Nama "ALLAH" : Jangan gaduh-gaduh (28/12/12)

Friday, December 28, 2012


Isu ini telah lama reda, tidak lagi dibangkit atau dipolitkkan. Selalunya dalam kes seumpama ini masyrakat Malaysia khasnya orang politik tidak merasakan keuntungan dari menghangat-hangatkannya lantas ia dibiarkan hanyut begitu sahaja.
Tiba-tiba ia dibangkitkan kembali melalui perutusan resmi orang politik juga:

“For this reason, DAP urges the BN federal government to allow the use of the word Allah in the Bahasa Malaysia version of the Bible as has been allowed in Sabah and Sarawak for the last 50 years and practiced in the Middle East for more than a thousand years,” (perutusan Krismas SU Agung DAP: Lim Guan Eng)
Bagaimana penggunaan nama “Allah” oleh bukan Islam, khasnya masyarakat peganut Kristian boleh ditentang orang Islam di sini?

Memang nama “Allah” merupakan sebutan lazim dikalangan masyarakat Arab. Yang Islam pun sebut Allah, begitu juga yang Kristian malah yang Jahiliyah pun begitu, ribuan tahun dahulu. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun, bagi yang berkesempatan menyaksikan “Christmas Mass” atau upacara sembahayang Krismas  di Baitul Muqadis (Bethelehem), yang disiarkan oleh CNN dan al Jazeera, akan mendapati paderi-paderi Arab di sana berkali-kali mengucapkan nama “Allah” malah upacara mereka pun dalam bahasa Arab.
Itu bagi masyarakat Arab yang menggunakan lidah Arab, tetapi masyarakat Malaysia bagaimana?

Di Semenanjung Malaysia, agama Kristian mula bertapak dengan kedatangan Portugis di Melaka, diikuti Belanda dan Inggeris. Catatan Munsyi Abdullah banyak menyebut darihal kerja-kerja mubaligh Kristian sehinggalah penterjemahan Bible ke Bahasa Melayu. Tetapi tidak erbangkit dalam lipatan sejarah penggunaan nama “Allah” leh penganut Kristian di sini termasuklah dalam Bible.
Mungkin kerana di Semenanjung sasaran gereja adalah ke arah masyarakat Cina dan India, lantas isitlah “Lord” dan “God” lebih sesuai. Tiada (sebagaimana diakui gereja) usaha untuk menyebarkan agama ini dikalangan masyarakat Melayu kerana ianya dilarang undang-undang dan orang Melayu tidak mudah mahu menukar agama (kecuali kes tertentu).

Berlainan di Sabah dan Sarawak, yang masyarakat Kadazan, Iban, Murut dan lain-lain (melainkan suku yang beragama Islam) selain mengguna bahasa asal mereka, mereka juga biasa dengan bahasa Melayu. Kerana itu mungkin penyibaran agama ini di sana, berdasarkan kesesuaian setempat, meresakan perlu mengguna nama “Allah” kerana ia lebih sesuai, lantas gereja di sana menggunakan nama “Allah” termasuklah dalam Bible.
Berbalik kepada Semenanjung, tiada keperluan menggunakan nama “Allah” kerana “Allah” lebih difahami sebagai Tuhan orang Islam, orang Melayu, lalu ia tidak digunakan sehinggalah kebelakangan ini tiba-tiba muncul desakan. Mengapa?

Adakah kerana memartabatkan bahasa Melayu maka mereka merasakan lebih sesua “Lord” dan “God” ditukar kepada Allah atau mengapa?
Saya tidak berniat bersangka buruk kepada yang beragama Kristian, tetapi berdasarkan hujah di atas, dan sensitiviti masyarakt setempat, saya merasakan lebih baik “status quo” yang ada dibiarkan sahaja.  Membuat desakan seumapam ini hanya akan mengundang pergeseran dalam hubungan antara agama, dan ia tidak sihat buat rakyat dan Negara.

Kesimpulannya, biarlah rakan-rakan di Sabah dan Sarawak atas faktor sejarah menggunakannya, tetapi di sini, juga atas faktor yang sama, bairlah Tuhan kekal sebagai “Lord” dan “God” di dalam Bible dan gereja. Jangan gaduh-gaduh.

------------------------------------------------------------
(SELINGAN)

Saya teringat dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina di awal tahun 80an dahulu. Ketika itu Dr Ting Chiew Peh (sekarang Tan Sri dan bekas Menteri MCA) merupakan pensayarah di UKM, beliau bertanyakan Ustaz Harun Taib (sekarang YB Dato Ketua Dewan Ulamak PAS) berkenaan penggunaan Assalamualaikum. Beliau mohon penjelasan dan bertanya mengapa beliau sendiri tidak boleh menggunakan ucapan itu.
Ustaz Harun (dengan style biasanya) menjawab ungkapan itu adalah ungkapan Islam yang digunakan sesama Islam dan memuji Allah, Tuhan orang Islam. Kata beliau lagi kalau Dr Ting mahu puji Tuhan orang Islam, tak salah boleh guna……

Ibnu Al-Arabi didalam Ahkamul Qur’an mengatakan: Tahukah kamu arti Salam? Orang yang mengucapkan Salam itu memberikan pernyataan bahawa ‘kamu tidak terancam dan aman sepenuhnya dari diriku.’ Kesimpulannya, bahawa Salam bererti, (i) Mengingat (dzikr) Allah SWT, (ii) Pengingat diri, (iii) Ungkapan kasih sayang antar sesama Muslim, (iv) Doa yang istimewa, dan (v) Pernyataan atau pemberitahuan bahawa ‘anda aman dari bahaya tangan dan lidahku’

Merry Christmas (25/12/12)

Tuesday, December 25, 2012


Sekali lagi kita menjadi tersepit.
Kita sedia beriktikad bahawa Islam adalah yang terbaik, bahawa Islam menjanjikan keamanan buat semua dan memberikan perlindungan kepada semua yang bernaung di bawahnya.

Tiba-tiba dalam bab perayaan agama lain, kita menjadi tersepit. Kerana apa? Kerana tiba-tiba dari wajah keamanan tadi kita bertukar menjadi sombong dan keras.
Kita memberi tafsir bahawa orang lain yang kita janjikan keamanan dan perlindungan itu hanya wajar merayakan perayaan mereka sesame mereka. Kita tidak boleh bukan hanya turut bergembira bersama mereka malah nak ucapkan selamat perayaan pun ditegah.

Saya mohon maaf kepada yang terpelajar dalam ilmu ini, tetapi janganlah kita terlepas pandang realiti  semasa dan kaji semua sudut dari “etymology” kepada asal-usul selain suasana masyarakat berbilang kaum dan agama sebagaimana Malaysia.
Hari ini Hari Krismas, hari dimana penganut Kristian percaya adalah hari kelahiran Jesus atau Nabi Isa. Bagi mereka hari ini adalah hari terbesar perayaan dalam calendar mereka. Jika saya punya kawan dan rakan Kristian tak kanlah saya mengunci mulut dan berlagak bodoh sehingga tidak boleh mengucapkan “Merry Christmas” kepada mereka…..

Bayangkan pula kalau saya dari keluarga Kristian, punya ibu-bapa dan adik beradik Kristian tetapi saya telah Islam. Takkanlah tanggal 25 Disember ini saya lari memencilkan diri semata-mata kerana talut mahu mengucap “merry Chritmas” kepada mereka. Adakah saya menjadi Kristian kembali dengan ucapan itu?
Memang kita tersepit kalau kita membuat tafsiran tanpa memikirkan aspek lain yang lebih besar.

Bagi perkataan “Christmas” rujuklah dulu setidak-tidaknya istilah dan maksudnya.
"Christmas" is a compound word originating in the term "Christ's Mass". It is derived from the Middle English Cristemasse, which is from Old English Crīstesmæsse, a phrase first recorded in 1038.[7] Crīst (genitive Crīstes) is from Greek Khrīstos (Χριστός), a translation of Hebrew Māšîaḥ (מָשִׁיחַ), "Messiah"; and mæsse is from Latin missa, the celebration of the Eucharist. The form "Christenmas" was also historically used, but is now considered archaic and dialectal;[27] it derives from Middle English Cristenmasse, literally "Christian mass".[

Kalau begitu adakah kita bertukar akidah apabila mengucapkan “Merry Christmas”, demikian juga “Happy Deepavali” dan seumpamanya.
Biarlah kita terus dipandang mulia dalam waktu kita memegang erat aqidah dan kepercayaan kita. Saya terbaca malah Presiden Abdullah Gul dan PM Erdogan pun mengucapkan selamat Krsitmas buat rakyat Turki yang beragama Kristian malah begitu juga Ikhawan Muslimin di Mesir.

