Umno Selangor makin kacau?
Umno mengumumkan pimpinan negeri-negeri yang baru bagi parti tersebut. Yang menarik dua buah negeri dimana parti tersebut kecundang iaitu Kedah dan Pulau Pinang melihatkan pemimpin baru memegang teraju iaitu Ahmad Bashah di Kedah dan Zainal Abidin Osman di Pulau Pinang. Anehnya Selangor dimana BN dan Umno turut kecundang walau bagaimanapun tidak melihat sebarang perubahan.
Presiden Umno Najib Tun Razak yang sebelum ini mengetuai negeri dikuasai Pakatan Rakyat itu tetap kekal memimpin parti pembangkang di Selangor itu.
Soalnya tiadakah pemimpin Umno tempatan yang layak?
Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan apabila ditanya pemberita mengapa tiada perubahan di Selangor, jawab beliau kerana Selangor dikuasai “pembangkang” (siapa pembangkang di Selangor PR atau Umno?) maka sesuailah ia diterajui PM sendiri. Tapi bagaimana dengan Pulau Pinang dan Kedah dan bagaimana Kelantan? Mengapa tak letak PM juga dinegeri-negeri itu?
Nampak Selangor Umno Selangor telah hilang arah dan ketandusan pimpinan yang berkaliber yang boleh meletakkan kembali harapan pada parti usang itu untuk kembali menerajuinya? Mengapa tidak Khir Toyo? Mengapa tidak Satim? Rahman Palil? Noh Omar? Ezam Md Nor? Semuanya tak layak?
Sementara itu Pakatan Rakyat terus mengukuhkan kedudukan di negeri bertuah itu, ikon kekuatan PR untuk terus merampas takhta Putrajaya. Menurut laporan bagi suku tahun penghujung 2010 ini PAS contohnya berjaya mendaftarkan puluhan ribu lagi pengundi-pengundi baru, mengukuhkan lagi prospek PR berkuasa malah berpotensi menang lebih besar lagi. Jentera DAP dan PKR turut bertungkus-lumus memenangi keyakinan rakyat.
Umno semakin tenat dan kacau.......ayuh kikis saki baki kerusi mereka yang ada.
1 comment:
Assalamu alaikum. Buat Muhyidin ini peluang untuk anda. Andai kata Najib gagal merampas Selangor maknanya Najib tidak berpengaruh lagi maka dia harus disuruh letak jawatan. Anda pernah buat pada Pak Lah tak kan tak nak buat pada Najib pulak.
Namun begitu, ketika itu anda hanya mampu dan layak menjadi presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan ketua Pembangkang Malaysia di Parlimen kerana Anwar Ibrahim telah kami Rakyat Malaysia tabalkan menjadi perdana menteri Malaysia yang ke tujuh. Insya Allah dan Allahyu akbar.
Post a Comment