat dan diterima oleh semua biar siapa pun calonnya nanti. Yang penting kita mesti bekerja buat kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat. Ketepikan apa sahaja sentimen, musuh politik yang satu yang perlu dihadapi adalah Umno dan BN.

Soal adakah calon itu muda atau tua, professional atau ulamak, anak tempatan atau tidak, perlu dikesampingkan apabila calon yang muktamad tyelah diputuskan. Berlapang dadalah, dan terima keputusan jemaaah.

Calon PAS akan diumumkan esok. Yakinlah yang calon itu adalah yang terbaik buat kita semua dan buat pengundi parlimen Kuala Terengganu. Perjuangan perlu diteruskan, masa depan agama, bangsa dan negara terletak di tangan kita. Ayuh menangkan calon kita.

PJS bumi harapan kebangkitan PAS di Selangor

Kalau kita perhatikan reaksi pimpinan Umno, masing-masing seolah memperkecil dan memperlekehkan tindakan bekas Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim dan rakan-rakannya menyertai PAS baru-baru ini. Mat Taib dan Khir Toyo semuanya menganggap tindakan Kapten Zahar itu tidak akan menjejaskan Umno dan malah menganggap Kapten Zahar sebagai golongan “desperado” dalam politik. Kononnya kecewa kerana tidak dapat kontrak dan seumpamanya.

Sehinggakan saki-baki pimpinan Umno bahagian dalam PJS pun berani bersuara mengatakan Kapten Zahar pergi pun tidak mendatangkan kesan keranan kononnya beliau tidak pun banyak menyumbangkan kepada bahagian. Siapa yang sebenarnya “desperado” tak tahulah?

Tetapi dalam pada memperkecil dan memperlekehkan tindakan itu tiba-tiba kita mendapat khabar Timbalan Presiden Umno, Najib Tun Razak akan mengunjungi bahagian PJS dan mahu berjumpa dengan semua pimpinan parti termasuk mereka yang telah buat keputusan meninggalkan Umno. Tiba-tiba PJS menjadi penting. Tiba-tiba Kapten Zahar yang dikatakan tidak berpengaruh dan “desperado” itu menjadi ancaman, jika tidak mengapa perlu secara tergesa-gesa orang nombor dua dalam Umno perlu turun berjumpa dengan orang-orang bahagian.

Itulah nasib Umno yang retak menantikan belah itu.

Sementara itu Kapten Zahar kini bukan sekadar telah menyerahkan segala pejabat dan jenteranya kepada PAS di PJS malah kini memenuhi permintaan PAS untuk berceramah di sana-sini dan malah akan berkampung di Kuala Terengganu bagi membantu memenangkan calon PAS di sana dalam PR kecil nanti.

Di Selangor sahaja program sedang disusun bagi membawa Kapten Zahar ke lubuk-lubuk Umno bagi mempengaruhi rakan-rakan yang masih berada di dalam parti yang semakin rebah itu, agar mengikuti jejaknya dan meninggalkan Umno beramai-ramai. Umno sudah tiada masa-depan, percakaran dan sengketa dalaman semakin meruncing, politik wang yang cuba dibunuh rupanya kini bangkit menjadi jerangkong terus-menerus menghantui parti itu. Lalu sebagaimana seruan Kapten Zahar tempoh hari apabila menyerahkan borang keahlian PAS nya, bahawa hanya PAS satu-satunya kini parti pilihan bagi orang Melayu/Islam, maka ayuhlah kita bernaung bawah wadah yang baru ini.

Insyallah semua akan selamat apabila kita kembali kepada Islam. Selamat datang ke PJS Najib, bumi harapan kebangkitan PAS di Selangor!

Tuesday, December 30, 2008

Yang Dipertuan Besar NS yang ke 11






Tahniah kepada, Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang telah selamat dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11. Titah pertama Tuanku setelah dimasyhurkan adalah:

Yakinlah beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan hamba rakyat serta yang tinggal di seluruh alam Negeri Sembilan ini.

Mudah-mudahan niat mulia Tuanku itu berjaya dilaksanakan dengan izin Allah swt.

Saya pasti sahabat saya Tengku Zainol, adik ipar Tuanku akan tumpang gembira dan berbangga dengan perlatikkan ini.

Daulat Tuanku.

PR Selangor tak pecah, yang pecah Umno Selangor

Sebagai Ketua Penerangan parti pembangkang di Selangor, suka tak suka Rahman Palil kelihatan mahu sahaja mengeluarkan pandangan atas sebarang isu yang berlaku di Selangor termasuklah yang kadangkala tidak memerlukan pandangan beliau pun. Sikap ringan mulut ini barangkali penting bagi survival politiknya dalam Umno, maklumlah kerusi Sementa yang diwakilinya itu menang percuma sedangkan jika berlaku pertandingan tempoh hari belum tentu beliau mampu mempertahankan gelaran “YB” nya.

Dalam memberi komen terhadapa apa yang dikatakan “perpecahan” dalam PR Selangor, Rahman berkata PR Selangor kini kelihatan rapuh walaupun baru hampir setahun ditubuhkan. Rahman merujuk kepada pertelagahan mulut antara ahli Parlimen Kapar, MB Selangor, Speaker dan ahli Parlimen Klang.

Rahman septutnya beri tumpuan terhadap apa yang sedang berlaku pada parti beliau. Umnoi pasca PRU 12 sudah bukan Umno seperti dahulu lagi. Yang ketara Umno sudah tiada kuasa di Selangor. Dan terbaru “penghijrahan” Ketua Umno bahagian PJS, Kapten Dato’ Zahar Hashim dan rakan-rakannya ke PAS merupakan satu tamparan hebat ke[ada Umno. Dahlah tak ada kuasa, pemimpin dan ahli-ahlinya pula sudah mula meninggalkan parti berkenaan.

Kalau Rahman mahu tahu bilangan mereka yang telah memutuskan untuk bersama Kapten Zahar kini telah mencecah ratusan orang dan saya difahamkan satu majlis khas akan diadakan di Kuala Terengganu sempena PR Kecil di sana, untuk mereka ini menyerahkan borang-borang masing-masing terus ke Tuan Guru Presiden PAS.

Dengan penghijrahan rakan-rakan baru dari Umno ini PAS difahamkan akan terus mensasarkan kerusi-kerusi milik Umno di Selangor untuk memastikan keadaan yang berlaku di Petaling Jaya Selatan akan turut berlaku di bahagian-bahagian Umno yang lain.

Oleh itu lebih baik Rahman menjaga bahtera Umno nya yang semakin tenat dan hampir sahaja karam itu.

Tiada “perpecahan” dalam PR Selangor. Perbezaan pandangan dan pendapat perkara biasa, tapi ia bukanlah perpecahan. Yang retak menunggu belah sebenarnya adalah Umno, dan Selangor akan menjadi medan pertama menyaksikan keangkuhan Umno, insyallah tersembam mencium bumi. Mungkin Rahman sendiri tergerak untuk mengikuti jejak Kapten Zahar? Hubungi sahaja PAS Selangor, insyallah anda akan diterima dengan baik.

Monday, December 29, 2008

Apa lagi Karpal……..

Saya terkejut membaca kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang dimuatkan dalam berita terkini The Star online sebentar tadi. Kata Karpal DAP akan hanya menerima calon PAS bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti dengan syarat PAS tidak berjuang untuk menuntut agenda Negara Islam dengan undang-undang hudud dan qisas.

Kata Karpal lagi DAP tidak pernah berganjak dari pendiriannya menentang perlaksanaan undang-undang syariah berkenaan.

Saya terkejut pertama kerana kenyataan keras Karpal ini dibuat kerana melayan provokasi Samy Vellu yang dalam akhbar-akhbar hari ini menggelar Karpal “a toothless tiger” kerana tidak berani mengkritik PAS atas isu Negara Islam dan undang-undang syariah. Takkanlah kerana provokasi dari seorang pemimpin yang ternyata telah ditolak rakyat maka Karpal tergamak melukakan hati kawan-kawannya.

Keduanya mustahil Karpal tidak tahu apa tujuan PAS. Nama pun parti Islam. Takkanlah kerana berkawan dengan Karpal maka PAS terpaksa menggugurkan prinsip perjuangannya yang telah dijunjung dengan penuh pengorbanan sepanjang lebih 57 tahun.. Sepatutnya kawan sesama kawan sama-sama menghormati prinsip perjuangan masing-masing, tidak mengkritik atau mengutuknya apa lagi kerana semata-mata mahu memuasakan hati musuh.

Apalah PAS tanpa perjuangan Islam, tiada beza dan mungkin lebih teruk dari Umno. Kerana berpegang teguh pada prinsip inilah maka PAS mampu bertahan sehingga hari ini dan terus-menerus diterima dan diberi pengiktirafan oleh rakyat.

Karpal berhak berkata apa sahaja, tetapi 1 Januari ini Presiden PAS akan mengumumkan calon PAS dan itulah calon yang akan terus memperjuangkan agenda Islam samada disukai Karpal atau tidak.

Sunday, December 28, 2008

Ya Allah selamatkan saudara-saudara kami di Palestin




Disaat saya menulis posting ini regim haram zionis Israel masih lagi berkeras kepala melancarkan serangan udara mereka ke atas bumi Gaza yang ditadbir oleh HAMAS di Palestin. Terbaru setakat ini menurut agensi berita antarabangsa lebih 225 orang telah syahid dan beratus-ratus lagi cedera dan musnah sama-sekali tempat tinggal mereka.

Bom dan peluru berpandu dilancarkan ke atas bumi yang sesak dan padat dengan penduduk. Rakyat Palestin di Gaza kini disekat dari pelbagai penjuru, makanan kurang, bahanapi kurang, ekonomi tidak menentu, dan dalam keadaan begitu binatang bernama regim zionis ini dengan senang hati menggunakan teknologi dan kekuatan ketenteraan mereka memusnahkan saudara-saudara kita yang lemah dan tidak berdosa itu.

Maghrib tadi kita telah memasuki ke tahun Hijrah yang baru, mengingati betapa Rasulullah saw dan para sahabat bersusah-payah berkorban menyeberangi bahang padang pasir, meninggalkan Makkah menuju Madinah dan akhirnya menegakkan Daulah Islamiyah yang pertama, itu 1430 tahun yang lalu. Tetapi hari ini segala yang ditegakkan oleh Baginda kita biarkan begitu sahaja, darah umat yang dicintai Rasulullah saw itu kita biarkan tertitis dan tertumpah ke bumi tanpa pembelaan, malah seolah kita tidak berupaya melakukan apa-apa, cuma menjadi penonton yang bisu dan bacul.

Regim haram ini bagaikan mencabar umat Islam, ya disambutan Awal Muharam kamu, kami musnahkan dan bunuh saudara-saudara kamu, apa yang boleh kamu lakukan? Kamu mungkin ramai, kaya tetapi kekuatan kamu itu tidak mampu mengusik kami walau sehelai rambut kami!

Saya sendiri yang menulis ini sekadar boleh melayan luapan darah panas dalam tubuh melihatkan kedurjanaan ini berlaku, tetapi apakah yang boleh kita lakukan terhadap bangsa jahanam ini?

Mudah-mudahan Allah swt menggerakkan hati pemimpin-pemimpin negara-negara Islam agar bersatu, mengenepikan perbezaan dan perbalahan, menumpukan sepenuh kekuatan, membela saudara-saudara kita di Palestin dan mengajar regim haram ini. Mudah-mudahan Allah swt memberikan kekuatan kepada saudara-sauadara kita yang dizalimi itu, lindungi mereka, pelihara mereka.

Subuh nanti bacakan qunut nazilah dan terus bacakan saban hari sehingga hancur musnah musuh-musuh Allah ini:

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka.

Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka. Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.