Cubalah buat usaha dan cari ikhtiar agar orang memandang tinggi pada Islam dan akhirnya hasil dari kehebatan kita itu orang tunduk dan terima Islam, itu kan lebih baik.
Kita di Malaysia ini berbilang kaum dan agama, mereka yang bukan Islam walaupun kecil bilangannya dari kita, adalah manusia sebagaimana kita juga, punya hati dan perasaan. Kalau nak ucap “Merry Christmas” pun ditegah, bayangkan apa persepsi yang ada dalam kepala mereka terhadap kita. Jangan tersepit.

Merry Christmas kepada semua rakan saya yang beragama Kristian.

Terkini: Karpal cabar Hadi (12/12/12)

Wednesday, December 12, 2012


Suka tak suka kita perlu bertanya adakah isu yang sedang bergolak di Kota Bharu, iaitu yang melibatkan tindakan MPKB-BI (Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam) terhadap salon unisex dan mereka yang berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai, akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk melonjak menang dalam PRU ke 13 ini.
Setidak-tidaknya itulah yang berada dalam kepala Pengerusi DAP Karpal Singh.

Menurut berita terkini The Star Online, Karpal mencabar Presiden PAS agar menyatakan pendirian PAS terhadap isu “gender segregation” atau pemisahan antara jantina lebih tepat lagi isu aurat dalam Islam menurut pegangan PAS.

Karpal mendakwa:
"The last that the DAP would want to do would be not to scuttle efforts by the opposition pact in its quest to capture Putrajaya in the coming election," Karpal said.

Sekali lagi PAS berhadapan dengan isu prinsip. Adakah matlamat menghalalkan cara atau bagaimana.
Nampaknya alasan bahawa orang bukan Islam akan diberi penerangan, mereka tidak jelas kerana mereka tidak faham sudah tidak boleh diguna lagi mutakhir ini. Pimpinan PAS perlu bijak memberikan penjelasan agar:

1. Ajaran Islam sebenar difahami bukan hanya oleh bukan Islam termasuklah oleh yang Islam
2. Rakan-rakan dalam Pakatan boleh faham dan terima PAS sebagai rakan
3. Peluang PAS dan Pakatan menang cerah
Diharapkan setelah memberi penjelasan di atas Karpal khasnya tidak lagi mengeluarkan kenyataan terbuka yang sedimit sebanyak mencederakan Islam dalam komentarnya yang pedas-pedas itu.

Semoga Allah memberikan bimbingan kepada pimpinan PAS dalam usaha mempertahankan prisnip dan dalam waktu yang sama berdakwah melalui politik.

 

Status agama dalam kad pengenalan WAJIB dikemaskini (11/12/12)

Tuesday, December 11, 2012


Tiada sebarang peruntukan undang-undang mewajibkan saudara baru untuk menukar nama kepada nama Islam dan menukar kad pengenalan dengan maklumat baharu, demikianlah penjelasan pihak kerajaan di Dewan Negara semalam.
“Mereka hanya dinasihat menukar status agama dan nama di Jabatan Pendaftaran Negara,”demikian jelas Timbalan Menteri di JPM, Dr Mashitah Ibrahim.

Soal tukar nama mungkin tidaklah berapa penting dan tiada keperluan akan tetapi memasukkan status baru, iaitu Islam, dalam kad pengenalan setelah memeluk Islam, dirasakan sesuatu yang wajar dan penting kerana ia bakal menyelesaikan kemelut yang kita hadapi kebelakangan ini yang mencetuskan pelbagai kontroversi.

Apabla berlaku kematian, apabila berlaku isu hak penjagaan anak-anak di sanalah sering isu ini timbul, dan kita seakan tiada penyelesaian yang meyakinkan.
Akibatnya berlakulah insiden rampas-merampas mayat untuk dikebumikan, apabila pihak keluarga simati tidak tahu menahu darihal pertukaran status tadi.

Kerana itu satu mekanisma yang lebih kemas perlu diperkenalkan. Tidak cukup dengan pihak jabatan agama mengeluarkan kad memeluk Islam, yang penting adalah pertukaran status dalam kad pengenalan. Benar kadangkala yang memeluk Islam mahu atau perlu merahsiakan pengislamannya dari pengetahuan keluarga atas sebab-sebab tertentu, tetapi demi kepentingan semua khasnya memelihara maruah dan maratabat Islam sendiri, pertukaran status agama dalam kad pengenalan perlulah diwajibkan.
Kita tidak mahu melihat isu rampas-merampas mayat contohnya memberikan gambaran buruk terhadap Islam. Biarlah status dalam kad pengenalan, apabila telah diwajibkan ke atas yang memeluk agama Islam menukar statusnya, menjadi penentu agama akhir simati.

Kita mahu hidup aman dan lantaran menyedari hakikat berbilang agamanya rakyat Negara ini, kerajaan perlu serius dalam hal ini.

Apa khabar Badan Kehakiman kita? (6/12/12)

Thursday, December 06, 2012


Kes Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh anggota polis di Shah Alam pada bulan April tahun 2010 kini bergelora kembali. Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah menolak keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini mendapati Koporal Jenain Subi bersalah atas tuduhan membunuh tanpa niat apabila melepaskan 20 das tembakan terhadap kenderaan yang dipandu Allahyarham sehingga mengakibatkan beliau terbunuh. Beliau dihukum 5 tahun penjara.
Dengan keputusan tersebut Mahkamah Tinggi telah membebaskan Korporal Jenain.

Sudah pastilah keputusan ini membangkitkan kemarahan keluarga Allahyarham dan mereka yang marah dengan kejadian berkenaan. Apa pun pihak Peguam Negara masih boleh merayu terhadap pembebasan ini dan proses perundangan masih belum selesai.
Apa yang mahu saya bangkitkan di sini adalah penerimaan kita terhadap proses perundangan dan badan kehakiman dalam Negara. Saya tidak bermaksud mahu menyebelahi mana-mana pihak kerana saya masih ingat ketika kes ini meletus saya turut berada di Balai Polis Shah Alam mengiringi pimpinan parti membuat laporan polis terhadap kejadian berkenaan.

Apa yang mahu dibangkitkan di sini adakah kita menganggap badan kehakiman itu adil apabila keputusan memihak kepada kita dan tidak apabila sebaliknya? Harus diingat dalam kes ini proses kehakiman masih belum muktamad kerana keputusan Mahkamah Tinggi masih boleh dicabar.
Sekadar mengambil kes ini sebagai contoh, tanpa merujuk kepadanya secara spesifik, saya rasa kita perlu meneliti hal ini, kerana seingat saya antara pemimpin politik yang mula-mula membangkitkan protesnya terhadap Badan Kehakiman adalah Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM.

Ini pernah ditegaskan oleh Tun Musa Hitam (apabila berhenti dari menjadi TPM) bahawa apabila sahaja mahkamah tidak memihak kepada kerajaan maka TDM akan menuduh bahawa hakim berkenaan anti kerajaan. Natijah kita telah lihat apabila TDM memecat Ketua Hakim Negara ketika itu dan beberapa hakim lain menjadikan beliau Perdana Menteri pertama bertindak ke atas hakim-hakim.
Tetapi itu kes 1988 iaitu lebih 20 tahun lalu. Ada diantara hakim yang dipecat telah pun meninggal dunia dan TDM pun bukan PM lagi hari ini.

Adakah badan kehakiman kita hari ini telah pulih atau masih ditakuk 20 tahun lalu atau bagaimana?
Adakah pihak kerajaan menguasai keputusan kehakiman atau tidak atau bagaimana?
Pasca krisis 20 tahun lalu kita melihat ramai muka-muka baru telah duduk di bangku institusi berkenaan. Memang sebagai manusia ada keputusan yang kita setuju dan ada juga yang kita tidak berpuas hati. Jadi dimanakah duduk kita sebenarnya?

Berbalik kepada kes ini saya merasakan pihak Peguam Negara wajib merayu atas keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan. Kegagalan berbuat demikian akan membangkitkan protes ramai. Namun dalam waktu yang sama kiranya segala proses perundangan dan kehakiman telah mukatamad, semua piohak perlu berlapang hati dan menerimanya.
Jika tidak maka kita menghukum badan kehakiman kita sebagai curang dan tidak adil, benarkah begitu?

