Wednesday, December 29, 2010

Jangan tunduk pada duri dalam daging di di Selangor

Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dijangka mengadap Tuanku Sultan Selangor hari ini untuk berikhtiar menyelesaikan kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (meneurut maklumat Tuanku kini bercuti sehingga awal bulan hadapan).

Sementara itu bekas MB Selangor Khir Toyo dilapor menasihatkan Khalid agar membaca Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor terlebih dahulu sebelum mempertikaikan perlantikan bekas Pengarah JAIS Kusrin Manawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Khir juga menyeru Khalid agar tidak payah mengadap Sultan semata-mata kerana beliau tidak dimaklumkan darihal perlantikan ini oleh pihak Jabatan perkhidmatan Awam( JPA).

Terima kasihlah Khir kerana prihatin dalam isu ini. Saya rasa bagi Khir sendiri nasihat yang paling baik baginya adalah bersedia menghadapi pertuduhan rasuah terhadap beliau. Angkara pertuduhan rasuah itu nama beliau langsung tidak terbabit dalam rombakan kepimpinan Umno negeri. Rakyat Selangor resah dan gusar ekoran perkembangan membabitkan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri ini, kerajaan yang mereka pilih mentadbir dan mengurus negeri sewajarnya berhak memilih dan terlibat dalam membuat keputusan siapakah yang paling layak.

Yang tentunya Khusrin tidak layak! (Ramai lagi pegawai yang merupakan anak Selangor lebih tinggi pencapaian akademik, berkaliber, berpengalaman dan profesional)

Bayangkan persepsi para pegawai kanan Selangor, apabila mereka yang layak dan berkaliber ini dipintas secara kejam dan penuh berbaur politik oleh pihak kerajaan Pusat dan Umno.

Umno sedang merancang secara bersungguh untuk menjatuhkan kerajaan sah Pakatan Rakyat Selangor yang dinobatkan oleh rakyat. Usaha melantik Khusrin ini diyakini salah satu kerja untuk mematahkan popularity kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid.
Rakyat Selangor akan sentiasa berdiri teguh dibelakang MB mereka. Keputusan nanti mungkin tidak berpihak kepada kerajaan negeri, kalau demikian maka kerajaan negeri perlu mengambil langkah mengerhanai Khusrin agar tidak berlaku dua MB di Selangor dalam satu waktu!

Kita tidak mahu ini berlaku tetapi sekiranya hasrat dan aspirasi rakyat serta kerajaan negeri tidak dihormati maka mengapa pula kita mesti dipaksa menghormati sesuatu yang tidak sah. Jangan sampai ada individu yang tidak diberi mandat rakyat bermaharajalela di negeri ini.

Bersedialah menghadapi duri dalam daging, musuh dalam selimut, yang penting kerja-kerja jahat ini pasti dihukum oleh rakyat dalam PRU ke 13 nanti.

Tuesday, December 28, 2010

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor “diculik” ?

Semalam Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hasan mengumumkan bekas Pengarah JAIS Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Dalam waktu yang sama MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa perlantikan tersebut masih belum muktamad.

Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri ini adalah penjawat awam yang paling kanan dalam negeri yang akan duduk sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berama MB dan barisan EXCO negeri. Oleh itu sewajarnyalah amalan memaklum dan mendapat persetujuan negeri dikekalkan. Langkah kerajaan Persekutuan “menculik” jawatan ini sangat dikesali dan tindakan melantik seorang pegawai yang sememangnya selama ini bermasalah dengan pentadbiran negeri sudah pastilah mencetuskan syak wasangka betapa wujudnya konspirasi menggagalkan kelicinan pentadbiran negeri.

Menurut beberapa portal berita kerajaan negeri telah bertindak proaktif melaksanakan pemilihan dari kalangan pegawai-pegawai kanan negeri yang layak dan berkualiti. Suatu pemilihan yang diketuai sendiri pimpinan negeri telah dilaksanakan dan tiga nama dari kalangan yang paling layak telah dipersembahkan kepada pihak Istana untuk dipilih.

Bagaimana KSN pula yang boleh memaklumkan bahawa pusat telah peroleh perkenan Istana Selangor sedangkan urusan dengan istana adalah hak negeri? Mengapa jawatan MB tidak dihormati?

Rakyat Selangor berhak mendapat seorang Setiausaha Kerajaan Negeri yang professional, berkaliber dan mampu melaksanakan tugas selari dengan kehendak dan aspirasi kerajaan negeri. Meletakkan seorang yang sebaliknya, sudah pasti akan merencatkan “delivery system” apalagi jika pegawai itu lebih cenderung kepada pihak yang mahu menggagalkan kejayaan negeri.

Rakyat Selangor telah memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk menerajui mereka, sebarang langkah seumpama ini dilihat sebagai usaha jahat memperkosa mandat itu dan membelakangkan kuasa dan hak rakyat. Jika BN dan Umno melonjak gembira dengan kerja “menculik” ini, jangan mereka lupa rakyat Selangor yang berilmu itu sedang melihat dan memerhati perkembangan yang memalukan ini.

Saya yakin dan percaya tindakan tidak demokratik ini akan mengundang kemarahan rakyat dan Umno serta BN lah yang bakal menjadi mangsa paling besar apabila ralyat melaksanakan hak mereka pada pilihanraya umum ke 13 nanti.
Selamat mencabar kesabaran rakyat.

Umno Selangor makin kacau?

Umno mengumumkan pimpinan negeri-negeri yang baru bagi parti tersebut. Yang menarik dua buah negeri dimana parti tersebut kecundang iaitu Kedah dan Pulau Pinang melihatkan pemimpin baru memegang teraju iaitu Ahmad Bashah di Kedah dan Zainal Abidin Osman di Pulau Pinang. Anehnya Selangor dimana BN dan Umno turut kecundang walau bagaimanapun tidak melihat sebarang perubahan.

Presiden Umno Najib Tun Razak yang sebelum ini mengetuai negeri dikuasai Pakatan Rakyat itu tetap kekal memimpin parti pembangkang di Selangor itu.

Soalnya tiadakah pemimpin Umno tempatan yang layak?

Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan apabila ditanya pemberita mengapa tiada perubahan di Selangor, jawab beliau kerana Selangor dikuasai “pembangkang” (siapa pembangkang di Selangor PR atau Umno?) maka sesuailah ia diterajui PM sendiri. Tapi bagaimana dengan Pulau Pinang dan Kedah dan bagaimana Kelantan? Mengapa tak letak PM juga dinegeri-negeri itu?
Nampak Selangor Umno Selangor telah hilang arah dan ketandusan pimpinan yang berkaliber yang boleh meletakkan kembali harapan pada parti usang itu untuk kembali menerajuinya? Mengapa tidak Khir Toyo? Mengapa tidak Satim? Rahman Palil? Noh Omar? Ezam Md Nor? Semuanya tak layak?

Sementara itu Pakatan Rakyat terus mengukuhkan kedudukan di negeri bertuah itu, ikon kekuatan PR untuk terus merampas takhta Putrajaya. Menurut laporan bagi suku tahun penghujung 2010 ini PAS contohnya berjaya mendaftarkan puluhan ribu lagi pengundi-pengundi baru, mengukuhkan lagi prospek PR berkuasa malah berpotensi menang lebih besar lagi. Jentera DAP dan PKR turut bertungkus-lumus memenangi keyakinan rakyat.

Umno semakin tenat dan kacau.......ayuh kikis saki baki kerusi mereka yang ada.

Friday, December 24, 2010

1 Malaysia: 1 BN atau 1 Umno?


1 Malaysia adalah cogankata dan logo yang diilhamkan oleh PM yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN. Kebelakangan ini ia digunakan dalam setiap acara dan kegiatan politik mereka termasuklah secara meluas semasa Konvensyen BN di Bangunan MCA baru-baru ini.

Asalanya ia lebih sebagai slogan penyatuan dan perpaduan tetapi dari itu ia bergerak semakin sebagai kata juang politik, dan kini tidak terpisah dari politik BN dan Umno. Dalam pilihanraya kecil Batu Sapi dan Galas penggunaannya sangat meluas oleh BN dan Umno.
Ternyata 1 Malaysia yang asalnya bermotif lain kini laku sebagai slogan politik BN dan Umno. Lalu jika benar ia mahu menjadi seruan politik mereka maka isytiharkanlah demikian. Mengapa rakyat dibelenggu dalam dilemma separuh ular separuh belut.

Kerana itu kerajaan Selangor mengambil langkah bijak dan proaktif, 1 Malaysia ini diharamkan sahaja penggunaannya kerana ia punya motif dan mesej politik yang tidak dibenarkan oleh peraturan tempatan yang digubal di zaman BN lagi.

TPM Muhyuddin berkata kerajaan Selangor gentar populariti 1 Malaysia. Bukan gentar Tan Sri, tetapi berterus-terang. Kalau mahu berpolitik, berterus-terang sahaja, jangan sembunyi-sembunyi, jangan mencuri kesempatan, jangan mengabur dan menipu rakyat. Kalau ular katakana ular kalau belut katakana belut.
Guna sahaja 1 Malaysia dalam semua iklan dan kain rentang Umno dan BN sebagaimana sekarang.
Sementara itu menurut laporan, Pusat Kajian Bebas Medeka Centre telah menerbitkan kajiannya yang terbaru terhadap prestasi kerajaan PR Selangor. Menurut Merdeka Centre, jika diadakan pilihanraya segera, Pakatan Rakyat akan mampu bertahan dan mengekalkan pemerintahan di Selangor.57 peratus dari 1,214 responden yang disoal menyatakan mereka yakin dengan arah tuju kerajaan PR di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim. Rupanya tak popular semana lah 1 Malaysia sebagaimana dibayangkan?!

Thursday, December 23, 2010

Selangor dilanda konflik.........

Sejauh manakah kebenarannya, belum pasti tetapi angin bertiup kencang di Shah Alam, khabarnya calon kerajaan Pakatan Rakyat Negeri untuk mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah dikebelakangkan kerana memberi laluan kepada seorang yang lain.

Calon yang diberi keutamaan ini tidak pernah mendapat restu oleh kerajaan negeri malah sepanjang beliau memegang jawatan Pengarah sebuah jabatan, sering berkonflik dengan kerajaan dan pimpinan negeri, sehingga mencetuskan keresahan dan kadang-kala ketegangan.

Sejauh manakah kuasa MB dalam memberi nasihat kepada istana tidak pasti, tetapi apa pun penjawat jawatan awam yang sepatutnya membantu dan melicinkan pentadbiran kerajaan negeri berlandaskan aspirasi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat, sewajarnya dipilih oleh "government of the day".

Amatlah malang bagi Selangor kiranya calon penjawat awam tertinggi di Selangor ini terdiri dari seorang yang tidak boleh bekerja apalagi berkongsi aspirasi kerajaan negeri. Sesuatu perlu diperbetulkan. Suara rakyat perlu dihormati!

Wednesday, December 22, 2010

PAS tidak akan korbankan perjuangan Islam

Berikut adalah laporan dari portal berita Malaysia Insider berhubung isu Negara Islam yang berbangkit ekoran kenyataan beberapa tokoh Pakatan Rakyat semasa dan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad lalu:

Sementera itu, Hadi ketika dihubungi semalam pula berkata bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal untuk menyelesaikan isu negara Islam.
Tambah Nik Aziz, walaupun negara Islam tidak disebut secara spesifik dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sebenarnya ia secara rasmi sudah disebut dalam Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Walaupun dalam Perlembagaan (Persekutuan) tidak disebut secara spesifik “negara Islam” sebenarnya Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah cukup menjawab.

“Hakikatnya Malaysia sebuah negara yang sah untuk mendukung prinsip politik dan pentadbiran Islam.

“Saya syorkan pakailah tafsir Perlembagaan yang positif, tidak pesimis tentang Islam. Kerana agama persekutuan dalam maksud agama bagi negara, bukan sekadar rasmi malah agama perundangan.

“Maka sewajarnya dalam Perlembagaan itu dijelaskan maksud agama ialah ‘ad-din’, iaitu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, bukan kepercayaan semata-mata. Bila dimaksudkan sebagai ad-din, ia sudah meletakkan Islam sebagai akidah yang mantap tak boleh dicampur aduk,” katanya.

Oleh kerana itu, katanya, Islam sebagai sistem hidup yang harus dipakai sama dalam urusan politik pemerintahan.


