Saya sempat membaca perutusan Krismas Ketua Pemuda Umno
Khairy Jamaluddin dalam StarOnline pagi ini http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/12/25/Khairy-Religion-Faith.aspx dan sebelum itu seorang pemimpin
PAS juga telah mengeluarkan perutusannya yang sempat juga saya baca.
Pada dasarnya kedua-dua perutusan cuba menyemai budaya
berbaik-baik dan saling menghormati kepercayaan dan agama masing-masing rakyat
Malaysia. Malah Khairy cuba mengecilkan ancaman “murtad” dengan menganggap
ianya tidak mungkin berlaku selagi masing-masing memiliki kekuatan dalaman.
Apa pun sewajaryalah sebagai rakyat Malaysia kita memupuk
semangat perpaduan sesama warga Malaysia yang berbagai budaya dan agama ini.
Sikap saling hormat-menghormati budaya dan kepercayaan masing-masing penting.
Sebagaimana Khairy yang boleh menghormati agama Kristian ketika bersekolah di
sekolah yang dikendalikan oleh muibaligh Katolik, tanpa merasa diri dipaksa,
begitu juga mereka di IPT yang dikehendaki mengikuti pelajaran Tamaddun Islam,
sewajarnya punya anggapan yang sama.
Walabagaimanapun sebagai seorang seorang Muslim, sikap memeilihara
dan mempertahankan aqidah masing-masing adalah utama dan penting. Kita boleh
bersikap toleran tetapi kita tidak boleh “bersahaja” dalam isu mempertahan dan
memelihara aqidah. Lantaran “kekuatan” dalamanlah barangkali Joshua Jamaluddin,
Nor Aisyah Bukhari, Lina Joy boleh memilih untuk menukar agama?!
Jangan pandang kecil isu seumpama ini, bayangkan perasaan
dan pengalaman saudara mara kaum keluarga mereka yang terlibat. Kita juga
seakan dayus dan tidak memiliki kuasa apabila secara terang-terangan individu
seperti yang saya sebutkan di atas dan beberapa kes lain memilih untuk
meninggalkan Islam.
Lantas “kekuatan” dalaman sahaja sesungguhnya tidak
memberikan jaminan mutlak, ianya mesti didukung dan didorong oleh pelbagai
usaha lain agar tiada lagi orang Islam akan murtad dan meninggalkan agama
mereka. Khairy mungkin bernasib baik kerana terlepas dari ancaman ini tetapi bagaimana
dengan Joshua, Nor Aisyah, Lina dan lain-lain.
Sudah tiba masanya dalam pada kita terus meraikan
kawan-kawan kita yang sewarganegara dengan kita, kita juga pelu mewjudkan
mekanisma memastikan tiada antara kita yang akan tergelincir atau tersungkur
dari menjunjung aqidah murni yang kita punyai. Isu ini serius dan perlu diberi
perhatian, dalam kita ghairah untuk masing-masing mahu memancing dan meraih
undi.
(Berikut kenyataan Dr Zakir Naik - Tokoh Maal Hijrah Malaysia .......)
Untuk rekod berikut pula adalah kenyataan murtad SD oleh Aisyah
Bukhari dibawah nasihat panel peguamnya :
“I have on my own free will denounce the Agama Islam to
convey to become a Catholic with a Statutory Declaration executive in front of
a Commission of Oaths dated December 22, 97. I have been going to a Catholic Church
almost every Sunday since November 98. Since then my faith and believe in the
Catholic religion have grown stronger everyday.My boyfriend, Joseph and I had intentions to get married sometime in mid-December 1997. However, instead of us proceeding with our marriage first without my family’s knowledge and consent, we decided to give my parents the last respect by informing them of what were our intentions, despite knowing that they would reject our intention.
2 comments:
sebenarnya mamat ni nak sedap cakap aja apa yang dimaksudkan dengan kekuatan dalaman tu dia paham ke tak.
kalau betul kuat tak kan banyak buat program berunsur maksiat itu jangan kira lagi soal yang berat berat bersangkutan dengan Islam.bunyi ucapan macam sedap tapi banyak asap
SALAM
PADA PENDAPAT SAYA ISU MURTAD ADALAH
BERPUNCA DARIPADA ASUHAN DAN DIDIKAN KE ATAS INDIVIDU TERSEBUT TIDAK MENYENTUH KEPADA SAYANGNYA IA PADA AGAMA ISLAM ITU SENDIRI. SAYANG DISINI BERMAKSUD TAHU, KENAL, RASA , KASIH, KEPATUHAN, TAKUT DAN IKHLAS . KALAU SETAKAT AGAMA ITU SOLAT TAK TINGGAL, TAHU MENGAJI ITU TIDAK CUKUP UNTUK MEMBUAT SESORANG ITU KEKAL DALAM ISLAM.
SEBAB ITU SEORANG ISLAM MESTI KENAL AKAN SIAPA DIRINYA DAN KENAL ALLAH SWT DALAM ERTI KATA YANG SEBENARNYA (MAKRIFAT)
WASALAM
Post a Comment