Tuesday, December 09, 2008

Lebih baik melakukan yang benar dari memilih menjadi popular

Saya terharu membaca penjelasan oleh Sdr Iskandar Abdul Samad selaku EXCO Perumahan, Pengurusan bangunan dan Setinggan negeri Selangor, yang terbit dalam ruangan “Your opinions” dalam akhbar The Star hari ini. Dalam kita sama-sama bangkit dari tragedi malang Bukit Antarabangsa yang menyayat hati itu, sudah sampai masanya kita bermuhasabah dan lebih penting jujur dalam melaksanakan amanah kita masing-masing.

Apa yang Sdr Iskandar nyatakan dalam surat beliau adalah komitmen kerajaan negeri PR Selangor, ke arah menjamin keselamatan rakyatnya sejak dari mula ia berkuasa. Langkah mengharamkan pembangunan di tanah tinggi yang cerunnya berada pada tahap kelas 3 dan 4 pada awalnya dikritik oleh para pemaju. Kononnya kerajaan Selangor yang baru tidak mesra pembangunan.

Lalu apabila berlaku tragedi malang ini ternyata tindakan awal kerajaan negeri itu yang walaupun tampak kononnya tidak mesra pembangunan, akhirnya terbukti penting dalam menyelamatkan nyawa penduduk dan rakyat negeri ini.

Kini dengan tragedi ini, kerajaan negeri terpaksa sekali lagi mengambil langkah drastik. Kalau benar kawasan tragedi sudah tidak lagi selamat, kalau perlu kerajaan negeri mengambil langkah yang mungkin tidak popular, ia perlu juga lakukan kerana keselamatan rakyat lebih utama dari menjadi popular! Pengakuan Sdr. Iskandar ini membayangkan keprihatinan beliau dan kerajaan negeri. Saya percaya disaat ini, apa sahaja langkah kerajaan negeri termasuk jika perlu sebagaimana disebut oleh Sdr Iskandar , merobohkan rumah-rumah yang sedia ada, walaupun pahit, ia perlu dilakukan juga.

Kerana jelas kerajaan hari ini lebih pentingkan keputusan yang baik dan benar dari mengambil keputusan semata-mata kerana mahu menjadi popular. Syabas.

Better for a government to do what is right, nor what is popular
ONE of the earliest policies announced by the new Selangor state government after the March 8 general election was to ban any development on Class 3 and Class 4 hill slopes.
This decision was heavily criticised by the developers. The state government was accused of being hostile to development.
However, the recent tragedy in Bukit Antarabangsa has silenced these critics but with four deaths and thousands displaced, it is inappropriate for the state government to brag that they are correct to impose the ban. A government should do what is right and not what is going to be popular.

The same thing goes for the current crisis in Bukit Antarabangsa. The experts have announced that almost 2,000 people need to be evacuated as their homes are unsafe.

If further reports confirmed that these houses could never be made safe, then a decision must be made. Even if this meant demolishing these houses. Allowing the people to move back to their homes would be popular but what if this tragedy repeats again?

At the end of the day, the state government, the menteri besar and Excos would be burdened with the decision making.

The people should brace themselves for the worst as this decision would be based on the safety of the people and not on the winning of elections.




ISKANDAR ABDUL SAMAD
Selangor State Exco for Housing, Building Management & Squatters
Shah Alam



(Untuk makluman YB Iskandar Abdul Samad adalah ADUN Cempaka, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor)

2 comments:

mansor said...

malaysia negara yang baik dan mempunyai undang-undang alam sekitar yang ketat tapi sayang sekali semua hanya atas kertas sahaja tidak dilaksanakan.

Anonymous said...

salam..
saya mohon saudara roslan untuk mengambil tindakan dan memberi penjelasan terhadap isu Y.B dato' hasan dan Y.B Khalid.
ini kerana saya baru sahaja membaca dalam malaysiakini hr ini.perkara ini benar2 menggusarkan ht saya kalau diperbesarkan oleh media arus perdana.saya mohon sgt.tq