Hakikatnya PAS tidak pernah sekali-kali lesu, menyembunyikan apalagi menguburkan hasratnya untuk berjuang bagi memartabatkan Islam. Dalam kerangka realiti politik di Malaysia hari ini, sesungguhnya tiada halangan ke arahnya walaubagaimanapun ia memerlukan pendekatan berhikmah, ikhlas dan iltizam. PAS dahulu, PAS hari ini dan PAS yang akan datang insyallah akan terus memegang erat cita-cita perjuangannya iaitu:

Memperjuangkan wujudnya dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hokum-hukumnya menuju keredhaan Allah (Fasal 5 (1) Perlembagaan PAS)

Inilah yang membezakan PAS dengan parti-parti lain termasuklah khasnya Umno.

Selagi PAS terus dipimpin oleh kepimpinan yang meletakkan matlamat ini mengatasi kepentingan peribadi, duniawi, insyallah Islam punya masa depan di Malaysia. Ramai yang terkorban, bermandi darah dan air mata, berkorban harta dan kedudukan demi menegakkan perjuangan suci ini di Malaysia, jangan biarkan pengorbanan itu sekadar sia-sia: “Bergeraklah ke gerbang jasa, kalah menang bukan alasannya, sucikanlah niat di hati, hingga nyata benarnya janji Rabbi....” (petikan lagu tema PAS)

Tuesday, December 21, 2010

PAS terus perkasakan Pakatan Rakyat

Semalam pihak media menghubungi saya ekoran kenyataan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Pulau Pinang Ahad lalu. Ada akhbar yang memuatkan di muka hadapannya, bahawa Tuan Guru Presiden PAS itu mendakwa PR akui kegagalannya.

Mungkin sesetengah pihak yang memiliki agenda jahat mahu menggambarkan yang seolah Presiden PAS menzahirkan ketidak-selesaannya dengan pakatan politik ketiga-tiga parti ini.

Saya jelaskan bahawa apa yang sebenarnya dinyatakan adalah muhasabah terhadap kelemahan yang ada, suatu teguran yang konstruktif yang bukannya mahu menghancurkan tetapi menggesa agar tindakan segera diambil agar memperkasakan lagi wadah yang diterima rakyat ini.

Berikut sedutan ucapan Presiden PAS:

Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahankelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti ‘api dalam sekam’ yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat. "

Sebagai pemimpin dalam gabungan yang mewakili parti yang paling berusia, sudah pastilah PAS berhak menegur agar segala kelemahan yang muncul dalam pakatan ini segera ditangani, diperbaiki, agar ia menjadi bertambah kuat dan kukuh bagi menghadapi musuh politik yang satu iaitu BN.

“Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya di jadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini.”

Sebagaimana tegas Tuna Guru:

"PAS yakin dengan gabungan ini. PAS sedar rakyat memberikan pengharapan besar terhadap PR bagi mengambil-alih kepincangan dan ketempangan BN yang semakin ketara dari hari ke hari. Bagi menggalas tugas yang besar ini PR perlu bukan sahaja dilihat teguh tetapi benar-benar teguh luar dan dalam. PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita.

Tuesday, December 14, 2010

Selamat Hari Jadi Tan Sri Khalid

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 64 kepada MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Semoga Allah swt mengurniakan kekuatan untuk terus memimpin rakyat Selangor dengan adil dan bersih kearah kemakmuran dan kesejahteraan sejati. Semoga Allah swt teguhkan iman, pertajamkan taqwa, terus mengabdikan diri kepada Nya setiap waktu dan ketika.

Saya diberikan kesempatan mengenali Tan Sri seawal penyertaan beliau ke dalam PKR. Saya yang ketika itu mengetuai WTV8 sempat membikin sebuah segmen temuramah khas bersama beliau, sebelum pun menjadi MB. Saya diberikan kesempatan bersama beliau dalam beberapa siri ceramah politik awal termasuklah program pengenalan bersama PAS yang turut diserta Dato Dr Hasan Ali ketika itu.

Pernah berdemo bersama beliau di hadapan MPK ketika isu “Istana Zakaria”, memperkenalkan beliau kepada para pengundi khasnya penyokong PAS semasa pilihanraya kecil DUN Ijok. Dan banyak lagi peristiwa bersejarah dan manis semasa awal kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor sehinggalah beliau dilantik menjadi MB.

Beliau seorang yang jujur, keras bekerja dan sentiasa proaktif dan positif dalam pendekatan dan pemikiran.

Selangor bertuah kerana dikurniakan pemimpin seperti beliau.

Selamat hari jadi Tan Sri.

Saya tertarik dengan kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dato Harun Taib yang masih menaruh harapan disebalik apa yang dikatakan perpecahan yang membimbangkan dikalangan umat Islam ekoran persaingan politik dalam Negara. Kata beliau kiranya semua kembali kepada Islam, dan bersatu atas dasar akidah maka kita akan menjadi semakin kuat dan Negara turut terjamin keselamatannya.

Beliau turut menegaskan bahawa sejak PR dibentuk, PAS semakin mantap walaupun mungkin punya perbezaan fahaman dan perjuangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan.

Islam terjamin bersama PAS

Isu perpecahan Islam dan bangsa Melayu memang merupakan modal mainan Umno untuk menagih simpati dan menyerang pencapaian PR.

Dewasa ini masyarakat Melayu Islam semakin yakin dengan kemampuan dan keupayaan PAS membela mereka terutama apabila melihat sendiri di negeri-negeri yang PR kuasai. Umno sekadar menepis dan menabur fitnah, bersilat dan mengadu-domba, sedangkan orang-orang PAS dari jentera parti sehinggalah ketua-ketua kampong, JKKK, nazir dan ajk masjid, ahli-ahli majlis dan jk penduduk, ADUN dan pejabat ADUN, EXCO dan lain-lain semuanya ikhlas dan bersungguh bekerja selain bantuan dan sokongan dari rakan-rakan dalam PR.

PAS kini terbit bukan sekadar pengganti Umno malah muncul sebagai alternatif yang jauh lebih baik, berkesan dan berwibawa. Nasib dan masa depan umat Melayu dan Islam, terpelihara . Dalam waktu yang sama hubungan dengan masyarakat bukan Islam/Melayu khasnya melalui sokongan dan bantuan rakan-rakan dari DAP dan PKR menonjolkan PAS sebagai parti yang terbuka dan tidak ekstrim dan radikal sebagaimana digambarkan Umno da komponan BN sebelum ini.

Kawan-kawan dalam Umno jika benar dan ikhlas mahu memperkasakan Islam maka jalan yang tinggal adalah bersama PAS menerajui isu ini. Buang yang keruh ambil yang jernih. Islam sebagaimana kata Ustaz Harun akan menjadi semakin kuat apabila kita insaf dan melangkah bersama untuk kebaikan.

Monday, December 13, 2010

Biar si kotor dengan kerja-kerja kotornya

Siapa kata Umno/BN tak goyah dengan kehadiran Pakatan Rakyat. Sejak PRU ke 12 lalu rumah tangga mereka tidak lagi aman seperti dahulu. Bersengketa, bercakaran, tidur tak nyenyak.

Pada satu waktu mereka cuba gambarkan yang mereka ini gagah, PR bagaikan nyamuk kecil yang tidak mendatangkan kesan apa pun. Tetapi hakikatnya mereka tidur berkelambu saban malam takutkan nyamuk kecil tadi.

Semalam MINGGUAN MALAYSIA bagaikan tiada modal, memaparkan wajah kaum keluarga Timbalan Presiden PKR Sdr Azmin Ali, seolah berita itu diharapkan dapat membunuh PKR dan menghancurkan PR. Lagu-lagu lama dimainkan diharapkan dapat membeli keyakinan dan sokongan ramai, ternyata ia hambar dan mencerminkan ketandusan moral dan “standard” pihak Utusan.

Hari ini kisah Wikileaks membabitkan Dato Seri Anwar pula mainan muka depan mereka dan beberapa akhbar arus perdana lain.

Mungkinkah dengan mainan wikileaks ini maka akan jatuh tersungkur PKR dan PR dan semakin kukuh dan kembali berkuasa Umno dan BN di negeri-negeri yang mereka dihambat keluar? Begitulah mungkin angan-angan mereka.

Apakah rakyat akan termakan begitu sahaja? Begitu rendah sekalikah pandangan mereka terhadap kemapuan berfikir rakyat Malaysia?

Bagi saya perkembangan ini menunjukkan BN dan Umno tiada modal kukuh untuk menjatuhkan kredibiliti dan kemampuan PR khasnya di negeri-negeri yang mereka kalah. Penerimaan rakyat terhadap kepimpinan PR di negeri-negeri ini terserlah berbanding ketempangan dan kepincangan mereka yang lampau.

Cari dan pungutlah modal-modal saduran dan palsu untuk mencuri pukul PR mana tahu menjadi, begitulah kira-kira taktik mereka.

Saya yakin rakyat Malaysia dewasa ini tidak mudah lentur keyakinan dan semangat mereka bagi lihat Negara ini terus selamat dan berjaya di bawah kepimpinan baru yang mahu di bawa PR. Sementara itu biarlah Umno dan BN berseronok dengan kerja-kerja kotor mereka, rakyat tahu orang kotor memang bermain dengan barang-barang kotor.

Friday, December 10, 2010

Bersama pertahankan Selangor dari kembali ke tangan BN

Muka 6 akhbar NST hari ini membawa tajuk: “Muhyiddin – We can win back Selangor”

Dimana Timbalan Presiden Umno yang juga TPM dalam satu majlis bersama pimpinan BN Selangor telah menyatakan walaupun sukar namun tidak mustahil BN dapat menawan kembali Selangor. Syaratnya kata beliau BN mesti memberi khidmat baik kepada rakyat dan mencapai mereka.

Ternyata setelah 2 tahun 8 bulan kehilangan negeri Selangor yang bertuah ini, Umno dan BN tidak berterusan kempunan dan tidur tak lena. Sesungguhnya Selangor ini dahulunya sememang merupakan kubu kuat BN. Adapun hamper kecundang dalam Pilihanraya 1969 tetapi sebelum dan selepas itu Umno mencengkam kuat negeri ini.

Kuatnya mereka bertapak dahulu sehinggakan ada pimpinan yang berani mengeluarkan kenyataan di Selangor ini kalau kita letak calon hatta tunggul kayu sekali pun ia tetap menang dan diteima rakyat.

Tetapi itu dahulu.

Dari tahun ke tahun ketidakpuasan hati rakyat membara. Pada awalnya ia sekadar bara yang kecil, tidak banyak mendatangkan kesan.

Pimpinan negeri mengambil kesempatan sepenuhnya atas sokongan dan dokongan rakyat. Korapsi bermaharajalela, penyelewengan, kepincangan, salah guna kuasa timpa menimpa dari tahun ke tahun. Walaupun pimpinan bertukar ganti namun penyakit dan kemelut ketempangan ini terus membusung dan berleluasa.

Tanah-tanah, hutan dan hasil mahsul negeri dikikis tanpa memperdulikan nasib dan masadepan rakyat dan negeri tercinta ini. Pernah Almarhum Tuanku Sultan sehingga mengeluh di TV: Habis tanah di Selangor Beta nak tinggal kat mana? Kat Pulau Ketam?!

Satu demi satu bukit diserahklan kepada pemaju tanpa banyak usul bicara. Digondol dan ditarah untuk meraih kekayaan yang dibahagi-bahagi hasilnya termasuk kepada orang politik. Hutan diperkosa, lombong dan sungai pun begitu.

Rakyat di bawah yang mahukan bantuan, diperalatkan dan dipergunakan untuk kepentingan politik. Subsidi dan bantuan diagihkan cuma pada kroni. Yang susah terus susah manakala kroni senang-lenang.

Wakil rakyat bukan berkhidmat untuk rakyat tetapi untuk diri dan kepentingan kroni. Begitu juga EXCO dan MB.
Demikianlah Selangor dahulu.

Bara kebencian rakyat akhirnya bangkit menyala dan menyambar hangus kedurjanaan mereka itu. Mac 2008 Selangor dibersihkan dari pimpinan yang tempang. Selangor diserahkan kepada saf kepimpinan baru, yang lebih bertenaga, ikhlas dan bersungguh mahu membela dan memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat.

Walaupun mereka baru dan belum diuji namun hakikatnya mereka bersih dan memberi pengharapan yang baru buat rakyat di negeri yang makmur dan kaya ini.

Rakyat tidak mahu kembali mengundang ketempanagan yang lampau. Baru beberapa hari lalu mereka melihat bekas pimpinan negeri diseret ke mahkamah angkara rasuah. Cukuplah mimpi ngeri yang lalu sebagai pengajaran buat semua.
Muhyuddin mungkin mahu BN “win back Selangor” . Tetapi ia bukan keputusan Muhyuddin, ia keputusan rakyat. Realitinya rakyat Selangor yang bijak dan berilmu tidak sekali-kali akan terjun kembali ke lubuk puaka setelah mereka berjaya menongkah keluar darinya.