 

 

 

Tarikh pilihanraya: suatu penantian yang menyiksa (5/12/12)

Wednesday, December 05, 2012


Perhimpunan Agung Umno 2012 telah datang dan pergi. Bagi rakyat Malaysia yang tak sabar-sabar menunggu tarikh pembubaran Parlimen, agak kecewa apabila tiada langsung petanda yang diberikan oleh pimpinan Umno khasnya Presiden Umno selain menyebut sudah semakin dekat. Memang dekat iaitu April 2013, tetapi ramai yang beranggapan bahawa kemungkinan besar tarikh tersebut diumum oleh Presiden Umno yang juga PM semasa ucapan penangguhan beliau, tetapi tidak juga.
Maka sekali lagi kita semua perlu menunggu, dan nampaknya tukang telek dan ahli nujum sudah tiada banyak pilihan, jika tidak Disember 2012, Januari 2013, Febuari, Mac atau April…..

Apa pun ternyata BN terpaksa menganggap pilihanraya kali ini adalah yang paling genting dan mencabar buatnya. Buat pertama kali mereka berhadapan dengan saingan yang setanding dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Apakah bakal berlaku kejutan, segalanya terpulanglah kepada rakyat jelata dan sudah pasti ketentuan Allah swt.
Di Selangor, secara peribadi saya tidak nampak BN punya banyak tenaga untuk merampas kembali negeri ini dari pimpinan PR. Presiden Umno sepatutnya mengumumkan nama Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, bagi menampakkan kebersediaan mereka bertempur dengan BN, malangnya tidak dan beliau masih memegang jawatan itu sekaligus menunjukkan Umno dan BN tidak punya pemimpin yang berkaliber untuk disabungkan di negeri ini.

Presiden Umno sudah menyatakan bahawa kali ini BN akan menyediakan calon-calon yang mampu menang “winnable” candidates, sudah pastilah banyak muka baru dan difahamkan yang tiada jawatan diperingkat bahagian juga akan di payung-terjunkan demi memberi harapan buat Umno dan BN.
Kerana itulah kekhuatiran Presiden Umno darihal isu sabotaj dalam parti ditekankannya berkali-kali dalam ucapan pennagguhan beliau.

Marilah kita saksikan nanti apakah “winnable” candidates itu benar-benar “winnable” atau sebaliknya menjadi “debacle” atau malapetaka buat Umno dan BN.
Sementara itu PR juga tidaklah boleh terlalu “over confident” atau berangan-angan Mat Jenin. Kerja kuat perlu diteruskan dan selain itu calon-calon juga mestilah dipastikan dikalangan mereka yang benar-benar berkaliber dan punya kemampuan sebagaimana dikehendaki rakyat. Jangan pula PR yang bermasalah dalaman. Berebut-rebut dan “sabotaj” dalam isu pemilihan calon.

Bagi PAS , “SOP (standard operating procedure) ” nya telah ada dengan mekanisma tapisan oleh Majlis Syura, pastikan benar-benar menepati kehendak yang diputuskan. Jangan ada yang “melobi”, meminta-minta jadi calon, kerana itu dalam Islam merupakan satu tegahan. Saya masih ingat dalam satu pilihanraya kecil, pemimpin tertinggi PAS lantaran disiplin Islam yang disebutkan menggugurkan nama seorang calon atas dasar ini. Ramai yang terkejut dan tidak puas hati, tetapi beliau tetap berpegang dengan disiplin berkenaan dan Alhamdulillah calon yang dipilih telah menang besar dalam pilihanraya kecil itu.
PAS mengikut sejarahnya tidak pernah menghadapi masalah pemilihan calon. Almarhum Dr Burhanuddin walau berasal dari Perak telah bertanding dan menang di Besut, begitu juga Almarhum Prof Zulkiflee Mohammad di Bachok, Khatijah Sidek di Dungun dan seumpamanya. Tidak pernah ada halangan dari “warlords” tempatan dalam soal pemilihan calon bagi PAS, janganlah kerana sudah menang besar hari ini PAS juga macam Umno sudah ada “warlords” tempatan, negeri dan seumpamanya.

Jika mampu mengekalkan kehormatan Islamnya sebagaimana dahulu insyallah ia punya potensi besar kali ini.
Berbalik kepada Perhimpunan Agung Umno yang lepas, saya terkejut apabila menjelang perhimpunan itu seorang rakan “blogger” membuat posting dalam blognya:

“Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut. Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas.”
Walaupun “blogger” taraf “superstar” itu memulakan postingnya dengan:

“Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan.”

Tetapi ternyata maklumat atau khabar angin atau terjahan beliau itu tidak berasas. Tiada pun bekas pemimpin PAS yang lompat masuk Umno sepanjang perhimpunan berkenaan. Bermakna “iya” atau “tidak” beliau itu berkesudahan dengan “tidak”. Namun sebagai seorang “blogger” yang “pro” saya merasakan sekurang-kurangnya beliau akan menjernihkan kembali “iya” atau “tidak” beliau itu dengan penjelasan bahawa ia tidak berasas atau menariknya, malangnya sampai hari ini “posting” tersebut masih melekat di blog beliau dan tiada kisah apa pun dari beliau berkenaannya.
Begitulah kalau “blogger” mahu cetuskan sensasi. Cuma saya merasakan kita mesti ada pertanggungjawaban jika tidak pun sebagai seorang “blogger” yang professional, setidak-tidaknya sebagai seorang Muslim. Fitnah itu berat …… Jangan kerana kebencian atau tidak puas hati kita kepada seseorang menjadikan kita mebelakangkan akhlak dan keperibadian Islam dalam pendekatan kita.

Apa pun biarlah siapa yang mahu menang, menang dengan penuh maruah, barakah dan naungan Allah swt. Jangan menang dengan fitnah dan adu domba, carut dan maki (memang seorang rakan “blogger” tersohor juga ringan kaya betul dengan perbendaharaan kata lucah dalam tulisannya – tapi popular juga!). Islam itu Allah janji akan menang, dan ia akan menang dengan keperibadian dan akhlak Islam, bukan sebaliknya.
Selamat menunggu lagi tarikh pilihanraya.

 

 

Isu Palestin: Parlimen Malaysia mesti bersungguh (18/11/12)

Sunday, November 18, 2012


Saya difahamkan kerajaan Malaysia akan mengemukakan usul tergempar di Parlimen esok mengutuk tindakan kerajaan Haram Israel ke atas Gaza, Palestin selain menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi ke atas perjuangan rakyat Palestin.
Sebanyak lima ketetapan akan dibentangkan bagi menyatakan pendirian itu iaitu:

PERTAMA: Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestine di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin.
KEDUA: Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata.

KETIGA: Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan Sesi Tergempar Khas Perhimpunan Agung PBB di bawah Resolusi 377A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.
KEEMPAT: Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat; dan

KELIMA: Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan/ Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.
Saya yakin usul ini akan disokong sebulat suara oleh semua ahli Parlimen kita, baik wakil BN mahupun pembangkang. Cuma saya merasakan usul ini terlalu “lembut” dan seakan memorandum demonstrasi sahaja bunyinya, selayaknya jika kita serius menyatakan keprihatinan, simpati dan sokongan kita, sebagai kerajaan, bunyi dan kesungguhannya juga wajar lebih keras dan serius.

Saya cadangkan selain 5 ketetapan di atas, tambahlah jika sungguh kita serius:
1) Lulus peruntukkan segera RM10 juta (atau lebih) sebagai bantuan kemanusiaan dan dihantar secara peribadi oleh beberapa wakil dari kalangan ahli parlimen kita terus ke pentadbiran Palestin di Gaza (kalau PM Mesir dan Menteri Luar Tunisia boleh berkunjung ke Gaza di saat cemas ini, mengapa tidak kita. (Saya cadang Speaker Parlimen, seorang Menteri, seorang Timbalan Menteri, Ketua Pembangkang, Presiden PAS dan Setiausaha Agung DAP, pergi terus ke sana mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia!)

