Monday, December 22, 2008

Saya pasti disaat ini masing-masing kita sedang ternanti-nanti siapakah calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihanraya kecil P.36 Kuala Terengganu. Cslon Umno mewakili BN Seantor Wan Farid telah pun diumumkan semalam, soalnya siapa calon PAS? Saya sendiri pun tidak tahu malah difahamkan Jawatankuasa PAS Pusat masih bermesyuarat di Kuala Terengganu untuk memutuskannya. Apa pun kita harapkan PAS akan mengemukakan calon terbaik bagi menghadapi BN dan yang mampu merampas kembali kerusi tersebut.

Sehubungan dengan ini posting terakhir saya:

Serahkanlah pada pimpinan

cuba menyingkap proses pemilihan calon-calon PAS yang membezakannya dengan parti-parti lain. Saya memetik apa yang dikatakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, sebagaimana dilaporkan oleh The Star, tetapi rupanya ada pihak tidak berpuas-hati dan mempertikaikan apa yang saya tulis itu. Tidak cukup dengan itu si folan berkenaan turut menyindir dan merendahkan saya, alhamdulillah

Saya menerima SMS berikut dari nombor handphone yang tak saya kenali iaitu 019 2361889 yang berbunyi:

Sdra Roslan , pls check yr facts, . Keputusan muktamad siapa calon ialah diperingkat ajk pas pusat i.e president & co, bukan syura ulama’. Nevertheless syura ulama determines the eligibility of calon. This has been the practice all along. Pls don’t confuse yr readers. Macam mana u jadi press sec presiden n do not know the party org?

Ternyata pengirim SMS ini marah apabila saya menyebut bahawa:

Apa pun akhirnya keputusan muktamad adalah pada Majlis Syura Ulamak yang akan menyaring dan mengenal-pasti calon terbaik yang akan menjulang panji-panji PAS dalam medan pertempuran pilihan raya kecil itu nanti.

Lalu beliau mempertikaikan kelayakan saya menjadi SU Akhbar Presiden PAS, iaitu jawatan yang bukan saya pohon tetapi diputuskan oleh parti dengan persetujuan Presiden. Tak mengapalah, tetapi sekadar renungan di sini berikut saya petik posting terbaru Harakahdaily:
Ini kerana, katanya proses pencalonan dalam PAS mesti diserahkan kepada PAS Pusat serta Jawatankuasa Politik PAS Pusat dan akan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat sama ada lulus atau pun tidak seseorang calon tersebut.
Orang yang dipetik oleh Harakahdaily itu tidak lain dan tidak bukan Dato Seri Tuan Guru Presiden sendiri. Kalau berdasarkan kenyataan Tuan Guru Presidern di atas tidakkah membuktikan bahawa keputusan muktamad itru keputusan Majlis Syura? Atau pengirim SMS pun mahu kirim SMS pada Harakahdaily dan mungkin juga Presiden PAS, bahawa nampaknya beliau seorang sahaja yang tahu organisasi PAS yang lain tak tahu?

28 comments:

Anonymous said...

no telefon yang dimaksudkan ialah milik ahli parlimen kota raja

Anonymous said...

tak sabar nak tunggu nama calon..harap harap syed azman atau khazani..kalau mat sabu...baik saya undi nek Mun.

Wan farid tu saya rasa kureng la, tp kalau bg dia berlaga dengan mat sabu, saya rasa advantage pada wan farid.

-pengundi parlimen KT.

Aizuddin said...

Saudara Roslan,
0192361889 belongs to DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD (Ahli parlimen Kota Raja from PAS).

Hopefully PAS will become more united (like before) and less fighting each other..

From,

Penyokong & ahli PAS.

Anonymous said...

Tu lah kenapa perlu pertikaikan kelayakan orang. Bukankah ada seorang pemimpin PAS Pusat lepas kalah bertanding Ketua Dewan Muslimat kawasan kemudian berpindah bertanding pula YDP Kawasan di kawasan yang lain. Tak reti organisasi ker mana boleh tanding dalam dua kawasan berlainan sekaligus dalam satu tahun..............

-JAWA MERU-

sinner said...

i'm very sad if the fact that the sender of sms is our very own MP. sad, really sad.. hopefully its not right..Pls Allah, noooo...