Bersama kita mempertahankan Selangor dari kembali ke tangan BN!

Tuesday, December 07, 2010

Khir akhirnya didakwa RASUAH

Seluruh Selangor dikejutkan diambang tahun baru Hijrah semalam. Ketua Pembangkang Khir Toyo diseret ke mahkamah sesyen oleh Suruhanajay Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas pertuduhan rasuah.
Beliau dituduh di bawah seksyen 185 Kanun Keseksaan iaitu memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat, tiga tahun lalu. (Tiga tahun lalu Khir ketika itu masih Menteri Besar Selangor). Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Sekiranya sabit kesalahan Khir boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pagi ini akhbar media perdana seluruh Negara memaparkan wajah sugul Khir di muka depan akhbar masing-masing.
Benarkah Khir rasuah? Buat masa ini beliau masih tidak bersalah melainkan disabitkan bersalah.


Kalau Khir sabit kesalahannya, maka Khir bukanlah bekas MB yang pertama dari Umno yang sabit kesalahan kerana rasuah. Allahyraham Dato Harun Idris pernah merengkok di penjara angkara rasuah.
Benarkah nilai tanah dan rumah Khir itu sekadar RM6.5 juta sebagaimana kertas pertuduhannya? Kalau ditanya ADUN Sekinchan, YB Ng Swee Lim katanya tanah, rumah dan segala binaan, perbaot dan hiasan “mahligai” Khir itu bernilai RM24 juta!

Apa pun Khir perlu jawab pertuduhan terhadapnya itu.

Hakikatnya tanah dan rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L Shah Alam itu milik Khir dan iserinya, bukan milik orang lain. Sebagaimana bekas MB Umno yang lain iaitu Mat Taib pada bulan Disember 1996 ditahan di lapangan terbang Brsibane, Australia dengan wang tunai berbagai matawang bernilai RM2.4 juta tunai. Walaupun beliau kemudiannya bebas, hakikatnya wang itu wang Mat Taib bukan wang orang lain.

Dari segi politiknya rakyat Selangor perlu diberitahu darihal kenyatan berhubung rumah Khir di seksyen 7 Shah Alam itu. Rumaah jutaan ringgit milik bekas MB Umno Selangor yang menjadi MB tidak sampai dua penggal. Orang Sg Panjang, otrang Sg Besar, seluruh penduduk Selangor, rakan-rakan ahli-ahli Umno, lihatlah.

Selangor perlukan pemimpin yang bersih dan berwibawa. Bukan pemimpin yang mampu berbelanja besar, untuk kepentingan diri dan keluarga, membina “mahligai” ketika rakyat sempot dalam kesusahan.

Hari ini rakyat mengerang kesakitan, petrol naik, diesel naik, gas naik, gula naik............tetapi pemimpin Umno yang bijak memerintah dapat membina rumah mahligai semasa menjawat jawatan MB. Pilihlah pemimpin jenis mana yang anda mahu?!

Sunday, December 05, 2010











Syabas rakyat Selangor

Kami sekadar mahu mempraktikkan hak yang dijamin oleh perlembagaan Negara yang berdaulat ini, iaitu hak untuk berhimpun dan bersuara. Kami mahu menyerahkan memorandum kepada Raja kami yang tercinta, pelindung demokrasi dan payung rakyat.

Kami bukan datang untuk mencetuskan huru-hara. Kami bukan datang untuk merusuh. Kami datang dengan aman, sebagai rakyat Selangor yang prihatin, rakyat negeri yang berdaulat di bawah Persekutuan Malaysia, datang dengan pemimpin kami yang dipilih rakyat, untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat.
Rakyat Selangor mahu menguruskan sendiri khazanah air mereka. Kami menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku Yang Dipertuan Agong agar menitahkan semoga hak air dikembalikan kepada rakyat melalui kerajaan Negeri Selangor.
Rakyat sudah sedia terbeban dengan pelbagai kos hidup yang meresahkan. Kami tidak bersedia pengurus air di Selangor sewenang-wenangnya menaikkan pula kos penggunaan air sedangkan kerajaan negeri komited untuk member air percuma, 20 meter padu pertama, kepada rakyatnya.
Kami bukan datang untuk bertempur dengan pihak polis.Kami mahu berjumpa Raja kami. Kami mahu serahkan memorandum kepada Tuanku. Kemudian kami bersurai.
Kami bukan mahu berkonfrantasi dengan pihak polis. Memang pihak polis ada tugas untuk dilaksanakan, begitu juga rakyat Selangor punya hak yang mahu dilaksanakan.
Kami tidak kisah diperlakukan, ditekan, dizalimi oleh pihak polis dalam menjalankan tugas kami, walaupun kamu tahu ada pihak “pemberontak” yang sekerat dua, berhimpun secara haram, tanpa mewakili mana-mana pihak yang berwibawa tidak pula diusik atau disentuh polis. Biarlah ada yang ditangkap, dihalang, yang pentingnya mesej kami perlu diketengahkan.
Syabas kepada mereka yang hadir mempertahankan hak rakyat Selangor siang tadi. Ini bukan perhimpunan politik, ini tentang nasib dan masadepan Selangor. Kalau tidak terkawal pengurusan air, terus-terusan diserahkan kepada syarikat kapitalis yang memeras, yang susah bukan sahaja penyokong PR, yang akan susah semua termasuk, Umno, MIC, MCA, tak berparti, semua akan terjejas.
Rakyat Selangor teguh dibelakang MB dan kerajaan negeri Selangor dalam isu ini.

Friday, December 03, 2010


KENYATAAN AKHBAR
KEMBALIKAN HAK AIR RAKYAT SELANGOR

PAS Selangor merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri ini yang telah menandatangani memorandum rakyat berhubung isu mengembalikan hak pengurusan air kepada kerajaan negeri. Sesungguhnya respon yang sangat besar dan positif dari rakyat jelata seluruh negeri Selangor itu membuktikan keprihatianan rakyat betapa mereka mahu agar pengurusan air diserahkan kembali kepada kerajaan negeri demi menjamin pengurusan yang lebih efisyen disamping terus menikmati 20 meter padu pertama air percuma yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Bagi pihak PAS Selangor saya ingin menyeru seluruh ahli dan penyokong parti serta rakyat negeri ini agar bersama mengiringi Menteri Besar Selangor dan barisan EXCO Kerajaan Negeri dalam menyerahkan memorandum itu kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara pada hari Ahad ini.

Penyerahan memorandum secara aman kepada Yang Dipertuan Agong itu nanti akan merupakan simbol kesepaduan rakyat negeri Selangor dan rakan-rakan di Wilayah Persekutuan dalam menutut agar bekalan air di negeri ini dikembalikan kepada rakyat melalui kerajaan negeri.

PAS Selangor yakin rombongan secara aman itu akan berjaya melaksanakan tugas mereka dan mengharapakan tidak ada mana-mana pihak yang mencetuskan provokasi atau gangguan sehingga menggagalkan hak bersuara rakyat dalam Negara yang mengamalkan demokrasi ini.


DIKELUARKAN OLEH:

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
KETUA PENERANGAN
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

3 Disember 2010/ 26 Zulhijjah 1431

Wednesday, November 24, 2010

SPR semakin berusia semakin kacau

Misi SPR adalah mendukung system demokrasi berparlimen dan menjamin hak rakyat untuk memilih wakil mereka dengan mengurus, mengawal selia dan mengendalikan pilihan raya secara adil dan bebas. Manakala visinya pula dalah menjadi sebuah institusi demokratik yang cemerlang dan mendapat kepercayaan rakyat.

Baru-baru ini apabila ada aura-ura yang Najib Tun Razak mahu panggil pilihanraya awal maka pimpinan Pakatan Rakyat yang menguasai negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan mengeluarkan kenyataan dan pandangan bahawa tidak semestinya dewan-dewan negeri-negeri berkenaan turut akan dibubarkan.

Kini baru 2 tahun 8 bulan sejak pilihanraya umum ke 12 pada Mac 2008 lalu sedangkan satu penggal parlimen atau dewan negeri adalah 5 tahun. Bagi kerajaan negeri-negeri PR sudah pastilah tempoh 5 tahun itu perlu bagi mengikis segala saki-baki ketempangan dan kepincangan kerajaan yang terdahulu dan memperkenalkan pembaharuan baru demi membela nasib dan kebajikan rakyat serta membawa pembagunan kepada negeri-negeri yang dikuasai.

Isunya mengapa perlu kerajaan negeri-negeri ikut rentak dan tari Najib? Kalau Najib mahu uji kepercayaan rakyat terhadap beliau, biarlah beliau uji. Mengapa perlu negeri-negeri PR terbabit dalam ujian Najib itu sedangkan agenda kita lebih besar dan menjurus kepada kepentingan umum rakyat dan negeri.

Tiba-tiba Timbalan Pengerusi SPR yang misi dan visinya hebat di atas masuk campur, menyampuk dan member ulasan.
Kata Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR, hentikanlah cakap-cakap mahu mengadakan pilihanraya berasingan kerana ia hanya mengakibatkan pembaziran dari segi tenaga dan wang rakyat. Inikah badan yang mahu menjadi sebuah institusi demokratik yang cemerlang dan mendapat kepercayaan rakyat? Isu yang diketengahkan adalah isu yang sewajarnya dibahaskan sesame orang politik, sejak bila SPR dibenarkan berpolitik sekali?

Kerja SPR adalah mengurus dan mengendalikan pilihanraya, kerja politik tinggalkan pada orang politik.

Sewajarnya Wan Ahmad kalau serius dan berani mahu beri nasihat, nasihatkanlah BN, jangan ghairah sangat mahu panggil pilihanraya awal. Ia rugi dan membazir. Mengapa pula pimpinan PR yang mahu mengelakkan kerugian dan pembaziran itu pula yang ditempelak?

Inilah wajah sebenar SPR yang terpaksa dihadapi oleh rakyat. Demokrasi bagi mereka adalah mengangguk dan mengiakan apa sahaja kata PM dan pmpinan pusat. Kita sangkakan setelah lebih 50 tahun Merdeka, SPR dengan misi dan visi yang agung di atas, akan berubah menjadi sebuah badan yang semakin menjunjung demokrasi, rupanya semakin lewat usianya, semakin kacau dan meracau ia.

Monday, November 22, 2010

Kenapa Najib nak panggil pilihanraya?

Sibuk media arus perdana memainkan isu bahawa PM Najib Tun Razak akan panggil pilihanraya awal. Dalam sebuah akhbar sehinggakan seorang tukang telek Cina menyatakan kemungkinan bulan Mei 2011. Para penganalisa politik yang terangsang oleh spekulasi itu turut menghamburkan teori masing-masing, bahawa Najib sebagaimana Mahathir dulu dan Dollah selepasnya masing-masing panggil pilihanraya awal kerana mahukan mandate baru.

Maka terbitlah berbagai reaksi dan tamabhana spekulasi sehingga mengakibatkan semua orang hari ini berkata tiada isu lain selain pilihanraya awal.

Kemenangan di parlimen Batu Sapi, Sabah dan DUN Galas, Kelantan menaikkan syahwat politik Umno. Kes DSAI yang dikatakan akan mengakibatkan Penasihat PKR itu sekali lagi merengkuk di penjara turut mengeletek naluri mereka. Malah terbaru apa yang dikatakan hiruk-pikuk dalam rumah tangga PKR, menjadi umpan buat Umno bagi kononnya menaikkan ikan besar, iaitu kemenangan mutlak jika dipanggil PRU awal.

Benar PKR dan PAS masing-masing tewas di Batu Sapi dan Galas. Batu Sapi kerusi BN manakala Galas merupakan kerusi PAS. Bagi Umno, hakikat bahawa PAS boleh tumbang di gelanggan sendiri adalah petanda bahawa parti itu akan kecundang besar kali ini. Itu yang mencetuskan keghairahan Tun Dr M membuat ramalan bahawa Kedah, yang didominasi PAS akan kembali ke tangan BN.
Perkembangan kes liwat membabitkan DSAI terus menjadi bahan politik buat Umno. Mereka mahu pastikan apa jadi pun kali ini DSAI disabitkan sekali lagi dan akan merengkuk di penjara. Ini akan mengakibatkan partinya dan PR bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

Suasana rumah tangga PKR memang tampak ribut. Keributan itu bagi Umno adalah petanda bahawa parti pimpinan DSAI itu sudah hilang daya kekuatannya dan bakal jatuh, lantas inilah masanya untuk panggil PRU awal, biar tumbang semua kerusi PKR.