2) Kerahkan kor perubatan dan kor jurutera Angkatan Tentera Malaysia bersiap sedia untuk dihantar bagi memberi rawatan perubatan kepada rakyat Gaza selain membantu membina kembali kemudahan infrastruktur yang telah dimusnahkan Israel.
3) Hantar bantahan keras terus kepada Israel (walau kita tidak ada hubungan diplomatik) biar beberapa wakil dari kalangan ahli parlimen kita (cadangan saya lima yang di atas tadi juga) diterbangkan dalam penerbangan khas samada bertemu wakil Israel di PBB atau terus ke Tel Aviv bagi menyampaikan bantahan keras kerajaan dan rakyat Malaysia. Nak suruh lulus usul hantar tentera, sudah pasti Malaysia tak daya, sekurang-kurangnya hantar wakil, barulah bersungguh kelihatan usaha kita.

Mohon sangatlah perkara ini turut dibawa dan dibincangkan di Parlimen esok. Kalau sekadar nak lulus lima usul di atas sahaja, saya percaya dewan di Korea Utara atau di Vanuatu pun boleh lulus. Jangan sampai Israel sekadar mentertawakan kita sebagaimana ia mentertawakan Negara Arab hari ini yang begitu lesu!
Seriuslah membantah Israel dan membantu Palestin saya yakin semua rakyat Malaysia menuyokong!

Peperangan semakin hampir (17/11/12)

Saturday, November 17, 2012


Disaat saya menulis posting ini saudara kita di Gaza, Palestin terus dihimpit menderita, bumi mereka digasak bertalu-talu oleh serangan jet pejuang Israel. Menurut al Jazeera terbaru, 3 pejuang Palestin syahid terbunuh oleh serangan udara jet Israel di Kem Maghazi, tengah Gaza. Manakala CNN pula melaporkan kabinet Negara Haram Israel telah meluluskan agar dikerah 75,000 tentera simpanan Israel agar berpadu tenaga dengan 30,000 tenteranya di sempadan Gaza sementara menunggu isyarat menggempur bumi Palestin itu.
Pimpinan Negara Islam yang ketara kelihatan aktif dan prihatin adalah Mesir dan Turki. Difahamkan PM Turki akan mengunjungi Mesir dalam waktu terdekat bagi membincangkan isu ini. Sementara kerajaan Saudi memilih mencari jalan selamat. Beberapa demonstarsi besar-besaran telah diadakan di Mesir dan Turki termasuk beberapa Negara Islam lain, selain oleh umat Islam dan penyokong Palestin di Amerika Syarikat dan Eropah.

Walaubagaimanapun pagi tadi beberapa penganalisa CNN melaporkan bahawa Mesir khasnya cuma beretorik kosong dan tidak menjangkakan bahawa Negara itu dan Turki selain Iran akan mengambil apa-apa langkah berani.
Benar atau tidak telahan para penganalisa itu kita serah pada Allah swt. Apa pun dengan kehadiran begitu banyak tentera Israel di sempadan sebagaimana dilaporkan, tidak mustahil mereka sudah bersedia melancarkan perang darat, dan kita menunggu apakah tindakan balas kerajaan-kerajaan Islam termasuk Mesir, Turki dan Iran selain yang lain termasuklah kita di rantau sebelah sini.

Allah swt berfirman maksudnya:
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; (an Niza:95)

Dari Sahl bin Sa'ad Radiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Menjaga orang-orang muslim dari serangan musuh sehari di jalan ALLAH lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami……

 

 

 

Bumi Gaza berdarah, kita buat apa?! (16/11/12)

Friday, November 16, 2012


Siang tadi saya mengikuti satu posting oleh anak saudara saya yang bekerja di Putrajaya. Katanya malang teks khutbah Jumaat di masjid yang beliau hadiri tidak langsung berdoa untuk saudara kita di Palestin. Beliau menerima beberapa komen dari rakan-rakannya yang lain yang turut menyatakan begitu juga di masjid yang mereka hadiri. Dan malangnya masjid yang saya hadiri di Subang Jaya juga langsung jangankan menyentuh kesengsaraan yang menimpa saudara kita di Palestin, berdoa untuk mereka pun tidak.
Begitulah keadaan kita di sini sedang terbaru menurut BBC jumlah yang syahid di Gaza sudah mencecah 21 dan serangan udara oleh jet-jet pengebom Negara Haram Israel terus berjalan sudah masuk tiga hari.

Hari ini hari Jummat, penghulu segala hari, hari yang besar dalam Islam sedang saudara seagama yang berjuang mempertahankan bumi mereka dan berusaha mahu membebaskan Masjid al Aqsa dihujani peluru dari musuh-musuh Allah, dan kita nak berdoa pun tidak peduli…….subhanallah.

Ramai sangat yang bercakap dan mendakwa berjuang untuk Islam tetapi apabila peristiwa seperti ini berlaku, banyak pula alas an diberi, banyak sangat kepentingan dunia yang didahulukan……
Anak yang syahid ini di dukung oleh PM Mesir (kiri) dan PM Palestin
(kanan) siang Jumaat tadi
Dalam dunia Islam hari ini, hari Jumaat, kita boleh lihat tiadalah yang sejujur dan seikhlas kerajaan Mesir. Presiden Morsi telah mengarahkan Perdana Menterinya Hisham Qandil untuk menyeberangi sempadan masuk ke dalam bumi bergolak Gaza bagi bertemu pimpinan Hamas untuk menyatakan sokongan padu rakyat Mesir terhadap rakyat Gaza, Palestin.

Di Gaza, dihadapan pimpinan Palestin Hisham Qandil berkata sebagaimana dipetik BBC:
Kami merasakan kesengsaraan rakyat Gaza. Palestin adalah degup jantung dunia Islam, dunia Islam tidak akan aman sekiranya jantungnya menderita.

Itulah pimpinan Islam sebenar. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kerajaan Islam Mesir untuk menjadi teraju dunia dan gerakan Islam, menyelematkan Palestin dan melenyapkan musuh-musuh Mu.
Di Gaza semasa mengunjungi hospital di sana, PM Hisham Qandil bersama PM Palestin Ismail Haniyeh mendukung mayat seorang syuhada kecil, yang syahid akibat serangan binatang Israel. Menurut BBC darah syuhada kecil itu terkena dan terpalit pada baju PM Mesir……dan kita di sini buat apa???

Sementara itu tentera kerajaan haram Israel dilaporkan sedang berkumpul di sempadan Gaza, bersedia untuk melancarkan serangan darat.
Di TV3 sewaktu posting ini dibuat sedang hebat mengumumkan berbillion wang ditabur untuk pembangunan Negara di sana-sini. Parti-parti lain sedang sibuk buat persiapan untuk menang pilihanraya. Bumi Palestin berdarah dan terus berdarah…..malangnya di sini khatib yang kerjanya baca khutbah pun langsung tidak ringan lidahnya untuk berdoa buat Palestin.

 

 

Mother Mary menurut Islam (13/11/12)

Tuesday, November 13, 2012


Kisah penjelmaan imej  “Virgin Mary” atau “Mother Mary” iaitu ibu kepada “Jesus Christ” menurut kepercayaan Kristian, di tingkap bangunan hospital SJMC di Subang Jaya baru-baru ini hangat diperkatakan kebelakangan ini. Ramai penganut Kristian berkunjung dan menyembah serta berdoa di hadapan hospital tersebut.
Terbaru pihak gereja telah selesai berbincang dengan pentadbiran hospital yang bersetuju menyerahkan kepingan tingkap yang dipercayai menjelmakan imej “Mary” itu kepada gereja untuk disimpan di sana, sebuah gereja Katolik di Kelang.

Ini antara lain bagi mengelakkan kesesakkan penganut Kristian di perkarangan hospital. Walaubagaimanapun sehingga kini pihak gereja masih tidak mengesahkan kesahihan penjelamaan itu.
Apa yang berlaku adalah masalah penganut Kristian dan biarlah mereka yang menyelesaikannya. Cuma saya agak bimbang juga apabila membaca beberapa komen di beberapa laman web antaranya: (komen seorang pengunjung laman web)

Rev Murphy Pakiam,
Kindly recall what Cecilia Chin told and wrote a book to you and all your team during the tenure in Penang.

Tell the message to our people that has been conveyed to you, the words from Mother Mary. Be humble, just do it.
How can Russia be converted? and under whose power that this can happen? I think you have forgotten all the basics while going for the honours.

Dan satu lagi:
Do you wonder why the image is sighted in Subang Jaya and not somewhere else in Malaysia?

