Monday, December 29, 2008

Apa lagi Karpal……..

Saya terkejut membaca kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang dimuatkan dalam berita terkini The Star online sebentar tadi. Kata Karpal DAP akan hanya menerima calon PAS bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti dengan syarat PAS tidak berjuang untuk menuntut agenda Negara Islam dengan undang-undang hudud dan qisas.

Kata Karpal lagi DAP tidak pernah berganjak dari pendiriannya menentang perlaksanaan undang-undang syariah berkenaan.

Saya terkejut pertama kerana kenyataan keras Karpal ini dibuat kerana melayan provokasi Samy Vellu yang dalam akhbar-akhbar hari ini menggelar Karpal “a toothless tiger” kerana tidak berani mengkritik PAS atas isu Negara Islam dan undang-undang syariah. Takkanlah kerana provokasi dari seorang pemimpin yang ternyata telah ditolak rakyat maka Karpal tergamak melukakan hati kawan-kawannya.

Keduanya mustahil Karpal tidak tahu apa tujuan PAS. Nama pun parti Islam. Takkanlah kerana berkawan dengan Karpal maka PAS terpaksa menggugurkan prinsip perjuangannya yang telah dijunjung dengan penuh pengorbanan sepanjang lebih 57 tahun.. Sepatutnya kawan sesama kawan sama-sama menghormati prinsip perjuangan masing-masing, tidak mengkritik atau mengutuknya apa lagi kerana semata-mata mahu memuasakan hati musuh.

Apalah PAS tanpa perjuangan Islam, tiada beza dan mungkin lebih teruk dari Umno. Kerana berpegang teguh pada prinsip inilah maka PAS mampu bertahan sehingga hari ini dan terus-menerus diterima dan diberi pengiktirafan oleh rakyat.

Karpal berhak berkata apa sahaja, tetapi 1 Januari ini Presiden PAS akan mengumumkan calon PAS dan itulah calon yang akan terus memperjuangkan agenda Islam samada disukai Karpal atau tidak.

9 comments:

Anonymous said...

persetankan aje kata2 si karpal ni! malas nak layan dia

slyderrose said...

Si karpal dan lks memang pekak badak dan tak reti bahasa. Kan PAS dah cakap Hudud hanya untuk orang Islam saja, tak faham ke?. Dia tak perlu re-present orang Islam yg tak mahu Hudud. Kalau ugama hindu atau Toaism ada undang2 sendiri, minta dilaksanakan untuk penganut mereka itu, pasti orang Islam tak ambik tahu.

Anonymous said...

my 1 cents...

aku nak minta tuan roslan sms sampaikan hasrat aku (golongan marhaen) yg mahu tok guru hj hadi pergi jumpa karpal, face-to-face. tanya dia apa yg dia takut sgt dgn hudud? walhal dia bukan kena ikut.

aku bg contoh.
kalau islam wajibkan puasa bulan ramadhan, hanya org islam yg tak puasa je yg dikenakan tindakan jika makan/minum pd siang hari bulan ramadhan, karpal nak minum ke, nak makan ke, dia bukan islam, jadi dia takkan kena apa2. jadi, kalau ada undang2 "tangkap org islam yg tak puasa & kenakan denda", adakah karpal perlu marah2? samalah mcm hudud ni! hudud utk org islam. hudud dikenakan pada org islam.

kalau aku boleh jumpa karpal, aku pergi jumpa dia. bg dia faham. PAS wadah tarbiyyah & dakwah. kena sampaikan dakwah pada karpal ni... dia tak faham. kesian kat dia.

kena bagi dia faham. lagi dia tak faham selagi tu lah dia susahkan kita semua. wallahu'alam.

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Aduh....
letih berjuang ngan si kafir laknatullah nie..
Aku cadangkan PAS keluar daripada pakatan rakyat dan berjuang dengan sendiri. ikut perjuangan nabi yang sebenarnya.. bila kita bersama dengan orang yang xfaham Islam mcm nielah hasilnya.. tidak menguntungkan perjuangan Islam

Anonymous said...

Bangsa Sikh tu memang anti-Islam dari mula lagi, Karpal Singh walaupun tanpa toncetnya meneruskan perjuang guru nanak yang murtad tu. Kalau DAP masuk BN maka jatuhlah kerajaan PR Perak, tak gitu? UMNO mesti terkial kial minta DAP masuk BN!...keh keh keh

Anonymous said...

ada kemungkinan tak yang hudud ni akan mengancam periuk nasi peguam2 sivil? coz kalau nak kata karpal ni tak paham pasal hudud, macam tak logik je... dia bukan jenis tak reti...

pak brahim said...

Dia memang seperti singa tua yang tak dak gigi lagi.

sesuai dengan kata-kata TGHHA satu masa dahulu yang diumpamakan seperti ubat yang sudah habis tempuh, tak berkesan lagi bahkan akan menjadi racun, merbahaya kalau dimakan.

Bahkan YAB KM P.Pg juga pernah berkata bahawa beliau akan memeluk Islam apabila bapanya sudah tiada.

Rumusanya bahawa golongan muda hanya semata-mata menghormati mereka sebagai orang tua. Dalam suasana pendedahan maklumat tanpa sempadan deperti sekarang, pandangan masyarakat terhadap ISLAM sudah semakin jinak dan mesra. Senario ini berkembang dimana-mana sahaja didunia ini termasuk di Eropah dan Amarika.

Sesungguhnya soal hidayah adalah hak Allah, bagi kita sebagai HAMBA Nya hendaklah terus beristiqomah dan teruskan berusaha mencari keredoaanya.

weber said...

lebey kurang kata Karpal... "DAP akan sokong calon PAS KT kalau PAS tak cakap apa2 pasal Hudud. DAP menyokong perlembagaan yang meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Perlaksanaan hudud adalah bertentangan dengan konsep sekular"..
ni la dia ayat2 merapu dari DAP. sah2 kat malaysia ni ada mahkamah syariah. terjejas ke konsep sekular ni bila adanya mahkamah syariah?
selama ni ada ke orang bukan islam dibicara dalam mahkamah syariah? tak pernah dengar plak aku. yang kontroversi pun kalau ada mualaf yang nak balik agama asal. mualaf tu islam. mmg patut la bicara kat mahkamah syariah.
tapi PAS pun satu hal jugak. buat la blueprint konsep negara islam yang nak dibawa. hudud tu salah satu cabang dari sistem perundangan je. banyak lagi sistem lain yang kena fikir.

malaydilemma said...

Hudud itu indah sebenarnya. Saya percaya bahawa DAP ini masih belum dapat gambaran sebenar tentang hudud. Bagi mereka Hudud sekadar "potong tangan". Tiada usaha yang dilakukan kerajaan UMNO (yang rata-rata ahlinya beragama Islam) untuk memberi penerangan mengenai hukum hudud.

Malah, hudud dijadikan bahan momokan untuk menakut-nakutkan rakyat bukan Islam untuk mengundi PAS.

Cuba kita terangkan betul-betul pada Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Bagi diorang faham betul-betul.

p/s: Karpal dengan Kit Siang ni kalau diorang tentang, ada musababnya juga sebab diorang ni bukan Islam dan belum berapa faham tentang Islam. Yang dah confirm-confirm Islam tapi masih tentang juga ni macam mana?