Monday, December 15, 2008

Apa sudah jadi dengan kita semua?




Adakah manausia yang tergamak membuang bayi yang baru lahir ke dalam lubang tandas awam? Hamba Allah yang baru lahir ke dunia ini diperlakukan demikian, hilang langsung kewarasan dan kemanusiaan apabila insan yang tidak berdosa ini dicampak begitu sahaja bagaikan barangan yang itdak berguna.

Inilah gambar hadapan Berita Harian hari ini, bayi ini dijumpai masih hidup dalam lubang tandas awam di Pasar Basah, Lembah Keriang, Changlun.

Siapakah ibu, siapakah bapanya? Melayu, Cina, India, Siam, tidak pula diketahui. Apa pun yang pasti makhluk bergelar haiwan sekalipun tidak akan memperlakukan sedemikian pada anak kandungnya. Saya pasti bagi mereka yang prihatin, gambar ini suatu petanda yang sangat membimbangkan terhadap keadaan sosial masyarakat kita. Adakah kita telah melahirkan suatu generasi manusia yang tiada lagi pertiumbangan akhlak dan adab, yang sudah barang sekelumit roh keimanan dalam jasadnya?

Siapakah yang bersalah? Adakah kita perlu membuka gelanggang tuduh-menuduh dan tuding-menuding, atau lebih baik kita bermuhasabah dan mencari jalan penyelesaian, merangka pelan yang dapat membina kembali generasi yang beriman dan bertaqwa, agar tiada lagi bayi yang lain akan menimpa nasib yang sama.

Jumaat lepas saya sempat menghadiri satu taklimat di Pejabat Daerah Sepang. Antara yang ditaklimatkan adalah bilangan mereka yang bernikah dan bercerai di Daerah Sepang. Sungguh menyedihkan apabila diberitahu bahawa bilangan mereka yang bercerai semakin meningkat sehingga hampir mencecah separuh dari yang bernikah.

Apabila ada hadirin yang bertanya kepada Kadi Daerah apakah punca dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya, kata Kadi tadi, ini perkara biasa, subhanallah. Jawapan Kadi itu telah ditegur oleh EXCO Agama Selangor, Dato Dr Hasan Ali yang diraikan dalam majlis itu. Kata Dr Hasan macam mana Kadi boleh katakana ia perkara biasa sedangkan bergegar arasy Allah apabila berlaku perceraian!

Inilah antara perkara yang perlu diperkemaskan. Institusi agama, pendidkan dan semua pihak yang terlibat dalam membentuk akhlak masyarakat (samada ibu-bapa, sekolah, masjid dan lain-lain). Apabila kita longgar dan lalai dalam aspek agama, tatkala itu tiada lagi pertimbangan dosa dan pahala, manusia menjadi individualistic, yang penting adalah nafsu dan halobanya. Agama, masyarakat dan peradaban dicampak ke tepi.

Marilah kita sama-sama menginsafi perkara ini dan bersama berusaha memperbaiki dan menagtasinya dimana sahaja kita ada kesempatan dan peluang untuk melakukannya.



(Dari BERITA HARIAN: BAYI yang ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas kini mendapat rawatan di Hospital Jitra.

9 comments:

Anonymous said...

INI LEBIH KEJAM DR ZAMAN JAHILIAH YANG HANYE MENANAM ANK PEREMPUAN...SEKURANG2NYE MEREKA PUN "TANAM"...LA NI LAGI HEBAT DR JAHILIAH,BUANG DLM TOILET..SETARAF DENGAN NAJIS JE DIBUATNYE BAYI TU...

Anonymous said...

inilah puncanya perundangan Islam tidak dinobatkan. Allah mencipta manusia, Allah mencipta undang2 manusia(hudud dan qisas) tapi manusia yg sombong dan merasakan diri lebih hebat dari tuhan telah rakus menghina Islam dan meletakkan undang2 Islam itu rendah- serendahnya.

Nah... tengok sekarang apa yg dah jadi pada umat Islam khusunya melayu.

Di Malaysia ini hiburan yg melampau sudah dijadikan darah daging pada pihak pemerintah!!!

apa tugas kita? pastikan parti yg memerintah ini kalah dan bungkus!!! jangan dibicara ketuanan melayu, jika ketuanan ISLAM masih belum dinobatkan!!!