Jadi segala-galanya sebenarnya adalah bacaan politik Umno dan BN.

Bacaan itu mungkin tepat tetapi jika tepat sekalipun adakah rakyat akan ikut rentak mereka sebagaimana yang mereka sangkakan? Adakah contohnya rakyat Selangor boleh memaafkan ketempangan dan kepincangan Umno pra 2008 begitu sahaja dan mengizinkan kembalinya Khir Toto dan rakan-rakan bertapak di negeri yang kini bebas dan bersih ini?
Adakah kerana kecundang di Galas maka rtakyat Kelantan akan menolak PAS mentah-mentah dan menobatkan Mustapha Mohammad dan konconya menggnatikan Kepimpinan Ulamak?

Bagaimana pula keadaan kesihatan MIC, MCA dan Gerakan. MIC masih sampai kini menanggung beberapa ekor biawak hidup yang melumpuhkan parti berkenaan yang telah pupus di Selangor. Benar kemungkinan Samy Vellu akan berundur hujung tahun ini tetapi apakah dengan pengunduran Samy masyarakat India dan rakyat Malaysia boleh menerima MIC dengan mudah?

Gerakan umpamanya pupus terus di Pulau Pinang. Berupayakah mereka bangkit kembali sedangkan Penasihat dan Presidennya pun berkrisis?

MCA kini diteraju oleh Presiden yang punya VCD nya sendiri. Mungkin ahli-ahli MCA boleh terima Soi Lek, apakah pengundi Cina dan rakyat Malaysia boleh terima juga beliau?

Bagi saya Umno dan BN mungkin berasa seronok dengan keadaan semasa yang bagi mereka menampakkan harapan dan peluang untuk mereka lompat kemabli berkuasa dan menuntut dua pertiga majority di Dewan Rakyat. Tetapi apakah keseronokkan itu akan benar-benar terjamin sehingga pasca PRU ke 13? Atau ia sekadar keseronokkan sementara yang akan berakhir dengan tangisan besar apabila mereka menaggung padahnya selepas PRU itu.

Apa pun Pakatan Rakyat perlu bekerja kuat. 2 tahun 8 bulan lebih ini kita telah berjaya membuktikan bahawa kita berbeza dari BN. Rakyat sudah melihat. Rakyat boleh membaca. Rakyat terus-terusan benci kepada pemimpin yang tempang, korap dan tidak telus. Oleh itu pastikan kita tidak termakan atau goyang oleh mimpi BN itu. Teurs bekerja biar apa pun datang Umno dan BN perlu kita lontarkan terus keluar dari politik perdana Negara.

Selamat memanggil pilihanraya awal Najib.

Saturday, November 20, 2010

Jangan sampai rakyat naik angin

Kerajaan Pakatan akyat Selangor sedia bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan mereka terhadap Yayasan Selangor. Begitulah pendirian kerajaan negeri. Ini ekoran pendedahan terhadap pembaziran yang dilakukan oleh pihak pengurusan yayasan berkenaan sehingga membangkitkan murka Tuanku Sultan.

Ada orang bertanya takkanlah Tan Sri Khalid selaku Pengerusi Yayayasan tidak tahu menahu hal ini? Saya percaya Tan Sri jujur dalam jawabannya kerana selain MB beliau juga bertindak sebagai pengerusi dalam puluhan badan, GLC negeri dam agensi lain.

Kejujuran Tan Sri itu cuba digunakan sebagai bahan kononnya untuk memerangkap MB dan kerajaan negeri.

Ini mengingatkan saya akan satu wawancara antara wartawan The Star dengan bekas MB Khir Toyo apabila isu siasatan kes BALKIS bangkit dalam SELCAT pada bulan April tahun lalu. Antara wawancaranya:

Q: Datin Khairiyah said your delegation did not meet anyone from the Disney World management team?

A: The arrangement was done by the PNSB management. On the itinerary, there was supposed to be a meeting with them but I don’t know why they cancelled it. You cannot blame me for it.

Q: You said you do not know why they cancelled a meeting with the Theme Park management?

A: Yes. I don’t know. The PNSB management should know. They sent a Recce team there earlier and everything should have been okay.

Q: It cost RM366,000 to send the Recce team ahead and yet they could not organise a meeting with the Disney World Theme Park? Are you saying the PNSB officers are not competent?

A: The Recce team was decided by management not by board.

Q: Why couldn’t they just call or e-mail to fix an appointment? Why do they have to go all the way there to fix the programme?

A: All this was decided by the management. I am the chairman (of the board) and they are the ones who set the programme and I just go for it. In fact sometimes the programme just comes to my table where to meet etc and I just follow. I did not ask for this and that. The PNSB management decided and I just followed.

Menurut Khir semua keputusan dibuat oleh pihak pengurusan. Saya sekadar Pengerusi (lembaga) dan merekalah yang menetapkan program dan saya ikut sahaja.

Sekurang-kurangnya dalam isu Yayasan Selangor ini ia melibatkan majlis keraian yang melibatkan Tuanku, MB dan dif kenamaan negeri serta jemputan. Dalam kes Khir RM1.7 juta dibelanjakan kononnya untuk melawat sambil belajar taman tema Disneylanda. Sebaliknya tiada mesyuarat atau taklimat diberikan oleh pihak pengurusan Disney, Khir, isteri anak-anak dan orang gaji serta rombongan sekadar makan angin.

Tak naik angin ke?

Friday, November 19, 2010

Zaid Ibrahim: Datang tak dijemput pulang tak dihantar

Zaid Ibrahim baru sahaja buat kenyataan akan keluar PKR berkuatkuasa 16 Disember 2010. Saya pasti rakan-rakan dalam PKR menarik nafas lega dengan keputusan itu, begitu juga yang lain dalam Pakatan Rakyat.

Inilah merupakan sebahagian dari ujian dan cabaran yang terpaksa dipikul oleh Pakatan Rakyat termasuklah DAP dan PAS dalam menyusuri laluan yang berliku dan berduri bagi mencapai kejayaan. Perjuangan perlu diteruskan dan proses penyaringan pasti berlaku sepanjang jalan perjuangan itu.

Seorang rakan media menghubungi saya dan meinta ulasan, saya katakana yang Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS ada mengeluarkan kenyataan semalam bahawa lebih baik kita tunggu dan lihat.

Adakah Zaid akan masuk PAS?

Saya beritahu dalam kenyataan beliau tadi ternyata beliau lebih cenderung menubuhkan parti baru atau rela menjadi Bebas. Secara peribadi saya merasakan PAS tidak memerlukan beliau. Banyka sejarah lampau yang terbuku dalam hati orang-orang PAS berhubung Zaid ini. Apabila beliau mengambil keputusan menyertai PKR dahulu, apa yang terbuku itu dipendam begitu sahaja demi menjaga hati kawan-kawan dalam PKR.

Malah apabila berlaku pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor, apabila PKR memutuskan Zaid menjadi calon, ramai orang-orang PAS terganggu hati mereka, namun kerana PAS berjuang atas ketaatan pada pimpinan maka diketepikan kata hati demi menjunjung matlamat perjuangan.

Kini Zaid sudah keluar, biarlah beliau pergi. Datang tidak dijemput pulang tidak dihantar, biarlah beliau dan sesiapa sahaja yang semirip beliau berlalu keluar. Kita punya amanah perjuangan yang lebih berharga dari dua tiga kerat yang punya agenda peribadi.

Semoga rakan dalam PKR bertambah kukuh dengan pemergian beliau.

Thursday, November 18, 2010

Dedahkan Yayasan Selangor jangan lupa Khir Toyo

Dalam keghairahan mahu menebus kembali kekalahan mereka di Selangor, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar mengugut kononnya mahu mendedahkan secara terperinci penyelewengan di Yayasan Selangor khasnya yang melibatkan perbelanjaan majlis makan sempena ulangtahun yayasan itu.

Sesungguhnya tidak ada siapa pun dalam kerajaan negeri yang mahu melindungi sekiranya ada penyelewengan dalam yayasan berkenaan. Malah dalam Dewan Negeri Selangor baru-baru ini ahli-ahli dewan dari kerajaan negeri turut menuntut agar dilakukan penyiasatan dan malah MB sendiri berjanji akan melakukannya.

Kalau pun ada penyelewengan, ia melibatkan kakitangan yayasan, dan sewajarnya mereka diambil tindakan.

Dalam lonjakkan nafsu Noh mahu mendedahkan entah apa lagi, hari ini portal berita Malaysiakini menyiarkan apa yang berlaku dalam dapur Umno Selangor. Menurut laopran rumah “istana” Ketua Pembangkang, Khir Toyo disita oleh pihak MBSA kerana gagal membayar cukai taksiran atau cukai pintu selama 3 tahun!

Mahligai mewah yang meliputi tanah seluas 0.3 hektar di Shah Alam itu didakwa menelan belanja RM24 juta!

Khabarnya Khir bergegas bayar tunggakan berkenaan berjumlah RM11 ribu dan ini disahkan oleh pihak MBSA.

Ada tak bau-bau penyelewengan di sini? Khir yang sebelumnya seorang doctor gigi hanya menjadi MB Selangor selama atk sampai 8 tahun iaitu dari 2000 ke Mac 2008. Mungkin rakyat Selangor boleh bertanya Noh dimana Khir dapat wang sehingga mampu membikin istana sedemikian besar tak termasuk hartanya yang lain?

Kita nak dengar cerita Yayasan Selangor tapi dalam waktu yang sama tergiur juga mahu tahu kisah Khir Toyo ni.

Sunday, November 07, 2010

Khir Toyo mudah lupa ..............

Antara manusia yang paling tidak senang dengan kerajaan PR Selangor bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini sudah pastilah tidak lain dan tidak bukan bekas MB nya yang terlentang jatuh pada kerusi empuknya Mac 2008 lalu iaitu Khir Toyo.

Sehingga hari ini tiada yang indah dilihat menerusi kacamata Khir melainkan semuanya buruk dan hodoh belaka. Kekadang lantaran keghairahannya Khir lupa bahawa beliau dan konconya tergolek jatuh pada Mac 2008 lalu angkara kemarahan rakyat pada beliau dan partinya yang telah menodai amanah yang diberikan oleh rakyat di Selangor selama ini.

Kekedang kacamatanya mengaburi dan menipu dirinya sendiri. Begitulah keadaan Khir sejak 2 tahun 8 bulan kebelakangan ini.
Hari ini contohnya dalam Mingguan Malaysia beliau ghairah mahu menjadikan isu Laporan Ketua Negara 2009 terhadap negeri Selangor sebagai modal untuk mengaibkan kerajaan negeri yang bukan lagi diterajuinya. Beliau mendedahkan darihal elaun yang diterima oleh ahli-ahli lembaga pengarah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) termasuk Pengerusinya iaitu Tan Sri Khalid sendiri. Seolah mahu menggambarkan ia terlalu mewah.

Beliau turut mendedahkan bahawa Pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah PNSB turut menikmati manfaat pakej percutian yang pada pandangnnya terlalu besar dan mungkin mengundang salah-tadbir urus yang serius.

Saya tidak boleh menjawab bagi pihak Tan Sri Khalid sebagai MB dan Pengerusi PNSB. Saya pasti Dato MB akan menjawab kiranya Khir bangkitkan di Dewan Negeri yang mula bersidang esok.

Di sini saya cuma mahu mendedahkan “double standard” Khir. Beliau lupa sebelum tergolek jatuh dahulu, beliaulah Pengerusi PNSB ketika menjawat jawatan MB. Semasa Khir dahulu bagaimana PNSB? Khir lupa? Apa pun penyakit Khir janganlah menyembunyikan fakta, faktanya semasa Khir dahulu PNSB berhadapan dengan masalah dan kerugian. Tetapi sebagai pengerusi apa yang telah beliau lakukan.

Berikut faktanya (salinan sah Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah PNSB bil 3/2007 bertarikh 10 Disember 2007):

BAHAWA

Setelah menimbang dan meneliti laporan kewangan, Lembaga meluluskan perkara-perkara berikut:-

d. Manfaat “Package” percutian

i. Pengerusi RM60,000.00
ii. Ahli Lembaga Pengarah RM40,000.00


Hairan terlupakah Khir apa yang berlaku pada 10 Disember 2007 itu ketika beliau Pengerusi PNSB? Kalau tahun itu beliau boleh, kenapa 2009 tidak boleh?

Kesian Khir rupanya mudah lupa............

Seret samseng-samseng ini ke pengadilan

Berita ADUN PR Sekinchan, Selangor Sdr Ng Suee Lim (DAP) dibelasah oleh samseng Umno Tanjong Karang kini sudah diketahui umum.