Kalo x, PAS will lead to another UMNO in the making.. fight each other.. bodoh..kamon, kembali lah kepada Islam..ade apa pada jawatan..

ketahuilah bahawa kami di peringkat bawahan bekerja xpernah impikan jawatan, kami bekerja utk kemenangan islam..ganjaran Tuhan yg kami impikan..tolong la org atasan, tlg jgn keciwakan kami..bersatulah utk agama..wapon terpaksa menggadaikan beribu2 wang ringgit..hargailah kami di bwah..kamu org berpelajaran,ade kepetahan,ade kepimpinan..kami cuma berharap kamu membawa islam ke hadapan..bukan bercakar2an..

its hurt, its really really hurt us so much.. may Allah lead us back..

islampastimenang said...

salam..
dah namenye erdogan..
memang lah begitu
usah dilayan kemuncup dalam perjuangan..
teruskan perjalanan..
sampai masa,kita kikis kemuncup tu...

Anonymous said...

Rileks la syeikh! Baru kena pukoi camtu takkan nak melatah kot! Nak jadi pejuang Islam unggul kena le tahan maki dan kutuk. Akhlak kena jaga...

Abe-G

Abu Razeen 2 said...

dulu sdr pernah kritik yb loh gwo bourne dlm isu ' tumbuk' dan buat ramai org 'melanyak' yb loh termasuk persoal kelayakannya jd calon. sy tlh tegur sdr agar berhati2 menulis agar tak makin keruhkan keadaan. kita lihat yb seri setia sendiri gantung org yg tumbuk yb loh .

kini dr mariah pula dilanyak in public (alam siber).

sms nya sepatutnya personal dan private.

musykil juga sbg ketua penerangan negeri sdr tak tahu dan tak simpan tel no yb Pas yg bukannya ramai pun.

waima apapun berhati2lah lain kali agar keutuhan jemaah dan ukhuwwah sesama pimpinan tidak tergugat.

meneliti sms yb mariah berulang kali, sy tak nampak ia berniat serong terhadap sdr malahan sbg personal sms (supposedly) ia boleh dianggap gurauan mesra sesama ahli jemaah............


andainya sdr berlapang dada dan amalkan husnudzan.

dan ditekan sekali lagi , elakkan outsider atau SB 'melanyak' dr mariah dan sesiapa shj di alam siber atau alam nyata.

sifu said...

tak baik dok perleceh orang! kalau nak perbetul, perbetul sajalah. dok pelaga orang pun tak baik, itu kerja umat umno!

Cikli said...

this is really not Pas' culture.

akukaya said...

payah dgn perempuan emo. haha... adeh... sesama jemaah, tegur secara berhemah la. ni speaking plak.

yg aku perasan la, org perempuan ni kalo tgh marah mmg suka speaking. dr pemerhatian aku la. mungkin aku salah.

Ibnu Ali said...

Haa, kan dah kantoi.

DR Mariah Besa laa. Orang2 JIM lagu tulaa, suka belagak tak tentu fasal.

Cuba jadi macam Shaari Sungip kaa..

Bekas pres JIM lagi, kena pecat biasa jer...

Anonymous said...

I lend my support to Aizuddin statement above. Sdra Roslan, let it be a check and balance on your credibility as well. Don't fight openly in your blog by exposing the hp no of which I believed you know the person beforehand. Stay united in Islam, focus on our job and put aside any misunderstanding. InsyaAllah, Allah will help if we stay united.

NAZRI said...

MUNGKIN ADA KEBAIKAN JIKA DISIASAT DAKWAAN TERSEBUT..UNTUK BERLAKU ADIL.

Sulaiman said...

Small matter la isu nie... jgn dibesar2kan...! Byk isu Ummah yg lebih besar perlu dibincangkan. Sedikit nasihat saya buat Saudara Roslan, jgn cepat kecik hati dengan sms macam tu dan jgn mudah nak masukkan dlm blog. Yang buruknya PAS jugak nanti... Salam.

Aunty Azizah said...

"proses pencalonan dalam PAS mesti diserahkan kepada PAS Pusat serta Jawatankuasa Politik PAS Pusat dan akan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat sama ada lulus atau pun tidak seseorang calon tersebut."

Sdra Roslan,

Berdasarkan kpd di atas, jelas tafsiran Dr. Mariah betul. Majlis syura ulamak hanya mengesahkan kelayakan calon yg diputuskan oleh ajk Pas pusat. Bukan majlis syura ulamak yang memilih calon. Mereka hanya mengesahkan kelayakan calon yg dipilih.

Harap sdra Roslan matanglah sikit dalam menangani teguran. Buang sikap kebudak-budakan.

tqvm,

Aunty Azizah.

Tok Long said...

Pas dulu dan Pas sekarang semakin berlainan .....