 Why not in Kuala Terengganu, Kota Bharu or Alor Star? After all, it did not appear in the window of a church. It appeared on the window of Sime Darby Medical Centre.
Other towns have hospitals too.

Before any Sime Mary stories were reported, I’ve already been saying that Subang Jaya is the Malaysian capital of evangelism.
Gambaran yang mahu diberikan seolah “penjelmaan” ini adalah petanda bahawa agama Kristian akan diterima secara besar-besaran di Malaysia (sebagaimana Rusia pasca Kominis) dan Subang Jaya akan menjadi pusat pengembangan Kristian Malaysia.

Itu gambaran yang boleh difaham walaupun sukar dipercayai.
Apa pun yang lebih menarik bagi saya adalah walaupun Islam dan Krisitian bagi penganut mereka adalah dua agama berbeza dan terkadang bermusuhan, namun hakikatnya banyak persamaan dan mungkin dengan izin Allah satu hari nanti menjadi keluarga Isa bin Maryam yang besar di akhir zaman,

“Virgin Mary” atau “Mother Mary” atau yang Islam kenali sebagai Mary atau Maryam disebut dalam al Quran, dengan satu surah diperuntukkan buatnya iaitu Surah Maryam. Berikut petikannya:
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.
Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.

Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".
Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"

Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
(surah Maryam 16-21)

TIDAK: Tiada kebebasan agama buat kami yang sudah Islam (8/11/12)

Thursday, November 08, 2012


Dalam laman Free Malaysia Today dipaparkan identiti wanita yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah dalam satu forum bertajuk : ““Islamic state: Which vision? Whose responsibility?”,  tempoh hari. Respon ahli parlimen itu telah mencetuskan kontroversi sehingga mengakibatkan beliau terpaksa beri penjelasan dan penerangan tentang apa sebenarnya maksud ulasan beliau itu.
Siapakah wanita itu? Namanya Siti Kasim seorang peguam yang merupakan ahli jawataknuasa hak asasi Majlis Peguam.

Soalannya menurut pengakuan beliau adalah: ……. whether freedom of religion should be extended to the Malays….( samada kebebasan agama boleh terpakai ke atas orang-orang Melayu)
Kalau soalan itu diajukan kepada saya, sudah pastilah jawapannya TIDAK kerana ayat:

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”  al Baqarah  : 256
hanya merujuk kepada mereka yang belum Islam yang tidak boleh dipaksa memeluk Islam. Ini sebagaimana diperjelaskan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz di dalam facebooknya:

Ayat 'tiada paksaan dalam berugama' adalah merujuk kepada hak non muslim untuk kekal dalam ugama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih ugama masing-masing. Tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa non muslim untuk memeluk ugama Islam.
TETAPI, jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak hak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya.

Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim?
Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar ugama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain??

Semoga jelaslah semua pihak yang perlu dijelaskan. Semoga jangan diulangi kenyataan-kenaytaan yang Cuma boleh memerangkap dan merugikan diri dan agama kita.

 

Jom perhatikan Obama (8/11/12)


Obama menang penggal kedua, Romney tewas. Demokrat bertahan di Senat, Republikan di Dewan Perwakilan. Apa ada semua ini pada anda?
Saya teringat menonton temubual di TV dengan beberapa rakyat Palestin, semasa kempen pilihanraya Presiden AS itu, rata-rata yang ditemubual berkata, tiada beza Obama atau Romney, AS selama-lamanya tidak pernah membantu membela nasib rakyat Palestin.

Romney sudah kecundang oleh itu impian untuk melihat seorang Paderi Gereja Mormon yang cenderung kepada Negara Haram Israel, menjadi Ketua Negara AS berakhir. Kini yang ada Obama, yang walau bukan orang agama, dan tidak berapa “ultra” Israel namun tidaklah juga cenderung kepada Islam mana pun.

Obama buat masa ini enggan menyerang Iran, tetapi Romney bersedia. Tetapi Obamalah yang telah membunuh Osama Ben Laden, tidsak menangkapnya dan menyeret ke pengadilan seperti Saddam, kerana mahu membuktikan bahawa dialah juara menentang pengganas.
Apa pun yang penting AS mestilah selaku pemain terbesar dalam percaturan ekonomi dunia perlulah lakukan sesuatu untuk merawat ekonomi dunia yang sedang menggelungsur, termasuk menjejaskan kita di sini. Tak tahulah “magic” apa akan digunakan, tetapi Obama lah penggeraknya.

Dunia Islam sebelah Timur khasnya di Mindanao sudah mula melihat tanda akan aman, kita menunggu pula apa nasib di Selatan Thai, Myanmar (melibatkan kaum Rohingya). Di Timur Tengah khasnya di Plaestin tidak nampak sebarang tanda penyelesaian yang positif. Barat terus membantu PLO tanpa memperduli Hamas dan Negara Haram Israel terus dibelai sebagai anak manja termasuk oleh Obama.
Di Mesir, Obama tidak campur tangan apabila rakyat mengundi blog Ikhwan dan Morsi menjadi Presiden, namun mereka terus diperhatikan. Libya masih kacau begitu juga Syria dan lain-lain Negara Islam khasnya di Utara Afrika.

Kerajaan Syiah Iran terus bertarik-tali dengan Barat.
Apa pun kalau sekali lagi ditanya, apa ada semua ini pada anda, mungkin ada yang menjawab “Ada aku kisah !?!” Kisah tak kisah sebab kita ni duduk atas dunia dan bukan di bulan atau planet lain, maka terbatuk Presiden AS maka kita di sini, kisah tak isah, tetap merasa gegarnya.

Jom perhatikan Obama.

Tiada paksaan dalam agama (Islam) (6/11/12)

Tuesday, November 06, 2012


Apakah sebenarnya yang disebut oleh Nurul Izzah sehingga mengundang kontroversi kebelakangan ini. Terbaru Presiden PAS mengeluarkan kenyataan akan meminta penjelasan dari ahli parlimen itu sendiri.
Rata-rata semua orang Islam tahu bahawa Islam mengajar kita tiada paksaan dalam agama, ini berkaitan dengan firman Allah swt dalam al Quran maksudnya:

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
al Baqarah  : 256
Apa yang kita faham seseorang tidak boleh dipaksa memeluk Islam. Itu muktamad. Tetapi apabila seseorang telah Islam, ia terikat dengan disiplin dan hukum-hakam Islam, yang sumber tertingginya adalah al Quran dan Hadis. Dalam erti kata lain lantaran ia telah memilih Islam, ia tiada pilihan melainkan mati dalam Islam kerana itulah peraturan dalam Islam yang ia pilih untuk menganutnya.

Sekali lagi saya tidak pasti apa yang telah diungkapkan akan tetapi rekasi, bukan dari media perdana tetapi media alternatif khasnya dari kalangan yang bukan Islam seolah mengambarkan ahli parlimen berkenaan menyatakan:
How can anyone say (freedom of religion) only apply to the non-Muslim, it has to be applied equally.

Ulasan yang diberikan seolahnya ahli parlimen berkenaan seorang Muslim yang berfikiran terbuka kerana mengakui kebebasan beragama adalah pilihan dan hak masing-masing tidak terkecuali orang Melayu.
Seorang lagi pengulas dalam sebuah blog khas buat penganut Kristian memulakan tulisannya dengan menulis:

The Malaysiakini report on Nurul Izzah Anwar's statement that there should be no compulsion in religion even for Malays is a watershed idea for the nation.
Saya tidak mahu percaya kepada media arus perdana kerana kebanyakkannya punya agenda politik yang semua kita tahu. Tetapi bagaimana kalau laporannya dating dari yang bukan arus perdana?

Apa pun terpulanglah kepada ahli parlimen berkenaan untuk membuat penjelasan dan perjelaskanlah sejelas-jelasnya agar tidak menyusah dan memberi liability kepada pihak lain.
Kalau tidak benar, kalau disalah petik, dipetik luar dari maksud sebenar atau apa sahaja, buatlah penjelasan supaya tidak ada mana pihak boleh eksploitasi dan lebih penting maruah dan nama baik Islam terpelihara.