Saturday, December 27, 2008

AL FATIHAH

Takziah di atas kemangkatan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Apabila tiba pertolongan Allah dan kemenangan
(Artikel ini terbit dalam ruangan "Menongkah Arus" di Harakahdaily)

Dewan tempat majlis pengisytiharan pada pagi itu dihiasi dengan kalimah: "Apabila tiba pertolongan Allah dan kemenangan", iaitu petikan dari Surah An Nasr (ayat 1). Ternyata itulah tema yang paling sesuai bagi majlis berkenaan.

Assyahid Syed Qutb di dalam tafsirnya menyebut bahawa ayat ini menghuraikan bahawa pertolongan dan kemenangan itu datang dari Allah pada masa yang ditentukan Nya dan dalam bentuk yang dikehendaki Nya.

Kerana itu tidaklah keterlaluan seorang yang telah pernah menjadi musuh politik satu ketika dahulu, yang keras dan agresif, yang tidak pernah terbayang akan memberi simpati tetapi hari ini membuat keputusan untuk duduk bersama dalam satu jemaah dianggap sebagai suatu pertolongan dari Allah swt.

Demikianlah yang berlaku pada PAS baru-baru ini apabila bekas Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) Kapten (B) Dato' Hj Zahar Hashim yang telah berjuang lebih 20 tahun di dalam Umno, bekas ADUN dua penggal, memutuskan untuk menyertai Parti Islam berkenaan.
Dato' Hj. Zahar bukan setakat membawa dirinya seorang menyertai PAS tetapi pada hari berkenaan sahaja lebih 28 AJK Bahagian dan ketua-ketua cawangannya turut berbuat demikian. Dan angka ini kata beliau akan terus meningkat sehingga Umno di bahagian berkenaan terus lumpuh.

Penyerahan borang keahlian bekas tokoh Umno berkenaan telah diterima oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dengan disaksikan oleh Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor dengan kehadiran pimpinan kanan PAS Negeri.

Apa yang menarik dalam majlis berkenaan adalah kenyataan Dato' Zahar bahawa beliau mengambil keputusan menyertai PAS bukan kerana PAS adalah parti alternatif buat Umno, tetapi bagi beliau setelah dikaji seluruh aspek dan perkembangan politik negara, ternyata dan diyakini PAS kini adalah parti yang terbaik buat orang-orang Melayu dan umat Islam keseluruhannya.

Malah beliau berjanji akan menjaja isu ini sepanjang tempuh berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu nanti dan akan meyakinkan lebih ramai lagi ahli-ahli Umno khasnya di Selangor untuk mengambil keputusan sebagaimana yang dilakukan beliau itu.

Perkembangan ini adalah sejarah buat PAS, kerana bukan sesuatu perkara yang mudah untuk mendapatkan seorang bekas Ketua bahagian yang berpengaruh seperti beliau untuk menyertai PAS.

Malahan menurut rekod inilah kali pertama di Selangor seorang Ketua Bahagian Umno menyertai PAS. Mungkinkah ini satu permulaan baru bagi PAS? Mungkinkah setelah lebih sembilan bulan PRU ke-12 berlalu, kini rakyat khasnya orang-orang Melayu dan Islam sudah mula sedar, dan tergerak hati mereka untuk berlapang dada dan menerima perjuangan PAS yang selama ini mereka perkecil dan pinggirkan?

Kesedaran ini jika benar terpancar dihati sanubari mereka, insyallah PAS memiliki masa depan yang cerah di persada politik tanahair. Kekuatan PAS itu sekaligus akan memperteguhkan kekuatan Pakatan Rakyat untuk melonjak lebih tinggi lagi dalam mengmabil alih kuasa dalam negara.

Benarlah bahawa ini adalah pertolongan Allah dan satu kemenangan buat Islam yang ditunggu-tunggu sekian lama oleh para pejuangnya yang ikhlas dan istiqamah. Semoga gelombang yang dicetuskan ini akan membuahkan hasil yang baik bagi Islam di Kuala Terengganu dan nanti ke seluruh negara dengan izin Nya. Sebagaimana dinukilkan dalam kitab tafsir di atas:

"Demikianlah terangkatnya manusia dengan keimanan mereka kepada Allah. Demikianlah jiwa mereka memancar dengan gemilang, melembut halus dan terbang bebas. Demikianlah mereka berjaya sampai kepada darjat kebesaran, kekuatan dan kebebasan."-

Friday, December 26, 2008

Kuala Terengganu semakin condong pada PAS

Belum pun tiba tarikh penamaan calon tetapi Kuala Terengganu sudah panas menggelegak. Mungkin kerana menjangka ia akan terus panas dan mungkin membakar mereka maka Umno dan BN terpaksa mengumumkan calon mereka terlebih awal, keluar dari konvensyen biasa, Umno mencipta sejarah mengumumkan calonnya awal.

PAS telah mengisytiharkan calonnya hanya akan diumumkan oleh Tuan Guru Presiden pada 1 Januari nanti, tidak tunduk dan mengikut rentak Umno.

Saya mendapat maklumat pada hari pengisytiharan calon Umno, majlisnya tidaklah seceria mana. Masih wujud syak wasangka dan bermasam muka dikalangan “laksamana-laksamana” Umno Terengganu, membuktikan bahawa mereka masih retak dan sukar bersatu. Pemilihan Senator Wan Farid sebagai calon pun dikatakan tidak dapat diterima oleh sesetengah “laksamana” dan konconya. Ada yang mengatakan jika benar Wan Farid dan keluarganya berpengaruh maka mengapa abang beliau Wan Hisham boleh tewas di DUN Ladang pada PRU lalu walaupun beliau ketika itu ahli EXCO.

Apa pun perkembangan di dalam Umno bukan hanya di Terengganu tetapi diseluruh negara tidak memihak kepada mereka. Mereka sebenarnya masing-masing kini sedang sibuk berkempen bukan untuk Kuala Terengganu tetapi untuk merebut jawatan bagi proses pemilihan parti mereka yang dijangka berlaku awal tahun hadapan. Menurut adatnya dalam Umno korban politik paling banyak berlaku bukan pada pilihan raya umum tetapi semasa pilihan raya parti!

Dan terakhir penyertaan beramai-ramai bekas Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt Dato Zahar Hashim dan AJK-AJKnya dijangka terus menyukarkan laluan buat Umno. Kapt. Zahar dan rakan-rakannya telah berjanji untuk berkampung di Kuala Terengganu bagi membantu calon PAS.

Oleh itu PAS mesti membuat persediaan yang paling baik. Jangan jadi macam Umno, jangan terjangkit penyakit Umno. Kita parti Islam, kita punya adab dan disiplin kita yang meletakkan Islam diteraju teratas pada setiap masa. Lantas jika PAS punya alahan dari penyakit-penyakit ini, masing-masing berlapang dada dan ikhlas berjuang dan bekerja kerana Allah swt, tidak mustahil kerusi yang pernah dimiliki Allahyraham Dato Onn Jaafar (KT Selatan) dan Allahyarham Hassan Adli (KT Utara) ini akan kembali ke pangkuan PAS.

Terima kasih kepada anda

Atas sebab-sebab teknikal saya tidak dapat “update” blog ini sejaka beberapa hari lalu. Tak sangka pula posting saya yang terakhir telah mencetus kontroversi.

Saya memiliki blog ini sejak tahun 2004 dah lebih 4 tahun pun, dan ini adalah blog peribadi saya. Blog pun bagi mereka yang peka adalah “Log book” atau bagaikan buku harian catitan peribadi pemiliknya untuk dokongsi bersama siapa sahaja yang sudi membaca.

Ada blogger yang menggunakan blognya untuk menabur fitnah dan menyerang peribadi seseorang tanpa mengira ia benar atau tidak, ada blogger yang menulis apa yang dilihatnya, ada blogger yang menulis apa sahaja yang ia suka. Itu terpulanglah kepada si blogger, tetapi yang pentingnya blog bukan media rasmi mana-mana badan atau kumpulan atau individu penjawat jawatan, itu laman web atau portal berita dan seumpamanya, blog adalah bersifat peribadi kerana itu dalam undang-undang Malaysia, blogger boleh didakwa atas apa yang dihasilkannya.

Saya insyallah jika diberi kekuatan akan terus berblog di sini dengan cara yang saya pilih tak kiralah kalau saya ada jawatan ataupun tidak. Terima kasih kerana mengunjunginya dan berkongsi pandangan dengan saya.

Monday, December 22, 2008

Saya pasti disaat ini masing-masing kita sedang ternanti-nanti siapakah calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihanraya kecil P.36 Kuala Terengganu. Cslon Umno mewakili BN Seantor Wan Farid telah pun diumumkan semalam, soalnya siapa calon PAS? Saya sendiri pun tidak tahu malah difahamkan Jawatankuasa PAS Pusat masih bermesyuarat di Kuala Terengganu untuk memutuskannya. Apa pun kita harapkan PAS akan mengemukakan calon terbaik bagi menghadapi BN dan yang mampu merampas kembali kerusi tersebut.

Sehubungan dengan ini posting terakhir saya:

Serahkanlah pada pimpinan

cuba menyingkap proses pemilihan calon-calon PAS yang membezakannya dengan parti-parti lain. Saya memetik apa yang dikatakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, sebagaimana dilaporkan oleh The Star, tetapi rupanya ada pihak tidak berpuas-hati dan mempertikaikan apa yang saya tulis itu. Tidak cukup dengan itu si folan berkenaan turut menyindir dan merendahkan saya, alhamdulillah

Saya menerima SMS berikut dari nombor handphone yang tak saya kenali iaitu 019 2361889 yang berbunyi:

Sdra Roslan , pls check yr facts, . Keputusan muktamad siapa calon ialah diperingkat ajk pas pusat i.e president & co, bukan syura ulama’. Nevertheless syura ulama determines the eligibility of calon. This has been the practice all along. Pls don’t confuse yr readers. Macam mana u jadi press sec presiden n do not know the party org?

Ternyata pengirim SMS ini marah apabila saya menyebut bahawa:

Apa pun akhirnya keputusan muktamad adalah pada Majlis Syura Ulamak yang akan menyaring dan mengenal-pasti calon terbaik yang akan menjulang panji-panji PAS dalam medan pertempuran pilihan raya kecil itu nanti.

Lalu beliau mempertikaikan kelayakan saya menjadi SU Akhbar Presiden PAS, iaitu jawatan yang bukan saya pohon tetapi diputuskan oleh parti dengan persetujuan Presiden. Tak mengapalah, tetapi sekadar renungan di sini berikut saya petik posting terbaru Harakahdaily:
Ini kerana, katanya proses pencalonan dalam PAS mesti diserahkan kepada PAS Pusat serta Jawatankuasa Politik PAS Pusat dan akan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat sama ada lulus atau pun tidak seseorang calon tersebut.
Orang yang dipetik oleh Harakahdaily itu tidak lain dan tidak bukan Dato Seri Tuan Guru Presiden sendiri. Kalau berdasarkan kenyataan Tuan Guru Presidern di atas tidakkah membuktikan bahawa keputusan muktamad itru keputusan Majlis Syura? Atau pengirim SMS pun mahu kirim SMS pada Harakahdaily dan mungkin juga Presiden PAS, bahawa nampaknya beliau seorang sahaja yang tahu organisasi PAS yang lain tak tahu?

Thursday, December 18, 2008

Serahkanlah pada pimpinan




Akhbar The Star hari ini menyebut bahawa Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd HAdi Awang menyatakan yang PAS akan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum memilih calonnya yang terbaik untuk bertanding dalam pilihan raya kecil P36. parlimen Kuala Terengganu.

Dalam menterjemahkan semua pihak itulah maka Tuan Guru menyebut termasuklah pandangan bloggers, para pengkritik malah jika perlu surat-surat layang sekalipun. Itu bagi mengambarkan keluasan bidang dan skop yang diambil kira oleh PAS sebelum membuat keputusan yang sebegini penting. Tuan Guru menyebut parti akan meneliti pandangan terperinci dari cawangan-cawangan dan laporan pimpinan kawasan disamping mengambil kira sentimen para pengundi. Apa pun akhirnya keputusan muktamad adalah pada Majlis Syura Ulamak yang akan menyaring dan mengenal-pasti calon terbaik yang akan menjulang panji-panji PAS dalam medan pertempuran pilihan raya kecil itu nanti.

