Cukupkah dengan kekuatan dalaman (26/12/13)

Thursday, December 26, 2013


Saya sempat membaca perutusan Krismas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam StarOnline pagi ini http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/12/25/Khairy-Religion-Faith.aspx  dan sebelum itu seorang pemimpin PAS juga telah mengeluarkan perutusannya yang sempat juga saya baca.
Pada dasarnya kedua-dua perutusan cuba menyemai budaya berbaik-baik dan saling menghormati kepercayaan dan agama masing-masing rakyat Malaysia. Malah Khairy cuba mengecilkan ancaman “murtad” dengan menganggap ianya tidak mungkin berlaku selagi masing-masing memiliki kekuatan dalaman.

Apa pun sewajaryalah sebagai rakyat Malaysia kita memupuk semangat perpaduan sesama warga Malaysia yang berbagai budaya dan agama ini. Sikap saling hormat-menghormati budaya dan kepercayaan masing-masing penting. Sebagaimana Khairy yang boleh menghormati agama Kristian ketika bersekolah di sekolah yang dikendalikan oleh muibaligh Katolik, tanpa merasa diri dipaksa, begitu juga mereka di IPT yang dikehendaki mengikuti pelajaran Tamaddun Islam, sewajarnya punya anggapan yang sama.
Walabagaimanapun sebagai seorang seorang Muslim, sikap memeilihara dan mempertahankan aqidah masing-masing adalah utama dan penting. Kita boleh bersikap toleran tetapi kita tidak boleh “bersahaja” dalam isu mempertahan dan memelihara aqidah. Lantaran “kekuatan” dalamanlah barangkali Joshua Jamaluddin, Nor Aisyah Bukhari, Lina Joy boleh memilih untuk menukar agama?!

Jangan pandang kecil isu seumpama ini, bayangkan perasaan dan pengalaman saudara mara kaum keluarga mereka yang terlibat. Kita juga seakan dayus dan tidak memiliki kuasa apabila secara terang-terangan individu seperti yang saya sebutkan di atas dan beberapa kes lain memilih untuk meninggalkan Islam.
Lantas “kekuatan” dalaman sahaja sesungguhnya tidak memberikan jaminan mutlak, ianya mesti didukung dan didorong oleh pelbagai usaha lain agar tiada lagi orang Islam akan murtad dan meninggalkan agama mereka. Khairy mungkin bernasib baik kerana terlepas dari ancaman ini tetapi bagaimana dengan Joshua, Nor Aisyah, Lina dan lain-lain.

Sudah tiba masanya dalam pada kita terus meraikan kawan-kawan kita yang sewarganegara dengan kita, kita juga pelu mewjudkan mekanisma memastikan tiada antara kita yang akan tergelincir atau tersungkur dari menjunjung aqidah murni yang kita punyai. Isu ini serius dan perlu diberi perhatian, dalam kita ghairah untuk masing-masing mahu memancing dan meraih undi.
(Berikut kenyataan Dr Zakir Naik - Tokoh Maal Hijrah Malaysia .......)

Untuk rekod berikut pula adalah kenyataan murtad SD oleh Aisyah Bukhari dibawah nasihat panel peguamnya :
“I have on my own free will denounce the Agama Islam to convey to become a Catholic with a Statutory Declaration executive in front of a Commission of Oaths dated December 22, 97. I have been going to a Catholic Church almost every Sunday since November 98. Since then my faith and believe in the Catholic religion have grown stronger everyday.

My boyfriend, Joseph and I had intentions to get married sometime in mid-December 1997. However, instead of us proceeding with our marriage first without my family’s knowledge and consent, we decided to give my parents the last respect by informing them of what were our intentions, despite knowing that they would reject our intention.

Tiada siapa mahu bawa PAS keluar PR....jangan fitnah (21/11/13)

Thursday, November 21, 2013


Sejarah PAS bekerjasama dengan parti-parti politik lain untuk menjatuhkan BN dan dahulunya Perikatan bukanlah sesuatu yang baru. Seawal Pilihanraya Umum 1959 iaitu yang pertama buat Malaya Merdeka PAS telah bekerjasama dengan Parti Negara pimpinan Allahyarham Dato Onn Jaafar sehingga membentuk kerajaan campuran di Negeri Terengganu.
Malah dalam Dewan Rakyat ketika itu walaupun PAS memiliki lebih kerusi, dan Parti Negara hanya satu melalui Dato Onn di Kuala Trengganu, PAS dan parti-parti pembangkang lain telah memberi laluan kepada Dato Onn untuk menjadi Ketua bagi parti-parti pembangkang di dewan (ketika itu belum diwujudkan jawatan Ketua Pembangkang lagi).

Begitulah seterusnya dalam PRU-PRU berikutnya sehingga ada Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Barisan Rakyat dan kini akhirnya Pakatan Rakyat.
“Tahaluf Siyasi” bukanlah sesuatu yang baru dalam PAS dan ia terus diterima pakai.

Benarkah ada kelompok dalam PAS mahukan PAS keluar dari Pakatan Rakyat sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak. Demi untuk meraih kemenangan dan menjatuhkan kumpulan tertentu maka apa sahaja alasan yang dikira panas dan boleh mendatangkan kerosakan maksima (walaupun fitnah), akan digunakan oleh mereka yang ketandusan akhlak demi mahu menang. Malang sungguh.
Saya percaya bagi PAS dalam kontek suasana politik di Malaysia, “Tahaluf Siyasi” merupakan satu alat penting bagi menjana kemenangan ke arah merealisasikan cita-cita perjuangannya. Kerjasama dalam PR ternyata membawa hasil yang lumayan buat perjuangan PAS yang sebelum ini tidak dapat dikecapi apabila menggunakan “alat” lain.

Lalu semua akur dan menerima bahawa ianya wajar dimanfaatkan.
Ada yang mengatakan bahawa Ulamak dalam PAS menolak PR kerana itu ada resolusi dalam Multaqa Ulamak Se Malaysia di Kedah September lepas yang menyerus agar disemak semula hubungan PAS dalam PR.Ini bagi mereka yang punya niat jahat adalah bukti mengapa calon-calon Ulamak atau yang Pro Ulamak perlu ditolak dalam pemilihan Muktamar PAS kali ini. Kerana itu perlu “KEKAL” jangan “UBAH”.

Benarkah begitu?
Salah satu resolusi Multaqa berkenaan berbunyi:

Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah.
Dimanakah pemahaman mereka sehingga membuat kesimpulan bahawa ada kelompok yang mahu membawa PAS keluar dari PR berdasarkan resolusi ini semata-mata? Kononnya "group" ulamak akan seret PAS keluar PR!?

Ternyata bagi saya resolusi ini jelas menandakan bahawa Ulamak PAS mahu PAS terus kekal dalam PR dan memperkasakannya bukan sebaliknya.  PAS sebagaimana DAP dan PKR sudah pasti mahukan kerjasama ini membawa untung dan manfaat buatnya. Lantaran itu bagi PAS untuk memastikan alat “PR” ini begitu maka ia perlu benar-benar menepati kepentingan PAS khasnya kepentingan Islam.
(DAP pernah keluar dari Barisan Alternatif kerjasama PAS, DAP dan Semangat 46 apabila mereka lihat pakatan itu tidak menguntungkan mereka)

Itulah yang mahu disuarakan oleh resolusi in yang telah diputarbelitkan oleh sesetengan pihak.
Salahkah kita apabila mahu mempertahankan kepentingan Islam?

Resolusi berkenaan jelas menyebut: “menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah” bukankah perkara-perkara seumpama ini merupakan tugas dan tanggungjawab Majlis Syura dan Dewan Ulamak kita.
Yakinlah PAS akan terus kekal di dalam PR kerana itu kita mahu pastikan kepentingan PAS sentiasa terpelihara di dalamnya.

Bukankah syarat-syarat Tahaluf itu ada 3 iaitu:
1. Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip
2. Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
3. Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.

Ternyata resolusi yang dimaksudkan cuba menekankan agar syarat-syarat ini terus terpelihara tidakkah begitu? Kedudukan PAS di dalam PR semakin kukuh dan Ulamak lah yang akan ke hadapan memastikannya begitu!
Kita tidak mahu PAS sekali-kali terus mencair atau meluluhkan dasar dan prinsipnya semata-mata kerana mahu duduk dalam PR atau atas tekanan pihak tertentu. Dasar dan prinsip PAS perlu terus kekal dan diperkasakan. Dalam bahasa mudah, apabila kita berkawan kita mahu kawan-kawan menghormati dan menerima kita seadanya. Begitu juga sebagai balasannya kita akan beri hormat dan menerima kawan-kawan kita itu seadanya mereka.

Sebelum ini tiada pihak pun yang membangkitkan isu ini, iaitu kepentingan memelihara kekuatan dalaman PAS. Keprihatinan Ulamak ternyata terkehadapan dalam memastikan PR terus relevan buat PAS.
Kesimpulannya tiada pihak yang mahu bawa PAS keluar dari PR. Resolusi Multaqa Ulamak Se Malaysia ini adalah bukti betapa Dewan Ulamak dan Ulamak PAS mahu PAS terus kekal dalam PR dengan sendi dan kekuatannya terus terpelihara. Jangan jatuh dengan perangkap mereka yang mahu merosakkan kesatuan dan perpaduan dalam Jemaah.

Selamat bermuktamar.

PAS perlukan kombinasi ulamak profesional (20/11/13)

Wednesday, November 20, 2013


Tidak.
Tiada pertembungan antara ulamak dan professional dalam PAS pada Muktamarnya kali ini.