Takbir!!!

Anonymous said...

sdr
saya juga setuju dengan pendapat ini bahawa orang melayu amat sinonim dengan hiburan,drama tv,nyayian ,pesta dan lain-lain.ini membuktikan bahawa orang melayu(kebanyakan) tak ada prinsip hidup,perjuangan,masa depan,berfikiran jauh DSB.tengoklah budaya orang melayu mana ada yang positif,kebanyakannya adalah budaya lawak,biasa-biasa,ambil mudah,buat jenaka DSB.
buang bayi bukan baru dah lama berlaku dan sentiasa ada cuma laporan tidak didedahkan.
sekian.

Anonymous said...

Tok Long perhatikan tiga gulungan besar yg tidak kita boleh ketepikan dlm perjalanan dunia ini..

1. Bukan Islam
2. Islam
3. Islam dan hendak hidup cara islam

Dalam dunia ini ada 6.7 Bilion manusia dan yg beragama Islam 1.6 Bilion iaitu 23% dari penduduk Dunia.

Sehingga kini kita tak boleh bersatu ....jadi dalam islam sahaja ada 2 gulungan yg hanya nama aje islam dan satu gulungan lagi yg betul islam dan sentiasa sayangkan islam......

Jadi Tok rasakan gulungan yg nama islam tapi tak pentingkan islam tu lah yg lebih ramai sekarang...mereka ini anggap hukum islam sebagai sebutan sahaja, kehidupan harian lebih penting, jadi mereka inilah yg ada ramai sekarang.......
Bahrin,Libya,Maldive,Oman, Qtar,Saudi arabia,Somalia,W,sahara, hanya ada 9 negara yg dicatat 100% islam didunia ini .... Pakitan sentiasa berbom, Palestin tak pernah aman, Somalia berperang, Malaysia Umno dan Pas serta PKR pun tak boleh bersatu......

kita hanya menyalahkan amereka tapi kita sendiri tidak berubah...

Bagaimana kita boleh membina negara yg aman dan Islam yg baik..

ayobkelubi said...

sedih bukan?

saya baca pun geram jek,kalau jumpa mak bapak dia,mmg saya nak bunuh shj!. apa dosa bayi ini?.

dan KADI itu tak sepatutnya cakap begitu. bagaimana dia di lantik menjadi kadi bang?.

tak faham lah!.

Anonymous said...

...dulu bila tegur pasal gambr2 lucah; kita akan di balas dgn..ni biasak bang!! artis pun ada!! tak kan tau tahu

...dulu bila citer pasal maksiat/ liburan melampau; hujah kita akan dineturialkan dgn..alah! bang ni biasa, kecik aje bukannya kacau org atau bunuh org..bla!bla!..

...dulu kalu bahas pasal polis makan suap; kita akan dibahasakan dgn;..alah ni biasak le, tak kan kosong aje!! pemimpin atas tu lagi makan bebillion. bukan kau tak tahu..

...ini le perkataan jahanam yg sy kira paling byk disalahgunakan hingga berjaya memBUDAYAkan sesuatu yg luar biasa menjadi amalan hidup kita. proses asmilasi pembudayaan bangsa ni di mulai dgn kata2 hikmat...BIASA LE!!! walau pun perkara tu sebenar diluar tabii budaya hidup rakyat nusantara pada asalnya.

...waallahualam. berhati2 bila ungkapkan...biasa le!!

Anonymous said...

sangat kejam !!
kesian bayi yg tak berdosa jd mangsa..
semoga ibu bapanya yg kejam ni mendapat balasan setimpal dr Allah..

mufarakahpr said...

bala bukan setakat pelaku, yang tidak berkaitan pun kena ....

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

kita sesekali tidak berasa pelik jika BINATANG berperangai manusia, tapi amat jelik, pelik dan tragik bila MANUSIA BERPERANGAI BINATANG.

Selagi manusia tidak berjalan mengikut landasan yang ditetapkan (baca tidak mengikut Hukum Allah), selagi itulah dunia ini tidak akan tenteram.

Ibarat keretapi yang cuba menggunakan jalanraya untuk ke satu2 tempat.

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com