Sekaligus pengajarannya adalah: kita serahkanlah soal pemilihan calon ini pada kebijaksanaan dan bacaan politik mereka yang bertanggungjawab. Selaku jentera dan penyokong, tugas kita adalah memenangkan parti semasa pilihan raya kecil itu nanti. Kita akan menerima siapa sahaja calon parti yang diisytiharkan atas keputusan Majlis Syura, bagi PAS selaku jemaah Islam seperti biasa kita diajar bahawa pilihan raya ini laksana satu peperangan jihad, maka serahkanlah jiwa dan hartabenda kita untuk memastikan kemenangan Islam, kita akan bertempur dalam gelanggang pilihan raya seolah kita semua adalah calon belaka, yang menang nanti bukan calon tetapi insyallah Islam yang sama-sama kita julang.

Wednesday, December 17, 2008

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan

Kebelakangan ini tumpuan orang-ramai sudah pastilah pada pilihan raya kecil yang bakal berlaku di kawasan parlimen Kuala Terengganu bulan hadapan. Kuala Terengganu bakal menyaksikan pertembungan antara dua musuh politik tradisi di tanahair iaitu Umno yang mewakili BN yang akan menghadapi tentangan dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Sudah pastilah bagi Umno pilihan raya kecil itu nanti bukan hanya medan untuk berkempen bagi memenangkan siapa sahaja calon mereka tetapi ia juga akan menjadi medan untuk masing-masing lobi melobi dan berkempen sesama mereka menjelang pemilihan parti itu pada bulan Mac nanti. Pemilihan ini pada hakikatnya lebih penting dari Kuala Terengganu yang sekadar akan melihat calon Umno lawan PAS, sedangkan siapa yang menang Mac nanti akan duduk di atas takhta kuasa Umno, iaitu takhta yang akan menentukan hala tuju negara seterusnya pasca Dollah Badawi.

Kerana Umno sinonim dengan politik wang maka tidak mustahil wang akan bertukar tangan bukan hanya ke tangan pengundi tetapi juga dari tangan calon parti mereka ke tangan para perwakilan ke perhimpunan parti itu nanti.

Memang sukar membuang tabiat lama, lebih-lebih lagi pemilihan parti itu kali ini akan menyaksikan pengunduran orang nombor satunya, lantas akan berlakulah perubahan kuasa dipelbagai peringkat. Dengan perubahan dan prospek memegang kuasa ini maka barah politik wang yang melanda parti itu dijangka semakin memudaratkannya.

Kerana itu rakyat di Kuala Terengganu sebenarnya berkuasa memberi isyarat yang jelas kepada Umno, bahawa rakyat sudah muak dan jelek dengan permainan kotor mereka. Kalau kuasa dalam parti pun boleh dijuak beli, bayangkan apa yang akan berlaku pada negara dan masa depannya.

Sesungguhnya bibit-bibit bosan dan hilang kepercayaan kepada Umno itu semakin menular sejak dari pilihan raya umum Mac lalu. Ia tidak pernah kebah dan malah semakin menjahanamkan parti itu dari dalam. Kerana itu ahli-ahli Umno sudah mula berani bangkit dari malapetaka ini dan mula berjinak-jinak mencari wadah baru. Jika perahu yang ada sudah usang dan berlubang-lubang, lebih baik tukar sahaja kerana ia sudah tidak mampu dibaiki lagi sedangkan samudera yang perlu ditempuh begitu mencabar dan bergelora.

Di Terengganu sahaja saya difahamkan sudah ada kecenderungan ahli-ahli Umno berhijrah mencari tapak baru. Kemungkinan beberapa bekas pimpinan parti berkenaan berhijrah dalam suasana perang pilihan raya ini semakin kuat. Malah bukan di Terengganub sahaja, saya mendapat khabar bahawa di Selangor, bukan bekas pemimpin, tetapi seorang Ketua bahagian dan anak-anak buahnya bakal mengisytiharkan diri menyertai PAS beramai-ramai!

Apakah ini satu trend baru yang bakal kita saksikan? Sekiranya Allah telah takdirkan, maka tiada yang mustahil. Mudah-mudahan ia terus menjadi kenyataan. Benarlah firman Allah swt:

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

(an Nasr: 1-3)

Monday, December 15, 2008

Apa sudah jadi dengan kita semua?




Adakah manausia yang tergamak membuang bayi yang baru lahir ke dalam lubang tandas awam? Hamba Allah yang baru lahir ke dunia ini diperlakukan demikian, hilang langsung kewarasan dan kemanusiaan apabila insan yang tidak berdosa ini dicampak begitu sahaja bagaikan barangan yang itdak berguna.

Inilah gambar hadapan Berita Harian hari ini, bayi ini dijumpai masih hidup dalam lubang tandas awam di Pasar Basah, Lembah Keriang, Changlun.

Siapakah ibu, siapakah bapanya? Melayu, Cina, India, Siam, tidak pula diketahui. Apa pun yang pasti makhluk bergelar haiwan sekalipun tidak akan memperlakukan sedemikian pada anak kandungnya. Saya pasti bagi mereka yang prihatin, gambar ini suatu petanda yang sangat membimbangkan terhadap keadaan sosial masyarakat kita. Adakah kita telah melahirkan suatu generasi manusia yang tiada lagi pertiumbangan akhlak dan adab, yang sudah barang sekelumit roh keimanan dalam jasadnya?

Siapakah yang bersalah? Adakah kita perlu membuka gelanggang tuduh-menuduh dan tuding-menuding, atau lebih baik kita bermuhasabah dan mencari jalan penyelesaian, merangka pelan yang dapat membina kembali generasi yang beriman dan bertaqwa, agar tiada lagi bayi yang lain akan menimpa nasib yang sama.

Jumaat lepas saya sempat menghadiri satu taklimat di Pejabat Daerah Sepang. Antara yang ditaklimatkan adalah bilangan mereka yang bernikah dan bercerai di Daerah Sepang. Sungguh menyedihkan apabila diberitahu bahawa bilangan mereka yang bercerai semakin meningkat sehingga hampir mencecah separuh dari yang bernikah.

Apabila ada hadirin yang bertanya kepada Kadi Daerah apakah punca dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya, kata Kadi tadi, ini perkara biasa, subhanallah. Jawapan Kadi itu telah ditegur oleh EXCO Agama Selangor, Dato Dr Hasan Ali yang diraikan dalam majlis itu. Kata Dr Hasan macam mana Kadi boleh katakana ia perkara biasa sedangkan bergegar arasy Allah apabila berlaku perceraian!

Inilah antara perkara yang perlu diperkemaskan. Institusi agama, pendidkan dan semua pihak yang terlibat dalam membentuk akhlak masyarakat (samada ibu-bapa, sekolah, masjid dan lain-lain). Apabila kita longgar dan lalai dalam aspek agama, tatkala itu tiada lagi pertimbangan dosa dan pahala, manusia menjadi individualistic, yang penting adalah nafsu dan halobanya. Agama, masyarakat dan peradaban dicampak ke tepi.

Marilah kita sama-sama menginsafi perkara ini dan bersama berusaha memperbaiki dan menagtasinya dimana sahaja kita ada kesempatan dan peluang untuk melakukannya.



(Dari BERITA HARIAN: BAYI yang ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas kini mendapat rawatan di Hospital Jitra.

Friday, December 12, 2008

Semoga jemaah kita terus berjaya

Bezanya PAS dengan parti-parti siyasah lain dalam negara adalah bahawa ia adalah juga sebuah gerakan Islam. Mereka yang bernaung di dalamnya mempunyai cita-cita dan matlamat perjuangan yang sama iaitu ke arah memartabat dan mendaulatkan Islam. Menguruskan suatu gerakan Islam sebesar PAS bukanlah satu kerja yang mudah, tetapi kerana ia sebuah gerakan Islam maka seluruh ahli ikhlas meletakkan dirinya bernaung di bawah adab dan disiplin berjemaah sebagaimana dikehendaki Islam.

Sikap bermuhasabah dan nasihat-menasihati adalah suatu yang diterima dalam PAS dan kekuatan inilah yang mengakibatkan parti ini mampu bertahan sejak awal penubuhannya hingga kini.

Kerana itu kita tidak pernah melihat ancaman untuk keluar parti atau memnbawa ahli keluar parti dan seumpamanya dalam PAS. Kalaupun ada ianya melibatkan individu dan golongan yang telah sebenarnya tersisih dari adab dan disiplin berjemaah, lazimnya mereka ini akan gugur begitu sahaja. PAS adalah sebuah qiyadah jamaiyah iaitu kepimpinan melalui jemaah, lalu kepentingan individu atau kelompok tidak dapat mengatasi kemahuan dan kehendak jemaah yang diputuskan melalui syura.

Besar mana pun pangkat seseorang, tinggi mana pun ilmunya, lama mana pun ia menjadi ahli parti tetapi yang diukur oleh gerakan Islam adalah tahap ketaqwaannya. Seorang yang setinggi kedudukan Presiden sekalipun tetapi jika ia lari dari prinsip perjuangan, seorang buruh atau penganggur mungkin lebih mulia di sisi Allah dari beliau. Allah swt berfirman:

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. (al Hujuraat:13)

Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal. (al Baqarah: 197)

Di pagi Jumaat ini saya senang membaca nasihat dan tunjuk-ajar dari Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat, yang dimuatkan di dalam laman tranungkite

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=289

Inilah kelainan dalam PAS, kecintaan dalam jemaah dibentuk dari sama-sama berusaha kea rah mendekatkan diri kepada Allah. Ustaz Idris menyebut darihal betapa pentingnya kerahsiaan dalam parti dipelihara dan dijaga oleh semua pihak dan peringkat, malah ia merupakan adab dalam jamaah yang perlu dipatuhi. Jika ia mudah sahaja bocor dan dibocor pula untuk tontonan dan ratahan pihak musuh, maka sudah pastilah yang tergugat dan terancam adalah jemaah yang kita sayangi ini.

Janganlah kita menjadi individu yang begitu terpesona dengan diri kita sendiri sehingga menganggap pihak lain rendah dan tidak sehebat kita. Sampai ke peringkat sebagaimana digariskan oleh Dr Syed Muhammad Noh di dalam kitabnya “Wabak sepanjang jalan”, : ia akan berusaha sedaya upaya untuk mengatasi orang lain tanpa mengambil kira ianya benar atau tidak. Dalam suasana yang demikian syaitan akan membisik kepadanya bahawa cara paling baik untuk ia mencapai hasratnya ialah dengan mengambil pendekatan bertegang leher, semoga dijauhkan Allah dari kita memiliki sifat sedemikian.

Kita akan menghadapi peperangan besar (pilihan raya) di Kuala Terengganu. Ini bukan masanya kita melayan puak-puak yangs edemikian. Ini masanya untuk kita menzahirkan kekuatan dan perpaduan kita. Kekuatan dan perpaduan inilah yang telah melonglaikan mush dan lawan sebelum ini, dengan keyakinan kepada pertolongan Allah swt, marilah dibawah bimbingan dan kepimpinan ulamak, kita semua menongkah arus sehingga berkibarnya panji-panji Islam di parlimen Kuala Terengganu.

Thursday, December 11, 2008

ISA dan puaka disebaliknya

Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar semalam menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah baru-baru ini membebaskan 6 tahanan ISA termasuklah dua warga Thai. Dari enam yang dibebaskan itu dua merupakan dari Kumpulan JI, dua ditahan kerana disyaki ejen kepada perisik asing dan dua lagi iaitu warga Thai merupakan anggota kumpulan pemisah.