Kerana PAS adalah sebuah gerakan Islam yang terkandung di dalamnya ahli dari berbagai disiplin dan latarbelakang. Ulamak khasnya yang berpendidikan agama samada dari luar Negara atau tempatan, mereka yang lulusan pendidikan tinggi dari dalam atau luar Negara yang tidak berlatarbelakangkan pengajian Islam, mereka yang memiliki kominasi keduanya, mereka yang berpendidikan sederhana, orang kebanyakkan, peniaga kecil dan besar, petani, peneroka, nelayan,  kakitangan kerajaan dan swasta, mereka semua ini mewakili ahli-ahli PAS di semua peringkat.
PAS adalah sebuah gerakan Islam lantas cenderung dan mendukung Kepimpinan Ulamak adalah sesuatu yang “natural” atau lumrah dalam parti. Kerana itu bagi saya semua dalam PAS seadanya selesa dengan “Kepimpinan Ulamak”, lebih-lebih lagi rata-rata ahli-ahli PAS melalui proses tarbiyah dari peringkat akar umbi, kesemuanya di bawah tangan ulamak.

Isunya di sini adalah pertandingan jawatan tertinggi peringkat parti.
Amalan membenarkan pertandingan dari kalangan ahli-ahli yang kawasan-kawasan fikirkan layak. Lalu apabila berlaku tahun pemilihan maka tercetuslah pertandingan menurut kehendak kawasan-kawasan.

Bagi jawatan Presiden contohnya, rata-rata kawasan menerima dan mengiktiraf sekali lagi Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang yang kebetulan dari kelompok ulamak sebagai pemimpin nombor satu parti.
Kali ini bagi jawatan nombor dua dan nombor tiga serta ahli-ahli jawatankuasa Agung akan berlaku pertandingan. Maka biarlah bertanding, pokoknya kita mahu cari yang terbaik antara yang baik-baik. Semuanya mahu kepada Islam, semuanya punya cita-cita menegakkan Negara Islam, jika tidak bukan tempatnya mereka berada dalam PAS.

Mungkin kelihatan samada secara terancang ataupun tidak kewujudan dua kelompok dalam pertandingan kali ini. Bagi saya dua tiga atau berapa puluh sekalipun ianya tidak menjadi masalah asalkan proses kempen dan pemilihan berjalan menurut tertib yang telah diputuskan paling penting akhlak dan syaksiyah Islam terpelihara.
Lalu dilontarkanlah kononnya dalam pemilihan kali ini berlaku pertandingan antara golongan Ulamak vs Profesional.

Betulkah begitu?
Adakah kerana calon-calon bagi jawatan nombor dua seorang ulamak dan seorang bukan ulamak lalu kita label ia pertandingan Ulamak vs Profesional? Memang yang berlawan kebetulan seorang ulamak dan seorang bukan ulamak, lantas kalau mahu dilabel begitu, begitulah. Anehnya dalam pemilihan sebelum ini apabila dua ulamak bertanding melawan seorang bukan ulamak, tidak pula dipanggil Ulamak vs Profesional.

Apa pun kali ini secara jujur memang kelihatan wujud dua kumpulan tetapi ia bukan Ulamak vs Profesional sebab masing-masing kumpulan kelihatan mempunyai calon campuran dari kedua-duanya, mungkin satu lebih dari yang lain tetapi untuk menyatakan ia mutlak Ulamak vs Profesional adalah tidak benar.
Dalam blog ini sebelumnya saya sudah pun menyatakan kecenderungan saya.Saya senang jika Ustaz Dato Nik Amar diangkat sebagai Timbalan Presiden begitu juga Dato Tuan Ibrahim serta Salahuddin Ayub sebagai Naib-naib. Jika sebelum ini saya tiada pilihan untuk ketiga, setelah diamat-amati saya memilih Ustaz Dato Abu Bakar Chik sebagai Naib ketiga, bukankah itu campuran Ulamak dan Profesional?

Bagi AJK Pusat pula saya cenderung dengan: YB Ustaz Nasruddin Hassan, YB Ustaz Nik Abduh, YB Tuan Hj Iskandar Samad, YB Dato Ir Amiruddin, YB Dr Khairuddin Takiri, YB Ustaz Idris Ahmad, Mazlan Aliman, Dr Rosni Adam, Ustaz Zaharuddin Mohamad, Dr Riduan Mohd Nor, Dr Muhaimin Sulam, YB Ustaz Abdullah Hussin, Ustaz Nik Zawawi, Ustaz Mokhtar Senik, Hj Razman Zakaria, Ustazah Nuridah Salleh, Mohd Suhaimi Embong dan Ustaz Norazli Musa.
Kecenderungan saya jelas kombinasi mantap Ulamak dan Profesional, masing-masing teguh mendukung Kepimpinan Ulamak dan sedia membawa arus perubahan dalam PAS menurut cita-cita perjuangannya yang ada. Siapa yang berkongsi cenderung boleh terima yang tidak boleh “Kekal” terpulanglah.

Saya yakin apa pun kesudahan pemilihan ini kelak, keputusan akhirnya nanti akan diterima oleh semua dengan hati yang lapang dan terbuka khasnya oleh yang menang dan kalah. PAS kita doa siapa pun menang kekal sebagai sebuah parti Islam tidak berganjak dan terus kukuh berada di atas landasan mengejar cita-cita dan matlamat perjuangan yang jelas termaktub dalam perlembagaannya.
Takbir.

 

 

 

 

 

 

Siapa fitnah siapa (18/11/13)

Monday, November 18, 2013


Pemilihan PAS tinggal beberapa hari sahaja lagi. Minggu ini saf kepimpinan tertinggi parti Islam ini akan ditentukan oleh para perwakilannya yang mewakili akar umbi parti seluruh Negara.
Mungkinkah slogan ‘KEKAL” akan diterima atau “UBAH”, sama-sama kita nantikan.

Tidak seperti parti-parti lain, PAS sebagai sebuah gerakan Islam telah menetapkan garis panduan untuk mempromosi calon-calon yang bertanding khasnya kepada para perwakilan. Kaedah berkempen yang dibenarkan oleh PAS adalah mempromosi calon tetapi tidak menyerang atau mengkritik lawan.
Sejauh mana disiplin dan akhlak ahli-ahli terpelihara dengan kaedah yang ditetapkan ini, tidaklah diketahui. Akan tetapi yang nyatanya kempen semakin rancak dan berbagai media dan saluran digunakan. Ada yang kempen senyap-senyap, tetapi kebanyakkan menggunakan internet samada melalui blog, laman web, facebook serta tweeter.

Sebahagian besar calon itu sendiri tak berkempen pun. Contohnya Ustaz Nik Amar memberitahu beliau tidak keluar Kelantan pun, sekadar memberi kebebasan kepada para perwakilan membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka lihat dan faham.
Yang hebat nampaknya adalah ahli-ahli dan mereka yang cenderong dengan satu-satu calon. Sebahagian besar bukan perwakilan pun, tetapi mahu membantu. Tidak kurang yang bukan ahli turut menumpang “semangkuk”.

Ada lah juga sekerat dua calon yang bertanding, turut mempromosikan diri. Tidak tahulah ini trend baru dalam parti atau inilah jenis mereka yang mahu kita “KEKAL”kan?
Apa pun kempen dan prpmosilah, tetapi jangan sampai melanggar batas dan sempadan yang telah ditetapkan. Sedihnya apa yang kita perhatikan telah ada mereka yang sudah sampai ke tahap itu. Dalam waktu yang sama media diberitahu kononnya kempen kali inilah adalah yang terburuk dalam sejarah PAS namun dalam waktu yang sama mereka yang cenderng kepada kumpulan inilah yang kelihatan mengeluarkan kenyataan dan tulisan yang turut menyumbang kepada keadaan demikian.

Contoh seorang calon AJK Pemuda PAS mengirim sekerat tweet yang berbunyi:
Skrg jelas Umno sca halus mnyokong Dato Nik Amar utk jawatan Tim Pres PAS. Perwakilan PAS tidak perlu berfikir panjang utk menolak individu ini.

Mesej ini jelas menyebut nama calon Timbalan Presiden dan dengan terang-terang membuat tuduhan yang saya kira sangat melampau dan biadab apabila mengaitkan calon itu dengan musuh PAS iaitu Umno.
Bayangkan apabila seorang calon yang sama dituduh kononnya berfahaman Syiah, terus sahaja dituduh kempen PAS kali ini yang paling buruk dalam sejarah, akan tetapi bagaimana pula apabila berlaku tuduhan di atas. Mengaitkan seorang calon dengan Umno, sangat berniat jahat malah suatu pembohongan kering yang wajar sangat diambil tindakan.

Seorang AJK PAS Pusat yang mempertahankan jawatannya kali ini pula menulis dalam facebook nya:
Suasana fitnah ini semua mempunyai matlamat tertentu. Di sebalik laungan ‘selamatkan PAS’ dan ‘pertahan kepimpinan ulama’, kononnya; agenda yang tersirat ialah untuk membawa PAS keluar dari PR. Ini bacaan saya. Banyak kali telah saya sebut.

Maka perwakilan perlu pilih di antara calon yang akan KEKAL dan kukuhkan PR dan calon yang ingin mengkaji semula hubungan PAS dan PR.
Kalau susah untuk dikenali, maka sekali lagi saya syorkan, KEKALkan sahaja yang sediada.

Benarkah “Pertahan Kepimpinan Ulamak” bermakna membawa PAS keluar PR? Tidakkah anggapan dam tulisan sebegitu berniat jahat dalam erti kata lain, bermaksud agar perwakilan menolak calon-calon ulamak? Malah beliau membantu para perwakilan pula dengan menyatakan “kalau susah kenal,…..kekalkan sahaja yang sediada” bermakna kalau jawatan Timbalan Presiden kekalkan sahaja penjawat sekarang kerana lawannya seorang ulamak, tidakkah begitu terus terang maksudnya. Begitu juga Naib Presiden, kekalkan tiga yang ada kerana pencabarnya semua ulamak, nanti akan bawa PAS keluar PR, tidakkah begitu?
Bagi saya pihak yang bertanggungjawab perlu ambil tindakan terhadap YB ini, kerana bagi mereka yang waras, ternyata beliau telah melanggar adab dan peraturan yang ditetapkan. Beliau telah memburuk dan merendahkan calon-calon lain.

