Kisah penjelmaan imej “Virgin Mary” atau “Mother Mary” iaitu ibu
kepada “Jesus Christ” menurut kepercayaan Kristian, di tingkap bangunan
hospital SJMC di Subang Jaya baru-baru ini hangat diperkatakan kebelakangan
ini. Ramai penganut Kristian berkunjung dan menyembah serta berdoa di hadapan hospital
tersebut.
Terbaru pihak gereja telah selesai berbincang dengan
pentadbiran hospital yang bersetuju menyerahkan kepingan tingkap yang
dipercayai menjelmakan imej “Mary” itu kepada gereja untuk disimpan di sana,
sebuah gereja Katolik di Kelang.
Ini antara lain bagi mengelakkan kesesakkan penganut
Kristian di perkarangan hospital. Walaubagaimanapun sehingga kini pihak gereja
masih tidak mengesahkan kesahihan penjelamaan itu.
Apa yang berlaku adalah masalah penganut Kristian dan
biarlah mereka yang menyelesaikannya. Cuma saya agak bimbang juga apabila
membaca beberapa komen di beberapa laman web antaranya: (komen seorang
pengunjung laman web)
Rev Murphy Pakiam,
Kindly recall what Cecilia Chin told and wrote a book to you
and all your team during the tenure in Penang.
Tell the message to our people that has been conveyed to
you, the words from Mother Mary. Be humble, just do it.
How can Russia be converted? and under whose power that this
can happen? I think you have forgotten all the basics while going for the
honours.
Dan satu lagi:
Do you wonder why the image is sighted in Subang Jaya and
not somewhere else in Malaysia?
Why not in Kuala
Terengganu, Kota Bharu or Alor Star? After all, it did not appear in the window
of a church. It appeared on the window of Sime Darby Medical Centre.
Other towns have hospitals too.
Before any Sime Mary stories were reported, I’ve already
been saying that Subang Jaya is the Malaysian capital of evangelism.
Gambaran yang mahu diberikan seolah “penjelmaan” ini adalah
petanda bahawa agama Kristian akan diterima secara besar-besaran di Malaysia
(sebagaimana Rusia pasca Kominis) dan Subang Jaya akan menjadi pusat
pengembangan Kristian Malaysia.
Itu gambaran yang boleh difaham walaupun sukar dipercayai.
Apa pun yang lebih menarik bagi saya adalah walaupun Islam
dan Krisitian bagi penganut mereka adalah dua agama berbeza dan terkadang bermusuhan,
namun hakikatnya banyak persamaan dan mungkin dengan izin Allah satu hari nanti
menjadi keluarga Isa bin Maryam yang besar di akhir zaman,
“Virgin Mary” atau “Mother Mary” atau yang Islam kenali
sebagai Mary atau Maryam disebut dalam al Quran, dengan satu surah
diperuntukkan buatnya iaitu Surah Maryam. Berikut petikannya:
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini
perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat
sebelah timur.
Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya
dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri
kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.
Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah)
Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.
Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk
menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".
Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan
beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang
lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"
Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah
dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak
menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan
Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah
satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
(surah Maryam 16-21)
No comments:
Post a Comment