Posting saya : “Apabila pemimpin melanggar arus” memang
telah saya duga akan mengundang pelbagai reaksi. Saya menerima komen berikut
dari pengunjung yang tidak mahu dikenali:
“Saidina umar pun ditegur secara langsung ini kan setakat
orang biasa apa lah sangat kalau betul ikhlas”Saidina Umar r.a memang pernah ditegur, kita semua tahu kisahnya. Tetapi dalam hal ini yang ditegur bukan Saidina Umar dan yang menegur pun bukan kualiti rakyat dizaman Saidina Umar. Kita berbicara tentang suasana semasa, tentang kerajaan negeri, tentang parti, tentang adab, tentang saluran…..bacalah secara “detail” posting saya itu.
Dan dalam laporan media hari ini Tuan Guru Hj Abd Hadi
Awang, Presiden PAS dipetik sebagai berkata di Kota Bharu:
"Pas and the state government leadership can accept
criticism, but it must be made properly through the right channels," he
said after the meeting” (NST)
"Tetapi apabila seseorang itu tidak berpuas hati dengan
sesuatu, dia perlu dilakukan dalam cara yang berlandaskan kesopanan dan rasa
hormat," katanya. (MStar)
Saya juga menyebeut dalam posting saya itu:Terusik hati saya apbila menonton rakaman persidangan itu apabila giliran YAB MB menggulung perbahasan, ADUN berkenaan bangkit mencelah mohon penjelasan, apabila MB bangkit menjelaskan beliau melambaikan tangannya beberapa kali mengisyaratkan MB agar duduk kerana beliau mahu berhujah lagi, begitukah adab orang PAS?!
(Barangkali yang mengulas di atas tidak berpeluang menonton sepenuhnya rakaman sidang berkenaan)
Tegur menegur adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam,
Allah swt mengajar kita di dalam al Quran, bahawa orang-orang yang beriman dan
beramal soleh itu berpesan memesan dengan kebenaran dan berpesan memesan dengan
kesabaran.
Suasana Saidina Umar ditegur bukannya suasana sebagaimana
dalam Dewan Undangan Negeri, malah ia ketika di hadapan khalayak umum. Dalam
kes ini mereka berada dalam Dewan Undangan Negeri sudah tentulah sebagaimana
penegasan Presiden kesopanan dan rasa hormat itu perlu ada. Kalau tak hormat MB
kerana jawatannya (sesuatu yang pelik dalam PAS), hormatlah kerana ilmunya,
kalau tidak juga hormatlah kerana usianya.
Dalam kes ini saluran yang digunakan tidak sesuai, cara dan
adab lebih-lebih lagi sangat tidak berbudaya tidak kiralah kita ahli biasa apa lagi berjawatan besar dalam parti.
No comments:
Post a Comment