Menurut laporan beliau dalam misi bertemu dengan penduduk kampong di Sawah Sempadan (kampong ini bersempadan dengan DUN Sekinchan) yang terdiri dari pesawah bersama Ketua Kampung apabila dikepung dan dibelasah dengan biadap oleh samseng-samseng Umno.

Sdr Lim memang merupakan seorang pemimpin PR yang vocal. Beliau bertahan sebagai ADUN Sejak PRU 2004 lagi, petah berbahasa Melayu dan Jawa. Saya memang kenal baik dengan beliau, yang secara peribadinya seorang yang sangat rajin, baik budi pekerti dan suka menolong. Berkali-kali saya dipadankan di atas pentas ceramah dengan beliau dan terakhir saya dan beliau membahaskan kertas yang sama semasa Konvensyen PR Selangor.

Apa pun alasan, inilah merupakan kejadian pertama seorang ahli dewan negeri dibelasah. Beliau bukannya menganggu anak dara atau isteri orang, bukan mabuk atau bikin kacau ganggu, tetapi beliau dibelasah dalam keadaan menjalankan tugas untuk rakyat.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar, dalam kenyataannya member amaran kepada Sdr Lim agar jangan mencampuri urusan kawasan lain (yang bukan dalam DUN Sekinchan). Ternyata samseng-samseng ini banyak mentauladani “bos” nya yang turut Nampak samseng itu. Bumi Selangor ini kerajaannya adalah Pakatan Rakyat, sejak bila pula sebagai parti kerajaan, kami dilarang dari memasuki atau mengambil tahu hal-hal dalam negeri yang kami kuasai?!

Sidang Dewan Selangor yang akan bersidang mula esok mesti bawa keperhatian umum tindakan samseng ini. Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan juga perlu dilaporkan betapa ada segelintir rakyat ekstrim yang didalangi oleh parti ekstrim yang tergamak membelasah ahli dewan negeri Tuanku. Dewan perlu membuat laporan polis dan membuat susulan apakah tindakan pihak polis dalam hal ini. Gambar-gambar kejadian ada di internet, pihak polis mesti siasat dan jika Noh Omar bacul sangat mulutnya mahu membela, siasat beliau sekali.

Selangor tidak perlukan budaya samseng dan kurang ajar seperti ini. Biar rakyat Selangor tahu, ini tiada kuasa, bayangkan kalau samseng-samseng ini punya kuasa di negeri ini.

Katakan tidak pada Bn dan Umno – dulu, kini dan buat selama-lamanya.

Sembuh cepat YB................insyallah

Thursday, November 04, 2010

Tewas berganda

Keputusan tidak rasmi menunjukkan PR tewas di kedua-dua kerusi Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas.

PAS gagal pertahankan kerusi sendiri buat pertama kali pasca 2008. Ia sesuatu yang perlu disemak dan dikaji namun dari segi rekod kita juga berupaya rampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dari Umno.

Apa pun kita perlu muhasabah diri, perkuatkan jemaah, tumpukan pada kekuatan dalaman.

Barangkali dengan kemenagan berturut-turut dari Hulu Selangor ke Batu Sapi hingga Galas melonjakkan keghairahan Umno untuk memanggil pilihanraya awal. Insyallah PR sedia bertempur bagi membuktikan rata-rata kita masih diterima rakyat. Galas adalah kerusi kita yang paling lemah di Kelantan.

Tahniah jentera PR walaupun tewas kita telah bekerja kuat. Terima kasih kepada rakan-rakan PR khasnya dari DAP yang gigih membantu di Galas.

Bersedialah menghadapi PRU awal.

Wednesday, November 03, 2010

Tidak perlu “fatwa” yang hak tetap hak

Saya diberitahu oleh seorang rakan wartawan bahawa dalam satu siding akhbar di Gua Musang sebentar tadi Timbalan Presiden Umno, Muhyuddin Yasin menyebut bahawa Ketua Penerangan PAS Selangor telah mengeluarkan fatwa mengharamkan penerima bantuan kerajaan negeri dari menyokong BN dalam pilihanraya umum.

Saya terkejut dan apabila membuat semakan mendapati bahawa isu “fatwa” ini sebenarnya dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Dalam muka 9 akhbar berkenaan hari ini dilaporkan yang “PAS keluarkan fatwa baru – penerima bantuan kerajaan PKR diharamkan sokong BN pada PRU”. Dan Utusan sebagai sebuah akhbar “lidah” Umno memang hebat dalam kerja-kerja putar-belit dengan “standard” kewartawanan tahap “sampah” menjunam bawah sifar.

Pertamanya ia membuat liputan majlis penyerahan bantuan kerajaan negeri kepada Sekolah Agama Rakyat yang dihadiri oleh MB Selangor. Semalam majlis berlangsung di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang.

Dalam majlis berkenaan Pengerusi sekolah Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman (yang berucap atas sifat Pengerusi dan bukan jawatan partinya) dipetik sebagai berkata, ”Bantuan yang diberikan kepada rakyat hari ini (di Selangor) datangnya daripada sebuah kerajaan yang adil”. Oleh itu wajarlah rakyat membalasnya dengan memilih kerajaan yang adil ini pada pilihanraya umum yang akan dating.

Sampai di Gua Musang, berita diputar belit, buktinya laporan terkini The Star Online menyebut seperti berikut:
GUA MUSANG:

PAS has to account for a new fatwa (religious decree) issued by one of its leaders that it is "haram" (prohibited) for those who have received aid from the Kelantan PAS government to also accept assistance fron the Barisan Nasional government, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, who is also Umno deputy president, said that if the fatwa was right, then how could the Kelantan government be accepting billions in allocations from the federal government each year.

Muhyudin pun sehandal Utusan juga, dari kerajaan Selangor terus diputar menjadi Kelantan!

Apa pun hakikatnya PAS tidak pernah mengeluarkan “fatwa” kerana ia tidak berkuasa berbuta demikian. Apa yang berlaku di Telok Panglima Garang adalah huraian seorang ulamak berhubung konsep adil dan tindakbalas yang sewajarnya diberikan oleh orang awam apabila kerajaan menepati cirri-ciri adil itu.

Rupanya putar-belit Utusan itu disambut pula oleh Khir Toyo di Shah Alam yang akan saya hurai dalam posting yang lain.
Dahlah dalam keghairahan memutar-belit sehingga Timbalan Presiden Umno tersalah petik sumber, sumber pula ditokok-tambah akhirnya bagaikan sibuta dengan gajah, badan gajah dikatakan tembok, kaki gajah dikatakan tiang rumah. Soalnya termakankah pengduni di Galas dengan temberang dan putar belit itu?

Insyallah yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil walau mahu dirobah dan dipinda bagaimana sekalipun ia.
Keluarlah pengundi Galas esok hari, undilah PAS dengan penuh yakin dan tamatkan terus riwayat parti buta yang buta hati dan perut itu.

Monday, October 25, 2010

Umno semakin tertekan

Ayuh....

Jangankan gerimis hujan pun mari, kita redahi.........jangankan ribut taufan pun mesti kita harungi.....jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi.....Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi.

Demikianlah lantangnya bunyi madah Presiden Umno semasa menyampaikan ucapan dasarnya semasa Perhimpunan Agung Umno ke 61 baru-baru ini.


Najib juga menyeru agar Putrajaya, lambing kuasa bagi kerajaan Pusat turut dipertahankan oleh Umno habis-habisan. Beliau berkata:

Walau berkecai tulang dan juga badan, walau berkecai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari walau apa pun terjadi, Putrajaya mesti kita peratahankan!

Saya tidak tahu pandangan yang lain, tetapi bagi saya kali ini tampak dan zahir kebimbingan Umno terhadap lawannya. Jika dulu tidak pernah lawan diberi perhatian apalagi dipedulikan sangat, sekadar diperleceh dan dijadi bahan senda-gurau, ternyata kali ini setelah 61 tahun usianya, Umno mula gelisah.

Dalam usia melewati umur pencen, Umnokini tersedar bahawa survivalnya terancam. Setelah lebih setengah abad bersenang dan bersantai, Umno gundah dan gelisah, kuasa yang mula lurut dari tangan berkemungkinan terus lurut dan hanyut.

Inilah bagi saya kali pertama melihat Umno dalam suasana defensif. Kalau sebelum ini ia sekadar bertepuk-sorak, tawa hilai dan berhibur-sakan semasa bersidang, kini agak kelam dan muram. Walaupun lantaran budaya berhibur sudah menjadi darah daging, suasana ancaman tidak berapa terpancar pada wajah sebahagian perwakilan dan pemerhati kecuali yang insaf dan sedar khasnya dikalangan pimpinan.

Tetapi bolehkah Umno mengikis tabiat dan amalan buruknya untuk meyakinkan rakyat agar memeluk dan mengucupnya kembali?

Benarkah buruk tabiat dan amalan Umno?

Perwakilan Melaka, Mohd Said Yusif (jaguh “tutup sebelah mata”) dalam perbahasannya di perhimpunan Umno baru-baru ini bercerita:

(Tentang temuduga bagi jawatan “badut politik’) Dalam temuduga itu bakal badut ditanya soalan mudah lima darab lima berapa, maka dijawab dua puluh lima setelah berfikir panjang tetapi (calon badut itu) ditolak oleh pemimpin (yang menemuduga) kerana dikatakan lambat menjawab dan tidak cekap.

Badut kedua masuk dan menjawab dengan pantas dua puluh lima, juga ditolak kerana dikatakan terlalu pantas menunjukkan tidak berpengelaman.

Akhir sekali masuklah badut ketiga yang member jawapan (pada soalan yang sama): Berapa bos mahu?

Maka pemimpin it uterus berkata badut itu amat pintar kerana telah terlebih dahulu membuat “homework”.

Saya pasti semua yang mendengar dongeng Mohd Said ini akan tergelak dan keatwa besar. Tetapi hakikatnya, itulah tabiat dan amalan yang memang sedia ada disemua peringkat. Tanyalah siapa yang celik dan sedar. Kerana menyedari hakikat berkenaan, dan berhadapan dengan musuh politik yang padu dan tersusun, tidak hairanlah Umno defensif dan kiranya perangai buruk mereka terus kekal berkecailah tulang dan jasad Umno sedia untuk dimakamkan di permakaman khas yang boleh kita bina di suatu sudut di Putrajaya.

Sunday, October 24, 2010

Umno tak senang dengan penadtadbiran masjid di Selangor

Pada pilihanraya umum 2008 lalu, calon Umno, Ismail Kijo, tanpa diduga telah ditewaskan dengan majoriti 2,228 undi di kerusi DUN Lembah Jaya dalam parlimen Ampang oleh calon PAS, Khasim Abdul Aziz. Dengan kemenangan YB Khasim itu dan calon-calon lain dari PAS, PKR dan DAP telah berjaya menumbangkan kuasa Umno dan BN di Selangor buat pertama kali dalam negeri bertuah ini.

Kekalahan tersebut dan hilangnya kuasa Umno di Selangor sehingga hari ini terus menghantui mereka sehingga terkadang mengigau di siang hari, menyangkakan mereka masih berkuasa.

Mengapa Umno ditolak di Selangor?

Banyaklah faktornya, salah satu kerana isu pentadbiran masjid dan surau di negeri ini. Sejak pilihanraya umum 1999 (ketika itu MB nya Abu Hassan Omar) apabila PAS berjaya menang 4 kerusi di DUN Selangor diketuai Dato Dr Hasan Ali (ketika itu sebagai Ketua Pembangkang) dtemani Dato Ismail Kamus, Dr Shafiee Abu Bakar dan Ustaz Sallehen Mukhyi, Umno mula naik berang. Abu Hassan ketika ditemuramah akhbar The Star ketika itu, bagaimana PAS tiba-tiba boleh bertapak di Selangor, menjawab bahawa kerana PAS menguasai masjid-masjid dan surau-surau di Selangor. Oleh itu katanya kerajaan negeri akan bertindak dan memastikan masjid dan surau di Selangor bebas dari pengaruh PAS.

Itulah mula dendam Umno di Selangor sehingga menumpukan tenaga mereka pada masjid dan surau.

Maka bermulalah satu demi satu usaha menguasai masjid dan surau secara langsung oleh Umno. Jika sebelumnya ahli-ahli kariah diberikan hak untuk memilih pemimpin dikalangan mereka untuk mentadbir masjid dan surau, Umno lah yang telah merampasnya. Ketika itu segala bentuk pemilihan secara langsung digantung. Nazir dan AJK masjid ditunjuk oleh kerajaan negeri melalui syor Umno bahagian.

