Tuesday, December 07, 2010

Khir akhirnya didakwa RASUAH

Seluruh Selangor dikejutkan diambang tahun baru Hijrah semalam. Ketua Pembangkang Khir Toyo diseret ke mahkamah sesyen oleh Suruhanajay Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas pertuduhan rasuah.
Beliau dituduh di bawah seksyen 185 Kanun Keseksaan iaitu memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat, tiga tahun lalu. (Tiga tahun lalu Khir ketika itu masih Menteri Besar Selangor). Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Sekiranya sabit kesalahan Khir boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pagi ini akhbar media perdana seluruh Negara memaparkan wajah sugul Khir di muka depan akhbar masing-masing.
Benarkah Khir rasuah? Buat masa ini beliau masih tidak bersalah melainkan disabitkan bersalah.


Kalau Khir sabit kesalahannya, maka Khir bukanlah bekas MB yang pertama dari Umno yang sabit kesalahan kerana rasuah. Allahyraham Dato Harun Idris pernah merengkok di penjara angkara rasuah.
Benarkah nilai tanah dan rumah Khir itu sekadar RM6.5 juta sebagaimana kertas pertuduhannya? Kalau ditanya ADUN Sekinchan, YB Ng Swee Lim katanya tanah, rumah dan segala binaan, perbaot dan hiasan “mahligai” Khir itu bernilai RM24 juta!

Apa pun Khir perlu jawab pertuduhan terhadapnya itu.

Hakikatnya tanah dan rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L Shah Alam itu milik Khir dan iserinya, bukan milik orang lain. Sebagaimana bekas MB Umno yang lain iaitu Mat Taib pada bulan Disember 1996 ditahan di lapangan terbang Brsibane, Australia dengan wang tunai berbagai matawang bernilai RM2.4 juta tunai. Walaupun beliau kemudiannya bebas, hakikatnya wang itu wang Mat Taib bukan wang orang lain.

Dari segi politiknya rakyat Selangor perlu diberitahu darihal kenyatan berhubung rumah Khir di seksyen 7 Shah Alam itu. Rumaah jutaan ringgit milik bekas MB Umno Selangor yang menjadi MB tidak sampai dua penggal. Orang Sg Panjang, otrang Sg Besar, seluruh penduduk Selangor, rakan-rakan ahli-ahli Umno, lihatlah.

Selangor perlukan pemimpin yang bersih dan berwibawa. Bukan pemimpin yang mampu berbelanja besar, untuk kepentingan diri dan keluarga, membina “mahligai” ketika rakyat sempot dalam kesusahan.

Hari ini rakyat mengerang kesakitan, petrol naik, diesel naik, gas naik, gula naik............tetapi pemimpin Umno yang bijak memerintah dapat membina rumah mahligai semasa menjawat jawatan MB. Pilihlah pemimpin jenis mana yang anda mahu?!

4 comments:

Anonymous said...

aksyen aje tu.
kemudian, tak cukup bukti.
kes tutup.
tak caya?
tunggu...

Anonymous said...

aku ingat nie cuma aksi kucing yg akan ditunjukkan oleh SpErMa...utk menyatakan kepada rakyat bahwa mereka menjalankan tugas tanpa berselindung...

namun semua hanya mainan politik semata-mata> Jangan risau anak TOYO akan bersenang lenang ngan anak si KECIK tu nnti..

Anak si Toyo akan dibebaskan kerna bukti2 telah dimakan oleh BABI?

Anonymous said...

Satu lagi sebab tutup kes.
Bukan Toyo seorang saja yang sapu.
Yang di atas pun turut kongsi.
Tu sebab Toyo relek aje.
Kerana kalau dia ke dalam.
Ramai yang akan ikut sama.
Pasti buang kes punya.
Tak caya?
Tengoklah nanti.
Kes berjalan betul bila PR ambilalih Putrajaya.
Sementara tunggu PRU13 tonton aje wayang kulit tu.

Anonymous said...

Kes seperti bekas MB Selangor ini sebenarnya banyak berlaku terutama di kalangan mereka yang terlibat dengan dasar/polisi atau proses kelulusan tanah..pembangunan.. perolehan hartanah selalunya di'cover' dengan cara diskaun asalkan membeli..tapi harganya belum tentu ikut pasaran..harga ikut kawan..asalkan matlamat tercapai.