Susah sangatkah kita mahu mempromosi calon atau diri sendiri tanpa perlu menyinggung, mengkritik apa lagi memfitnah calon lain? Kalau peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh parti sendiri kita tak mampu nak patuhi, mampukah kita memikul amanah untuk menjadi pemimpin yang baik?
Dalam sejarah PAS Almarhum Dr Burhanuddin dan Almarhum Prof Zulkifli Mohammad kedua-duanya tokoh ulamak besar di zaman mereka pernah bertanding sesama sendiri untuk jawatan Yang Dipertua Agung PAS atau Presiden (hari ini). Dr Burahanuddin menewaskan Prof Zul namun bagi jawatan Timbalan kemduainnya perwakilan mengangkat Prof Zul.

Semuanya berjalan lancar dalam suasana ukhuwah Islamiyah yang kental. Malah gandingan kedua-dua tokoh ulamak inilah kemudiannya telah membawa PAS menang besar diperingkat Parlimen dan menawan Kelantan dan Terengganu buat pertama kali (PAS menang 13 dari 104 kerusi Parlimen iaitu pencapaian 12.5% berbanding PRU baru-baru ini 21 dari 222 iaitu pencapaian 9.5%).
Kepimpinan mereka tidak jatuh-menjatuhkan atau cantas-mencantas, sebaliknya kukuh memperkukuhkan antara satu sama lain.

Semoga kita beroleh panduan dan iktibar darinya.

 

Khutbah masjid apa agenda Malaysia Insider (15/11/13)

Friday, November 15, 2013


Saya perhatikan setiap Jumaat sebuah portal berita, Malaysia Insider (MI) akan melaporkan darihal isi khutbah Jumaat khasnya di Masjid Negara. Apa agenda MI, terpulanglah pada mereka, dan sebagai portal berita apa sahaja pada sangkaan mereka boleh menaikkan jumlah pengunjung mereka, akan mereka kira berharga dan terus diberi perhatian.
Apa yang mereka mahu lapor memang hak mereka selagi mana ianya tidak bertentangan dengan undang-undang.

Isi kandungan khutbah Jumaat di masjid-masjid yang negerinya dikuasai BN termasuklah ibunegara, memang sejak puluhan tahun lagi diolah menurut selera parti yang memerintah. Itu bukan sesuatu yang baru, bagi mereka yang lazim menunaikan solat Jumaat, itu sudah jadi lumrah. Malah kalau ingat di awal-awal era reformasi dahulu apabila Khatib di Masjid Negara secara keterlaluan mengangkat dan menjulang Tun Dr M yang ketika itu PM, jemaah yang hadir telah bangkit menganggu beliau buat pertama kali dalam sejarah dan ramai yang menunaikan solat Zohor selepas itu.
Hari ini MI melaporkan darihal rungutan Sasterawan Negara A Samad Said berkenaan khutbah di Masjid Negara dan Masjid As Syakirin yang dakwa Pak Samad menjulang kerajaan. Lalu kini beliau bertindak solat di Masjid India, biar pun tidak faham isi khutbahnya (yang disampaikan dalam bahasa Tamil) sekurang-kurangnya terpelihara telinganya, begitulah lebih kurang.

MI menjadikan rungutan Pak Samad ini sebagai bahan berita, walaupun ia bukan sesuatu yang baru. Tak mengapalah itu hak MI.
Tetapi yang menjadi keresahan saya adalah ruangan komen yang terkandung di kaki laporan MI ini. Rakan-rakan bukan Islam dengan senang hati memberikan komen, lantaran “pintu pagar” dibuka seluas-luasnya pada mereka, dan kandungan komen ini bagi saya ada yang mengguris hati dan perasaan saya sebagai seorang Islam.

Saya akui memang isi kandungan khutbah di masjid-masjid ini pro kerajaan, dan telah saya tegaskan ia bukan sesuatu yang baru. Apalah yang boleh diharapkan sebagaimana kita juga pelihara isi khutbah di Selangor contohnya agar tidak anti PR.
Kadangkala ada khatib yang “berani” yang mengolah dan menguabah-suai, itu tidak pula dilaporkan.

Tetapi apa pun, yang menjadi kebimbangan saya adalah apabila laporan seperti ini diberi peluang pula untuk dikomen dan diulas oleh masyarakat kebanyakkan. Antara ulasan yang dimuatkan:

Roger 5201: Pak Samad has made his point with his decision to go worship to Masjid India.
It is very unbecoming for Allah's house of worship to be used as a pulpit to spread corrupt BN's political agenda. Shame, shame, shame on the religious authorities who read from the officlal mouthpiece instead of preaching Allah's message.

Surely, Allah will judge them in the end.

1_wizard: Sermons should be GOD inspired not BN inspired. Unless they think they are GOD themselves and that is exactly the problem for the current climate on religious issues.
Saya tidaklah terkesan jika yang mahu dikutuk dan dikritik itu BN semata-mata, tetapi apabila dalam kutukan itu termuat istilah rumah Allah, sifat Allah, disinggung kakitangan kerajaan, khasnya rakan-rakan kita dari JAKIM yang ada sebahagian dari mereka bukan orang BN pun, maka pada saya ia sudah elemen yang melamapu.

Urusan rumah Allah, dan ibadat Islam, jika bermasalah biarlah dibincang dan diselesaikan sesama orang Islam.
Kalau MI merasakan sebaliknya, demi keadilan ia perlu dibongkar, maka sesuailah dimuatkan sekali “sermon” atau isi kandungan “khutbah” hari Ahad gereja-gereja sekitar KL untuk kita beri ruangan kepada pembaca untuk turut beri komen. Saya dapat maklumat ada juga padri-padri termasuk yang kanan-kanan yang pro BN yang turut memuatkan kandungan yang memujui dan menjulang kerajaan BN dalam “sermon” mereka, ayuh kita laporkan dalam MI agar kita juga boleh beri pandangan.

Kalau berterusan MI fokus pada masjid sahaja, saya percaya MI punya agenda tertentu. Sedih walaupun ada kawan-kawan bekas makan gaji dari Harakah yang duduk dalam MI pun seakan tak boleh melakukan apa-apa.

 (saya muatkan di bawah ini surat dari pembaca dalam akhbar The Star bertarikh  25/11/12 yang mendedahkan darihal "khutbah" di gereja-gereja yang turut berbaur politik, tak pernah pula dilaporkan MI)
I FIND it disturbing that sermons in churches have become more political. I go to church on Sundays to seek a quiet time with God and not to listen to sermons skewed towards any political party.

The pastors might as well ask the congregation to pray for that party instead of playing around with words and terms popularly used by the party.

I do not think church goers would be pleased to hear pro-BN sermons and the same applies to pro-Pakatan Rakyat sermons.

Are our churches behaving like mosques that are controlled by PAS?

Will churches be divided into those supporting BN and PR?

In the name of political awakening, pastors have become active political campaigners. I pray that common sense prevails in the church leadership.

The church understandably has issues which have hurt them, but it should not be a player in the political arena. Pastors should also not let themselves be influenced by their church leaders who hold party posts.

When churches become hot beds for political activism, they divide congregations. Pastors must ask if their job is to serve God or to serve politicians.

CHURCH GOER
Bahau, Negri Sembilan
 

Tuan Ibrahim, Salahuddin dan ........Naib Presiden PAS (13/11/13)

Wednesday, November 13, 2013

Selain jawatan Timbalan Presiden yang menyaksikan pertandingan sengit, 3 jawatan Naib Presiden PAS juga bakal menyaksikan saingan yang sengit.

5 calon bertanding merebut 3 jawatan dan kelima-lima merupakan calon yang memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing. 3 Naib Presiden ini merupakan tiang-tiang seri kepada Presiden kiranya mereka memain peranan membantu dan menyokong Presiden dan Timbalannya maka akan semakin mantap dan teguhlah parti . Apabila parti mantap dan teguh maka cita-cita Islam semakin mudah terlaksana dengan izin Allah swt.


Walaubagaimanapun kiranya Naib-naib Presiden itu punya agenda tersendiri, bertindak sendirian tanpa tunduk pada pemimpin (dalam hal ini Presiden dan Timbalannya) maka bercelarulah bahtera PAS. Kerana itu para perwakilan perlu barhati-hati memilih pasukan yang merupakan pimpinan tertinggi parti ini. Kalau satu bahtera punya dua atau tiga nahkoda maka yang akan rugi adalah parti dan jamaah.
Saya sebelum ini menjangkakan salah seorang aktivis PAS, YB Ustaz Idris Ahmad akan menerima pencalonan dan bertanding jawatan ini. Beliau saya lihat seorang yang sangat konsisten dan istiqomah dalam perjuangan. Sejak dari berhenti jawatan pensyarah untuk bertanding PRK DUN Changkat Jering di Perak pada tahun 1997 (pada usia 37 tahun) beliau terus komited dalam parti, bertanding dan kalah beberapa pilihanraya lagi sehinggalah ditakdirkan Allah menang akhirnya di Parlimen Bukit Gantang.

Tidak ramai yang sangup berkorban dan berhabis-habisan untuk parti dan jamaah sebagaimana beliau. Beliau tidak pernah mencetuskan masalah malah tidak jemu-jemu menjelajah merata Negara memperkukuhkan jamaah demi kepentingan Islam dan perjuangan. Beliau yang saya tahu seorang yang tiada agenda peribadi.
Walaubagaimanapun beliau membuat keputusan menolak pencalonan Naib Presiden, dan sebaliknya menawarkan diri untuk jawatan AJK Pusat. Saya yakin dan mendoakan beliau akan beroleh antara undi terbanyak untuk jawatan itu nanti insyallah.