Maka naiklah orang-orang politik ada diantaranya yang tidak ke masjid pun. Di Subang Jaya contohnya seorang pemimpin Umno yang di rumahnya ada “bar” (sudut minum arak) pun dilantik menjadi AJK Masjid!

Tidak cukup dengan itu, mana-mana imam yang disangkanya tidak condong pada mereka turut ditamatkan perkhidmatannya. Begitu juga kelas-kelas pengajian Maghrib dan kuliah-kuliah Subuh yang menghidupkan masjid-masjid dan surau-surau turut dikawal. Dikeluarkan surat pekeliling para pendakwah yang disenarai-hitmakan oleh kerajaan negeri atas syor Umno. Mereka ini tidak dibenar masuk berceramah ke mana-mana masjid atau surau di Selangor. Antaranya Dato Ismail Kamus, Dato Dr Harun Din, malah Mufti Selangor Almarhum Dato Ishak Baharom diketika itu turut menjadi mangsa di pecat oleh mereka.

Akibatnya ahli-ahli kariah seluruh Selangor berpecah, berlaku berpuak-puak di masjid. Masjid yang sepatutnya menjadi pusat dakwah, penyibaran ilmu dan penyatuan ummah menjadi gelanggang milik orang politik. Suasana ketika itu amat malang buat Islam di Selangor. Berlaku juga insiden penyelewengan duit masjid oleh AJK yang tidak amanah yang ditunjuk ketika itu.

Alhamdulillah apabila Pakatan Rakyat menguasai negeri ini bermula Mac 2008, atas inisiatif kerajaan negeri melalui EXCO Agama, Enakmen Pentadbiran Masjid dan Surau Selangor dihidupkan kembali. Tiada lagi campurtangan politik seperti zaman Umno. Ahli-ahli kariah kembali diberi kuasa memilih pimpinan masjid dan surau di kawasan mereka. Malah bukan sahaja orang pro PR, orang-orang Umno juga boleh dicalonkan dan bertanding melalui proses pemilihan terbuka yang dikendalikan sendiri oleh pihak JAIS.

Cuma bagi jawatan Nazir, oleh kerana kerajaan negeri bermatlamat menjadi Masjid sebagai wahana transformasi ummah, maka calon-calon nazir dikenakan beberapa syarat tambahan, agar Serlangor nanti menerbitkan nazir-nazir yang berkualiti dan benar-benar boleh berperanan memakmurkan masjid.

Antara syaratanya Nazir mestilah boleh menyampaikan khutbah, memimpin majlis ilmu, memimpin majlis tahlil, berakhlak mulia dan punyai kelulusan. Nazir mestilah boleh mengimamkan solat berjemaah dalam ketiadaan imam. Lantaran syarat-syarat itulah maka bagi jawatan Nazir kerajaan negeri menghendaki agar beberapa nama calon dikemukakan agar ditemuduga dan disaring oleh pihak JAIS.

Tiba-tiba semalam dalam persidangan Umno, Ismail Kijo yang telah dua tahun tujuh bulan hilang kuasa itu mendakwa bahawa PAS meletakkan orang-orangnya untuk menguasai masjid di Selangor! The Sunday Star hari ini melaporkan:

A SELANGOR delegate took a swipe at PAS, saying that the Islamist party practises its own brand of democracy when it comes to appointing mosque committee members in the state.

Datuk Ismail Kijo claimed that a PAS-friendly candidate would be appointed to the committee even though the person garnered the least number of votes.

“It is like giving a gold medal to the one who finished third. This is the so-called democracy practised by PAS in Selangor,” he said when debating the motion on religion and education during the Umno general assembly.

Ismail said that PAS would appoint candidates that would benefit them.

Barangkali kerana tidak kebah-kebah dari demamnya lantaran kalah pada Mac 2008 lalu, Ismail Kijo menyangkakan PAS juga berperangai macam mereka dalam urusan masjid di negeri ini. Semua nazir di Selangor melalui proses yang baru ini, yang pastinya tidak ditindik atau ditunjuk oleh pimpinan parti seperti dizaman Ismail Kijo dahulu.

Saya tahu ada orang PAS yang menjadi Nazir, sudah pastinya beliau menepati syarat dan berjaya dalam proses penyaringan, tetapi ada juga yang Umno. Adakah ini bermakna semua yang Umno yang menjadi Nazir di bawah kerajaan baru ini juga sudah menjadi PAS? Jika begitu baguslah.

Ismail Kijo sebenarnya faham akan apa yang berlaku di Selangor hari ini. Ia sesungguhnya lebih baik dan diterima dengan hati terbuka dan senang oleh umat Islam di Selangor berbanding zaman beliau. Masjid-masjid semakin dimakmurkan buktinya sahaja di bulan Ramadhan kehadiran jemaah di masjid yang memangnya ramai semakin berlipat-ganda sejak dua tahun kebelakangan ini.

Jika beginilah sikap Ismail, menafikan kebaikan demi sentimen politik yang fanatik dan melulu, terus kekallah kerusi Lembah Jaya di tangan PAS dan begitu juga kerajaan Selangor ditangan PR insyallah.

Friday, October 22, 2010

Mimpi Busro akibat tidur tak basuh kaki

Para perwakilan di Perhimpunan Agung Umno sedang sibuk membahaskan ucapan dasar Presiden mereka. Lazimnya siapa yang mendapat peluang bercakap akan menggunakan sebaik mungkin peluang itu untuk menarik perhatian para pimpinan. Moga-moga adalah harapan ia naik ke atas lantaran puji dan puja yang diberikan kepada pimpinan. Kalau belum jadi calon boleh jadi calon kalau belum jadi menteri boleh jadi menteri syaratnya kipaslah sekuat-kuat kipas.

Ramai-ramai perwakilan yang berucap semalam sata tertarik dengan ucapan wakil dari negeri yang Umno tak memerintah iaitu Selangor. Selangor semalam diwakil ADUN Paya Jaras yang juga Ketua Umno Subang, Mohd Bushro Mat Johor.
Untuk menarik perhatian pimpinan dan para perwakilan Bushro menyulamkan perbahasannya dengan anologi mimpi.

Dalam mimpi ini saya menaiki kereta buatan nasionaldan apabila tiba di satu persimpangan kenderaan saya dihalang oleh sekumpulan besar binatang, saya ingatkan kambing tetapi rupa-rupanya ia adalah babi yang tidak terkira banyaknya.

Perjalanan kemudian diteruskan lagi saya pandang kiri dan kanan banyak sekali rumah-rumah urut manakala apabila tiba di perkampungan Melayu saya mahu menghilangkan dahaga tetapi yang dijual bukan sahaja air mineral tetapi arak.


Begitulah kira-kira ucapan Bushro konon nak menggambarkan betapa teruknya Selangor kini di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Seolah babi berleluasa diternak, seolah rumah urut dilesenkan merata-rata seolah arak dijual berleluasa sehingga ke kampong-kampung Melayu.

Dalam erti kata lain kembalilah pada Umno, Selangor akan bersih dan selamat.

Membaca laporan tentang ucapan Bushro itu saya juga turut mahu mengelamun:

Dalam lamunan saya, saya menumpang kereta kawan kerana minyak terlalu mahal, tol bersepah-sepah tak mampu nak menanggungnya apa lagi beli kereta sendiri, bonus pun tak dapat. Tiba dipersimpangan terserempak dengan deretan rumah kos murah yang rata-rata didiami orang Melayu, walau pemimpin Umno menghambat orang Melayu jadio global dan glokal, orang Melayu masih bertenggek di rumah-rumah kos murah sahaja.

Tiba-tiba juga saya ternampak dicelah deretan rumah kos murah untuk orang miskin itu, tersergam mahligai indah tiga tingkat bagaikan istana, malah mengalahkan Istana Mestika di Shah Alam. Kata orang ini istana bekas ADUN Umno, naik sedikti sampai ke Seksyen 7 Shah Alam tersergam pula istana lain katanya juga milik bekas pemimpin nombor satu Selangor. Orang kampong bergelut berpuluh tahun di sawah, dikebun, dilaut mencari rezeki pemimpin ku yang hebat tak sampai dua penggal boleh bina istana berpuluh juta ringgit.

Saya kemudian ke Lapangan Terbang Subang, manalah tahu boleh dapat tiket murah dari penerbangan bajet. Nak bawa keluarga bercuti, destinasi tempatan pun tak mengapa. Saya diberitahu ada pemimpin Umno bekas ketua negeri semasa berkuasa dulu berbelanja lebih RM300 ribu dengan isteri anak dan kroninya ke Disneyland guna wang anak syarikat kerajaan negeri walau syarikat tersebut sedang menanggung kerugian.

Saya tekan ATM di lapangan terbang itu nak keluarkan saki baki duit simpanan saya. Saya diberitahu ada bekas MB Umno tak perlu tekan-tekan diusungnya berpuluh kilo wang tunai berbagai matawang sehingga ditangkap oleh pihak berkuasa Australia, aduhai hebatnya pemimpin Umno ku.

Bila berjalan keluar, saya tersepak batu, ahhhh rupanya saya bukan bermimpi macam Bushro, ini kenyataan, ini jenayah Umno pada rakyat Selangor selama mereka memerintah dulu. Meninggalkan pemimpin kecil seperti Bushro demam dan mimpi yang bukan-bukan sedangkan hakikatnya jembalang dan mambang adalah dari bikinan tangan Umno sendiri bukan orang lain.

Itulah Bushro, kata orang tua-tua kalau nak tidur kena cuci kaki terlebih dahulu, tengok akibatnya kan dah mimpi yang bukan-bukan!

Thursday, October 21, 2010

Bila manusia bertukar jadi sang hanuman

PAS serang Umno, Umno serang PAS merupakan seuatu yang lumrah dalam politik tanahair. Serangan politik dilakukan bagi tujuan menjual parti masing-masing kepada masyarakat, merekalah yang terbaik berbanding lawannya.

Serangan kalau dilakukan oleh ahli-ahli politik yang siuman dan rasional, ia biasanya diterima dan spontan pihak lawan akan menyerang balas juga dengan balasan yang siuman dan rasional. Terkadang ia disalut dengan emosi, namun tidaklah sampai hilang siuman dan rasional masing-masing.

Itulah politik bertamaddun dan beradab namanya.

Apa sahaja yang terkeluar dari batasan itu bermakna seseorang itu telah menjerumuskan dirinya dalam politik hutan-rimba yang tidak beretika, biadap dan kurang ajar. Politik haiwan hanya layak diterjah oleh sesama haiwan.

Selama beberapa hari ini Umno, mengadakan persidangan tahunannya di PWTC. Biasalah kalau Umno berkumpul dan berseidang begitu, maka musuh tradisinya PAS akan menerima bahana serangan bertubi-tubi. PAS pun kalau bermuktamar akan berbuat begitu pada Umno, tetapi jangan celupar dan terlanjur sehingga hilang pertimbangan dan jatuh pada tahap politik kehaiwanan.

Saya merujuk kepada perbahasan perwakilan Wanita Umno dari Kelantan semalam,. Kata perwakilan itu (Rahimah Mohamed):

PAS sekarang takut pada DAP. Pemimpin-pemimpinnya lebih takutkan Karpal Singah dari takut pada Allah swt.

Bagi saya inilah contoh pembahas yang hilang sifat insaniahnya dan menjelma sifat kehaiwanan. Seranglah PAS kalau itu tugas anda tetapi jangan sampai hilang pertimbangan, hilang kewarasan dan hilang akal. Berapa ramaikah agaknya orang Mealyu yang bersetuju dengan kenyataan Rahimah itu? Atau ramai yang akan bersetuju kalau saya katakana Rahimah sudah menyerupai sang hanuman di Zoo Negara!

PAS sebagai satu-satunya Parti Islam di Negara kita tidak pernah sesaat pun melunturkan dasar dan matlamat perjuangannya. Menurut perlembagaan PAS, dasarnya adalah ISLAM dan seruannya adalah ALLAHU AKBAR. Tujuan atau matlamat PAS adalah:

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Itulah dasar, seruan dan matalamat perjuangan PAS sejak ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu hingga kini tidak berubah samada PAS berkawan dengan Karpal atau Tengku Razaleigh atau Rahimah sekalipun.

Berpada-padalah bila mengeluarkan hujah walau mahu kejar populariti sekalipun, jangan sampai kita dikatakan kurang siuman dan menjadi bahan gelak dan sindiran bangsa dan agama. Kalau bernafsu sungguh mahu merampas kembali Kelantan, buktikan anda lebih baik dari PAS. Buktikan anda bersih, tidak tempang, tidak korap, berpegang sungguh-sungguh pada agama.