Bermakna ada tiga kategori tahanan yang dibebaskan iaitu pertama dari JI, kedua ejen perisik dan ketiga anggota pemisah Thai. Kategori JI ini telah banyak maklumat dan laporan yang kita perolehi dan diberikan kepada kita walaupun ternyata ia tidak pernah dibuktikan secara sahih di mahkamah terbuka, tetapi yang memusykilkan adalah dua kategori lagi.



Tak Bai, Narathiwat, 2004
Mengapa rakyat Malaysia tidak diberitahu tentang ejen perisik asing ini? Selain dari diumumkan nama kedua-dua tahanan yang dibebaskan itu iaitu Mohd Faizul Shamsudin dan M. Mavalavan, mengapa tak didedahkan aktiviti mereka? Untuk siapa mereka merisik dan apakah yang dirisik oleh mereka? Atau setelah disiasat seperti biasa kerajaan dapati tiada bukti untuk mensabitkan mereka, atau bagaimana?

Sudahlah mereka ditahan tanpa bicara, ditahan dalam keadaan sorok-sorok tiba-tiba dibebaskan pun begitu juga.

Seterusnya dalam bab tahanan warga Thai, mengapakah mereka diusir balik ke negara mereka (deported)? Jika mereka anggota pemisah Thai, tidakkah boleh kita memberikan perlindungan atau suaka politik kepada mereka atas sebab-sebaba perikemanusiaan? Dari segi peri kemanusiaan siapa pun tahu bahawa jika mereka dihantar pulang pasti mereka akan ditahan pula oleh Tentera Thai. Dari pengalaman kezaliman terhadap anggota pemisah Islam di Selatan Thai dan Narathiwat pada 25 Oktober 2004, kita telah boleh duga apakah nasib yang bakal menimpa Ab Rahman Ahmad dan Mohd Termizi Zakaria.

Sementara itu Kem Tahanan Kamunting terus menjadi kem puaka yang menahan tanpa bicara 46 tahanan ISA yang entah sampai bila akan dibebaskan. Selagi kem dan akta yang membenarkan seseorang ditahan tanpa bicara ini wujud maka selagi itulah kerajaan ini akan memikul laknat dari keluarga dan tahanan yang dizalimi (sejak dari mula ia diwujudkan), termasuklah dari rakyat sendiri yang sudah tidak dapat menerima kezaliman seumpama ini.

Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM

R6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!

Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.

Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!

Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.

Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.

Jadi apa nak kita lakukan?

Dalam pada itu rakyat diseur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita

YB Iskandar dalam keadaan stabil



Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor yang juga ahli EXCO kerajaan negeri, YB Iskandar Abd Samad, dimasukkan ke hospital Selangor Medical Centre petang tadi kerana masalah jantung. Beliau bagaimanapun kini berada di dalam keadaan stabil dan masih dalam pemerhatian pakar di wad ICU hospital berkenaan.

Menurut Pegawai Khas, beliau Rosli Abidin, YB Iskandar yang pagi tadi menghadiri majlis Hari Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Selangor di istana telah pergi ke SMC apabila mendapati keadaannya lemah dan kepenatan. Di sana pihak hospital mendapati degupan jantungnya laju dan telah mengejarkannya ke ICU untuk pemerhatian dan kini beliau masih berada di sana namun dalam keadaan selamat dan boleh bercakap.

YB Iskandar adalah juga ADUN Cempaka dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan. Semoga Allah swt segera mengembalikan kesihatannya agar dapat meneruskan perjuangan.

Tuesday, December 09, 2008

Lebih baik melakukan yang benar dari memilih menjadi popular

Saya terharu membaca penjelasan oleh Sdr Iskandar Abdul Samad selaku EXCO Perumahan, Pengurusan bangunan dan Setinggan negeri Selangor, yang terbit dalam ruangan “Your opinions” dalam akhbar The Star hari ini. Dalam kita sama-sama bangkit dari tragedi malang Bukit Antarabangsa yang menyayat hati itu, sudah sampai masanya kita bermuhasabah dan lebih penting jujur dalam melaksanakan amanah kita masing-masing.

Apa yang Sdr Iskandar nyatakan dalam surat beliau adalah komitmen kerajaan negeri PR Selangor, ke arah menjamin keselamatan rakyatnya sejak dari mula ia berkuasa. Langkah mengharamkan pembangunan di tanah tinggi yang cerunnya berada pada tahap kelas 3 dan 4 pada awalnya dikritik oleh para pemaju. Kononnya kerajaan Selangor yang baru tidak mesra pembangunan.

Lalu apabila berlaku tragedi malang ini ternyata tindakan awal kerajaan negeri itu yang walaupun tampak kononnya tidak mesra pembangunan, akhirnya terbukti penting dalam menyelamatkan nyawa penduduk dan rakyat negeri ini.

Kini dengan tragedi ini, kerajaan negeri terpaksa sekali lagi mengambil langkah drastik. Kalau benar kawasan tragedi sudah tidak lagi selamat, kalau perlu kerajaan negeri mengambil langkah yang mungkin tidak popular, ia perlu juga lakukan kerana keselamatan rakyat lebih utama dari menjadi popular! Pengakuan Sdr. Iskandar ini membayangkan keprihatinan beliau dan kerajaan negeri. Saya percaya disaat ini, apa sahaja langkah kerajaan negeri termasuk jika perlu sebagaimana disebut oleh Sdr Iskandar , merobohkan rumah-rumah yang sedia ada, walaupun pahit, ia perlu dilakukan juga.

Kerana jelas kerajaan hari ini lebih pentingkan keputusan yang baik dan benar dari mengambil keputusan semata-mata kerana mahu menjadi popular. Syabas.

Better for a government to do what is right, nor what is popular

ONE of the earliest policies announced by the new Selangor state government after the March 8 general election was to ban any development on Class 3 and Class 4 hill slopes.
This decision was heavily criticised by the developers. The state government was accused of being hostile to development.
However, the recent tragedy in Bukit Antarabangsa has silenced these critics but with four deaths and thousands displaced, it is inappropriate for the state government to brag that they are correct to impose the ban. A government should do what is right and not what is going to be popular.

The same thing goes for the current crisis in Bukit Antarabangsa. The experts have announced that almost 2,000 people need to be evacuated as their homes are unsafe.

If further reports confirmed that these houses could never be made safe, then a decision must be made. Even if this meant demolishing these houses. Allowing the people to move back to their homes would be popular but what if this tragedy repeats again?

At the end of the day, the state government, the menteri besar and Excos would be burdened with the decision making.

The people should brace themselves for the worst as this decision would be based on the safety of the people and not on the winning of elections.




ISKANDAR ABDUL SAMAD
Selangor State Exco for Housing, Building Management & Squatters
Shah Alam



(Untuk makluman YB Iskandar Abdul Samad adalah ADUN Cempaka, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor)

Monday, December 08, 2008

Kuala Terengganu bakal merubah lanskap politik negara

Tumpuan negara kini diberikan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi parlimen P.36 Kuala Terengganu berikutan kekosongannya akibat kematian wakil BN tempoh hari. BN yang menang kerusi tersebut dengan majoriti kecil 628 undi dijangka mendapat tentangan hebat dari PAS dalam PRK ini.

Menurut rekod kerusi parlimen Kuala Terengganu ini sering bertukar tangan, kesimpulannya bukanlah kerusi selamat buat BN. Pada PRU 1 tahun 1959, sebahagian kerusi ini yang dikenali Kuala Terengganu Selatan dimenangi oleh Dato’ Onn Jaafar dari Parti Negara dengan bantuan PAS. (Kuala Terengganu Utara dimenangi oleh Almarhum Hassan Adli - PAS), 1990 kerusi ini dimenangi oleh Dato’ Manan Osman dari Semangat 46 yang ketika itu menjalin kerjasama dengan PAS. 1999 kerusi ini dimenangi oleh Dr Syed Azman dari PAS.

Apakah BN mampu mempertahankan kerusi ini khsusunya selepas gelombang Permatang Pauh baru-baru ini?

Rata-rata para penganalisa politik menjangkakan peluang 50-50 kepada kedua-dua parti. Terpulanglah kepada jentera masing-masing parti untuk bertarung bagi memastikan mana-mana sahaja pengundi atas pagar condong pada parti mereka selain memastikan yang penyokong tegar mereka tidak berpaling tadah.

Bagi jentera PAS tumpuan sepatutnya diberikan kepada kerja-kerja “on the ground” mulai dari saat ini, saya difahamkan sahabat-sahabat di sana sudah pun mula membanting tulang sejak dari awal lagi. Begitulah juga patutunya jentera bantuan dari negeri-negeri lain, sepatutnya sudah bersedia menggerakkan logistik dan apa sahaja bantuan bagi membantu peperangan pilihan raya ini.

Isu calon, serahkanlah pada mereka yang bertanggungjwab. PAS tidak pernah secara terbuka membicarakan soal calon khasnya calon PRK sehingga dibincang dan dibahaskan secara terbuka. Kita punya tertib dan adab kita sendiri. Siapa pun calon, tanggungjawab kita adalah untuk memenangkan parti.

Kemenangan kerusi ini sesungguhnya sangat penting bukan hanya untuk PAS malah Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia. Permatang Pauh boleh dikira pembakar obor, tetapi ia belum cukup untuk mencetuskan “upset” kerana kerusi Permatang Pauh sekadar bertukar tangan dari PKR ke PKR. Kuala Terengganu adalah kerusi Umno-BN. Jika ia mampu ditumbangkan, isyarat yang diberikan adalah bahawa BN sah telah bersedia untuk dikuburkan.

Ketika itu kawan-kawan dalam BN akan makin gundah-gulana, dan saya yakin jika ia tercapai, masing-masing akan mula bersedia, untuk melompat atau apa sahaja, ketika itu tidak perlu dipelawa, kerana isyaratnya cukup kuat bahawa rakyat sudah hilang sama-sekali keyakinan terhadap Umno-BN.

Bayangkan Umno tewas sebelums empat membanjiri PWTC untuk Perhimpunan Agung mereka. Umno tewas belum pun sempat proses peralihan kuasa berlaku dalam partinya. Jika ini berlaku bersedialah untuk menyaksikan runtuhnya empayar Umno sebagaimana yang dinantikan ramai.

Kerana itu sempena suasana korban ini, seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat perubahan besar berlaku dalam lanskap poltik negara, perlu bingkas bangun berkorban untuk memastikan BN terus rebah, berdengus dan terkorban, pupus dan hilang terus dari persada politik tanahair.

Ini bukan cubaan, ini betul-betul, itu dialog Pak Mustar, tetapi dalam hal ini yakinlah Kuala Terengganu insyallah akan betul-betul menjanjikan perubahan besar-besaran kiranya Umno-BN berjaya ditewaskan. Ianya kini terletak di atas kita, tidak kiralah samada kita mengundi di KT atau tidak, semua kita perlu berkorban membantu memberikan kemenangan kepada PAS selaku wakil Pakatan Rakyat.

Jangan terjerumus dalam perangkap BN, jangan lalai, jangan tertipu. Jangan biarkan apa sahaja kecenderungan untuk perpecahan berlaku, perpaduan dan kerjasama penting disaat ini. Kerasna itu nama-nama calon inis erahkanlah pada pimpinan untuk putuskan. Siapa pun calon yang diputuskan nanti kita akur dan terima, jangan terlalu ghairah disaat ini, takut nanti ada yang kecewa dan berpatah hati, ini jika dibiar berlaku sudah pasti mengusutkan prospek kita.

Ayuh bekerja mulai sekarang. Bersama berkorban untuk menjuarai perubahan dalam negara!

Sunday, December 07, 2008

Diambang Eidul Adha 10 Zulhijjah 1429






Umat Islam akan merayakan Eidul Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji esok Isnin 10 Zulhijjah 1429. Binatang-binatang ternak khasnya lembu dan kerbau akan mula ditumbang dan dikorbankan di Malaysia sejurus selesai solat Eidul Adha di masjid dan surau masing-masing pagi esok.

