Hari Selasa ini rakyat Amerika Syarikat akan keluar mengundi
Presiden mereka. Obama dari Demokrat yang mempertahankan jawatannya akan
ditentang oleh Romney dari Republikan. Selain itu pilihanraya kongres turut
diadakan bagi menentukan parti manakah yang menguasai badan legislatif tertinggi
dalam Negara “Bapa Demokrasi” itu.
Mungkin Obama akan berjaya atau mungkin juga Romney akan
mencatat sejarah negulingkan Obama yang hanya mampu bertahan satu penggal.
Bagi saya yang menarik adalah perjalanan pilihanraya di sana
berbanding dengan di sini.
Banyak yang perlu kita belajar dan kaji dari perlaksanaan
pilihanraya di sana supaya kita dapat pula melahirkan satu sistem yang lebih
telus, teratur dan sistematik di sini.
Yang menarik saya perhatikan adalah budaya perdebatan
terbuka dan kebebasan media walaupun hakikatnya media di sana juga sebenarnya
mempamirkan juga kecenderungan kepada satu-satu pihak tetapi kecenderungan itu
tidaklah “melampau”.
Selain itu kita perhatikan “emosi” rakyat dan para pengundi
termasuklah penyokong di sana agak terkawal. Kenapa bila pilihanraya di sini
kita menjadi terlalu emosional, sehingga pilihanraya seolah bagaikan satu
peperangan? Mungkin masing-masning pihak boleh memberi seribu satu alas an,
tetapi alangkah baik sekiranya kita dapat melahirkan satu suasana aman dan
matang semasa berpilihanraya, supaya semuanya berjalan lancer tanpa sengketa
atau pergaduhan kerana yang pentingnya adalah rakyat bebas memilih pemimpin
yang paling layak dikalangan mereka.
Tetapi tidaklah sistem di AS itu yang paling “perfect”.
Dalam akhbar hari ini juga ada pendedahan berkenaan pendaftaran pengundi,
pengundi mati dan lain-lain masalah di AS. Tetapi ia tidaklah serius. Bermakna apa
yang ada pada kita boleh dibaik-pulih, diperbaiki dan yang penting kita
pelajari dari pengalaman orang lain.
Saya mengharapkan dalam PRU Negara kita nanti, suatu
perubahan ke arah yang lebih baik akan berlaku, yang penting semua pihak perlu
ikhlas dan jujur dan yang pneting adalah masa depan Negara.
1 comment:
Tapi kat sana kalau tak tepati janji ketika berkempen a.k.a. MANIFESTO, pengundi tak beri undi.. macam Bush Senior dengan janjinya "Read my lips: NO NEW TAXES" kalah pemilihan Presiden penggal ke-2 di tangan Bill Clinton..
http://www.youtube.com/watch?v=CP9_kkzfN-w
Kat sini sesiapa yang cuba mengingatkan tentang MANIFESTO PILIHANRAYA digelarkan "ejen parti lawan"..??
Hatta ungkapan "Janji Ditepati" pun sudah menjadi sesuatu yang amat sensitif bagi sesetengah pihak..
Post a Comment