Marilah kita berpolitik secara dewasa termasuklah dari PAS. Jangan meninggalkan contoh yang buruk pada anak-anak kita sehingga mereka hilang hormat, dans etiap yang hidup mengutuk dan melaknat kita.

Monday, October 18, 2010

Pertimbangkanlah bonus buat penjawat awam

Tiada bonus untuk kakitangan kerajaan dalam Bajet 2011. Ini bermakna lebih 1.2juta kakitangan kerajaan seluruh Negara terpaksa sekali lagi mengikat perut berpuas-hati dengan apa yang ada walaupun berhadapan dengan kos hidup yang semakin mencekik kehidupan diri dan keluarga masing-masing.

Apa yang diumumkan oleh Menteri Kewangan yang juga PM adalah “bantuan Khas Kewangan” sebanyak RM500.00 tiap-tiap seorang.

Sudah pastilah wang RM500.00 itu membantu tetapi hakikatnya ia tidak memadai. Sebagaimana disebut oleh sahabat saya Tuan Syed Shahir, Presiden MTUC:

Kita tidak memperlekehkan wang bantuan khas itu tetapi ia masih tidak mencukupi khususnya bagi penjawat awam yang mempunyai anak lebih daripada dua orang.

Setiap hujung tahun, maka berlipat-kali gandalah perbelanjaan rakyat Malaysia termasuklah penjawat awam.Anak mahu ke tadika, ke sekolah ke IPT, berbagai persediaan dan persiapan perlu diadakan lantas mengundang perbelanjaan yang besar.
Buku sekolah, peralatan sekolah, pakaian seragam, belanja pengangkutan, belanja tuisyen, tiada yang semakin turun harganya semuanya naik dan mahal belaka. Suka tak suka mereka tiada pilihan, inilah masalah besar pada penghujung tahun bagi rakyat Malaysia.

Bagi penjawat awam kemanakah mahu mereka kikis dan korek duit belanja ini? Bayangkan yang sudah terikat dengan berbagai pinjaman, perumahan, kereta dan lain-lain. Kerana itu benar walaupun RM3.1 bilion iaitu kos membayar bonus sebulan gaji kepada penjawat awam itu besar angkanya namun hakikatnya ia suatu keperluan dan banyak membantu meringankan bebenan yang ditanggung penjawat awam.

Bukankah kerajaan juga yang berkata keadaa ekonomi Negara bagi tahun 2010 menunjukkan petanda semakin pulih? Insyallah ia pasti terus begitu membawa kepada 2011, mengapa tidak kita potong atau kurangkan perbelanjaan lain yang tidak terus membantu sebagaimana bonus buat penjawat awam ini?

Saya khuatir bebanan yang timpa menimpa ini jika tidak ditangani hanya akan mengundang kaedah yang salah dan berbahaya. Lantaran terlalu tertekan ramai yang akan mencari jalan keluar, jika ia halal dan selamat tidak mengapa, tetapi yang berbaki cumalah yang sebaliknya. Ah long akan didekati dan lebih parah lagi ada yang akan terdorong untuk rasuah dan salah-guna kuasa!

Ahli-ahli parlimen kita perlu bersuara dalam hal ini. Ianya bukan untuk bermewah atau bersuka-suka, ia sesuatu yang kritikal yang perlu bagi mengatasi beban yang tertanggung oleh golongan ini, rayulah agar bonus itu dipertimbangkan jika tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya suatu angka yang dapat banyak membantu.

Sunday, October 17, 2010

Pemilihan PKR: Rakyat sedang memerhatikan anda

Syukur setakat ini rakan-rakan dari Parti Keadilan Rakyat sudah sampai ke peringkat akhir melaksanakan tanggungjawab pemilihan dalam parti mereka. Proses pengundian secara langsung ternyata menjadi perhatian dan mencuri minat ramai. Ditahapp-tahap akhir ini kelihatan ia berlangsung dengan lebih lancar dalam suasana muafakat, tertib dan member tumpuan kepada agenda yang lebih mbesar yang sedia menanti.

Semalam proses penerimaan pencalonan telah sempurna. Seperti biasa yang paling “excited” adalah rakan-rakan dari dunia media, samada media konvensional mahupun media baru.

Kita yang berada di luar PKR sekadar menyerahkan kepada rakan-rakan untuk melaksanakan amanah mereka masing-masing, moga dilaksanakan dengan baik dan sempurna dan menaikkan pimpinan yang paling baik dan layak antara yang baik-baik dan layak-layak belaka.

Sebagai kawan saya senang apabila melihat tiada pertembungan antara dua tokoh gergasi PKR iaitu Sdr Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Sesungguhnya kedua-dua mereka tokoh besar dan diperlukan dalam arus perjuangan menuntut keadilan dan kebenaran ini. Jika bertembung juga mereka salah seorang pasti akan gugur, dan apabila itu berlaku yang rugi adalah kita semua.

Saya teringat dalam PAS bagaimana sikap Timbalan Mursyidul Am, Dato Dr Harun Din. Beliau sedia dilantik untuk jawatan tertinggi tetapi jika ada pertandingan beliau rela member laluan. Ada yang nakal mengatakan, itu tanda Harun Din takut bertempur, takut kalah. Bagi saya itu satu telahan yang jahat dan singkat. Sepanjang hidup beliau Harun Din gergelut dan bertempur menghadapi apa sahaja halangan yang menganggu Islam di hadapan beliau. Beliau bukan insan sebegitu. Sikap itu sebenarnya cuma boleh terbit dari insan yang berhati dan berjiwa besar. Sehingga hari ini beliau terus dihormati dan dikagumi kawan dan lawan. Manusia cakap besar ramai tetapi yang berjiwa besar sangat sedkiti dan Harun Din terbukti salah seorangnya.

Berbalik kepada pertandingan Timbalan Presiden PKR, dengan pengunduran Tan Sri Khalid saya yakin laluan Azmin semakin selesa. Sekiranya ditakdirkan berjaya saya yakin Azmin dengan kepakaran, pengalaman dan kebolehannya akan mampu melonjakkan lagi PKR bersama Pakatan Rakyat jauh meninggalkan BN dan Umno yang semakin longgar dan ditolak rakyat itu.

Kita perlukan pemimpin yang ada upaya dan karisma untuk membawa kita ke Putrajaya. Azmin dan Tan Sr Khalid serta rakan-rakan lain selain pimpinan PAS dan DAP hari ini saya yakin memiliki kualiti-kualiti itu. Bawalah kami ke sana dengan restu semua.

Pemuda Umno lawan judi: lawan betul-betul

Baru-baru ini rebut di Pulau Pinang. Umno menjadikan isu wang bantuan rakyat miskin yang diserahkan oleh kerajaan negeri dikatakan datangnya dari sumber judi. Judi itu haram, maka apabila hasilnya dijadikan habuan kepada rakyat miskin, Umno lah juara mahu membenterasnya.

Isu itu telah pun dijawab oleh pihak berkuasa negeri.

Pokoknya di sini judi itu kotor dan jahat. Ia berkemampuan meruntuhkan institusi keluarga, suami-isteri kaum keluarga bercerai dan berpecah-belah angkara judi. Ada yang berhutang keliling pinggang angkara judi, ada yang mencuri, menipu sehingga ada yang dibunuh akibatnya.

Ketua Umno, selaku PM baru-baru ini membentangkan Bajet 2011. Beliau membentangkannya selaku Menteri Kewangan. Untuk maklum judi yang haram hukunya itu dihalalkan di Malaysia melalui lessen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, yang Menterinya juga Ketua Umno. Atas alas an kononnya judi ini tidak haram bagi yang bukan Islam, maka industri judi diizinkan. Bermula dengan loteri kebajikan masyarakat dan lumba kuda kini ia berkembang sehingga industri tikam nombor dan kasino yang syarikat-syarikatnya beroleh berbillion keuntungan dan hampir kesemuanya tersenarai di Bursa Malaysia.

Kalau benar Umno ni benci judi kenapa kalau pun tidak diharamkan industri ini, tidak dilakukan sesuautu agar rakyat semakin menjauhi ia? Kalau cukai rokok sebelum ini boleh dinaikkan sehingga sekotak rokok menjadi RM10 hari ini dan menjadi keluhan ramai perokok tegar, mengapa tidak cukai judi baru-baru ini dalam bajet turut dinaikkan?

Biar gergasi-gergasi judi yang merupakan rakan pimpinan Umno itu senak-senak perut membayar cukai yang dinaikkan berpuluh kali ganda. Atau judi sekadar kotor dan haram bila hasilnya RM100 diberi kepada orang miskin tetapi bila berbillion masuk ke kantung kerajaan pusat, saguhati berjuta diberi pada dana politik dalam pelbagai bentuk, ia menjadi suci dan bersih!
Bolehkah agaknya dalam Perhimpunan Umno nanti, jaguh-jaguh juara Umno khasnya dari Pemuda yang sebegitu lantang di Pulau Pinang mendesak agar Ketua parti mereka yang juga Menteri Kewangan agar menaikkan setinggi langit cukai judi? Kelantan negeri yang majoriti Melayu mutlak, kerajaan Tok Guru Nik Aziz mengharamkan pengeluaran lesen premis kedai judi sejak 20 tahun lalu. Di Selangor yang majmuk pun kerajaan negeri telah mengarahkan PBT-PBT agar tidak lagi mengeluarkan lesen premis judi berlesen (yang dilesenkan Pusat) yang baru.

Umno bagaimana?

Strategi laut biru – Umno mahu “bunuh” kawan-kawan

Ternyata “malapetaka” Mac 2008 terus-menerus menghantui Umno. Kalah dan hilang kuasa sebelum ini tidak pernah tersenarai dalam kamus politik Umno, lebih-lebih lagi di negeri-negeri sebelah Pantai Barat dimana Umno bertahun-tahun memegang teraju, seakan menongkat langit. Mustahil Umno boleh kalah di kawasan majoriti Melayu, begitulah sangkaan mereka dan sangkaan ramai. Tetapi Mac 2008 memecah khurafat sangkaan itu.

Mac 2008, rakan-rakan Umno antaranya MCA, MIC dan Gerakan kecundang teruk di kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu. Umno walaupun tertewas juga di beberapa kerusi majoriti Melayu, lebih nampak pada kelemahan dan kekurangan rakan-rakan mereka daripada keburukan diri sendiri. Rata-rata Mac 2008, gelombang kemarahan pengundi bukan Melayu mengakibatkan rakan-rakan Umno tertiarap dikebanyakkan kerusi dan akibatnya Umno turut terbabit hilang kuasa dibeberapa negeri yang sebelum ini ia sangka ia akan terus berkuasa “dulu, kini dan selama-lamanya”.

Yang lemah, buruk, dangkal, dungu adalah MCA, MIC dan Gerakan serta lain-lain serpihan kecil. Mereka gagal membawa undi bukan Melayu kepada BN, akibatnya Kedah, Pulau Pinang, Perak (kemudiannya ditebus melalui politik pintu belakang) dan Selangor tumbang. Akibatnya orang-orang Umno jadi pembangkang, sesuatu yang mereka tidak pernah mereka bayangkan pun sebelum ini.

Tindakan mesti diambil. Yang penting Umno mesti kembali berkuasa, MB Umno mesti ditabal kembali di Kedah, Selangor dan jika perlu di Pulau Pinang biar Umno jadi Ketua Menteri.

Kaedahnya: “Strategi laut biru”!

Menurut Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi:

“Jika mahu menang selesa, kita harus keluar daripada strategi dan pendekatan sedia ada, kita perlu pendekatan ‘laut biru’. Jadi sistem kuota sedia ada wajar dikaji semula dan diganti dengan formula baru yang selesa kepada semua parti komponen,” (Mingguan Malaysia: 17/10/10)

Ini bermakna Umno sedang bermain-main untuk merampas kerusi MCA, MIC dan Gerakan khasnya di kawasan-kawasan campuran. Itulah tuntutan Umno di kawasan-kawasan berkenaan.

Mingguan turut melaporkan:

Sebelum ini, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyarankan agar sistem kuota itu dikaji semula jika pengundi tidak selesa dan tidak suka dengan calon daripada parti komponen BN yang bertanding di sesuatu kawasan itu

Manakala Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin pula dilaporkan bersetuju dan menurut Mingguan:

(Beliau) mahu semua parti komponen BN berlapang dada untuk mengkaji kelemahan masing-masing dan pada masa yang sama mempraktikkan sistem baru dalam soal pembahagian kerusi.

Rampas-merampas ini akan mengakibatkan reaksi dari MCA, MIC dan Gerakan. Akibatnya ketegangan akan melanda dalam BN. Akibatnya porak-peranda, akibatnya retak semakin membelah dan hancur berkecai.