Jika Ustaz Idris bertanding saya jangkakan PAS bakal menyaksikan dua Naib Presiden baru, tetapi kerana penarikkan diri beliau saya kini tidak pasti tetapi sekadar meletakkan harapan pada dua calon yang saya lihat punya potensi untuk memain peranan sebagai Naib Presiden yang efektif  dan membantu memperkuatkan kedudukan Presiden.
Mereka adalah Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Sdr Salahuddin Ayob.

Tuan Ibrahim sebagaimana diketahui telah memperolehi pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden, tetapi telah menarik diri dan sebaliknya menawarkan diri untuk jawatan nombor tiga ini. Saya membaca penarikkan diri beliau itu sebagai untuk memberi laluan kepada Ustaz Dato Nik Amar yang memilik latarbelakang yang sama dengan beliau dari segi akademik dan pendidikan.
Tuan Ibrahim sebelum ini adalah Ketua Penerangan PAS dan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau sebagaimana Ustaz Idris adalah bekas pensyarah UITM yang komited dan konsisten dalam perjuangan. Dengan latarbelakang dan pengalamnnya yang luas sudah pasti mampu memberi input dan manfaat yang banyak buat PAS selain membantu Presiden dalam menjalankan tugasnya.
Selain itu Tuan Ibrahim memiliki personaliti yang baik disegani dan disenangi ramai bukan hanya orang PAS tetapi juga rakyat kebanyakkan sehinggalah ke serambi Istana. PAS akan beroleh banyak manfaat apabila tokoh yang berwibawa dan disegani ini ditempatkan di kerusi Naib Presiden parti.

Sementara itu Sdr Salahuddin Ayob merupakan seorang lagi tokoh yang bermanfaat buat PAS. Saya bertuah kerana pernah duduk semeja dengan Almarhim Ustaz Yahya Othman dan Ustaz Hassan Shukri semasa hidup mereka dan mendengar kisah panjang lebar berkenaan Sdr Salahuddin, bagaimana beliau dikenal-pasti untuk menjadi pemimpin pemuda oleh tokoh-tokoh ulamak besar PAS ini sejak diusia mudanya.
Tak perlulah saya huraikan, cuma cukup sekadar menyatakan betapa dari pandangan mereka Salahuddin memiliki kualiti yang melayakkan beliau duduk sebagai pemimpin dalam PAS.

Dan terbukti dari jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sehinggalah kini Naib Presiden Salahuddin dilihat sebagai “balanced” tidak condong dan cenderung pada mana-mana pihak atau puak tetapi istiqomah memartabatkan Islam dalam perjuangan.
Salahuddin yang saya kenali seorang yang sangat peramah, mudah mesra dengan yang tua atau muda. Beliau seorang yang baik akhlaknya, bersedia mendengar dan meraikan pandangan lain tidak emosi, tidak lantang tak bertempat, tidak mudah mencari musuh. Kerana itu barangkali Joceline Tan dalam ruangannya di akhbar The Star melabelkan beliau sebagai “Mr Koffi Anan” dalam PAS.

Beliau juga seorang yang tidak jemu menimba ilmu. Rajin membaca demi mempelbagaikan pengetahuan kerana itu apabila berbincang atau berbual dengan beliau, banyak pengetahuan yang boleh kita perolehi.
PAS perlukan seorang pemimpin yang seperti ini bagi membantu Presiden. Dalam perjuangan Islam mesti ada yang boleh diharapkan untuk berunding demi manfaat perjuangan, dan Salahuddinlah antara calon-calon Naib Presiden yang saya tahu paling layak memenuhi peranan itu.

Oleh itu bagi jawatan Naib Presiden PAS yang 3 ini, dengan pengunduran Ustaz Idris, saya cuma dapat mengharapkan agar Ustaz Dato Tuan Ibrahim dan Salahuddin Ayob dapat mengisi 2 antara 3 kekosongan itu.
Satu lagi terserahlah antara baki yang bertanding.

Semoga para perwakilan dapat membuat perhitungan terbaik dan menyusun satu saf kepimpinan yang mantap bernaungkan “Kepimpinan Ulamak” demi memartabatkan Islam di tanah air tercinta ini.

 

 

Mengapa Ustaz Nik Amar - Timbalan Presiden (12/11/13)

Tuesday, November 12, 2013


Dalam posting saya yang terakhir  “Ustaz Nik Amar – Timbalan Presiden” saya menggariskan beberapa kualiti yang ada pada beliau yang menjadikan beliau calon terbaik untuk diangkat sebagai pemimpin nombor dua tertinggi di dalam PAS dalam Muktamar PAS minggu hadapan.
Ramai bloggers dan penulis-penulis baru dan veteran samada melalui blog dan facebook atau artikel dalam portal berita tertentu turut memain peranan mempromosi calon masing-masing. Ada yang saya perhatikan terang-terang melanggar etika parti apabila bersahaja menyinggung dan merendah-rendahkan lawan, mempromosi Sdr Mat Sabu tetapi dalam waktu yang sama mengkritik dan menyerang Ustaz Nik Amar.

Dalam hal itu biarlah badan yang bertanggungjawab dalam PAS menyiasat.
Apa pun yang hak tetap hak.

Sebenarnya diperingkat ini apa yang penting adalah untuk masing-masing menonjolkan kualiti calon masing-masing (saya percaya calon-calon sendiri, lantaran mereka calon dalam pemilihan parti, tidak pun sibuk mempromosi dan menaja diri sendiri).
Ada pula yang menangguk di air keroh, kononnya apabila Zulkifli Bakar dari Utusan Malaysia mempromosi Ustaz Nik Amar maka mendakwa Umno menyokong Ustaz Nik Amar. Saya kira itu satu tuduhan nakal, dan tidak seharusnya diguna sebagai bahan kempen kecuali kerana ada maksud jahat.

Teringat saya semasa Tuan Guru Presiden menjadi Ketua Pembangkang di DUN Terengganu dalam penggal pertama beliau sebagai ADUN di awal tahun 80an. Pihak penyokong kerajaan BN membawa isu surau (kelab) PAS yang disambar petir di Terengganu di dalam Dewan. Mereka menggunakan insiden itu sebagai hujah kononnya Allah tidak merestui perjuangan PAS kerana itu diturunkan petir untuk menyambar bangunan PAS.
Apa balas Tuan Guru? Kata Tuan Guru, kalau begitulah hujah wakil BN maka sekaligus menandakan bahawa rumah-rumah ibadat bukan Islam, direstui oleh Allas wt kerana tiada pun gereja yang disambar petir, adakah ini bermakna Allah restu pada gereja?!

Apa pun Utusan Malaysia kita akui akhbar Umno. Kalau kita tahu agenda mereka kita pun semacam mereka. Kalau kita termakan lantaran mereka mempromosi Ustaz Nik Amar, lalu kita dakwa Umno bersetuju dengan Ustaz Nik Amar, maka kita pun sama menjerat diri terkena jerat Umno.
Malaysiakini, Malaysia Insider banyak mempromosi artikel anti Hudud, pro LBGT, pro murtad, lalu apabila ada calon-calon yang bertanding dalam pemilihan PAS dipromosi oleh portal-portal berita ini adakah bermakna calon-calon PAS itu juga anti Hudud, pro LBGT, pro murtad?

Marilah kita berbaik sangka, yang penting kedua-dua calon adalah aktivis PAS. Tugas para perwakilan nanti adalah memilih satu antara dua yang sememangnya baik sebagai pilihan yang terbaik. Ini bukan pilihanraya umum tetapi pemilihan parti.
Setelah saya menyenaraikan kualiti yang ada pada Ustaz Nik Amar dalam posting terakhir saya, seorang pengunjung blog ini yang juga seorang wakil rakyat PAS telah meminta saya mengulas pula isu yang digunakan terhadap Ustaz Nik Amar. Kononnya beliau tidak popular dikalangan ahli (tidak terkenal). Kononnya beliau jarang turun padang seluruh Malaysia.

Bagi saya kerana itu kita perlu beri peluang pada beliau. Kualitinya kita telah tahu, latarbelakang pendidikan dan akademiknya kita tahu, penglibatannya dalam parti kita telah tahu, lantas berilah peluang untuk beliau berkhidmat diperingkat yang lebih tinggi.
Dr Burhanuddin al Helmi pada tahun 50an dahulu boleh diangkat sebagai Presiden parti sedang beliau baru sahaja menyertai PAS, belum pun naik pentas PAS, belum pun berjumpa ahli-ahli PAS, tetapi diberi amanah oleh para perwakilan ketika itu kerana kualitinya.

Terbukti di Kelantan Ustaz Nik Amar telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Dari ahli Parlimen ke EXCO dan kini Timbalan Menteri Besar. Kelantan adalah aset terbesar uat PAS, sebuah “Universiti Terbuka” kata Mursyidul Am kita satu ketika dahulu. Ustaz Nik Amar terbukti telah lulus cemerlang dalam Universiti Terbuka ini, kini dengan kelulusan cemerlang itu berilah peluang beliau berkhidmat di peringkat yang lebih kanan dalam parti.
Saya yakin dengan kemampuan beliau diganding dengan kemampuan yang sedia ada dan terbukti pada Tuan Guru Presiden kita, PAS bersama sokongan dan dokongan serta doa ahli-ahli dan pengikutnya akan terus cemerlang memartabatkan Islam di bumi tercinta ini.

Selain daripada itu ada juga yang mendakwa kononnya Ustaz Nik Amar tidak membantu dalam hubungan dengan PR, benarkah begitu?
Saya sendiri tidak tahu menahu, tetapi yang berkata begitu perlu mendatangkan bukti bukankah kita diajar begitu dalam Jemaah? Tidak adil untuk menembak curi kerana ia suatu perlakuan yang  tidak bertanggungjawab. Kita promosilah calon kita tetapi jangan tembak atau pukul curi calon lain, kerana perbuatan sebegitulah yang bakal menyamakan kita dengan lawan politik kita.