Disaat seumpama ini, alangkah baik kiranya kita merenung kembali kisah Nabi Ibrahim a.s dan putranya Ismail a.s, yang memungkinkan kita meraya dan melaksanakan ibadah ini. Bayangkan betapa beratnya suruhan yang diperintahkan oleh Allah swt ke atas Ibrahim iaitu mengorbankan anak kesayangannya Ismail, yang merupakan satu-satunya zuriat keturunannya ketika itu. Dan kerana ia perintah Allah, maka ia wajib dilaksana tanpa tangguh dan lengah.

Kita di sini sebenarnya biasa dengan isitlah korban ini dan saya kira yang paling lazim disebut adalah: “Berkorban untuk agama, bangsa dan negara”, Berkorban untuk tanahair dan ibu pertiwi” dan pada yang romantis “Berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia”.

Tidak pernah berkorban anak tercinta untuk Allah terlintas dibenak fikiran sesiapa pun kecuali mengingati apa yang berlaku ke atas Nabi Allah Ibrahim dan Ismail.

Kita akui perintah Allah ke atas Nabi Ibrahim itu terlalu berat dan mungkin mustahil dilakukan oleh manusia dizaman kita walaupun ia perintah Allah, tetapi disitulah sepatutnya kita mengambil iktibar, pengajaran dan menanam kefahaman tentang komitmen yang diperlukan oleh Allah swt terhadap kita hamba-hamba Nya ini.

Dan kita semua ketahui kesudahan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim itu apabila Allah berpuas hati dengan kesungguhan dan komitmen hambanya bernama Ibrahim, lalu disudahi dengan kesudahan yang melegakan dan memberi kebahagian kepada Ibrahim dan keluarganya serta mungkin juga kita anak cucunya, dengan syarat kita juga bersedia menyerahkan komitmen yang serupa. Allah swt berfirman:

Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:


"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".





Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

(as Saafat 108-111)

Di ambang Eidul Adha kali ini marilah kita sama-sama bermuhasabah, sejauh manakah komitmen korban kita. Sejauh manakah kesediaan kita meletakkan kepentingan Allah swt mengatasi kepentingan dunia dan segala isinya? Sanggupkah kita mengorbankan harta-benada dan nyawa untik agama Allah swt? Apakah sumbangan kita ke arah memartabatkan tuntutan Allah dan rasul Nya saw?

Kebanyakkan kita (kecuali yang beradadi Tanah Suci) akan sibuk esok membantu kerja-kerja penyembelihan binatang ternakan di masjid dan surau-surau seluruh negara. Melapah dan memotong-motong serta membahagi daging-daging korban. Ada juga akan menghirup dan memamah sup dan daging korban. Tidak kurang akan berkunjung rumah ke rumah sempena hari kebesaran ini.

Jangan lupa akan korban yang dituntut dari kita oleh Allah swt.

Ibrahim sanggup menyembelih anaknya lantaran mematuhi dan menjunjung perintah Allah swt, bagaimana dengan kita? Tiada siapa pun dari kalangan umat Muhammad saw ini yang diperintahkan agar menyembelih anak mereka. Apa yang dituntut darti kita adalah menegak dan melaksanakan Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt melalui Rasul Nya Muhammad saw. Berkorban lah kita apa sekalipun dengan penuh komitmen dan kesungguhan sehingga Islam menjadi rahmat kepada sekalian umat manusia.

Memang tampak berat pengorbanan itu, tetapi tidakkah menyembelih anak sendiri itu lebih berat?

Sementara itu sekadar untuk berkongsi maklumat, sesungguhnya penganut agama Kristian juga mengiktiraf peristiwa korban yang melibatkan Nabi Ibrahim as ini. Kecualinya yang dikorbankan menurut fahaman mereka bukannya Ismail tetapi Ishak. Dan ia berlaku bukannya di Mekah tetapi di Baitul Maqdis.

Di dalam kitab Perjanjian Lama (Old Testament) disebut bahawa Ibrahin diperintah mengorbankan Ishak dengan cara disembelih dan dibakar (burnt offering).

Kerana menurut kepercayaan Kristian Ishak lahir dahulu diikuti Ismail sedangkan menurut Islam selepas dilahirkan Ismail melalui Siti Hajar barulah diikuti Ishak yang dikurniakan melalui Siti Sarah.

Apa pun sebagai umat Islam, bersyukurlah dengan kebenaran yang ada sebagaimana yang kita warisi dari al Quran, dan titipkanlah komitmen kita menjelang Eidul Adha ini untuk rela dan redha berkorban sehingga Islam berjaya dizaman kita, insyallah.

Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua.

Thursday, December 04, 2008


PAS sudah 57 tahun


Tanggal 24 November lalu genaplah 57 tahun usia Parti Islam Se Malaysia atau PAS. Ditubuhkan pada tanggal berkenaan dalam tahun 1951 di Seberang Perai, parti itu yang diluluskan pendaftarannya pada 31 Mei 1955 dengan nombor pendaftaran 733 (Penang) telah melalui transformasi yang tersendiri, dari sebuah parti kecil yang dipandang lekeh oleh penjajah British, kepada sebuah parti yang mampu menang kerusi dalam Pilihan Raya Persekutuan yang pertama dalam tahun 1955 dan kemudiannya menawan dua buah negeri dalam pilihan raya umum pertama Malaya Merdeka pada tahun 1959, dan kini sebagai sebuah parti bertaraf nasional yang diwakili di setiap pelusuk tanahair dan diiktiraf diperingkat antarabangsa.

PAS telah melalui perubahan nama dalam tempoh lebih lima dekad usianya dari Persatuan Islam Se Malaya (awal penubuhan), ke Persatuan Islam Se Tanah Melayu (30 November 1963) dan kini Parti Islam Se Malaysia (sejak 21 Jun 1977).

Dalam meniti usia yang demikian lama, PAS kini sudah berjaya bertapak dihati rakyat, dikenali dan diakui kehadirannya oleh setiap lapisan masyarakat dalam negara, Cina, Melayu, India dan lain-lain semuanya kenal dan mengetahui darihal PAS. Dengan 3 orang Menteri Besar dan ADUN disetiap negeri kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak PAS kini muncul sebagai satu tenaga politik yang disegani, dan dengan kerjasama politiknya melalui Pakatan Rakyat, PAS dan rakan-rakan kini merupakan alternatif yang sangat berupaya bagi mencabar Barisan Nasional diperingkat Persekutuan.

Tidak ada parti dibarisan pembangkang yang dapat bertahan dan kekal sebagaimana PAS. Parti Negara, Front Sosialis, IMP, MDU, NCP dan lain-lain semuanya berkubur, tetapi PAS terus benafas dan bergerak selari dengan arus kemajuan negara.

Sumber ketahanan PAS yang memungkinkan ia terus bertahan dalam menghadapi serba kekangan, tekanan dan cabaran sudah pastilah kerana berpegang teguh pada Islam yang merupakan dasarnya sejak dari 57 tahun dahulu sehingga ke hari ini. Allahyarham Hj Mohd Amin Yaakub, bekas AJK PAS Pusat (1979-87) di dalam bukunya “Sejarah pemerintahan PAS Kelantan 1959-1990” menyebut bahawa hukum tertinggi dalam PAS adalah kitabullah dan sunnah rasul serta qiyas dan ijmak. Ini termaktub dan terus kekal dalam perlembagaan PAS sejak tarikh tertubuhnya iaitu pada Fasal 4(1) perlembagaannya dan sejak 1993 beralih ke Fasal 7(1), Cuma beralih pada nombor fasal namun semangat dan pegangannya terus kekal tanpa berubah atau diubah.

Inilah asas yang membezakan PAS dengan parti siyasah lain dalam negara dan inilah juga kekuatan yang terus kekal membawa PAS sepanjang 57 tahun usianya sehingga ke hari ini dan insyallah sampai bila-bila.

Yang berubah adalah pemimpin, apabila ada pimpinan yang mahu membawa PAS lari dari arus Islam ke arus yang lain, termasuklah kebangsaan umpamanya, yang akan tergelincir keluar bukanlah parti tetapi pemimpin itu sendiri. PAS pernah melihat Presidennya, Setiausaha Agungnya dan pimpinan lain diberbagai peringkat lari meninggalkan PAS, namun parti ini terus kekal digantikan dengan pemimpin yang baru.

Presiden atau ketika itu Yang Dipertua Agung PAS yang pertama adalah Tuan Hj Ahmad Puad Hassan (1951-54) yang kemudiannya meninggalkan PAS kerana mahu bersama Dato Onn. Kemudiannya digantikan Dr Hj Abbas Illias (1954-56). Diikuti Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy (1956-66), Dato Asri Muda (1966-82) yang meninggalkan PAS untuk menubuhkan parti baru Hamim dan kemudiannya menyertai Umno, Tuan Hj Yusoff Rawa (1982-89), Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor (1989-2003), dan kini Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

PAS merupakan parti Islam yang meneruskan perjuangan parti Islam yang pertama di negara ini, iaitu Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh penjajah British pada tahun 1948. PAS bukan hanya membawa dasar perjuangan parti ini malah menurut John Funston, pimpinan terkanan PAS pun ketika itu terdiri dari pimpinan Hizbul Muslimin belaka.

Demikianlah PAS jatuh bangun, menang dan kalah, bertahan menghadapi cabaran dan pancaroba sehinggakan terdapat usaha menggugurkan “Islam” yang ada pada namanya, namun PAS terus kekal dan hari ini mencecah usia 57 tahun.

Inilah PAS, Parti Islam, yang telah berjaya melahirkan pimpinan yang dikagumi rakyat, pentadbiran yang bersih dan bebas rasuah, segalanya lantaran berpegang teguh pada Islam yang diperjuangkannya. Darah dan airmata mereka yang terdahulu telah ditumpahkan ke bumi bagi melahirkan PAS yang ada yang kita warisi pada hari ini. Oleh itu berpijak pada bumi yang nyata, junjuglah dasar dan prinsip perjuangan yang sama-sama kita pertahankan ini. Ada diantara kita yang bertarung awal atas gelanggang PAS ini sudah tiada bersama kita, malah ada yang ditemani oleh burung-burung hijau di syurga menunggu kita, janganlah kita persiakan apa yang telah dibina ini.

Bahawasanya dengan sesungguhnya adalah disiytiharkan demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesame manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA’RUF WAN NAHYU ‘ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan “PARTI ISLAM SE MALAYSIA”, demikianlah mukaddimah perlembagaan PAS, sama-samalah kita pertahan dan pejruangkannya.

Alfatihah kepada mereka yang telah mendahului kita, Alfatihah.
(* Sang Saka Merah Putih dengan bulatan hijau dipenjuru atas sebelah kirinya di atas adalah bendera resmi PAS, asalnya dengan kalimah ALLAH dan MUHAMMAD tetapi digugurkan atas arahan kerajaan)

Wednesday, December 03, 2008

PAS tidak sempit pemikiran kerana mahukan PM seorang Melayu atau Islam atau bagaimana?

“Hadi’s thinking narrow and outdated” atau “Pemikiran Hadi sempit dan ketinggalan zaman”, demikianlah bunyi tajuk kecil muka 11 akhbar The Sun hari ini. Ia melaporkan darihal kenyataan Presiden Hua Zong yakni Persekutuan Persatuan-persatuan Cina se Malaysia, Tan Sri Lim Gait Tong di dalam akhbar Cina ,The Oriental Daily News.

Lim marah dan tidak dapat menerima kenyataan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, di dalam temuramahnya bersama Harakah, yang menyebut bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah seorang Melayu atau Muslim.Tambah Lim pandangan Tuan Guru itu menunjukkan yang beliau seorang yang berfikiran sempit dan ketinggalan zaman serta tidak layak memimpin PAS.