Dalam surah yang sama Allah swt berfirman maksudnya:

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(al Baqarah : 257)

 Rujukan:



 

 

Apa yang boleh kita belajar dari pilihanraya AS (4/11/12)

Sunday, November 04, 2012


Hari Selasa ini rakyat Amerika Syarikat akan keluar mengundi Presiden mereka. Obama dari Demokrat yang mempertahankan jawatannya akan ditentang oleh Romney dari Republikan. Selain itu pilihanraya kongres turut diadakan bagi menentukan parti manakah yang menguasai badan legislatif tertinggi dalam Negara “Bapa Demokrasi” itu.
Mungkin Obama akan berjaya atau mungkin juga Romney akan mencatat sejarah negulingkan Obama yang hanya mampu bertahan satu penggal.

Bagi saya yang menarik adalah perjalanan pilihanraya di sana berbanding dengan di sini.
Banyak yang perlu kita belajar dan kaji dari perlaksanaan pilihanraya di sana supaya kita dapat pula melahirkan satu sistem yang lebih telus, teratur dan sistematik di sini.

Yang menarik saya perhatikan adalah budaya perdebatan terbuka dan kebebasan media walaupun hakikatnya media di sana juga sebenarnya mempamirkan juga kecenderungan kepada satu-satu pihak tetapi kecenderungan itu tidaklah “melampau”.
Selain itu kita perhatikan “emosi” rakyat dan para pengundi termasuklah penyokong di sana agak terkawal. Kenapa bila pilihanraya di sini kita menjadi terlalu emosional, sehingga pilihanraya seolah bagaikan satu peperangan? Mungkin masing-masning pihak boleh memberi seribu satu alas an, tetapi alangkah baik sekiranya kita dapat melahirkan satu suasana aman dan matang semasa berpilihanraya, supaya semuanya berjalan lancer tanpa sengketa atau pergaduhan kerana yang pentingnya adalah rakyat bebas memilih pemimpin yang paling layak dikalangan mereka.

Tetapi tidaklah sistem di AS itu yang paling “perfect”. Dalam akhbar hari ini juga ada pendedahan berkenaan pendaftaran pengundi, pengundi mati dan lain-lain masalah di AS. Tetapi ia tidaklah serius. Bermakna apa yang ada pada kita boleh dibaik-pulih, diperbaiki dan yang penting kita pelajari dari pengalaman orang lain.
Saya mengharapkan dalam PRU Negara kita nanti, suatu perubahan ke arah yang lebih baik akan berlaku, yang penting semua pihak perlu ikhlas dan jujur dan yang pneting adalah masa depan Negara.

Lawan judi "haram" dengan judi "halal" (4/11/12)


Ketua Pengarang akhbar The Star, Wong Chun Wai, dalam ruangannya hari ini mengulas isu judi khasnya judi “haram” di Malaysia yang berleluasa kebelakangan ini. Beliau memberikan angka-angka yang menarik dalam ruangannya itu.
Menurut beliau pada tahun 2008 sahaja pihak berkuasa telah menahan sejumlah 2,156 orang yang terlibat dalam aktiviti judi “haram” ini dengan merampas sejumlah RM15juta aset berkaitan judi berkenaan. Pada tahun berkenaan adalah dianggarkan judi “haram” mengaut keuntungan sejumlah RM3.2 billion!

Judi haram hukumnya menurut Islam, manakala judi “haram” yang dimaksudkan khansya oleh Wong di sini merujuk kepada aktiviti judi yang tidak dilesenkan oleh kerajaan, iaitu judi selain kasino di Genting, selain tikam nombor termasuklah Magnum, Sports Toto, Pan Malaysian Pools, judi lumba kuda dan kelab-kelab judi yang diberi lesen.
Ini bermakna RM3.2 billion di atas merujuk kepada keuntungan selain dari judi yang dilsenkan, agak-agaknya kalau kedua-dua keuntungan ini dicampurkan berapa billion lah agaknya pendapatan judi di Malaysia!?!

Kerana itu tak hairanlah menurut atrikel Wong itu Malaysia tersenarai antara Negara “penjudi” yang paling besar di dunia!
Judi “haram” disini termasuklah siber judi yang dikendalikan oleh operator kafe siber yang kebanyakannya tidak berlesen, juga termasuk sindiket judi tikam nombor tidak berlesen atau lebih dikenali sebagai “black market”. Wong mendedahkan juga judi-judi “haram” lain termasuklah yang berjudi semasa acara dan kejohanan sukan khasnya bolasepak yang dikendalikan oleh sindiket-sindeket tertentu. Malah pada PRU 2008 percaya atau tidak, sindeket tempatan mengaut sejumlah RM500 juta duit taruhan dikalangan mereka yang berjudi meneka siapakah calon atau parti yang menang dalam pilihanraya tempatan!

Kebimbangan yang dilahirkan dari aktiviti judi “haram” yang berleluasa ini adalah jenayah. Mereka yang tegar dan mahu terus berjudi tidak akan segan-silu terlibat dalam aktiviti jenayah umpama mencuri, ragut, peras dan sebagainya untuk memperolehi “modal” bagi berjudi.
Memang kerana itulah judi tak kiralah yang “haram” atau “berlesen” ditegah oleh agama kerana ia mampu meruntuhkan institusi keluarga, masyarakat dan Negara. Dan saya percaya semua agama dan kepercayaan melarang atau menegah penganutnya berjudi. Malah satu komen ruangan SMS dalam akhbar Wong hari ini juga berbunyi:

Stay away from gambling joints please. Don’t gamble with your life and future. Think of loved ones and exercise self control. You wont regret it. IM
Sebenarnya semua tahi judi tak kiralah yang “haram” atau “berlesen” akan memiliki kecenderungan untuk melakukan jenayah jika mereka kehabisan “modal” lantaran ketagihan mereka itu. Kerana itu semua aktiviti judi perlu dihapus, dibenteras dan diperangi.

Wong dalam kesimpulannya cuba membayangkan agar lesen judi tidak diperketatkan seperti pada hari ini kerana berkemungkinan dengan cara itu bilangan juid “haram” dapat dikawal, tetapi apa bezanya judi “haram” dan “berlesen” tidakkah kedua-duanya menjurus kepada kebinasaan diri?!

Sekali lagi saya mahu tegaskan, semua pihak perlu main peranan. Ini bukan isu politik atau agama, ini satu masalah besar yang jika tidak ditangani akan mengundang keruntuhan kepada Negara dan padahnya dirasai bukan hanya oleh orang Melayu Islam tetapi semua rakyat.
Bagi judi “haram” yang dimaksudkan – satu peperangan besar-besaran perlu dilancarkan melibatkan semua pihak dan agensi samada di peringkat Persekutuan mahupun negeri. Penglibatan pihak SPRM dalam operasi peperangan ini mesti diwajibkan demi mengelakkan sebarang angkara rasuah dalam penguatkuasaan.

Jangan bercakap sahaja. Jangan menuduh sahaja. Semua pihak perlu bangkit dan menanganinya kerana ia suatu realiti dalam masyarakat hari ini.
Bagi judi yang berlesen pula, tindakan mengharamkan atau menutup operasinya perlulah dikaji, dipertimbang dan dilaksanakan. Mulakan dengan menaikkan cukai ke atas aktiviti ini. Jangan hanya mahu berperang pada yang “haram” sedang yang berlesen terus dibiarkan kaya “menipu” dan “memeras” mereka yang terjerumus di dalamnya.

Selagi tiada kesungguhan dalam hal ini, selagi itulah agnka keuntungan yang dicatatkan di atas akan terus berlipatganda, masyakarat kita semakin rosak, jenayah semakin meningkat dan kita sekadar menjadi penonton menunggu giliran menjadi “mangsa”.

Bilakan hapus judi siber? (3/11/12)

Saturday, November 03, 2012


Muka depan akhbar The Star hari ini mendedahkan darihal gentingnya isu siber judi ataupun kafe siber haram yang menjalankan aktiviti perjudian siber.
Kadangkala bosan kita membaca atau mendengar mengenainya kerana terlalu berulang-ulang. Pengangkapan dan tindakan diambil ribuan kali tetapi tetap juga industri jahanam ini hidup kekal malah makin menjadi-jadi.

Yang selalu kita dengar operasi dijalankan oleh pihak berkuasa samada polis, PBT tetapi realitinya walau penguatkuasaan meningkat dan bertubi-tubi namun tak mati-mati ia.
Saya punya pengalaman terlibat dalam beberapa operasi seumpama ini semasa duduk sebagai ahli majlis sebuah PBT di Selangor, namun dalam kes saya setelah diambil tindakan premis berkenaan tak beberapa hari ia beroperasi semula. Dimabil tindakan memotong bekalan api, tak beberapa hari disambung secara haram bekalannya (api).

