Bajet 2014 telah pun dibentangkan oleh Perdana Menteri yang
juga Menteri Kewangan Jumaat lepas. Ramai yang memuji dan ramai juga yang
merungut. Isu GST (atau Goods and Services Tax) terus bermain dibibir rakyat.
Isu penarikan balik subsidi gula yang mengakibatkan harga
gula naik 34 sen sekilo juga menjadi titik perbalahan. Alasan kerajaan ianya
harus dilihat sebagai langkah kearah melahirkan masyarakat yang sihat.
Apa pun yang saya perhatikan tiada pula Bajet ini menyentuh
3 industri besar yang terbabit dengan “sin industry” iaitu industry maksiat
contohnya aral, judi dan rokok.
Atas semangat Brunei yang bakal melaksanakan Hudud menjelang
tahun 2014 kita menjangkakan sekurang-kurangnya kerajaan BN memberikan reaksi
dengan mengekang industri maksiat ini dengan cara menaikkan lagi duti dan
eksais ke atasnya. Tetapi tiada?
Bajet 2014 seolah meloloskan industri ini tanpa disentuh
sedikit pun.
Kalau kita perhatikan arak, judi dan rokok ini adalah tabiat
mereka yang berwang. Hanya mereka yang berwang (termasuk segelintir yang bebal
yang tidak berwang tapi masuk jahanam juga) boleh megamalkannya. Oleh kerana
semua akui tabiat ini buruk, memudaratkan maka wajarlah cukai ke atas industri
ini terus dinaikkan biar yang berwang ini terus sakit akibat tabiat mereka
masing-masing.
Kalau kerana kerajaan kononnya sayangkan rakyat maka subsidi
gula dimansuhkan, maka tidakkah kerajaan juga sepatutnya sayangkan rakyat
dengan terus menekan mereka yang terlibat dalam tabiat buruk ini.
Menurut “estimate” penganalisa pada tahun 2012 industri judi
termasuklah Kasino Genting, Magnum, Sports Toto dan lain-lain menyumbang
sebanyak RM2.3 ke 2.7 billion dalam bentuk cukai kepada kerajaan. Menurut Confederation of Malaysian Brewers Berhad
pula setiap tahun pemain industri “beer” dan “stout” (tidak termasuk arak lain
atau “liquor”) menyumbang sebanyak RM1 billion dalam bentuk cukai kepada
kerajaan.
Bermakna setiap tahun industri maksiat ini mampu menyumbang
berbillion ringgit dalam bentuk cukai kepada kerajaan namun terus mencatatkan
keuntungan.
Mengapa perlu mereka terus bersenang-lenang atas kemudaratan
rakyat. Kalau kita tidak mampu menghapusnya kerana tiada kekuatan dan komitmen
Islam sebagaimana Brunei, sekurang-kurangnya kita ambil usaha mengekangnya.
Dalam hal ini saya berharap agar ahli-ahli Parlimen PAS
selain sibuk nanti dengan isu GST dan subsidi gula, wajib dan wajar sangat
mengemukakan isu ini. Wakil-wakil parti Islam harus bercakap dan berhujah
berkenaan Islam, jangan diamkan isu ini.
Gula dikatakan membawa penyakit maka logiknya kerajaan
menarik balik subsidinya. Arak, judi dan rokok semuanya memusnahkan dan dalam
Islam haram dan memudaratkan, maka wajarlah ia juga jika tidak dibeteras
sekurang-kurangnya dinaikkan semaksima mungkin cukainya.
Ahli-ahli Parlimen Islam (BN dan PR) memikul tanggungjawab
dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt kelak, mengapa kita biarkan
industri ini terus berkembang sedangkan kita punya “political will” untuk
bertindak.
Malulah kepada Brunei, kalau tak mahu malu kepada Allah swt.
Mari kita lihat apa peranan ahli-ahli parlimen kita.
2 comments:
buatla kot mana pun kalau dalam proses pelaksanaan tiada amanah akhirnya musnah juga
Pada sy pemikiran pemimpin masih di takuk lama..dgn memberi alasan yg kurang cerdik..seolah rakyatnya masih dipemikiran 50 tahun dahulu...
Carilah alasan yg lebih baik dr itu..jika faktor kesihatan selain gula...rokok, arak tu lebih lagi kesannya..
Post a Comment