Kata Lim lagi menurut perlembagaan Malaysia, mana-mana ahli parlimen yang menerima sokongan majoriti ahli-ahli dewan rakyat dan diperkenankan oleh Agung, layak menjadi PM tanpa mengira kaum atau agama. (dan rasa saya kenyataan Tuan Guru itu tidak pun bertentangan dengan peruntukkan perlembagaan ini kalau mahu dilihat dari realiti semasa yang ada).

Apa pandangan anda?

Bagi saya sebagaimana Lim layak untuk memberikan pandangan dan ulasan darihal satu-satu isu, maka demikianlah juga Tuan Guru, berhak memberikan pandangan dan ulasan berkenaan satu-satu isu. Tak perlulah kita melabel seseorang itu sempit pemikiran atau ketinggalan zaman, semata-mata kerana pandangan dan pendiriannya berlainan atau tidak dapat kita terima. Apakah pada sangkaan Lim pandangan beliau itu hebat dan dapat diterima semua?

Sebagai Presiden Parti Islam Se Malaysia, saya percaya apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru itu adalah selari dan berkait rapat dengan dasar dan prinsip perjuangan partinya. PAS berjuang untuk memartabatkan Islam di Malaysia, itulah PAS apabila ditubuhkan pada tahun 1951 dahulu dan itulah PAS pada hari ini.

Kalau Lim tidak tahu, PAS yang sudah berkecimpung dalam kancah politik tanahair lebih setengah abad ini, menjunjung Islam sebagai dasar perjuangannya. Tujuan PAS sebagaimana terkandung dalam perlembagaannya adalah:

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalasmnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah

Lalu sempit dan ketinggalan zamankah Tuan Guru jika beliau menyatakan bahawa PM Malaysia mestilah seorang Melayu atau Islam? Jika bagi Lim kenyataan itu sempit dan ketinggalan zaman, maka sempit dan ketinggalan zamanlah seluruh pemimpin dan ahli PAS kerana semua kami berpegang pada perlembagaan yang sama.

Kalau dilihat sejarah PAS, pandangan Tuan Guru itu sesungguhnya adalah pegangan dan pendirian parti sejak penubuhannya.

Pada pilihan raya umum 1990 umpamanya, ketika itu menyaksikan PAS bersama membentuk Angkatan Perpaduan Ummah. Persefahaman yang dipegang ketika itu, jika gagasan ini ditakdirkan menang maka PM yang disepakati adalah Tengku Razaleigh Hamzah (ketika itu Presiden Parti Melayu Semangat 46). Dalam PRU 1999, semasa membentuk Barisan Alternatif (pakatan bersama PKN (kini PKR), DAP dan PRM) PAS bersedia menerima Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai PM jika pakatan ini menang. Dan demikianlah juga seterusnya sehingga kini melalui Pakatan Rakyat.

Adakah persefahaman itu membuktikan yang semua kita sempit pemikiran dan ketinggalan zaman? Tanyalah Lim Kit Siang atau Karpal sekalipun, jika Pakatan Rakyat menang siapakah yang layak jadi PM? Maka jawapannya: Dato Seri Anwar iaitu seorang Melayu (atau) dan Islam.

PAS berpendirian demikian bukanlah bermakna PAS menolak kehadiran kaum dan penganut lain. Pengalaman yang lalu membuktikan yang PAS boleh bekerjasama dan menerima kehadiran mereka ini, samada sebagai rakan politik mahupun sebagai Menteri (ketika dalam BN dahulu), EXCO (di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang) atau pegawai-pegawai lantikkan kerajaan. Malah di Pulau Pinang sebagai parti penyokong kerajaan PAS menerima Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Cuma kerana menjunjung dasar perjuangan yang jelas termaktub dalam perlembagaannya, maka PAS sejak dari dahulu dan insyallah sampai bila-bila akan terus menuntut agar PM Malaysia jika ditakdirkan ia berkuasa bersama rakan-rakan lain, wajarlah seorang Melayu atau Islam. Diharapkan sesiapa sahaja yang berkawan dengan PAS dapat menerima dan menghormati hakikat ini.

Tuesday, December 02, 2008

Iktibar korban

Hari Isnin ini 8 Disember, 2008 bersamaan 10 Dzulhijjah 1429, umat Islam akan merayakan Eidul Adha atau Hari Raya Haji. Hari Raya ini dikenali sebagai Hari Raya korban, suatu amalan turun-temurun yang diwarisi sejak dari Nabi Allah Ibrahim a.s. Yang penting dan signifikan bukannya bilangan dan jumlah ternakan yang dikorbankan pada hari-hari berkenaan, tetapi yang lebih penting dan utama adalah memahami dan menghayati konsep dan pengajaran dari ibadah berkenaan.

Nabi Ibrahim bersedia mengorbankan puteranya yang tercinta Nabi Allah Ismail a.s demi akur dan patuh akan perintah Allah swt, walaupun akhirnya yang dikorbankan adalah binatang lain yang digantikan oleh Allah swt, yang pentingnya di sini adalah komitmen dan kesediaan menerima dan menjunjung titah perintah Allah swt walaupun ia melibatkan sesuatu yang kita kasihi atau hargai.

Saya tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat dalam blognya yang boleh dibaca di http://idrisahmad.wordpress.com berkenaan penghayatan ibadah korban yang dikaitkan dengan perjuangan PAS. Kita yangh berjuang Islam inilah yang paling wajar menilai dan menginsafi komitmen korban kita biar ianya berpadan dans elaras dengan perjuangan yang kita akui kita sokong dan junjung ini.

Beliau menulis:

Pengorbanan seorang ahli Pas ialah apabila ia menghilangkan sikap ego ketika bersama dengan Pas kerana mera’i ahli Pas yang berbagai latar belakang. Walau pun beliau bijak macam mana pun dia perlu menurunkan darjat ananiah (keakuanku sahaja) daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, sebaliknya memimpin sebuah jamaah yang ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji.

Saya teringat ceramah Almarhum Ustaz Buniyamin Yaakub, betapa beliau dan seorang sahabat beralas perut sekadar roti dan budu yang tertinggal saki bakinya di pejabat PAS Kelantan dan malamnya meminjam kereta kawan tanpa road tax untuk bergerak ke Kelantan Selatan berkempen memenangkan PAS di sana sebelum PAS menang di Kelantan 1990.

Adakah kita masih bersedia berjuang dan berkorban seperti ini atau kita kini sudah terlalu selesa, merasakan diri terlalu besar sehingga isitlah “korban” hanya ditinggal dihelaian kitab-kitab, berhabuk di almari dan rak buku, atau bagaimana? Ya Allah selamatkanlah kami semua dan perjuangan ini. Ayuh kita bersedia berkorban di Kuala Terengganu!

Saturday, November 29, 2008

Kalau PAS gagal, Umno bagaimana?

“PAS gagal laksanakan agenda Islam di Selangor”, demikianlah tajuk laporan berita muka 5 Utusan Malaysia hari ini. Ia memetik kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Rahman Palil yang juga ADUN Sementa (yang memenangi kerusi tersebut secara percuma dalam PR lalu).

Kata beliau walaupun PAS kini berkuasa di negeri Selangor melalui kerajaan Pakatan Rakyat namun seakan tidak berupaya melaksanakan agenda pembangunan Islam kerana rakan-rakan dalam PR seperti PKR dan DAP seolah-olah menidakkan peranan mereka.

Syabaslah Rahman Palil kerana mampu juga bersuara walaupun kini duduk dikerusi pembangkang. Selama ini Umno Selangor hanya bersuara melalui Khir Toyo dan sedikit-sebanyak dari Muhammad Taib selaku Ketua Perhubungan, yang lain termasuklah Rahman seakan sepi mendiamkan diri. Memang bukan mudah merubah diri dari duduk dibangku kerajaan ke kerusi pembangkang kini.

Apakah benar bahawa PAS selama ini gagal laksanakan agenda Islam? Apakah Umno sebelum ini berjaya?



Kita akui bahawa PAS dengan hanya 8 kerusi DUN Selangor, merupakan rakan kongsi terkecil dalam kerajaan Pakatan Rakyat berbanding PKR dan DAP (walaupun ada mengatakan sebenarnya yang paling kecil adalah PSM dengan 1 kerusi di Kota Damansara). Walaubagaimanapun Rahman lupa dan mungkin tidak tahu bahawa rakan-rakan dalam PR akur dan tidak pernah memperkecilkan peranan PAS kerana sedikitnya bilangan kerusi mereka lantaran kerajaan PR Selangor hakikatnya tidak akan terbentuk tanpa kehadiran PAS.

Kerana itu untuk mengatakan yang PAS tidak berupaya lantaran kecilnya saham kuasanya dalam kerajaan Selangor adalah tidak tepat. Sejurus terbentuk kerajaaan PR selepas pilihan raya lalu, Pesuruhjaya PAS, Dato Dr Hasan Ali yang juga ADUN Gombak Setia telah diangkat sebagai EXCO bertanggungjawab dalam hal ehwal agama dan adat sitiadat Melayu. Ini merupakan pengiktirafan pertama kerajaan negeri terhadap PAS.

Lalu apakah PAS gagal dalam agenda Islamnya selama 8 bulan kebelakangan ini? Rahman mungkin perlu berkata begitu kerana beliau Ketua Penerangan dari parti pembangkang, takkanlah beliau mahu katakana yang Dr Hasan lebih efektif sebagai EXCO Agama berbanding beliau dahulu.

Sesungguhnya dimana-mana sahaja PAS berada, samada dalam kerajaan yang ia dominasi, seperti Kelantan ataupun punya pengaruh seperti Kedah atau sekecil Perak dan Selangor, agenda Islam yang diperjuangkan parti itu akan terus ditonjolkan. Bukan hanya MB, EXCO dan ADUN PAS bertanggungjawab menjulangnya, malah apabila ada kerajaan, ahli-ahli PBT, ketua-ketua kampong, JKKK dan lain-lain semuanya perlu pikul tanggungjawab ini. Berlainan dengan Umno, walaupun kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara, tetapi bila berkuasa, yang menjadi tumpuannya adalah projek, projek dan projek.

Rahman mengambil contoh kes pengharaman arak di Selangor yang dijadikan isu baru-baru ini.Kalau Rahman jujur sebenarnya apabila beliau memainkan isu ini keadaannya bagaikan meludah dilangit, jatuh terpalit ke muka beliau sendiri. Jangan putar-belitkan isu. Kenyataan MB selepas mesyuarat EXCO baru-baru ini menyebut bahawa penguatkuasaan terhadap peraturan yang sedia ada akan dilaksanakan mulai Januari 2009. Ini bermakna PAS telah berjaya menuntut kerajaan Pakatan Rakyat yang baru 8 bulan usianya itu agar menguatkuasakan pengharaman penjualan arak ke atas umat Islam di Selangor sebagaimana yang terkandung dalam enakmen pentadbiran Islam negeri, peruntukkan yang ada sejak zaman BN lagi tetapi langsung tidak diusaha atau dipedulikan oleh Rahman ketiak beliau EXCO Agama!

Bagaimana dengan pentadbiran masjid dan surau yang dibelenggu dizaman Rahman dan Umno sehingga masjid dan surau gagal memainkan peranannya sebagai pembentuk akhlak dan pemikiran masyarakat. Dizaman Rahman Almarhum Dato Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor), Dato Dr Harun Din, Ustaz Dato’ Ismail Kamus semuanya walaupun tinggi dan diiktiraf ilmunya tetapi dilarang mengajar di masjid dan surau-surau seluruh Selangor! Jawatankuasa masjid dan surau-surau tiada lagi dipilih oleh ahli-ahli kariah tetapi ditentukan oleh kerajaan dengan bantuan kuat Umno peringkat cawangan dan bahagian dizaman Rahman. Kini kuasa ahli kariah mahu dikembalikan semula oleh kerajaan, mana lebih baik?

