Friday, December 03, 2010


KENYATAAN AKHBAR
KEMBALIKAN HAK AIR RAKYAT SELANGOR

PAS Selangor merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri ini yang telah menandatangani memorandum rakyat berhubung isu mengembalikan hak pengurusan air kepada kerajaan negeri. Sesungguhnya respon yang sangat besar dan positif dari rakyat jelata seluruh negeri Selangor itu membuktikan keprihatianan rakyat betapa mereka mahu agar pengurusan air diserahkan kembali kepada kerajaan negeri demi menjamin pengurusan yang lebih efisyen disamping terus menikmati 20 meter padu pertama air percuma yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Bagi pihak PAS Selangor saya ingin menyeru seluruh ahli dan penyokong parti serta rakyat negeri ini agar bersama mengiringi Menteri Besar Selangor dan barisan EXCO Kerajaan Negeri dalam menyerahkan memorandum itu kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara pada hari Ahad ini.

Penyerahan memorandum secara aman kepada Yang Dipertuan Agong itu nanti akan merupakan simbol kesepaduan rakyat negeri Selangor dan rakan-rakan di Wilayah Persekutuan dalam menutut agar bekalan air di negeri ini dikembalikan kepada rakyat melalui kerajaan negeri.

PAS Selangor yakin rombongan secara aman itu akan berjaya melaksanakan tugas mereka dan mengharapakan tidak ada mana-mana pihak yang mencetuskan provokasi atau gangguan sehingga menggagalkan hak bersuara rakyat dalam Negara yang mengamalkan demokrasi ini.


DIKELUARKAN OLEH:

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
KETUA PENERANGAN
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

3 Disember 2010/ 26 Zulhijjah 1431

1 comments:

Anonymous said...

Apalah sangat pada isu ketuanan melayu jika pengurusan PEMANDU bawah JPM Malaysia yang menyelia ETP majoritinya terdiri kaum bukan melayu dari pihak swasta yang dibayar beribu-ribu ringgit termasuk elaun, bonus dan sebagainya, yang kerjanya memberi arahan kepada pegawai2 kerajaan..semua prosedur dilanggar asalkan matlamat tercapai...dah dengar sosek-sosek kakitangan kerajaan persekutuan macam dah serik sokong Kerajaan BN...dahlah harga barang banyak naik, ...kecuali kalau ada bonus sebulan, barulah sejuk sedikit emosi yang terganggu..dah lama tak merasa bonus sejak zaman Pak Lah...