Friday, October 18, 2013

Allah kami tidak sama dengan "Allah" kamu (18/10/13)


Allah kami tidak sama dengan “Allah” kamu.
Keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang akhbar mingguan Katolik “The Herald” dari menggunakan perkataan “Allah” di dalam terbitannya sepatutnya dihormati dan dibiarkan begitu sahaja, tanpa banyak dipolitik dan dibahaskan lagi.

Salah seorang hakim dalam keputusan tersebut menyebut bahawa melarang penggunaan nama ini tidak menjejaskan kepercayaan masyarakat Kristian terhadap agama mereka pun, lalu apa lagi mahu kita panjang-panjangkan.
Presiden PAS dipetik sebagai berkata:

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had also maintained that there was nothing wrong with non-Muslims using the term in their faiths provided it was not misused or misinterpreted.
(Tiada salahnya masyarakat bukan Islam menggunakan istilah ini (Allah) dengan syarat ia tidak disalahgunakan atau disalah tafsir)

Intipati keputusan ini sesunggunya bagi saya secara tak langsung menjurus kepada kenyataan Presiden PAS, bahawa ia dibuat supaya kalimah Allah tidak disalahguna atau disalah tafsir. Lalu larangan dikeluarkan oleh Mahkamah atas semangat itu.
Kerana itu saya nyatakan di atas, Allah kami tidak sama dengan Allah kamu walaupun ada individu tertentu yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah ini memetik “authority” Islam dengan mahu menyatakan bahawa Allah Islam itu sama dengan “Allah” mereka.

Di dalam laman about.com.christianity disebut:
The word "Trinity" comes from the Latin noun "trinitas" meaning "three are one." The Trinity expresses the belief that God is one Being made up of three distinct Persons who exist in co-equal essence and co-eternal communion as the Father, Son and Holy Spirit. (about.com.christianity)

Saya perhatikan dalam Wikipedia (bahasa Indonesia) terjemahannya hampir sama:
Tritunggal atau Trinitas adalah doktrin Iman Kristen yang mengakui Satu Allah Yang Esa, namun hadir dalam Tiga Pribadi: Allah Bapa dan Putra dan Roh Kudus, di mana ketiganya adalah sama esensinya, sama kedudukannnya, sama kuasanya, dan sama kemuliaannya. Istilah Tritunggal (Inggris: trinity, Latin: trinitas) mengandung arti tiga Pribadi dalam satu kesatuan esensi Allah

Konsep inilah yang membezakan antara Allah kami dengan “Allah” mereka kerana Allah swt (Allah kami) berfriman di dalam Al Quran :
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (surah al Ikhlas ayat 1-4)

Allah Islam ternyata lain kerana Ia tidak boleh disamakan dengan sesiapa dan apa pun, “Dan tiada ada sesiapapun yang serupa denganNya”, sedangkan dalam Kristian sebagaimana disebutkan di atas, doktrin “Tritunggal” atau “Trinity” bermaksud: “ketiganya (Allah Bapa, Putra dan Roh Kudus) SAMA ESENSINYA, SAMA KEDUDUKANNYA, SAMA KUASANYA dan SAMA KEMULIAANNYA”.
Kerana itu kalau kalimah “Allah” Islam mahu digunakan oleh agama lain di Malaysia ia mestilahlah merujuk kepada Allah yang Esa yakni yang satu. Allah yang tidak beranak atau diperanakkan. Jika maksudnya kepada Allah yang beranak, Allah yang berkongsi kuasa dengan yang lain maka ternyata ia telah disalah guna dan disalah tafsir, lantas penegasan Presiden PAS bermaksud, ia tidajlah boleh digunakan.

Saya faham begitu dan mendoakan agar umat Islam di Malaysia juga faham begitu. Yang kita bimbangkan apabila ia disalah guna dan disalah tafsir maka kebarangkalian ia diguna bagi maksud yang salah juga akan hadir. Kami kesal dan sedih apabila insiden Joshua Jamaluddin (Melyu yang murtad menjadi Paderi) ,Nor Aishah Bukhari dan Lina Joy terjadi dikalangan kami, dan kami tidak rela insiden seumpama ini dan banyak lagi yang tidak didedahkan terus terjadi.
Kami menghormati kebebasan beragama, dan Islam melarang umat Islam menghina atau menganggu penganut agama lain dalam keadaan damai.

Larangan ini diyakini dapat memantapkan lagi penghormatan itu khasnya di Malaysia.
Bagi umat Islam ALLAH kami mengajar sebagaimana termaktub di dalam al Quran:

"Aku (Muhammad) tidak akan menyembah apa yang kamu (orang-orang yang bukan Islam) sembah.  Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku". (surah al Kaafirun ayat 2-6)

Terjemahan Inggerisnya:
I do not worship that which you worship, nor do you worship the One whom I worship.  And neither I am going to worship that which you have worshipped, nor will you worship the One whom I worship.  For you is your faith, and for me, my faith

Kesimpulannya demi mengelakkan dari kalimah ini disalah guna atau disalah tafsir, sama-samalah kita hormati keputusan Mahkamah ini dan menghormati perpaduan agama dan kaum yang telah sekian lama wujud dalam Negara tercinta ini.

 

1 comment:

Anonymous said...

Kena tambah bang, takut nanti jatuh syirik, mana pula tidak sama, Bukankah Allah tuhan sekelian alam??

Allah kami tidak sama dengan Allah yang kamu faham;

Dia Esa, Dia Tidak Merupa-rupa, Dia tidak ada anak.....

Maaf jika teguran ini mengguris...