Saya terbaca dalam Malaysiakini darihal calon-calon yang
bakal bertanding dalam PRK DUN Sg Limau yang Hari Penamaan Calonnya ditetapkan
pada Rabu 23 Oktober ini.
Memang tugas pemberita adalah mendapatkan maklumat, siapa
yang paling cepat memperolehi maklumat terkini tak kiralah tepat atau sipi-sipi
dan dapat dinaik atau dimuatkan dalam media masing-masing maka dialah dikira
dalam gelanggang media paling hebat sekaligus melariskan lagi medianya.
Laporan terkini Malaysiakini menamakan calon-calon BN dan
PAS. Calon BN dikatakan adalah Pensyarah UPSI Dr Ahmad Suhaimi Lazim (yang
bakal diumumkan Timbalan Presiden Umno jam 5 petang ini). Manakala calon PAS
pula dikatakan Ketua Dewan Pemuda PAS Jerai Sdr Azam Samad.
Bagi BN saya tidak hairan apabila sumber dalam kem BN dapat
bocor dengan begitu mudah, tetapi PAS?!
Tepat atau tidak maklumat Malaysiakini itu tak tahulah
tetapi masalahnya bagaimana keputusan mesyuarat dalam PAS yang sepatutnya
rahsia dan sulit boleh begitu mudah bocor. Ini kerana calon PAS sepatutnya hanya
akan diumumkan oleh Presiden PAS selepas Isyak jam 9 malam ini.
Kalau keputusan badan tertinggi PAS boleh mudah bocor, saya
harap satu kajian dan siasatan perlu dibuat kerana seakan disiplin dan adab dalam
jamaah sudah menjadi semakin longgar dan tiada lagi penghormatan.
Saya yakin PAS tidak perlukan pemimpin yang ringan mulut dan
tidak tahu menyimpan rahsia.
1 comment:
pengkhianat ada dimana mana bersama kita
Post a Comment