Jika bukan wang ringgit yg hendak dikecapi ...tapi kuasa pula yg direbuti....
atau manusia ini sama rupanya.... bila dah nampak nak menang ....
ooo baru tok tahu rupanya mengapa islam dihina didunia ini... islam tak pernah bersatu dan tak akan bersatu... sebab itu diperingkat dunia pun tak pernah bersatu....

ikanbilisikanjerung said...

berlapang dadalah sesama kita...united for islam n go ahead to fight our truly Allah's enemy

abu camera said...

saudara Roslan,

lebih baik usah panjangkan benda remeh. saya tak tahu, tapi orang boleh kata, posting awak ni umpama melatah atau bersifat peribadi.

jangan kerana org pertikaikan awak SU akhbar presiden menyebabkan awak keluar artikel begini.

kene kuat... bukan ini caranya.kalu org UMNO tahu lg depa suka... seorang MP dan SU presiden tak ngam plak.

Anonymous said...

sapa puan aku x peduli ..yg ptg lawan tetap lawan

Anonymous said...

ayyyooooo..ahli parlimen kota raja..hahahaha..lawak siottt..macam tu punya perangai ada ka...sedihlah aku tgk org pas macamni..selain dari UMNO dan Pas, da tadak da parti untuk org melayu berlindung...

sebab tu zahar pjs join pas, dia takmo join PKR

Anonymous said...

Sdr Roslan,

U ni quite sentitif la and a little bit ego. Tak salahkan kalau u call the no for clarification. For me, it was just a normal sms, satu teguran biasa aje. nothing obvious.

perkara yang remeh temeh ni letak tepi aje sdr roslan, k

adios

lan said...

issue ni sepatutnya tak perlu di sensaikan, mungkin pengirim sms itu betul pada tafsirannya. bila kena pula pengirim tu ahli parlimen tu yang kita duk persoalkan betul ke ia keluar dari ahli parlimen pas sendiri

saya fikir perkara ni boleh disettlekan dalam pucuk pimpinan PAS itu sendiri tanpa dihebohkan sangat pada umum.. rapatkan saf kepimpianan dan elakkan perasan tak baik, ikhlas kan diri untuk dapat redha Allah

fairuz said...

bagi saya enta sudah tersalah langkah dengan menyatakan hal ini dalam blog .. dan mohon tidak perlu defend diri .. kadang2 banyak alasan merimaskan ..

maaf, jika enta ikhlas berjuang, perlu beringat dalam Pas ni banyak jenis manusia .. kita semua manusia .. manusia buat kesilapan dan kesalahan .. ahli jemaah memaafkan sesama sendiri dan selesaikan masalah dengan baik .. sayang dan ukhuwah sesama sendiri ..

jemaah kita jemaah yang memayungi pelbagai manusia .. ana benci frasa 'erdogan' etc .. maaf kami di bawah tak suka dan tidak akan suka perpecahan .. semua orang penting .. ada fungsi masing2 .. cukup lah .. mohon bawa artikel2 yang lebih membina iman, amal , semangat perjuangan ...

salam

Orang sebelahmu said...

Dr Mariah kena lebih berhati2... pasal sms youlah jadi macam ni... sebb you perempuan plak tu.. jgan lebih sudu dari kuah..

SHURA - CIMMA said...

Sdra Roslan , pls check yr facts, . Keputusan muktamad siapa calon ialah diperingkat ajk pas pusat i.e president & co, bukan syura ulama’. Nevertheless syura ulama determines the eligibility of calon. This has been the practice all along. Pls don’t confuse yr readers. Macam mana u jadi press sec presiden n do not know the party org?

Bahana SMS, expresi pemahaman ayat berbeza terkadang membawa maksud & penafsiran yang berbeza2.Anyhow take it as a challenge.Mungkin ayat yang terakhir boleh ditulis "ala akhi tak tak tau kut entakan press sec presiden"

wallahu'alam

Munif said...

Dua dua patut perbetul keadaan dan perlu berfikir sebelum bersms ke berblog ker... tutup kes.

Next time pls make sure to think something before make somethings.

Bedamai secara peribadi!!

Anonymous said...

Kita kan dari parti Islam, kita ada adab dan disiplin berjemaah. Mungkin Dr Mariah tak habis belajar atau ditarbiyah bab berkenaan.

Saya percaya isunya di sini adalah kesungguhan Sdr Roslan mempertahankan pemimpin kesayangannya: TG Hj Hadi. Kenyataan TG bertentangan dgn anggapan Mariah. Siapalah Mariah berbanding TG, come on lah sis.....baru jadi MP dah nak cabar Presiden....he he

{{subandi tuaran}}