Tuesday, October 01, 2013

Cukai rokok naik biar naik juga arak dan judi (1/10/13)


Ekoran diwartakan kenaikan cukai eksais rokok kepada 14% pada hari Jumaat lalu,maka pada hari ini syarikat-syarikat pengeluar rokok telah dengan rasminya menaikkan harga jualan rokok masing-masing. Kenaikkan dilaporkan sekitar 14 ke 15%.
Bagi perokok tegar sudah pastilah ianya membebankan.

Tetapi secara peribadi jika kerajaan serius membendung tabiat merokok dikalangan rakyat, tidak cukup sekadar memaparkan gambar-gambar menakutkan di kotak-kotak rokok, ini nampaknya tidak dipedulikan. Yang berkesan dan dirasakan benar-benar membakar poket perokok ini adalah apabila harganya semakin mahal.
Soal ini akan mengundang aktiviti penyeludupan, itu soal lain. Biarlah ditangani oleh pihak atau agensi berkaitan.

Isu di sini adalah mengawal serta mengurangkan tabiat merokok yang ternyata membhayakan kesihatan rakyat.
Bajet 2014 yang bakal dibentangkan bulan ini diharapkan turut meningkat cukai ke atas beberapa aktiviti lain yang dikira banyak menimbulkan mudarat kepada rakyat. Selain rokok dua lagi industri yang perlu ditangani adalah arak dan judi.

Menurut rekod kali terakhir duti eksais ke atas arak dinaikkan adalah 8 tahun dahulu iaitu pada tahun 2005 apabila kerajaan menaikkan dutinya kepada 23.3% ataupun RM7.40 sen seliter. Diharapkan kali ini duti eksais ke atas arak dinaikkan lagi dalam Bajet 2014. Biar arak juga menjadi lebih mahal lalu mudaratnya dapat dikawal.
Begitu juga cukai ke atas industri judi diharapkan akan dinaikkan juga. Kalau boleh harga tikam judi yang buat masa ini masih rendah dan boleh diambil bahagian oleh ramai, diharapkan akan dinaikkan. Biar ada “ceiling” umpamanya minima RM10 untuk tikam satu nombor. Biar ia menjadi mahal lalu makin (diharapkan) akan dijauhi.

Rokok, arak dan judi ternyata tidak dapat diharamkan walaupun ia haram di sisi Islam. Sekurang-kurangnya setelah diakui semua bahawa ketiga-tiga tabiat ini memang memudaratkan, maka wajarlah sesuatu dilakukan bagi menghalang ia terus menjadi barah kepada masyarakat dan Negara.
Ahli-ahli Parlimen perlu prihatin akan perkara ini, ahli-ahli Parlimen PAS lebih-lebih lagi, jangan berdiam dan membisu apabila Bajet 2014 nanti dibentangkan.

 

3 comments:

Anonymous said...

kalau tak hisap rokok minum arak berjudi berzina tak la sampai mati jadi yang perlu tindakan berkesan tegas mesti dijalankan.contoh dalam ladang ditanam berbagai tanaman ada juga kambing lembu babi adakah ladang tersebut dapat mengeluarkan hasil yang baik

kampong lad said...

1. kalau tak silap rokok difatwa haram utk muslims. kuatkuasa saja.
2. pada perokok tegar - belambak rokok2 seludup dlm pasaran - tax free

Anonymous said...

bukan ceiling bro ... harga lantai kalo nak cakap pasal minimum ... kalo maximum tu harga ceiling ...