Ketua Pengarang akhbar The Star, Wong Chun Wai, dalam
ruangannya hari ini mengulas isu judi khasnya judi “haram” di Malaysia yang
berleluasa kebelakangan ini. Beliau memberikan angka-angka yang menarik dalam
ruangannya itu.
Menurut beliau pada tahun 2008 sahaja pihak berkuasa telah
menahan sejumlah 2,156 orang yang terlibat dalam aktiviti judi “haram” ini
dengan merampas sejumlah RM15juta aset berkaitan judi berkenaan. Pada tahun
berkenaan adalah dianggarkan judi “haram” mengaut keuntungan sejumlah RM3.2
billion!
Judi haram hukumnya menurut Islam, manakala judi “haram” yang
dimaksudkan khansya oleh Wong di sini merujuk kepada aktiviti judi yang tidak
dilesenkan oleh kerajaan, iaitu judi selain kasino di Genting, selain tikam
nombor termasuklah Magnum, Sports Toto, Pan Malaysian Pools, judi lumba kuda
dan kelab-kelab judi yang diberi lesen.
Ini bermakna RM3.2 billion di atas merujuk kepada keuntungan
selain dari judi yang dilsenkan, agak-agaknya kalau kedua-dua keuntungan ini
dicampurkan berapa billion lah agaknya pendapatan judi di Malaysia!?!
Kerana itu tak hairanlah menurut atrikel Wong itu Malaysia
tersenarai antara Negara “penjudi” yang paling besar di dunia!
Judi “haram” disini termasuklah siber judi yang dikendalikan
oleh operator kafe siber yang kebanyakannya tidak berlesen, juga termasuk
sindiket judi tikam nombor tidak berlesen atau lebih dikenali sebagai “black
market”. Wong mendedahkan juga judi-judi “haram” lain termasuklah yang berjudi
semasa acara dan kejohanan sukan khasnya bolasepak yang dikendalikan oleh
sindiket-sindeket tertentu. Malah pada PRU 2008 percaya atau tidak, sindeket
tempatan mengaut sejumlah RM500 juta duit taruhan dikalangan mereka yang
berjudi meneka siapakah calon atau parti yang menang dalam pilihanraya
tempatan!
Kebimbangan yang dilahirkan dari aktiviti judi “haram” yang berleluasa
ini adalah jenayah. Mereka yang tegar dan mahu terus berjudi tidak akan
segan-silu terlibat dalam aktiviti jenayah umpama mencuri, ragut, peras dan
sebagainya untuk memperolehi “modal” bagi berjudi.
Memang kerana itulah judi tak kiralah yang “haram” atau “berlesen”
ditegah oleh agama kerana ia mampu meruntuhkan institusi keluarga, masyarakat
dan Negara. Dan saya percaya semua agama dan kepercayaan melarang atau menegah penganutnya berjudi. Malah satu komen ruangan SMS dalam akhbar Wong hari ini juga
berbunyi:
Stay away from gambling joints please. Don’t gamble with
your life and future. Think of loved ones and exercise self control. You wont
regret it. IM
Sebenarnya semua tahi judi tak kiralah yang “haram” atau “berlesen”
akan memiliki kecenderungan untuk melakukan jenayah jika mereka kehabisan “modal”
lantaran ketagihan mereka itu. Kerana itu semua aktiviti judi perlu dihapus,
dibenteras dan diperangi.Wong dalam kesimpulannya cuba membayangkan agar lesen judi tidak diperketatkan seperti pada hari ini kerana berkemungkinan dengan cara itu bilangan juid “haram” dapat dikawal, tetapi apa bezanya judi “haram” dan “berlesen” tidakkah kedua-duanya menjurus kepada kebinasaan diri?!
Sekali lagi saya mahu tegaskan, semua pihak perlu main
peranan. Ini bukan isu politik atau agama, ini satu masalah besar yang jika
tidak ditangani akan mengundang keruntuhan kepada Negara dan padahnya dirasai
bukan hanya oleh orang Melayu Islam tetapi semua rakyat.
Bagi judi “haram” yang dimaksudkan – satu peperangan
besar-besaran perlu dilancarkan melibatkan semua pihak dan agensi samada di
peringkat Persekutuan mahupun negeri. Penglibatan pihak SPRM dalam operasi
peperangan ini mesti diwajibkan demi mengelakkan sebarang angkara rasuah dalam
penguatkuasaan.
Jangan bercakap sahaja. Jangan menuduh sahaja. Semua pihak
perlu bangkit dan menanganinya kerana ia suatu realiti dalam masyarakat hari
ini.
Bagi judi yang berlesen pula, tindakan mengharamkan atau
menutup operasinya perlulah dikaji, dipertimbang dan dilaksanakan. Mulakan
dengan menaikkan cukai ke atas aktiviti ini. Jangan hanya mahu berperang pada
yang “haram” sedang yang berlesen terus dibiarkan kaya “menipu” dan “memeras”
mereka yang terjerumus di dalamnya.
Selagi tiada kesungguhan dalam hal ini, selagi itulah agnka
keuntungan yang dicatatkan di atas akan terus berlipatganda, masyakarat kita
semakin rosak, jenayah semakin meningkat dan kita sekadar menjadi penonton
menunggu giliran menjadi “mangsa”.
No comments:
Post a Comment