Kerajaan negeri Selangor kini melalui suara wakil-wakil PAS mengawal aktiviti hiburan berunsur maksiat, sejak 8 bulan kebelakangan ini banyak telah diharamkan, dikawal dan seumpamanya, tidak seperti dulu. Malah aktiviti hiburan melampau seperti konsert dan “funfair” turut tidak diluluskan oleh PBT di kawasan majoriti penduduk Islam. Zaman Rahman dulu bagaimana?

Begitu juga dengan pengagihan bantuan zakat, kini semakin meluas dan tidak lagi terhad kepada mereka yang sebulu dengan parti pemerintah semata-mata seperti dizaman Rahman dulu. Anak-anak yang layak dihatar untuk melanjutkan pengajian ke pusat-pusat pengajian di Timur Tengah dalam bilangan yang berganda lebihnya berbanding dizaman Rahman. Maahad-maahad Tahfiz yang dulunya hjampir tutup kedai kini dibantu oleh kerajaan melalui EXCO Agama.

Di PBT-PBT seluruh Selangor kini ahli-ahli majlis PAS memain peranan untuk melahirkan masyarakat yang bermaruah, bersih, telus dan bermoral. Lesen-lesen pusat-pusat hiburan terutama rumah-rumah urut yang merupakan sarang maksiat di zaman Rahman kini dikawal dan banyak yang telah ditutup dan tidak diluluskan lesennya.

Banyak lagi program yang sedang disusun oleh pimpinan PAS negeri khususnya berhubung Islam dan nasib serta masa-depan orang-orang Melayu disamping seluruh masyarakat berbilang kaum. Kami baru lapan bulan berkuasa sedangkan kita boleh bertanyakan soalan yang sama kepada Rahman, apakah yang telah beliau dan Umno lakukan untuk Islam selama hampir 50 tahun mereka berkuasa?!

Kata Rahman PAS sudah menjadi parti hipokrit, sedangkan beliau dan Umno yang hipokrit selama ini sehingga ditolak rakyat tidak beliau sedari.

Saya yakin PAS akan terus komited dalam memperjuangakn agenda Islamnya, kerana itulah tuntutan ahli-ahli dan mereka yang telah memberikan mandat kepada PAS. Selagi mana PAS adalah parti Islam maka selagi itulah ia tidak boleh memisahkan dirinya dari berjuang dan melaksanakan Islam. Rahman boleh terus kritik dan tabur fitnah, tetapi ingat kita semua bertanggungjawab di hadapan Allah swt apabila bertemu Nya kelak dimana semua bukan hanya PAS termasuklah Umno dan lain-lain akan ditanya tentang apa yang telah kita lakukan apabila diberi kuasa di atas bumi yang sementara ini.

Takziah kepada keluarga MP Kuala Terengganu

Petang semalam Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu, meninggal dunia ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting.

Beliau dikatakan seorang timbalan menteri yang sangat berdedikasi dan tekun dalam memikul tanggungjawabnya. Semoga keluarga Allahyarham tabah dan diberikan kesabaran dalam melalui detik sedih ini.

Razali memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum ke 12 lalu setelah mengalahkan Naib Presiden PAS Hj Muhammad Sabu dengan kelebihan 628 undi. Sebelum itu dalam pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 beliau merampas kerusi tersebut dari tangan PAS setelah berjaya mengalahkan calon PAS Dr Syed Azman dengan kelebihan 1,933 undi.

Dengan kekosongan kerusi parlimen ini, pihak SPR dijangka memanggil satu pilihan raya kecil dalam waktu yang terdekat. Mungkinkah PAS berupaya merampas kembali kerusi ini dari tangan BN? Mungkinkah tokoh PAS, Hj Muhammad Sabu akan sekali lagi dicalonkan untuk membawa panji-panji PAS dalam pertempuran pilihanraya kecil yang dijangka sengit itu?

Untuk rekod di kerusi inilah (Kuala Terengganu Selatan) Allahyarham Dato Onn Jaafar, pengasas Umno, melangkah masuk ke Parlimen melalui bantuan PAS apabila bertanding sebagai calon Parti Negara dalam pilihan raya umum 1959. Beliau sahaja calon Parti Negara yang menang kerusi Parlimen, namun disepakati untuk bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat (menurut catatan Allahyarham Ahmad Boestamam).

Alfatihah buat Allahyarham Datuk Razali, Dato Onn dan semua yang telah medahului kita, Alfatihah………….

Friday, November 28, 2008

Kebebasan dan keadilan: tubuh, darah dan daging polis kita

Saya tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini yang mengingatkan ahli-ahli politik agar jangan mencampuri urusan polis. Polis adalah penjaga dan pemelihara keselamatan dan kemanan negara, sudah pastilah tugas-tugas mereka akan terganggu kiranya ada mana-mana pihak yang menggunakan kedudukan politik mereka untuk mencampuri urusan polis.

Musa mengambil contoh dalam satu kes dimana seorang ahli politik telah mengirimkan kjepada beliau lebih 100 saman trafik dan mengarahkan agar beliau membatalkannya atas alasan mereka yang disaman adalah dari kawasannya dan tidak berduit untuk membayarnya!

Begitu juga saya percaya dalam hal-hal lain. Kita mahu anggota polis kita kekal sebagai sebuah institusi yang bebas dan tidak boleh ditundukkan oleh sesiapa pun.

Dalam waktu yang sama kita juga mahu pihak polis tidak menerima arahan dari orang-orang politik untuk bertindak. Orang Umno jangan arahkan polis bertindak terhadap orang PAS contohnya, biarlah polis bebas, membuat keputusan dan mengambil tindakan secara professional, tidak berat sebelah dan tidak pilih bulu, boleh?

Kalau ada orang BN melanggar undang-undang, tak kiralah berdemo tanpa permit atau apa sahaja, maka bertindaklah terhadap mereka. Jangan demo atau himpunan pembangkang sahaja yang diganggu tetapi yang dianjurkan BN contohnya, ditangani dengan begitu manja sekali.

Biar kebebasan dan keadilan benar-benar menjadi tubuh, darah dan daging pihak polis kita. Biar tiada lagi pengaruh atau tekanan politk terhadap mereka selepas ini. Sesungguhnya kita tidak dinafikan unsure-unsur kebebasan dan keadilan ini memang cuba ditegakkan, tetapi arus campurtangan itu kadangkala memukulnya tumbang.

Berilah harapan kepada rakyat Malaysia…………

Semoga beroleh Haji Mabrur

Petang semalam saya sempat berada di KLIA untuk mengucapkan selamat jalan kepada Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, yang berangkat bersama rombongan menunaikan ibadat haji. Antara yang turut berada di lapangan terbang antarabangsa itu adalah Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa, Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato Mustapha Ali, ahli parlimen Kota Bharu Cikgu Wan Abdul Rahim, pimpinan Pemuda Pusat, pimpinan PAS dari Sepang, Kuala Langat dan yang berdekatan.

Tuan Guru terharu dengan kehadiran pimpinan dan anggota Unit Amal Wilayah, lengkap beruniform yang turut tidak mahu ketinggalan mengucapkan selamat jalan kepada pemimpin mereka yang dikasihi.

Seperti biasa kehadiran Tuan Guru di lapangan terbang menarik perhatian mereka yang ramai yang berada di sana, samada dikalangan para penumpang dan mereka yang menghantar sahabat dan saudara-mara. Mereka yang berkenaan telah mengambil kesempatan bersalam-salaman dengan Tuan Guru disamping mengambil kesempatan merakamkan gambar beliau, termasuklah krew Mc Donalds di sana.

Turut bertegur-sapa dan berbual dengan Tuan Guru adalah beberapa tokoh korporat dan ahli-ahli perniagaan serta orang kenamaan.

Sambil mengucup tangan Tuan Guru tatkala beliau melangkah ke balai berlepas, saya teringat akan puisi yang ditulis oleh Naser Khosrow, seorang sasterawan Parsi yang pernah merakamkan pengalaman beliau menunaikan haji. Dalam puisinya itu Naser mencatatkan pengalaman beliau mengunjungi seorang sahabat yang baru pulang dari Mekah.

Antara lain beliau menulis:

When you were about to remove your clothes and wear the Ihram,
What was your intention during those exciting moments?

Ketika kamu melucutkan pakaian dan mengenakan Ihram,
Apakah perasaan (niat) kamu ketika saat-saat mendebarkan itu?

Did you absolutely avoid all the things that must be avoided
And whatever is inferior to Almighty Allah?

Apakah anda telah meninggalkan segala yang patut ditinggalkan
Dan segala yang lebih rendah dari Allah Yang Maha Berkuasa?

He replied NO!

Jawapnya TIDAK!

I asked him
If he said “labbaika”
With full knowledge and great respect?
If he heard the command of Allah?
Or, if he obeyed as Ibrahim did?

Saya bertanya
Jika beliau telah berkata “labbaika”
Dengan penuh pengetahuan dan penghormatan yang tinggi?
Apakah beliau mendengar akan perintah Allah?
Atau, mematuhi sebagaimana patuhnya Ibrahim?

He replied NO!

Jawapnya TIDAK!

I asked him:
While he was in Arafat,
While he stood so close to Almighty God
Did he have a chance to know him?
Was he not eager to learn a bit of the knowledge?

He replied NO!

Saya bertanyakan beliau:
Ketika beliau di Arafah
Ketika beliau berdiri begitu hampir dengan Tuah Yang Oerkasa
Apakah beliau berkesempatan mengenali Nya?
Tidakkah beliau ghairah meneroka sedikit sebanyak ilmunya?

Jawapnya TIDAK!

I asked him:
When he entered Kaaba
As the family of “Kahf and Raquim” had done
Did he deny his self centeredness?
Did he fear the punishment of the hereafter?

He replied NO!

Saya bertanyakan beliau:
Ketika menghampiri Kaabah
Sebagaimana keluarga “Kahfi dan Rakim”
Apakah beliau telah menghapuskan kepentingan dirinya?
Apakah beliau tidak takutkan balasan hari kemudian?

Jawapnya TIDAK!


I asked him:
When he offered the sacrifise
To feed a hungry person or an orphan
Did he first think of Allah?
And, did he then killed his selfishness?

He replied NO!

Saya bertanyakan beliau:
Ketika beliau berkorban
Dengan memberi makan si lapar atau anak yatim
Apakah beliau tidak mengingati Allah terlebih dahulu?
Dan, tidakkah beliau korbankan sekali sikap kepentingan dirinya?

Jawapnya TIDAK!

I asked him:
When he stood in Ibrahim’s position
Did he rely absolutely on God?
Sincerely and with strong faith?

He said NO!

Saya bertanyakan beliau:
Ketika beliau berdiri dtempat Ibrahim
Adakah beliau menggantungkan diri pada Tuhan?
Dengan keikhlasan dan penuh keimanan?

Kata beliau TIDAK!


I asked him:
While he circumambulated
When he made the Tawaf of Kaaba
Was he reminded of all the angels
Who constantly circumambulate this world?

He said NO!

Saya bertanyakan beliau:
Ketika berpusing
Melakukan tawaf mengelilingi Kaabah
Adakah beliau teringatkan akan para malaikat
Yang tidak henti-henti bertawaf mengelilingi dunia ini?

Kata beliau TIDAK!

I asked him
During his Sa’y
While he was running between Safa and Marwa
Was he sanctified and purified

He said NO!

Saya bertanyakan beliau
Ketika bersaie
Ketika beliau berlari-lari dari Safa dan Marwa
Apakah beliau telah suci dan dibersihkan?

Katanya TIDAK!


I asked him
Now that he had returned from Mecca
And felt home sick for the Kaaba
Did he bury his “self” there?
Was he impatient to go back?

He said NO!

Saya bertanyakan beliau
Sekarang setelah pulang dari Mekkah
Tidakkah beliau merindukan Kaabah
Apakah beliau telah mengabadikan dirinya di sana?
Tidakkah beliau rindu untuk pulang ke sana?

Kata beliau TIDAK!

“Of whatever you have asked me so far,
I have understood nothing!!!”