Sesungguhnya Umno lupa (angkara sindrom Melayu mudah lupa) Umno juga sebenarnya telah kalah di beberapa kerusi campuran. Di Selangor sahaja sebagai contoh:

Ijok 49.9% Melayu calon Umno tewas kepada PKR (Tan Sri Khalid)
Seri Setia54.4% Melayu calon Umno tewas kepada PKR (Nik Nazmi)
Lembah Jaya 55.3% Melayu calon Umno tewas kepada PAS (Khasim Adb Aziz)
Bukit Antarabangsa 57.4% Melayu calon Umno tewas kepada PKR (Azmin Ali)

Cempaka 58.4% Melayu calon Umno tewas kepada PAS (Iskandar Samad)

Malah di kerusi majoriti Melayu pun Umno tewas contohnya:

Hulu Kelang 81% Melayu calon Umno tewas kepada PAS (Saari Sungib)
Gombak Setia 80% Melayu calon Umno tewas kepada PAS (Dato Dr Hasan Ali)

Hakikatnya bukan MCA, MIC dan Gerakan silap, Umno lebih “dajal” lagi. Mereka pun kalah dan kecundang tetapi yang mereka nampak adalah keburukan dan kelemahan kawan-kawan.

“Laut biru” yang mahu dijadikan strategi itu membawa maksud lautan dalam, barangkali selain kita membuang tayar-tayar buruk untuk dijadikan tukun-tukun tiruan, maka sudah sampai masanya, lautan biru yang besar dan dalam itu dijadikan sekali tempat persemadian, Umno dan rakan-rakannya MCA, MIC dan Gerakan bersekali. Biarlah dimanfaatkan mereka kepada ikan-ikan sebagai sumber makanan. Lebih sihat rakyat Malaysia jadinya nanti.

Bersedialah MCA, MIC dan Gerakan.......Umno mahu melaut birukan anda semua!

Saturday, October 16, 2010

Umno Selangor akan bakal terjun dengan labu-labunya...............

Acaranya dipanggil “Siri Jjelajah Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) Gelombang Kedua”. Ianya merupakan program ceramah besar-besaran anjuran Umno Selangor untuk menelanjangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, kononnya segala rahsia dan tipu-daya kerajaan gabungan PAS, PKR dan DAP Selangor ini akan didedahkan kepada rakyat jelata. Matlamatnya sudah pastilah mahu mengundang marah rakyat pada kerajaan ini, biar rakyat benci PAS, PKR dan DAP. Biar rakyat kembali bercinta dengan Umno. Biarlah Umno kembali pegang teraju di negeri bertuah ini.



Awal-awal lagi kain rentang dinaikkan sekitar tapak ceramah iaitu di tanah lapang Subang Perdana, dengan gambar Presiden Umno Najib Tun Razak, Noh Omar, Ezam Md Nor dan lain-lain.

Dengan penuh ghairah bagaikan ayam sabung bertaji emas, Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Umno Selangor mengisytiharkan akan menyerang Pakatan Rakyat Selangor termasuklah Dato Ser Anwar habis-habisan melalui program berkenaan.
Selain hulubalang di atas turut terjun bersama Noh adalah Satim Diman (yang menang kerusi DUN Seri Serdang di Selangor dengan majoriti paling tipis iaitu 45 undi), Lokman Adam dan lain-lain.
Kalau begitulah hebatnya perancangan Umno Selangor, sudah pasti meriah dan gilang-gemilanglah majlis berkenaan, dan pasti rakyat Selangor, kurang-kurangnya ahli-ahli Umno dan BN akan keluar berbondong-bondong membanjiri majlis anjuran Umno itu.
Rupa-rupanya tidak. Sekali lagi terbukti Noh sekadar juara menempik dan memekik. Majlis yang sepatutnya isyarat untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor itu akhirnya bertukar menjadi majlis pengkebumian Umno sendiri. Menurut laporan kehadirannya sungguh mengecewakan. Khemah yang disediakan sekadar penuh dengan kerusi tetapi yang hadri sangat kecil.
Kalau beginilah kemampuan Umno walaupun kononnya PR sudah menyeleweng dan mengecewakan rakyat, sebagaiamana dakwa Noh dan suku-sakatnya, ini sesungguhnya menandakan Umno sudah tidak lagi mampu merangsang dan menarik minat rakyat. Kebencian rakyat terhadap Umno di Selangor terbulti masih menebal dan semakin menebal di kawasan-kawasan yang Umno sangkakan mereka masih punya nyawa.
Nampaknya duit, janji dan gula-guila sudah tidak boleh membeli dan memperdayakan rakyat lagi khasnya di Selangor. Sebagai bukti menurut rekod setakat tahun ini sahaja jentera PAS di Selangor telah berjaya mendaftarkan ribuan pengundi baru di Slangor. Itu tidak termasuk jentera DAP dan PKR.
Kesimpulannya rakyat semakin yakin terhadap kerajaan yang ada. Luka di hati mereka angkara tipu-daya dan penyelewengan Umno masih berdara dan tidak mampu diubati lagi. Jelajahlah seluruh Selangor dan habiskan duit Umno, insyallah PRU ke 13 nanti rakyat akan memberikan mandate yang lebih besar kepada PR dan kita berdoa agar antara kerusi yang akan jatuh ke tangan PR termasuklah Parlimen Tanjong Karang, amin.

Thursday, October 14, 2010

Umno dah benjol baru tengadah

Berikut laporan akhbar SINAR HARIAN EDISI Selangor hari ini:

Pas tidak perlukan tunjuk ajar UMNO

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir sebaliknya berkata, Pas sebagai komponen Pakatan Rakyat (PR) merasakan peranan dan sumbangannya dihargai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Menurutnya, kombinasi jitu dan padu ketiga-tiga parti ini ternyata berupaya membawa perubahan dan kemajuan di Selangor sebagaimana yang dicita-citakan oleh rakyat negeri ini.

“Saranan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir Kamaruzzaman Johari jelas menunjukkan UMNO Selangor ketandusan isu bagi melonjakkan parti yang bermasalah itu kembali ke arus perdana politik di Selangor.

“Sebaliknya Pas Selangor ingin menghulurkan tangan kepada rakan dalam UMNO termasuklah daripada Bahagian Kota Raja bersama Pakatan Rakyat (PR) bagi membina serta membawa politik baru di negeri ini yang bebas dari segala kepincangan dan kezaliman lalu,” katanya.

Malah katanya, masing-masing parti komponen dalam PR mempunyai peranan bersuara mengemukakan pandangan serta teguran dalam suasana muafakat.

Roslan berkata, kerana pelbagai isu, ada kalangan pimpinan UMNO Selangor terlupa menyebabkan UMNO dan BN ditumbangkan kuasa rakyat di Selangor.

“Sesungguhnya Pas dan PR mengambil iktibar dari kegagalan UMNO/BN itu dan beriltizam memastikan untuk tidak mengulangi kepincangan mereka, kerana itulah yang sebenarnya mengundang kebencian rakyat terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas saranan mencontohi tindakan ahli Pas di Kedah yang tidak membutakan mata dan memekakkan telinga dalam sebarang keputusan yang mencetuskan kontroversi di kalangan pimpinan mereka sendiri.

Semalam Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir Kamaruzzaman Johari berkata, walaupun ramai melihat sengketa kalangan pimpinan dan ahli Pas Kedah insiden demonstrasi bantah tindakan menaikkan tarif air sebagai pergolakan parti, namun ia haruslah menjadi satu teladan yang baik di kalangan pimpinan serta ahli Pas Selangor.

Umno Selangor berterus-terusan mahu memecahkan pengaruh PAS dalam kerajaan dengan mencipta pelbagai dongeng dan tahyul untuk menkaut-nakut dan memomok-momokkan rakyat. PAS kononnya dicucuk hidung, membuta-tuli menyokong apa sahaja kehendak dan kemahuan PKR dan DAP, langsung konon-kononnya menggadaikan maruah bangsa dan agama.
Rendah betul martabat PAS dimata mereka. Tetapi siapakah mereka sebenarnya? Mudahkah rakyat Selangor yang cerdik dan berilmu lupakan?

Bukankah mereka pra Mac 2008 lalu merupakan gergasi yang menggasak segala harta kekayaan negeri dan menghuru-harakan pentadbiran dan pengurusan negeri penuh dengan penyelewengan dan kepincangan. Segala hasil-mahsul negeri mana sahaja yang ada di bawah pancaran matahari semuanya dikikis untuk mengkayakan segelintir kroni dan kaum-kerabat. Kontrak kerajaan, tanah, pasir, hutan, bantuan kebajikan semuanya dipunggah dan dimuatkan dalam karong dan kanotng mereka.

Tanyalah mana sahaja rakyat Selangor, Melayu, Cina dan India hatta dari Umno, MCA dan MIC sekalipun masing-masing akan akui betapa rakusnya pimpinan negeri bawah teraju BN di Selangor pra Mac 2008.

Siapakah yang menggondolkan Bukit Ceraka, siapakah membahagi-bahagi tanah di Sepang sebelum KLIA dibangunkan, siapakah yang membolot kontrak jalan dan lebuhraya dari Sabak hinggalah Lembah Kelang, siapakah terlibat dalam penjualan tanah untuk bangunkan PKFZ, siapakah terlibat dalam membina Istana EXCO, siapakah membina mahligai berbelas bilik di sekeliling perumahan kos murah, siapakah yang ditangkap dengan wang tunai berkilo-kilo di Australia, siapakah yang bawa lari anak Raja sehingga membangkitkan murka istana. Siapakah terlibat dengan skandal sumbang mahram sehingga terpaksa letak jawatan...............soalan-soalan seumpama ini boleh terus disenaraikan berjela-jela lagi, mustahil rakyat Selangor sudah lupa dan mengampunkan mereka.

Siapa yang sebenarnya perlu ditakuti dan dijauhi?

PAS datang bersama PKR dan DAP untuk membersihkan segala noda dan kepincangan yang lalu. Biar negeri bertuah ini dibangunkan mengikut kehendak rakyat. Biar segala hasil-mahsul negeri dikecapi nikmatnya oleh rakyat. Hakikatnya di Selangor kerajaan Pakatan Rakyat dibina atas runtuhan kerajaan BN yang ditolak rakyat. Rakyat mahu kerajaan yang bersih, kerajaan yang telus, kerajaan yang meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi atau mana-mana kelompok.

Kini giliran Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR tidak berhasrat untuk mengecewakan rakyat. Umno dan BN sudah gagal. Atas runtuhan kegagalan itu PR bangkit untuk membina masa depan yang baru buat semua rakyat di Selangor.

Terima kasihlah Umno tiada guna tengadah jika sudah terantuk benjol.

Monday, October 11, 2010

Macam mana nama Rahman Palil terpalit sekali ni?

Memang diawal-awal penyiasatan kes pembunuhan tragis Allahyarham Sosilawati ada disebut bahawa ada orang politik yang turut terlibat dengan suspek utama. Namun semakin kes itu terdedah penglibatan politik semakin disembunyikan.
Kata orang suspek utama, iaitu kedua-dua peguam dikatakan banyak terlibat dengan urusan tanah. Urusan tanah sebagaimana kita maklum melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Daerah dan Pihak Berkuasa Negeri termasuklah ketika itu EXCO kerajaan negeri.

Dalam laporan Malaysiakini hari ini di http://www.malaysiakini.com/news/144988
ada dilaporkan:

The involvement of a former Selangor exco member in the business dealings of at least one of the suspects in the Banting murders has raised questions of how much political backing the lawyers implicated in the case enjoyed before their arrest last month.

According to Companies Commission of Malaysia (CCM) documents obtained by Malaysiakini, former Selangor exco member and Sementa state assemblyperson Abdul Rahman Palil was a director in Ample Quality Sdn Bhd along with one of the suspects in the murder of cosmetics millionaire Sosilawati Lawiya and three others.

Jahat sungguh Malaysiakini sehingga membabitkan nama seorang bekas EXCO dan seorang pemimpin Umno yang disegani yang juga seorang ADUN di Selangor. Jangan sebar fitnah.............Tetapi Abdul Rahman Palil ini memang sejak mula-mula jadi ADUN Sementa dan kemudian EXCO memang banyak terlibat dengan kes-kes tanah. Malah dalam kes PKFZ pun nama beliau ada dikaitkan.

Benarkah jahat Malaysiakini atau benarkah laporan itu?

Kalau benar terpalit dan terselit, alamat robohlah saki-baki kekuatan Umno yang tinggal di Selangor. Sama-samalah kita saksikan perkembangannya. Harap jangan ada yang menyembunyikan fakta.