Sering mereka yang menceburkan dirinya dalam aktiviti ini adalah anak-anak muda, dan rata-rata yang paling ramai adalah anak-anak Melayu termasuk kebelakangan ini ramai warga asing Bangladesh dan Indonesia juga.
Secara jujur sekiranya kita serius mahu mematikan terus industri ini sebenarnya tidak mustahil. Apa yang perlu dilakukan adalah tindakan bersepadu semua pihak. Ini bagi mengelakkan gejala “kowtim” atau rasuah menyelesaikan secara senyap-senyap. Tidaklah saya menuduh mana-mana pihak tetapi jika serius biar serius betul-betul.

Lancarkan operasi besar-besaran dan libatkan semua pihak PBT, polis, SPRM, TNB. Jangan sekadar punggah angkut mesin-mesin judi dan sita premis tetapi phak polis perlu tangkap pemilik premis dan mereka yang memakan gaji bekerja di premis berkenaan.
Tuan punya bangunan juga perlu diambil tindakan kerana membenarkan aktiviti haram di premus miliknya.

Dan kes-kes ini perlu segera diseret ke mahkamah. Jangan sekadar melepaskan bauk ditangga, hangat-hangat tahi ayam.
Sesungguhnya banyak aktiviti haram dan bertentangan undang-undang terus menerus berlaku dalam Negara kerana banyak sangat agensi terlibat dan kecenderungan untuk rasuah itu besar.

Kalau mahu seribu daya, kalau tidak apakan daya.

Jadilah kerajaan yang bertaqwa (30/10/12)

Tuesday, October 30, 2012


Allah swt berfirman dalam al Quran:
…….dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (at Talaaq 2-3)

Saya teringat akan ayat ini apabila terbaca berita terkini dari The Star Online http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/30/nation/20121030135301&sec=nation        berkenaan penemuan telaga minyak terbaru di perairan Semenanjung Malaysia iaitu 160km dari Pantai Pahang iaitu di Bertam sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri.
Menurut PM telaga berkenaan dianggarkan mempunyai rizab pengeluaran sejumlah 64 juta tong minyak mentah. Iaitu bakal mempunyai pengeluaran sebanyak 17,500 – 20,000 tong sehari. Ini bermakna Negeri Pahang dijangka menerima royalti tunai sebanyak RM100 juta setahun dari kerajaan Persekutuan.

Kita bersyukur kehadrat Allah swt dengan hasil terbaru ini dan semoga Allah swt terus menerus melimpahkan rezeki Nya buat kita.
Cumanya kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Pahang juga wajarlah bersyukur dan wajarlah juga mengambil langkah menyekat dan membenteras hasil-hasil haram selama ini yang membantu menampung ekonomi Pahang. Sudah pastilah antara yang terbesar adalah kasino di Genting.

Sekiranya kita bersyukur dengan nikmat Allah ini wajib kita menunjukkan kesyukuran itu dengan menghentikan segala yang dilarang itulah tanda kerajaan yang bertaqwa. Jangan nanti segala yang ada ditarik balik oleh Allah swt.
Dan sesungguhnya menjadi pemimpin yang bertaqwa dan membentuk kerajaan yang bertaqwa bukan hanya tanggungjawab kerajaan-kerajaan ini tetapi semua pemimpin dan kerajaan. Tiada alasan yang boleh dipersembahkan kehadrat Allah swt nanti apabila setelah diberi kuasa kita berdolak-dalik.
Sebelum dapat kuasa kita menabur janji dan berbagai tetapi apabila dipinjamkan kuasa kita tabur pula alasan dan dalih.
Semoga Allah swt terus memimpin kita.

 

 

Berhatilah-hatlah kita semua (25/10/12)

Thursday, October 25, 2012


Kontroversi yang dicetuskan oleh sebuah NGO Melayu akibat lagu Krsitian “Harapan Bangsa” nyanyian penyanyi popular Jaclyn Victor terus hangat diperdebatkan.
Berikut adalah laporan The Daily Chili berhubung kontroversi ini:

The controversial song, Harapan Bangsa, that got Jaclyn Victor into hot soup with Perkasa was actually recorded in 2007 for a Christian compilation album, Jubilee.

The song that she sang in Malay, caused a stir recently when it was uploaded on YouTube by a user, with Christian imagery accompanying it.

Malay rights group, Perkasa, is calling for a blanket boycott of 2004 Malaysian Idol winner Jaclyn as it claims the song is an insult to Islam.

The uploader calls herself Kathryn Barry onYouTube. On the site, Kathryn said that she had created the video to "share this beautiful and meaningful song about Malaysia and Jesus."

There were no images of Jaclyn performing or recording the song in the video at press time. The video has received close to 43,000 views at press time.

The lyrics to Harapan Bangsa was written by Pastor Matthew G Singh, while the music was composed by churchgoer Teh Ju Ping.

The song was taken from the compilation album titled Jubilee which was distributed in churches in Sabah & Sarawak for non-commercial purposes, according to her.The album also features contributions from Akademi Fantasia 1 winner Vince and Juwita Suwito.

Jaclyn, 33, told MStar she sang the song in Bahasa Malaysia not to spread Christianity but as a dedication to the existing Christians in Sabah and Sarawak, as the majority of them are more fluent in Bahasa Malaysia.

She would not comment any further on the issue.

Ternyata lagu ini merupakan lagu Kristian yang digubah dan direkodkan bagi tujuan mendakwah ajaran dan fahaman Kristian. Dan oleh kerana Negara ini meraikan semua agama maka Jaclyn dan penerbit lagu ini tidak bersalah. Malah lagunya pun sudah lama dirakam dan diedarkan.
Masalahnya akibat pendedahan ini kini rakyat jelata berbilang kaum kahsnya orang Islam dapat menelaah lagu ini dan liriknya.

Jaclyn berhak menyanyikan lagu ini Cuma bagi saya lirik lagu ini sedikit kontroversial dan boleh disalah eetikan oleh mereka yang bukan Krisitian.
Memang bagi penganut Kristian senikata berikut tiada masalah:

Setiap suku setiap kaum dan setiap bangsa
Kan menyembah di tahta mu
Dan nyatakan bahwa Yesus lah tuhanku
Ku dengar suara aliran sungaimu
Membanjiri hati umat mu di Malaysia
Kami sangat rindu
Kau kan pulihkan Malaysia
Tetapi suka tak suka apabila kita menulis lirik dan mengaitkan “setiap suku dan setiap bangsa” dan mengaitkannya pula dengan “Malaysia” maka ia akan mengundang tanda tanya dari penganut bukan Kristian.

Jaclyn dan penerbit bebas dan punya hak menyanyi dan menerbitkan lagu ini untuk penganut Kristian, tetapi lirik seumpama ini agak sensitif dan sudah pasti apabila ia dibangkitkan akan mengundang kontroversi dan dalam hal ini apabila kita membicarakan hak dan kebebasan, mereka yang bukan Kristian juga punya hak untuk mempertikaikan sekurang-kurangnya senikata lagu ini.
Kesimpulannya bagi mereka yang faham, tak mengapa, tetapi bukankah lebih cocok dan selamat jika di masa hadapan kita lebih berhati-hati. Jangan sekali-kali terlepas pandang dalam hal sensitif seumpama ini kelak ia mengundang perbalahan yang tidak sihat dalam Negara berbilang agama seperti Malaysia.

Kita ambil contoh penggubal “Rukunegara”, rukun yang pertama iaitu “Kepercayaan kepada Tuhan” atau “Believe in God” adalah contoh betapa penggubal memelihara aspek kebebasan beragama. Tidak disebut contohnya Kepercayaan Kepada Tuhan Yang Satu (Esa) sebagaimana Pancasila di Indonesia.
Belajar-belajarlah hidup bersama dan memelihara sensitiviti masing-masing, terkadang nampak remeh tetapi sesungguhnya penting. Jaclyn khasnya dalam hal ini punya ramai peminat dikalangan orang Melayu Islam, tidak salah kalau lebih prihatin.

Naik dan naik lagi harga rokok 21/10./12

Sunday, October 21, 2012


Tahniah akhirnya naik juga harga rokok. RM0.20sen mulai esok!
Saya percaya usaha seumpama ini adalah salah satu langkah terbaik dalam menangani gejala merokok dikalangan rakyat Malaysia khasnya anak-anak muda kita. Kalau boleh semak semula dan naikkan lagi dalam suku pertama tahun depan kalau jumlah atau bilangan perokok dikalangan rakyat Malaysia tidak turun-turun.