Bagi saya kedua-dua calon baik, kedua-dua calon punya harapan dan cita-cita yang baik untuk memajukan parti dan Islam . Masalahnya kita cuma ada satu kerusi untuk jawatan ini. Dan kita perlu memilih satu antara dua mereka. Lalu ukurlah dengan adil, ukurlah dengan jiwa yang kasih dan sayang pada nasib dan masa depan parti dan Islam.
Semoga para perwakilan yang mewakili hati dan jiwa PAS itu akan diberi kekuatan dan hidayah oleh Allah swt untuk memilih yang terbaik antara dua mereka.

All the best buat Abang Mat dan Ustaz Nik Amar, saya sekadar memberi pandangan.

 

 

Ustaz Nik Amar - Timbalan Presiden (11/11/13)

Monday, November 11, 2013

(posting ini adalah pandangan saya ebagai kempen jawatan Timbalan Presiden PAS, saya mengharap ianya tidak bertentangan dengan garsi panduan yang telah ditetapkan oleh PAS)

Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menjadi rebutan dalam muktamar PAS tahun ini setelah jawatan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh penyandangnya Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

Jawatan Timbalan Presiden adalah jawatan kedua terpenting dalam PAS. Sebagaimana parti dan gerakan lain, peranan Timbalan adalah menyokong dan membantu orang nombor satu dan kiranya sesuatu berlaku ke atas batang tubuh orang nombor satu maka beliaulah yang akan naik memangku jawatan Presiden.

Bagi parti dan gerakan lain berkemungkinan posisi ini tidak penting atau tiada “significant” siapa nombor satu dan siapa nombor dua. Namun demikian bagi sebuah gerakan Islam sebagaimana PAS sudah pastilah ianya penting dan perlu diberi perhatian.
Mengikut sejarah sebelum Pilihanraya Umum yang pertama pada tahun 1959, PAS berhadapan dengan kemelut kepimpinan. Kalangan pimpinan PAS memerah otak berbincang dan bermuzakarah bagi memilih pemimpin nombor satu setelah Presiden (atau Yang Dipertua Agung) ketika itu Dr Abbas Alias terpaksa melepaskan jawatannya.

PAS bakal berhadapan dengan pilihanraya besar setelah menang satu kerusi dalam Pilihnaraya Persekutuan tahun 1955. Oleh itu ia memerlukan seorang yang memiliki ciri-ciri kepimpinan Islam bagi mengetuainya dalam “jihad” besar PRU pertama.
Kalau diteliti bahan-bahan tulisan sejarah PAS, ternyata siapa bakal mengetuai PAS dibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, sehinggalah mereka memutuskan untuk memujuk seorang aktivis dan ulamak yang disegani ketika itu iaitu Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy untuk menyertai PAS dan akhirnya pada tahun 1956 dipilih dalam muktamar PAS sebagai Presiden PAS.

Ini bukti betapa ahli dan kepimpinan di awal-awal penubuhan PAS sangat menitik-beratkan akan individu dan peribadi yang bakal mengisi jawatan tertinggi parti. Kerana PAS sebagaimana yang saya sebutkan tidak seperti parti dan gerakan lain adalah sebuah parti dan gerakan Islam.
Kerana itu tidak hairan apabila Multaqa Ulamak Se Malaysia di Kota Sarang Semut Kedah menerbitkan resolusi yang antaranya berbunyi:

Multaqa Ulamak Se-Malaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulama dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis
Istilah “sewajarnya” di atas digunakan pada pemahaman saya bagi memberi faham bahawa PAS dengan identiti dan jiwa Islamnya sudah pasti memerlukan pemimpin yang sedemikian untuk memimpin dan memacunya.

Lalu kemana  mahu ditempatkan mereka yang tidak ulamak atau tiada latarbelakang akademik dan pendidikan Islam? Sesungguhnya semua mempunyai dan memiliki tugas dan tanggungjawab. Lengkap melengkapi, tetapi asasnya teraju wajarlah dikalangan mereka yang faham dan terdidik dalam Islam secukup dan semasak-masaknya. Bermkana kita bersama menyokong, memupuk dan memperteguhkan gerakan dan perjuangan ini berpayungkan kepimpinan ulamak, iaitu mereka yang dipertanggungjawabkan oleh Allah lantaran faqihnya mereka dalam ilmu dan bidang Islam.
Jika tidak kerana itu masakan Rasulullah saw bersabda:

Dari Abdullah ibn ‘Amru ibn Al-‘As ra katanya : Saya dengar Rasulullah saw bersabda : Bahawasanya Allah tidak menarik ilmu dengan mencabutnya dari manusia tetapi Allah menarik ilmu dengan mematikan ulama hingga apabila tidak ada lagi orang alim, manusia akan mengambil orang-orang jahil sebagai ketua, maka mereka ditanya, merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, maka sesatlah mereka dan menyesatkan pula.
Berbalik kepada isu pemilihan Dr Burhanuddin al Helmy pada tahun 1956 itu, beliau dibantu oleh Almarhum Prof Zulkifli Muhammad (seorang lagi ulamak besar, yang sekembalinya dari Timur Tengah mahu diangkat oleh Kerajaan Peraka sebagai Muftinya tetapi ditolak beliau) dengan gandingan kedua-duanya telah membawa PAS kepada kejayaan yang besar ketika itu, apabila menang kedua-dua kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu.

Kedua-dua Presiden dan Timbalan melangkah masuk ke Parlimen menggemparkan Dewan Rakyat dengan suara dan nafas Islam.
Dizaman kepimpinan mereka juga bekas Ketua Wanita Umno Malaya (ketika itu Ketua Kaum Ibu) Khatijah Sidek berjaya diyakinkan menyertai PAS dan menang kerusi Parlimen di Terengganu atas tiket PAS.

Oleh itu kini tahun 2013, saya secara peribadi berpandangan sesuai sangatlah PAS kembali kepada zaman kegemilangan itu dengan menempatkan, sebagaimana maksud resolusi Multaqa Ulamak itu, orang nombor satu dan dua dikalangan para ulamak.
Semoga kita memperoleh barakah dan petunjuk sepanjang jalan perjuangan yang sangat mencabar dan penuh dugaan ini.

Bagi jawatan nombor dua parti, iaitu Timbalan Presiden, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Haji Mohd Amar bin Haji Abdullah atau Ustaz Nik Amar menawarkan diri.
Tidakkah terganggu tugas beliau sebagai TMB jika dipilih menjadi Timbalan Presiden nanti?

Itu bagi saya satu anggapan yang sangat tidak berasas. Tuan Guru Presiden sekarang pernah menjadi Menteri Besar dan kemudiannya Ketua Pembangkang ketika beliau Timbalan Presiden dan memangku jawatan Presiden apabila Almarhum Ustaz Fadzil Nor pulang ke rahmatullah. Begitu juga Setiausaha Agung DAP, adalah juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Saya yakin apabila beliau menawarkan diri bermakna beliau telah bersedia menggalas dan memikul tanggungjawab itu, adalah tidak adil kita menghukum begitu sedangkan indidividu ini memiliki kemampuan dan kebolehan.

Dari segi latarbelakangnya, Ustaz Nik Amar datangnya dari keluarga pejuang yang terbukti. Almarhum Ayahnya bekas ahli Parlimen PAS, Pak Nik Lah yang telah banyak menabur jasa pada parti. Keluarga beliau adalah campuran dari keluarga ulamak dan keturunan keluarga di Raja Kelantan     - Ustaz merupakan cucu kepada Sultan Muhammad IV melalui nendanya)
Yang pentingnya beliau memiliki latarbelakang akademik Islam yang sangat mantap dan baik. Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor, Kelantan  yang diasaskan oleh datuknya. Dalam masa yang sama beliau bersekolah di Sekolah Melayu Majlis (1965 - 1971) , SMU (A) Tarbiah Mardhiah (1972-77), Maahad Muhammadi Lelaki (1978-79), Sarjana Muda Pengajian Islam (BA)(UKM) (1979-83), Ijazah Sarjana atau MA dalam Theological Studies atau Kajian Agama University of Birmingham UK (1985-88).

Beliau pernah menjadi Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) selama 10 tahun (1985-95). Pernah menang dan menjadi ahli Parlimen Pengkalan Chepa (kerusi ayahnya dahulu) dan kini ADUN Panchor serta Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Beliau fasih berbahasa Arab dan Inggeris.

Berdasarkan latarbelakang pendidikan dan pengajian serta pengalaman dan pendedahan politik, saya yakin Ustaz Nik Amar mampu dan mempunyai kelayakan serta keupayaan untuk membantu Tuan Guru Presiden melalui jawatan Timbalan Presiden sekiranya dimanahklan oleh para perwakilan.
Sekiranya diberikan mandat saya penuh yakin Ustaz Nik Amar nanti dapat menjalankan amanahnya dengan baik, selain memberi ceramah politik, dapat memimpin majlis-majlis ilmu anjuran PAS atau masyarakat luar, membentang kertas kerja berkenaan PAS dan perjuangan Islam diperingkat dalam Negara ataupun antarabangsa,begitu  juga menjadi wakil parti berunding dan bertukar-tukar pandangan secara efektif diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kenalan saya seorang wartawan kanan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris tempatan pernah menyatakan beliau begitu kagum dengan kemahiran Ustaz Nik Amar, penguasaan bahasa Inggerisnya selain ketajaman fikirannya,
PAS jika mahu mendukung resolusi Multaqa Ulamak di atas, tidak akan silap sekiranya mengangkat Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Ustaz Dato Hj Mohd Amar sebagai Presiden dan Timbalan Presiden parti. Semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah kepada para perwakilan parti agar nanti mampu memilih yang terbaik dari yang baik-baik.

