Apakah sebenarnya yang disebut oleh Nurul Izzah sehingga
mengundang kontroversi kebelakangan ini. Terbaru Presiden PAS mengeluarkan
kenyataan akan meminta penjelasan dari ahli parlimen itu sendiri.
Rata-rata semua orang Islam tahu bahawa Islam mengajar kita
tiada paksaan dalam agama, ini berkaitan dengan firman Allah swt dalam al Quran
maksudnya:
“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya
telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang
tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia
telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus.
Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
al Baqarah : 256
Apa yang kita faham seseorang tidak boleh dipaksa memeluk
Islam. Itu muktamad. Tetapi apabila seseorang telah Islam, ia terikat dengan
disiplin dan hukum-hakam Islam, yang sumber tertingginya adalah al Quran dan
Hadis. Dalam erti kata lain lantaran ia telah memilih Islam, ia tiada pilihan
melainkan mati dalam Islam kerana itulah peraturan dalam Islam yang ia pilih
untuk menganutnya.
Sekali lagi saya tidak pasti apa yang telah diungkapkan akan
tetapi rekasi, bukan dari media perdana tetapi media alternatif khasnya dari
kalangan yang bukan Islam seolah mengambarkan ahli parlimen berkenaan
menyatakan:
How can anyone say (freedom of religion) only apply to the
non-Muslim, it has to be applied equally.
Ulasan yang diberikan seolahnya ahli parlimen berkenaan
seorang Muslim yang berfikiran terbuka kerana mengakui kebebasan beragama
adalah pilihan dan hak masing-masing tidak terkecuali orang Melayu.
Seorang lagi pengulas dalam sebuah blog khas buat penganut
Kristian memulakan tulisannya dengan menulis:
The Malaysiakini report on Nurul Izzah Anwar's statement
that there should be no compulsion in religion even for Malays is a watershed
idea for the nation.
Saya tidak mahu percaya kepada media arus perdana kerana
kebanyakkannya punya agenda politik yang semua kita tahu. Tetapi bagaimana
kalau laporannya dating dari yang bukan arus perdana?
Apa pun terpulanglah kepada ahli parlimen berkenaan untuk
membuat penjelasan dan perjelaskanlah sejelas-jelasnya agar tidak menyusah dan
memberi liability kepada pihak lain.
Kalau tidak benar, kalau disalah petik, dipetik luar dari
maksud sebenar atau apa sahaja, buatlah penjelasan supaya tidak ada mana pihak
boleh eksploitasi dan lebih penting maruah dan nama baik Islam terpelihara.Dalam surah yang sama Allah swt berfirman maksudnya:
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang
yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya
(iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang
mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah
ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(al Baqarah : 257)
No comments:
Post a Comment