Dalam waktu yang sama, yang malangnya tak pula kita dengar dibangkitkan oleh mana-mana ahli Parlimen semasa sidang Bajet baru-baru ini, iaitu menuntut agar dinaikkan cukai ke atas industri perjudian. Mana suara wakil rakyat Islam?
Industri judi berkembang biak dalam Negara kita, walau pun dari segi perundangan dilarang umat Islam membeli atau mengunjungi kasino tetapi semua kita tahu betapa ramainya orang Melayu Islam terjebak dalam aktiviti ini. Tak ada cara lain melainkan dinaikkan cukai ke atas  industry ini biar pemilik ibndustri memindahkan beban mereka kepada pengguna (tahi-tahi judi).

Begitu juga industry arak. Sekali lagi tiada yang bersuar atau bangkitkan dalam isdang Bajet baru-baru ini, tepuk dada Tanya iman?
Berbalik kepada tajuk harga rokok ini, biar ia terus naik kalau kita serius mahu katakana TAK NAK.

 

Agama dan politik tidak boleh campur di Temasik 16/10.12

Tuesday, October 16, 2012


Singapura tidak mahu politik dicampur-adukkan dengan agama. Menurut TPM Singapura Teo Chee Hean di Parlimen Singapura ketika menjawab soalan ahli-ahli parlimen di sana:
“GARISAN jelas antara politik dengan agama harus dikekalkan di Singapura, jika tidak negara ini akan mengalami risiko keretakan dalam keharmonian sosial”

Singapura tidak membenarkan ahli-ahli politiknya menjuarai isu agama walaupun ahli-ahli agama dibenar bebas melaksanakan hak politik masing-masing namun mereka tidak boleh memasuki ruang politik begitu juga ahli politik tidak boleh menerobos masuk ruang agama.

Begitulah LUAS nya jurang perbezaan suasana dan lanskap politik Malaysia dan Singapura. Adakah kita mahu ikut Singapura atau mahu kekal status quo yang ada di Malaysia? Tepuk dada tanya iman.
Di Malaysia bukan hanya parti politik berteraskan agama seperti PAS, malah semua parti politik bebas menyuarakan tuntutan agama dalam berpolitik. Ada pengamal atau aktivis agama yang masuk politik dan berjawatan, selain PAS, mereka ini juga mengunakan platform politik mereka menyuarakan tuntutan kepercayaan mereka. Ada aktivis Kristian, Hindu dan lain-lain berpolitik di Malaysia. Malah dalam Umno pun aktivis agama masuk berpolitik juga.
Jelas pendekatan dan suasana Singapura berbeza dengan Malaysia. Singapura bimbang pengaruh puak agama, takut dan malah agaknya berusaha membendung dan kalau boleh membenterasnya. Berdasarkan pendirian ini bagi mereka orang agama duduklah di masjid atau gereja, biar orang politik sahaja yang berpolitik.

Kalau ada yang bersikap begitu di sini, eloklah berhijrah saja ke Singapura.

Allah selamatkan Bangsa Moro 16/10/12


Melihat termetrainya perjanjian damai antara kerajaan Filipina pimpinan Benigno Aquino  dan MILF diwakili Hj Murad Ibrahim yang membuka laluan kepada otonomi rakyat Islam Bangsa Moro di Selatan Filipina sudah pasti menyenangkan hati mereka yang prihatin. Setelah lebih 40 tahun berkonflik yang menyaksikan ramai yang terkorban akhirnya perjuangan mereka diberi pengiktirafan dan penghormatan.
Semoga tiada lagi yang terkorban dan menderita di sana dan semoga rakyat Islam dapat mentadbir sendiri urusan dan masa depan mereka.

Malaysia diwakili PM Malaysia menyaksikan termetrainya perjanjian ini di Istana Malacanang dan sebentar tadi Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi turut mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan perjanjian ini. http://www.nst.com.my/latest/opposition-welcomes-philippines-milf-peace-accord-1.157859#

Sesungguhnya perjuangan Bangsa Moro ini mendapat simpati dan sokongan rakyat Malaysia tanpa mengira anutan politik khasnya dikalangan umat Islam di sini.
Kita berdoa selepas ini bukan hanya saudara kita di Selatan Filipina sahaja yang akan terbela nasib dan masa depan mereka, semoga saudara kita di Selatan Thai juga akan demikian, begitu juga saidara kita di Kashmir, Rohingya di Myanmar, Chechnya dan lain-lain.

Mudah-mudahan melalui perdamaian ini Bangsa Moro dapat membuktikan yang Islam adalah penyelesaian terbaik dan Islam mampu merobah nasib dan masa depan rakyat di Selatan Filipina, insyallah.

 

Bila yang pakar pun kecundang 15/10/12

Monday, October 15, 2012


Satu berita menarik perhatian saya dalam akhbar The Star hari ini. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/15/nation/12172017&sec=nation              Bukan cerita politik, dah muak agaknya baca berita politik hari-hari. Kali ini berkenaan kehidupan seharian. Berita berkenaan kematian seorang tukang telek nasib atau ahli nujum di Chennai, India.
Ceritanya seekor gajah yang di bawa ke perkarangan sebuah kuil di sana bagi tujuan pemujaan telah membelasah si ahli nujum tadi, P Ganesan dengan belalainya apabila Ganesan menganggunya. Akibatnya Ganesan telah meninggal dunia.

Seorang tukang telek yang kerjanya menelek nasib, membaca masa depan orang lain, akhirnya mati tanpa sempat membaca nasibnya sendiri!
Begitulah kuasa Allah swt, cerita ini memberi iktibar kepada saya agar jangan kita menyangka kita ini pakar dan hebat dengan sesuatu yang ada pada kita, semuanya hiasan semata-mata dan kekadang “artificial”. Kalau Allah hendak memberi Ia memberi dan kalau Ia mahu mengambil kembali, sekelip mata sahaja, subhanallah.

Benarlah firman Allah swt:
“Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan. (An-Naml: 65)

Api adu domba kembali menyala 12/10/12

Friday, October 12, 2012


Menurut Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan Datuk Siti Mariah Ahmad:
"The court finds that the applicants are embracing Islam as their religion, and thus should not be exempted from the section,"

(Mahkamah mendapati memandangkan pemohon adalah beragama Islam maka mereka tidak terkecuali dari seksyen berkenaan)
Seksyen yang dimaksudkan adalah Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (1992) yang melarang lelaki berpakaian seperti wanita di khalayak umum sabit kesalahan boleh didenda  tidak lebih dari RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Demikianlah apa yang berlaku di Seremban semalam apabila permohonan empat orang lelaki yang dikenali Barat sebagai “transgender” atau yang berpakaian dan berperangai seperti wanita, gagal dalam permohonan mereka mencabar enakmen jenayah syariah berkenaan atas alas an ia bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
Orang Islam di Malaysia sekarang sudah bersedia mencabar peraturan syariah tempatan atas alas an bertentangan dengan hak asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Di Malaysia semua penganut Islam perlu tunduk terhadap undang-undang syariah yang terpakai di negeri masing-masing dan tidak ada sesiapa yang terkecuali, selain dari patuh pada undang-undang Negara dan negeri yang lain yang sedia ada.

Haram hukumnya dalam Islam lelaki berpakaian dan berperangai seperti wanita seperti dalam kes di atas. Undang-undang berkenaan digubal bagi menerima pakai pengharaman berkenaan. Peraturan dunia membenarkan kita mencabar undang-undang bertulis yang ada tetapi adakah kita juga berhak mencabar peraturan Allah?
Permohonan ini membuka pintu kepada perdebatan berhubung undang-undang syariah dan sivil. Sesuatu yang telah diterima pakai zaman berzaman kini menjadi topik perdebatan umum dan sudah pasti terdedah kepada “perlekehan” dan persendaan.

Sebuah portal berita yang kononnya bebas sudah pun memulakannya dengan membawa tajuk  “Court ruling on Muslim transsexuals raises alarm over Islam ‘superseding’ Constitution”
Ada elemen yang mudah mahu mengadu-domba dan mencabar sekaligus mahu memandang rendah dan memperlekeh perauran Islam. Api yang bahaya ini sudah menyala entah bila kan padam…..wallahualam