Suka tak suka kita perlu bertanya adakah isu yang sedang
bergolak di Kota Bharu, iaitu yang melibatkan tindakan MPKB-BI (Majlis
Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam) terhadap salon unisex dan mereka yang
berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai, akan menjejaskan peluang Pakatan
Rakyat untuk melonjak menang dalam PRU ke 13 ini.
Setidak-tidaknya itulah yang berada dalam kepala Pengerusi
DAP Karpal Singh.Menurut berita terkini The Star Online, Karpal mencabar Presiden PAS agar menyatakan pendirian PAS terhadap isu “gender segregation” atau pemisahan antara jantina lebih tepat lagi isu aurat dalam Islam menurut pegangan PAS.
Karpal mendakwa:
"The last that the DAP would want to do would be not to
scuttle efforts by the opposition pact in its quest to capture Putrajaya in the
coming election," Karpal said.
Sekali lagi PAS berhadapan dengan isu prinsip. Adakah
matlamat menghalalkan cara atau bagaimana.
Nampaknya alasan bahawa orang bukan Islam akan diberi
penerangan, mereka tidak jelas kerana mereka tidak faham sudah tidak boleh
diguna lagi mutakhir ini. Pimpinan PAS perlu bijak memberikan penjelasan agar:
1. Ajaran Islam sebenar difahami bukan hanya oleh bukan Islam
termasuklah oleh yang Islam
2. Rakan-rakan dalam Pakatan boleh faham dan terima PAS
sebagai rakan
3. Peluang PAS dan Pakatan menang cerah
Diharapkan setelah memberi penjelasan di atas Karpal khasnya
tidak lagi mengeluarkan kenyataan terbuka yang sedimit sebanyak mencederakan
Islam dalam komentarnya yang pedas-pedas itu.
Semoga Allah memberikan bimbingan kepada pimpinan PAS dalam
usaha mempertahankan prisnip dan dalam waktu yang sama berdakwah melalui
politik.
No comments:
Post a Comment