I said:
Oh friend, you have not performed the Hajj!
And, you have not obeyed God!


“Apa sahaja yang kau bertanyakan aku,
Aku tidak memahaminya langsung!!!”

Kata ku:
Wahai sahabat, kamu telah tidak menunaikan Haji!
Dan kamu tidak mematuhi Tuhan.


You went to Mecca and visited the Kaaba!
You spent your money to buy the hardships of the desert!

Kamu pergi ke Mekah sekadar melawat Kaabah!
Kamu belanjakan wang hanya untuk membeli kesusahan di padang pasir!


Dalam dan penuh bermakna puisi ini yang telah diabadikan oleh Dr Ali Shariati di dalam bukunya “Hajj”. Semoga ia berjaya mengetuk pintu hati kita semua samada yang telah ataupun belum berkesempatan menunaikan haji di Mekah.

Semoga Tuan Guru dan rombongan memperolehi Haji Mabrur begitu juga adinda Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz yang saya difahamkan telah pun berada di sana. Selamat pergi dan selamat kembali mereka semua insyallah.

Labbaikallah Hummalabbaik………………

Wednesday, November 26, 2008


Ucapan penangguhan
En. Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir
Sempena Mesyuarat Penuh Majlis MPSJ Bil. 7/2008 (26/11/08)

YBhg Dato Pengerusi dan ahli-ahli majlis sekalian

Sedar tidak sedar perlantikkan kami sebagai ahli majlis di majlis Perbandaran Subang Jaya ini sudah menghampiri ke tempuh separuh penggal, sudah pastilah dalam tempuh yang walaupun singkat ini banyak pengalaman dan ilmu yang telah ditimba dan diperolehi. Interaksi dan hubungan di antara kami selaku ahli-ahli majlis dengan para pegawai dan kakitangan MPSJ serta rakyat jelata di luar sana sedikit sebanyak telah membantu dalam kami memahami dan melaksanakan tugas dan amanah sebagai ahli majlis yang dipilih oleh kerajaan negeri.

Sesungguhnya pilihan raya umum ke 12 lalu telah menyaksikan peralihan kuasa diperingkat negeri, yang sebelum ini tidak pernah berlaku di Selangor. Hasilnya keluarlah kawan-kawan lama dan masuklah kawan-kawan baru. Yang keluar pergi dengan baik, yang datang masuk dengan tertib. Bagi kami yang baru ini mandat dan kepercayaan telah diberikan oleh rakyat, dan kami ke sini dengan amanah untuk membawa perubahan memperkenalkan sesuatu yang lebih baik dari yang ada sebelum ini.

YBhg Dato Pengerusi dan ahliahli majlis sekalian

Rakyat mahukan sesuatu yang baru dan baik bagi mereka, lalu kita memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan amanah ini. Saidina Abu Bakar as Sidiq r.a, Khalifah Islam yang pertama pernah menyebut:


'Wahai manusia, aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak daripada kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, maka perbetullah aku. Benar itu amanah, bohong itu khianah."

Insyallah sekiranya kita semua di MPSJ ini dari ahli-ahli majlis sehinggalah seluruh pegawai dan kakitangan dapat bekerjasama atas dasar hormat menghormati dan menjunjung amanah rakyat saya yakin kita akan dapat melahirkan MPSJ yang lebih baik dan berjaya.


Tidak dapat dinafikan kami semua melangkah masuk ke MPSJ, sebuah PBT yang telah pun paling baik dari segi pentadbiran dan pengurusannya di Selangor dan malah seluruh negara, inilah peluang bagi kita untuk mengembeling tenaga, ahli-ahli majlis secara profesyional menyumbang idea dan cadangan agar yang telah baik menjadi lebih baik bagi lagi membuktikan kemampuan kita, dengan didokong oleh para pegawai dan kakitangan demi memberikan nama baik kepada kerajaan negeri yang baru yang didokong oleh rakyat ini.

YBhg Dato Pengerusi dan ahli-ahli majlis sekalian

Satu perkara kita perhatikan cuba diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan YAB Dato MB Selangor yang baru ini adalah pengasingan kuasa, buat pertama kali dalam sejarah selangor ahli-ahli DUN tidak duduk di dalam PBT. Ini bagi memberikan kebebasan kepada pimpinan diperingkat kerajaan tempatan untuk membuat keputusan dan dasar demi kebaikan PBT tanpa camputangan dari wakil-wakil rakyat namun tidak pula lari dari dasar dan peraturan yang dibikin dan diluluskan oleh kerajaan negeri.

Langkah berani kerajaan negeri Pakatan Rakyat ini sewajarnya dihormati dan kita diperingkat PBT khasnya ahli-ahli majlis bertanggungjawab membuktikan yang ianya ”workable” dengna izin demi kebaikan rakyat dan kerajaan negeri Selangor.

YBhg Dato Pengerusi dan ahliahli majlis sekalian

Saya perhatikan ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh MPSJ demi memperabaikkan lagi mutu perkhidmatannya yang telah pun baik itu

1) Penguatkuasaan: kita di sini meluluskan pembangunan, menyediakan kemudahan dan infrastruktur, memberikan perkhidmatan, namun dalam waktu yang sama jika aspek penguatkuasaan tidak dipertingkatkan kecekapannya, segala yang baik yang kita laku dan perkenalkan akan dilihat tidak berkesan. Kita ada undang-undang dan peraturan tetapi ia tidak dihormati lalu masyarakat menjadi leka dan lalai akhirnya merugikan majlis. Pengutkausaan penting agar undang-undang dan pertauran dihormati supaya masyarakat menjadi lebih teratur sempurna dan selamat.

2) Pihak majlis perlu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kejayaan JKP-JKP seluruh MPSJ. Kita telah tubuhkan JKP dipengerusikan kali ini oleh ahli-ahli majlis, pastikanlah semua kemudahan infra, sokongan dan tumpuan diberikan oleh semua jabatan agar peranannya dapat dijalankan sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan negeri yang baru ini. Para pegawai MPSJ yang ditugaskan membantu pengerusi-pengerusi JKP mestilah proaktif dan cekap.

3) Ukhuwah ataupun ikatan hubungan yang baik antara ahli-ahli majlis dan para pegawai serta kakitangan MPSJ perlu sentiasa dijalin. Saya sebutkan diawal tadi tentang perubahan kuasa, kita semua datang bukan sebagai wakil-wakil pembangkang tetapi sebagai wakil kerajaan, sebagai pemimpin kepada para pegawai serta kakitangan MPSJ ini, mereka bukannya musuh tetapi anak-anak buah kita. Sebagai pemimpin kita membimbing bukannya menghukum, sebagai pemimpin kita membuktikan kemampuan bukannya mencetuskan keraguan. Dengan izin : ”Respect is earned and never freely given” ataupun ”Penghormatan itu diperolehi dan bukannya diberikan secara percuma”.

4) Kawasan perbandaran Subang Jaya ini mempunyai prospek untuk terus membangun dan semakin dekat dan hampir saya percaya untuk layak memperolehi taraf bandaraya, kerana itu majlis mestilah dilihat sebagai ”business friendly”, kita melaksanakan peraturan namun dalam waktu yang sama kita bersedia mendengar dan menimbangkan cadangan dan pandangan komuniti peniaga dan penduduk, keanjalan sikap ini akan merangsang kemajuan yang lebih pesat. Walaubagaimanpun aspek moral yang membina masyarakat yang sihat dan selamat perlu ditekankan. MPSJ mesti tegas dalam mengawal dan menutup pintu dan ruang maksiat dan keruntuhan moral. Biar Subang Jaya menjadi selamat dan selsea serta bersih untuk semua demi masa depan anak-anak dan jenerasi kita yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Isu arak di Selangor jangan kelirukan rakyat

Akhbar-akhbar berbahasa Cina tiba-tiba hari ini memaparkan kisah arak di Selangor (saya ditunjukkan perkara ini oleh sahabat saya rakan ahli majlis MPSJ dari DAP). Kononnya PAS Selangor sedang bertindak mendesak kerajaan negeri mengharamkan penjualan arak seluruh Selangor. Kononnya ada pelan “A” dan pelan “B”. Pelan “A” adalah melalui mesyuarat EXCO, jika tidak berjaya maka wakil-wakil PAS dalam seluruh PBT Selangor akan membawa usul diperingkat PBT. Tidak cukup dengan itu, portal berita Malaysiakini turut mensensasikan perkara ini.

Saya bertanyakan rakan-rakan pemberita akhbar Cina dari mana mereka dapat maklumat ini, kata mereka dari sumber-sumber tertentu.

Jelasnya, pertama, PAS Selangor tidask pernah membincangkan perkara ini dalam mana-mana mesyuaratnya. Kedua, arak ini haram buat umat Islam tetapi tidak untuk yang bukan Islam, kerana itu di Kelantan yang didominasi PAS, kerajaan negeri hanya mengharamkan penjualan arak dikalangan umat Islam (jika Kelantan begitu, takkanlah Selangor mahu mendesak mengharamkan arak secara total). Dan ketiganya arak ini memang diharamkan terhadap umat Islam di Selangor melalui Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam yang ada, tidak berbangkit PAS mahu buat tuntutan sedangkan undang-undang telahs edia ada dari zaman BN lagi.

Memang rakan-rakan ahli-ahli majlis dari MBSA ada menuntut agar dikuatkuasakan pengharaman ini di Shah Alam dan saya difahamkan ia telah pun diluluskan dalam mesyuarat majlis tanpa bangkangan mana-mana pihak.

Isu ini bagi saya sengaja disuakan bagi melihatkan seolah PAS cuba menggunakan pengaruhnya dalam kerajaan PFR Selangor bagi mendesak agar arak diharamkan secara total di Selangor. Ada pula laporan menyebut bahawa cadangan PAS dalam mesyuarat EXCO ditolak oleh MB.

Saya melihat ada usaha untuk melaga-lagakan antara PAS dan rakan-rakan lain dalam PR, dan ada usaha untuk menggambarkan seolah PAS ini tidak menghormati hak masyarakat bukan Islam. Adakah sebenarnya begitu? Saya telah merayu kepada rakan-rakan pemberita termasuklah dari Malaysiakini agar berlaku adil dalam isu ini dan jangan

Kenyataan Dato’ MB Selangor selepas Mesyuarat EXCO tadi alhamdulillah meredkan asakkan yang tidak bertanggungjawab ini.. Menurut Tan Sri Khalid sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini:

Selangor Mentri Besar Abdul Khalid Ibrahim said the state does not intend to impose a blanket ban on the sale of alcohol but is seeking to step up enforcement on existing restrictions. The existing restrictions in the state are no sale of alcohol to Muslims as well as those under-18s.

According to Khalid, the move to tighten enforcement on alcohol sale will be implemented after consultation with retailers, local councils, related government agencies and NGOs early next year.

MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat mengharamkan sama-sekali penjualan minuman berakohol, akan tetapi sedang berusaha mempertingkatkan penguatkuasaan terhadapa peraturan yang sedia ada. Peraturan yang ada di negeri ini melarang penjualan arak kepada umat Islam dan mereka yang di bawah umur 18 tahun.

Menurut Khalid, usaha menguatkuasakan larangan penjualan minuman berakohol akan dilaksanakan sebaik perundingan dibuat dengan pihak penjual, PBT dan agensi kerajaan yang berkaitan disamping NGO mulai tahun hadapan.

Ini isu berkaitan umat Islam dan tidak kena-mengena dengan yang bukan Islam. Peraturan yang ada pun bukannya digubal oleh PAS atau PKR tetapi oleh kerajaan BN yang lalu. Kerajaan Selangor PR hanya mahu melaksanakan apa yang telah sedia ada itupun terhadap masyarakat Islam. Diharapkan semua pihak melihat isu ini dengan jelas dan tidak dikaburi dengan agenda mana-mana pihak yang mahu memburuk dan melaga-lagakan satu pihak dengan pihak yang lain.