Selamat bermuktamar.

 

Pemilihan PAS: Yang terbaik dari yang baik-baik (7/11/13)

Thursday, November 07, 2013


Sudah bermulalah kempen pemilihan di dalam PAS. Jawatan Presiden telah pun diisytiharkan dimenangi tanpa bertanding oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Bermakna selain jawatan nombor satu itu, jawatan-jawatan lain terutamanya Timbalan Presiden dan 3 Naob Presiden akan menyaksikan pertandingan, melainkan calon-calon yang dicalonkan menarik diri, tinggal seorang sahaja (atau 3 untuk Naib Presiden).

Setakat ini dijangkakan kedua-dua jawatan berkenaan akan menyaksikan pertandingan.

Peratndingan dalam PAS bukan seperti Umno atau parti-parti lain. Kita harap dan doakan begitu insyallah. Tiada politik wang tiada politik memburuk-burukkan lawan.

Lawan secara “gentleman”, beri perluang seluas-luasnya pada para perwakilan untuk membuat pemilihan. Yang ada peluang untuk meraih publisiti peribadi, sepatutnya tidak menangguk di air keruh.

Sudah pastilah sukar berkempen dalam PAS sebagaimana parti-parti lain jika akhlak dan peraturan yang ditetapkan dituruti.

Baru saya terbaca artikel seorang rakan penulis veteran melalui portal Malaysiakini (yang menceduk posting dari blog beliau)yang ternyata satu contoh kempen yang tidak dibenarkan. Rakan saya itu menonjolkan calon-calon tertentu, itu saya kira diterima lagi tetapi dalam waktu yang sama beliau menjatuhkan calon lain.
Satu contoh:

Kesimpulan awal yang dapat dibuat di sini kedudukan Mohamad Sabu setakat ini besar kemungkinan hanya akan dicabar oleh Tuan Ibrahim. Nik Amar walaupun ada desakan kecil terhadapnya agar menjadi pencabar Mohamad tetapi timbalan menteri besar itu dikira tidak berani untuk berbuat demikian walaupun ada sokongan padu daripada Tuan Ibrahim. Diharap Nik Amar mengukur badan sendiri dan jangan membeli baju bersaiz free.
Sokonglah sepatutnya sesiapa yang anda cenderung tetapi mengapa perlu “pukul” pencabar atau calon lain.

Malah tak cukup setakat itu dalam waktu yang sama orang yang tidak terlibat, dalam kes ini YAB Dato MB Kelantan turut menjadi mangsa apabila beliau menulis:

Kewujudan Ahmad Yaakub kini tidak lebih daripada menjadi tuan atau saudagar kapal sahaja.
Ini bukan cara PAS. Saya sendiri akui secara peribadi saya juga cenderung kepada pemimpin-pemimpin tertentu, tetapi oleh kerana kita dalam satu jamaaah, tidaklah saya sekali-kali akan tergamak untuk menyerang, memperlekeh apalagi menjatuhkan calon-calon lain yang kurang saya minati atau senangi.

Rakan saya ini memang begitulah, harap tidak semua orang PAS begitu.
Saya sebelum ini ada menzahirkan melalui blog saya menjelang pemilihan PAS yang lepas-lepas darihal pemimpin yang saya cenderung. Namun citarasa kita ada yang bertepatan dengan citarasa perwakilan tetapi ada juga yang berbeza, apa pun kesimpulannya semua yang ada baik-baik belaka, Cuma kita mahukan yang terbaik antara yang baik-baik.

Yang pening parti di bawah pimpinan Tuan Guru Presiden akan menjadi semakin perkasa dengan bantuan mereka dikelilingnya , semoga cita-cita perjuangan PAS tercapai melalui saf kepimpuinan baru nanti.

 

Hapuskan tikus dalam PAS (7/11/13)


Pertandingan PRK DUN Sg Limau sudah selesai. Alhamdulillah sebagaimana dijangka kemenangan dengan izin Allah swt berpihak pada PAS. Lantas kini tumpuan diberikan semula kepada pemilihan parti dalam Muktamar PAS ke 59 tak lama lagi.
Sekali lagi saya tergamam apabila membaca satu artikel dalam Malaysiakini yang mengulas darihal pemilihan dalam PAS itu, apabila menyebut:

Jumlah pencalonan naib presiden masih belum diketahui. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang bocor kepada media, beliau mendapat pencalonan terbanyak sebagai timbalan presiden – jawatan yang berisiko untuk direbutinya berbanding naib presiden.
“MAKLUMAT YANG BOCOR KEPADA MEDIA!!!!”

Sekali lagi terbukti ada tikus dikalangan orang-orang PAS yang diamanahkan untuk menyimpan rahsia parti, apabila tanpa adab dan pertanggungjawaban dengan mudah boleh membocorkan rahsia parti kepada media.
Perkara ini serius, ia diakui sudah lama berlaku. Sebelum ini ada blogger yang boleh melaporkan darihal apa yang berlaku dalam mesyuarat AJK Pusat, seolah beliau berada dalam mesyuarat itu.

PAS perlu siasat dan ambil tindakan. Kalau sudah ada tikus dan anai-anai, bimbang nanti PAS mudah condong dan roboh akibat lubang-lubang bikinan mereka.
Dalam kitab Manhaj Daurah Tadribiyah terbitan Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat disebut:

AKHLAK BERPARTI
Dalam meniti liku-liku perjuangan Islam, ianya penuh dengan ujian,mehnah dan tribulasi yang begitu mendesak. Justeru, pada diri seseorang pejuang itu perlu dihiasi dengan keindahan Islam dan diwarnai dengan akhlak berjmaah agar sepanjang merentas ujian ini sentiasa dinaungi oleh rahmat ALLAH SWT. Ini amat penting agar pertolongan ALLAH sentiasa bersama para pejuang.

Bagi meletakkan perjuangan kita diterima dan direstui oleh ALLAH SWT serta mendapat pertolongan daripadaNYA, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:
1.Ikhlas

2.Percaya dengan baik kepada ALLAH, memohon pertolonganNYA dan percaya kepada janjiNYA
3.Istiqamah

4.Taat
5.Ukhuwwah (Persaudaraan)

6.Kerahsiaan
7.Tidak leka dengan pencapaian yang ada

8.Menunaikan janji dan beriltizam dengannya
9.Tidak melampau

Perkembangan di atas menunjukkan sudah ada unsur-unsur yang menggugurkan akhlak berparti dikalangan orang-orang PAS, ia serisu dan perlu ditangani sebelum parah.

Tantawi dan Nik Abduh berundur? (30/10/13)

Wednesday, October 30, 2013


Berita pengunduran Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu YB Ustaz Nasaruddin Hassan dan YB Ustaz Nik Adbuh Nik Abd Aziz mendapat perhatian ramai. Seorang sahabat lama yang saya kira seorang penulis veteran membuat spekulasi kononnya kedua-dua mereka telah gagal membawa perubahan dalam Dewan Pemuda lalu memberi laluan kepada yang lebih layak.
Bagi saya keputusan kedua-dua tokoh muda yang mempunyai masa depan yang cerah dalam kepimpinan PAS, adalah satu keputusan bijak yang sangat strategik dan penuh bermakna.

Bagi saya juga analisa rakan saya penulis veteran di atas sebagaimana selalu, sangat tersasar kerana lazimnya orang yang berjayalah melepaskan jawatan seumpama itu untuk melonjak naik lebih tinggi lagi untuk peranan yang lebih mencabar.
Dewan Pemuda di bawah kedua-dua tokoh ini ternyata telah berjaya disuntik dan diperkasakan dengan roh dan semangat Islam . Tenaga Pemuda berjaya dibentuk untuk muncul teguh mengejar cita-cita Islam tanpa kendur dan goyang demi mempertahankan matlamat dan dasar perjuangan PAS.

Pemuda dikira longgar dan alpa apabila mudah longlai dengan fahaman liberalisma, mudah berkompromi dalam perkara dasar apalagi hanyut dengan budaya dan idea Barat yang ada diantaranya membahayakan perjuangan.
Kedua-dua anak muda ini bersama rakan-rakan mereka kepimpinan Pemuda dipelbagai peringkat telah berjaya memandu anak-anak muda PAS ke arah satu matlamat yang murni dengan satu idea dan satu cita-cita.

Saya melihat pengunduran mereka ini sebagai memberi laluan kepada galang ganti mereka yang nanti akan meneruskan kesinambungan perjuangan yang telah disemai baik. Mereka telah melatih pelapis yang baik-baik yang saya kira akan terus memacu perjuangan Dewan Pemuda ke arah mempertahan dan memperkasakan parti.
Terbukti di Selangor sendiri contohnya barisan saf Dewan Pemuda yang baru sungguh mantap untuk meneruskan perjuangan ini.

Dan saya juga melihat pengunduran mereka itu bukan pengunduran terus tetapi sebaliknya nanti akan menawarkan diri pula untuk memain peranan di gelanggang yang lebih tinggi. Dewan Pemuda telah menjadi pusat latihan mereka, dan kini dengan usia yang muda ini mereka sewajarnya diberi peranan diperingkat Pusat pula agar idea-idea baru dapat diterjemahkan dalam perjuangan.
Setakat ini jawatan Presiden telah diumumkan menang tanpa bertanding. Manakala jawatan-jwatan lain bakal menyaksikan pertandingan termasuklah diperingkat AJK Pusat.

Umno yang telah melalui proses pemilihan dalam parti mereka baru-baru ini walaupun gah bunyinya tetapi ternyata masih mengekalkan ramai jaguh-jaguh lama, tiada kelihatan transformasi sebagaimana yang diwar-warkan. (jangan kita jadi seperti mereka)
PAS perlu suntikan baru khususnya dikalangan mereka yang punya kualiti kepimpinan Islam yang menyerlah dengan ilmu dan disiplin perjuangan, akhlak yang baik, adab yang mulia. Sekiranya kedua-dua tokoh ini menawarkan diri bertanding diperingkat AJK Pusat, pandangan saya, para perwakilan perlulah memilih dengan bijak.

