Syabas rakyat Selangor
Kami sekadar mahu mempraktikkan hak yang dijamin oleh perlembagaan Negara yang berdaulat ini, iaitu hak untuk berhimpun dan bersuara. Kami mahu menyerahkan memorandum kepada Raja kami yang tercinta, pelindung demokrasi dan payung rakyat.
Kami bukan datang untuk mencetuskan huru-hara. Kami bukan datang untuk merusuh. Kami datang dengan aman, sebagai rakyat Selangor yang prihatin, rakyat negeri yang berdaulat di bawah Persekutuan Malaysia, datang dengan pemimpin kami yang dipilih rakyat, untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat.
Rakyat Selangor mahu menguruskan sendiri khazanah air mereka. Kami menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku Yang Dipertuan Agong agar menitahkan semoga hak air dikembalikan kepada rakyat melalui kerajaan Negeri Selangor.
Rakyat sudah sedia terbeban dengan pelbagai kos hidup yang meresahkan. Kami tidak bersedia pengurus air di Selangor sewenang-wenangnya menaikkan pula kos penggunaan air sedangkan kerajaan negeri komited untuk member air percuma, 20 meter padu pertama, kepada rakyatnya.

Kami bukan datang untuk bertempur dengan pihak polis.Kami mahu berjumpa Raja kami. Kami mahu serahkan memorandum kepada Tuanku. Kemudian kami bersurai.
Kami bukan mahu berkonfrantasi dengan pihak polis. Memang pihak polis ada tugas untuk dilaksanakan, begitu juga rakyat Selangor punya hak yang mahu dilaksanakan.
Kami tidak kisah diperlakukan, ditekan, dizalimi oleh pihak polis dalam menjalankan tugas kami, walaupun kamu tahu ada pihak “pemberontak” yang sekerat dua, berhimpun secara haram, tanpa mewakili mana-mana pihak yang berwibawa tidak pula diusik atau disentuh polis. Biarlah ada yang ditangkap, dihalang, yang pentingnya mesej kami perlu diketengahkan.
Syabas kepada mereka yang hadir mempertahankan hak rakyat Selangor siang tadi. Ini bukan perhimpunan politik, ini tentang nasib dan masadepan Selangor. Kalau tidak terkawal pengurusan air, terus-terusan diserahkan kepada syarikat kapitalis yang memeras, yang susah bukan sahaja penyokong PR, yang akan susah semua termasuk, Umno, MIC, MCA, tak berparti, semua akan terjejas.

Rakyat Selangor teguh dibelakang MB dan kerajaan negeri Selangor dalam isu ini.
2 comments:
Najib sedang memutarkan sejarah titik mula untuk keruntuhan legasi Abdullah Badawi Minyak naik, gula naik, rakyat protes untuk meneruskan hidup, polis membelasah. Abdullah dinasihati menantu. Najib diQC oleh isteri RM111 juta...
Salam...Bagi menyelamatkan 'AIR' supaya tidak dijadikan alat untuk menzalimi rakyat, TAHNIAH rakyat Selangor yang turun padang menyatakan sikap dan pendirian. Moga-moga usaha dan gerakan ini selalu diadakan demi 'AIR MUKA' kita sendiri. Pilihan raya 13 nanti akan tahu natijah bahawa rakyat yang menjadi TUAN dihari pilihan raya telah berAIR MATA kerana kezaliman ini. Wallahu A'lam.
Post a Comment