Jika kita mahu PAS terus relevan kekal teguh dengan dasar dan cita-cita perjuagannya maka inilah masanya untuk kita melaksanakan perubahan. PAS perlu kekal berjuang atas cita-cita dan matlamat Islam sebagaimana yang tekandung dalam Perlembagaannya. Biarlah doa, titik peluh, pengorbanan dan nyawa yang disumbangkan oleh mereka yang terdahulu tidak sia-sia sampai bila-bila.

 

Tuntutan Hudud bergema di Parlimen (30/10/13)


Tuntutan Hudud terus bergema di Dewan Rakyat apabila Presiden PAS yang juga ahli Parlimen Marang Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Awang menyentuh berkenaannya ketika membahaskan Bajet 2014 semalam.
Tuan Guru telah mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Negara Brunei Darusalam kerana bakal melaksanakan Hukum Hudud dan Qisas walaupun ditentang oleh pelbagai pihak luar yang tidak faham matlamat perundangan berkenaan. Malah kata Tuan Guru perundangan Barat yang diamalkan termasuk oleh Malaysia ternyata gagal membendung dan menghapuskan jenayah kerana undang-undang itu sendiri sunyi dari elemen yang boleh “menggerunkan” bakal penjenayah sebagaimana yang terdapat dalam Hudud.

Lantaran itu kegiatan jenayah semakin berleluasa.
Undang-undang Islam tegas Tuan Guru bukannya bermatlamat untuk menghukum tetapi diturunkan oleh Allah swt untuk lebih menggerunkan bakal penjenayah sekaligus mencegahnya.

Dalam aspek ini beliau menyeru agar Jadual ke 9 Perlembagaan Persekutuan (berkenaan tanggungjawab dan hak kerajaan Persekutuan dan Negeri)  disemak semula agar negeri-negeri diberikan kelonggaran untuk melaksanakan undang-undang Islam. Ternyata kehadiran Jadual berkenaan sesungguhnya mengekang dan menyekat dari perlaksanaan Hudud diperingkat negeri-negeri (ini kerana mana-mana undan-undang Negeri yang dibuat yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan walaupun dalam bab Islam akan dikira tidak sah dan batal)
Semoga seruan Tuan Guru ini terus disambut dan dimantapkan lagi oleh baki ahli-ahli Parlimen PAS yang turut serta akan membahaskan Bajet berkenaaan. Biar ia dicatit oleh para pegawai kerajaan dan biar ia diulas oleh Perdana Menteri dalam penggulungannya nanti.

Siapa pun yang akan berbangkit berbahas dikalangan wakil rakyat PAS kita harapkan penegasan Tuan Guru ini terus diperkasakan. Jangan ada seorang pun yang meninggalkannya atas apa alasan sekalipun.

 

Bajet 2014: Bersuaralah ahli-ahli Parlimen Islam (26/1013)

Saturday, October 26, 2013


Bajet 2014 telah pun dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Jumaat lepas. Ramai yang memuji dan ramai juga yang merungut. Isu GST (atau Goods and Services Tax) terus bermain dibibir rakyat.
Isu penarikan balik subsidi gula yang mengakibatkan harga gula naik 34 sen sekilo juga menjadi titik perbalahan. Alasan kerajaan ianya harus dilihat sebagai langkah kearah melahirkan masyarakat yang sihat.

Apa pun yang saya perhatikan tiada pula Bajet ini menyentuh 3 industri besar yang terbabit dengan “sin industry” iaitu industry maksiat contohnya aral, judi dan rokok.
Atas semangat Brunei yang bakal melaksanakan Hudud menjelang tahun 2014 kita menjangkakan sekurang-kurangnya kerajaan BN memberikan reaksi dengan mengekang industri maksiat ini dengan cara menaikkan lagi duti dan eksais ke atasnya. Tetapi tiada?

Bajet 2014 seolah meloloskan industri ini tanpa disentuh sedikit pun.
Kalau kita perhatikan arak, judi dan rokok ini adalah tabiat mereka yang berwang. Hanya mereka yang berwang (termasuk segelintir yang bebal yang tidak berwang tapi masuk jahanam juga) boleh megamalkannya. Oleh kerana semua akui tabiat ini buruk, memudaratkan maka wajarlah cukai ke atas industri ini terus dinaikkan biar yang berwang ini terus sakit akibat tabiat mereka masing-masing.

Kalau kerana kerajaan kononnya sayangkan rakyat maka subsidi gula dimansuhkan, maka tidakkah kerajaan juga sepatutnya sayangkan rakyat dengan terus menekan mereka yang terlibat dalam tabiat buruk ini.
Menurut “estimate” penganalisa pada tahun 2012 industri judi termasuklah Kasino Genting, Magnum, Sports Toto dan lain-lain menyumbang sebanyak RM2.3 ke 2.7 billion dalam bentuk cukai kepada kerajaan. Menurut  Confederation of Malaysian Brewers Berhad pula setiap tahun pemain industri “beer” dan “stout” (tidak termasuk arak lain atau “liquor”) menyumbang sebanyak RM1 billion dalam bentuk cukai kepada kerajaan.

Bermakna setiap tahun industri maksiat ini mampu menyumbang berbillion ringgit dalam bentuk cukai kepada kerajaan namun terus mencatatkan keuntungan.
Mengapa perlu mereka terus bersenang-lenang atas kemudaratan rakyat. Kalau kita tidak mampu menghapusnya kerana tiada kekuatan dan komitmen Islam sebagaimana Brunei, sekurang-kurangnya kita ambil usaha mengekangnya.

Dalam hal ini saya berharap agar ahli-ahli Parlimen PAS selain sibuk nanti dengan isu GST dan subsidi gula, wajib dan wajar sangat mengemukakan isu ini. Wakil-wakil parti Islam harus bercakap dan berhujah berkenaan Islam, jangan diamkan isu ini.
Gula dikatakan membawa penyakit maka logiknya kerajaan menarik balik subsidinya. Arak, judi dan rokok semuanya memusnahkan dan dalam Islam haram dan memudaratkan, maka wajarlah ia juga jika tidak dibeteras sekurang-kurangnya dinaikkan semaksima mungkin cukainya.

Ahli-ahli Parlimen Islam (BN dan PR) memikul tanggungjawab dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt kelak, mengapa kita biarkan industri ini terus berkembang sedangkan kita punya “political will” untuk bertindak.
Malulah kepada Brunei, kalau tak mahu malu kepada Allah swt.

Mari kita lihat apa peranan ahli-ahli parlimen kita.

 

Larang korban di sekolah: Kita selaras semua sekali (23/10/13)

Wednesday, October 23, 2013


Buat pertama kalinya saya terpaksa akur dan menumpang setuju dengan pandangan bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau mengulas kontroversi isu sembelihan korban di Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya yang kononnya mendapat tentangan masyarakat Hindu/bukan Islam. Asas bantahan seorang individu bernama “Saravanan” bahawa sekolah bukan tempat sesuai untuk ibadat korban kerana anak-anak murid didedahkan kepada penyembelihan haiwan.

Memikir “out of the box” (tidak seperti beberapa pemimpin politik yang cepat melatah – pragmatik ikut suasana) MAZA dipetik sebagai menyatakan (dalam facebooknya):
"Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat.

"Antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama seperti mengangkut berhala atau menghempas kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu.
"Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali,"

Nah sekarang bagaimana?
Malahan ada perarakan agama yang mendedahkan anak-anak dan orang dewasa kepada “ritual” yang lebih menakut dan menyeramkan termasuklah menusuk dan mencucuk tubuh badan. Kalau mengambil kira pandangan MAZA bagaimana? Kita larang juga?

Sesungguhnya masyarakat Malaysia telah sedia terbuka dan secara umumnya menerima dan memahami perbezaan ibadat dan “ritual” antara berbeza agama dan fahaman dalam Negara. Berdekad-dekad lamanya tiada yang membantah atau cuba membakar suasana, tiba-tiba hari ini kita dibawa untuk bersengketa dan bertekak dalam bab ini.
Ibadat korban untuk orang Islam, ada yang berlaku masyarakat bukan Islam menghadiahkan binatang sembelihan untuk menjamu petugas ibadat korban, saya sendiri menjadi saksi di Masjid USJ1 Subang Jaya beberapa tahun lalu.

Upacara Thaipusam contohnya sudah diterima sebagai suatu acara tarikan pelancong, diterima secara toleran oleh masyarakat Islam walaupun ada perarakan dari kuil ke kuil di kawasan luar bandar yang terpaksa merentas dan melalui kampung-kampung Melayu. Kita terima dan hormati, tiada bantahan.
Begitu juga upacar-upacara “ritual” masyarakat Buddha dan bukan Islam di kalangan orang-orang Tionghua umpamanya “Hungry Ghost Festival” ,acara yang beberapa tahun lalu serentak dengan bulan Ramadhan. Tapak-tapak letak kereta dan tanah kosong digunakan untuk membakar colok-colok besar, menghidang khinzir siap dengan program hiburan di pentas. Ada yang berlaku di kawasan perumahan berdekatan dengan surau dan masjid, orang Islam yang sibuk menghidupkan malam Ramadhan, menerimanya kerana sudah faham akan “ritual” berkenaan. Tiada pula bantahan yang didengar.

Malah masyarakat bukan Islam yang tinggal berhampiran masjid dan surau-surau di seluruh Negara juga boleh menerima laungan azan 5 kali sehari, kerana ia sebahagian dari amalan masyarakat Islam. Tidak ada lagi kita dengar bantahan dan protes.
Lantas dalam bab ini sekali lagi saya meneliti pandangan MAZA dan bersetuju kalau kita sudah tidak lagi boleh hidup secara toleransi, asyik nak bertekak dan bersengketa termasuklah dalam bab-bab yang telah diterima dan difahami masyarakat maka ayuh kita perluaskan larangannya, kita selaraskan semua sekali.

Biar sembelihan korban terhad di masjid dan surau-surau sahaja, biar Thaipusam di kuil-kuil sahaja, perayaan agama Kristian di setengah-setengah tempat yang turut mengarak salib dan patung “Christ” dihadkan di gereja sahaja, “Hungry Ghost Festival” pula dipremis tokong sahaja, bagaimana?

Tentu cadangan ini lebih mengundang kontroversi. Mengapa harus kita ganggu “status quo” amalan pelbagai agama dalam Negara kita. Belajarlah bertolak ansur, bertoleransi, membina Negara yang bersatu padu, aman dan muhibbah, bukankah baik begitu.
Anda bagaimana?

 

 

Mengkritiklah dengan sopan dan hormat (23/10.13)


Posting saya : “Apabila pemimpin melanggar arus” memang telah saya duga akan mengundang pelbagai reaksi. Saya menerima komen berikut dari pengunjung yang tidak mahu dikenali:
“Saidina umar pun ditegur secara langsung ini kan setakat orang biasa apa lah sangat kalau betul ikhlas”

Saidina Umar r.a memang pernah ditegur, kita semua tahu kisahnya. Tetapi dalam hal ini yang ditegur bukan Saidina Umar dan yang menegur pun bukan kualiti rakyat dizaman Saidina Umar. Kita berbicara tentang suasana semasa, tentang kerajaan negeri, tentang parti, tentang adab, tentang saluran…..bacalah secara “detail” posting saya itu.

Dan dalam laporan media hari ini Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS dipetik sebagai berkata di Kota Bharu:
"Pas and the state government leadership can accept criticism, but it must be made properly through the right channels," he said after the meeting” (NST)

"Tetapi apabila seseorang itu tidak berpuas hati dengan sesuatu, dia perlu dilakukan dalam cara yang berlandaskan kesopanan dan rasa hormat," katanya. (MStar)
Saya juga menyebeut dalam posting saya itu:

Terusik hati saya apbila menonton rakaman persidangan itu apabila giliran YAB MB menggulung perbahasan, ADUN berkenaan bangkit mencelah mohon penjelasan, apabila MB bangkit menjelaskan beliau melambaikan tangannya beberapa kali mengisyaratkan MB agar duduk kerana beliau mahu berhujah lagi, begitukah adab orang PAS?!

(Barangkali yang mengulas di atas tidak berpeluang menonton sepenuhnya rakaman sidang berkenaan)

Tegur menegur adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam, Allah swt mengajar kita di dalam al Quran, bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu berpesan memesan dengan kebenaran dan berpesan memesan dengan kesabaran.
Suasana Saidina Umar ditegur bukannya suasana sebagaimana dalam Dewan Undangan Negeri, malah ia ketika di hadapan khalayak umum. Dalam kes ini mereka berada dalam Dewan Undangan Negeri sudah tentulah sebagaimana penegasan Presiden kesopanan dan rasa hormat itu perlu ada. Kalau tak hormat MB kerana jawatannya (sesuatu yang pelik dalam PAS), hormatlah kerana ilmunya, kalau tidak juga hormatlah kerana usianya.

Dalam kes ini saluran yang digunakan tidak sesuai, cara dan adab lebih-lebih lagi sangat tidak berbudaya tidak kiralah kita ahli biasa apa lagi berjawatan besar dalam parti.

 

 

Brunei bakal laksana Hudud, kita bila pula? (22/10/13)

Tuesday, October 22, 2013


Berikut adalah berita terkini dari Negara Brunei Darusalam:
Brunei’s sultan announced Tuesday that a new Islamic criminal law that could include penalties like amputation for theft and stoning for adultery will be enforced in six months.

Sultan Hassanal Bolkiah said in a speech that the Shariah Penal Code, which would be applied to Muslims only, should be regarded as a form of “special guidance” from God and would be “part of the great history” of the tiny, oil-rich monarchy on Borneo island.
“By the grace of Allah, with the coming into effect of this legislation, our duty to Allah is therefore being fulfilled,” the sultan said at a legal conference in Brunei’s capital.

Bermakna dalam tempuh 6 bulan iaitu kira-kira bulan April 2014 negara berkenaan akan menjadi Negara pertama di Asia Tenggara yang bakal melaksanakan Hukum Hudud.
Dengan penuh yakin Sultan Brunei menegaskan bahawa dengan perlaksanaan undang-undang ini nanti tanggungjawab Negara beliau terhadap Allah swt bakal terlaksana.

Sewajarnya kita berdoa agar cita-cita murni Sultan dan rakyat Brunei terlaksana sebagaimana yang dicita-citakan. Malaysia bagaimana?
Kebetulan pengumuman ini dibuat sehari sebelum tarikh penamaan calon Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau di Kedah. Pasti dua parti dominan yang akan bertarung iaitu PAS dan Umno akan masing-masing membawa isu memenangkan calon masing-masing selain menyerang musuh dari sudut politik.

Dari kita bertekak dan berbahas isu kalimah Allah, laporan Ketua Audit Negara dan lain-lain yang hangat-hangat, lebih baik kita tumpukan kepada apa yang telah berlaku di Brunei. Ayuh kita jelaskan siapakah yang lebih bersungguh dan serius mahu mencontohi Brunei.
Di Malaysia isu ini telah terlalu lama dibahas dan dibicarakan, sepatutnya kita yang mendahalui Brunei.

Semoga semua pihak dapat berikan tumpuan dan menegaskan pendirian masing-masing dalam isu ini, biar kita juga tidak ketinggalan dalam menunaikan tanggungjawab terhadap Allah swt.
Tahniah Sultan dan rakyat Brunei semoga terus dilindungi dan diberkati Allah swt.

Allahu Akbar!

Apabila pemimpin melanggar arus (22/10/13)


Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang berlalu baru-baru ini benar-benar menggusarkan beberapa pihak ekoran berlaku kejadian dimana seorang anggota BBC telah menyerang pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.
Tindakan sedemikian mungkin dianggap sesetengah pihak sebagai teguran dalam semangat demokrasi, tetapi amalan demokrasi juga meletakkan apabila anggota satu blok bangkit mengkritik bloknya sendiri, ia dianggap keluar “rank” dan sesuatu yang tidak normal.

Kalau berkaitan adab dan disiplin parti pula ia boleh dikira melanggarnya.
Sesungguhnya sebagai anggota BBC kita punya saluran menegur dan mengeluarkan pandangan dalam forum yang berlainan, tetapi ADUN berkenaan memilih untuk meraih populariti lantaran “live” perjalanan dewan dan ramainya pemberita yang hadir (kebetulan TV3 kemudiannya memberi ruang percuma kepada ADUN berkenaan pada hari itu).

(Terusik hati saya apbila menonton rakaman persidangan itu apabila giliran YAB MB menggulung perbahasan, ADUN berkenaan bangkit mencelah mohon penjelasan, apabila MB bangkit menjelaskan beliau melambaikan tangannya beberapa kali mengisyaratkan MB agar duduk kerana beliau mahu berhujah lagi, begitukah adab orang PAS?!)

Kali terakhir PAS bertindak terhadap pemimpin kanannya adalah apabila Dato Dr Hassan Ali dibawa ke pengadilan parti dan akhirnya dipecat apabila memilih untuk melanggar arus sedemikian. Mungkin sama mungkin tak sama derasnya perlanggaran itu, apa pun ia wajar diteliti dan disiasat.
Perkembangan yang dilaporkan oleh NST hari ini jika benar memang wajar sangat:

INSUBORDINATION ISSUE: VP draws flak over 'attacks' on Kelantan govt
KUALA LUMPUR: THINGS are not looking well for Pas vice-president Datuk Husam Musa, who is expected to be hauled up before the party's leadership after his outburst concerning the Kelantan government administration.

A source said Husam had been told to explain his actions, at a meeting scheduled at 2pm at the Kelantan menteri besar's official residence in Kota Baru today.
The source added that the party leadership considered Husam's conduct as insubordination for openly criticising the party at the state assembly.

Husam, the source said, would be facing Pas' management council (Dewan Harian Pas), chaired by party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and the Kelantan Pas political bureau (Lajnah Politik), chaired by Pas spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Husam's action of breaking ranks at a state assembly proceeding is unprecedented in the 23 years of Pas rule in Kelantan.

On Oct 8, Husam had slammed the Kelantan government for the poor management of Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd, approval of 1,400ha in the Ulu Sat permanent forest reserve, Machang, the termination of contract of a South Korean construction company and the implementation of syariah.
The Pas central committee held a meeting on Oct 10, chaired by the party president.

One of the issues raised was the belligerent nature of a Pas assemblyman (Husam is Salor assemblyman), who dissented against his party and acted as if he was the opposition leader (at the state assembly).
The source said: "What was said was tantamount to attacking the state government and menteri besar."

The source added that Husam tried to respond to the allegations but was stopped by Pas leaders, who felt it was unfair for him to provide explanation in the absence of a party representative from Kelantan.
"It is the party's procedure to have a state representative at the meeting when addressing an issue that cropped up in a particular state. The party is being fair to Husam."

If it is decided that the case would be referred to the disciplinary committee, Husam, who is known to be at odds with the Kelantan administration after he was dropped as a state executive councillor, is liable to be suspended from the party if found guilty.
Another party insider said the Pas central committee had the authority to mete out punishment against Husam, superseding the party's disciplinary committee as the case involved a high-ranking party leader.

"If that happens, Husam can only appeal against the decision with the Pas Syura council."
(Sekali lagi kita perhatikan betapa banyaknya maklumat “dalaman” parti diketahui oleh media. Banyak sungguh lubang dan kebocoran di Pejabat Agung PAS!)