Wednesday, April 25, 2007

Selangor juara jenayah:
Kerajaan BN Negeri gagal

Dalam BN sibuk-sibuk berkempen berhempas-pulas mempertahankan kerusi DUN Ijok yang dimenanginya sejak zaman berzaman, di Dewan Rakyat semalam terbongkar kad laporan negeri Selangor.

Selangor Negeri Maju kata Menteri Besarnya. Ia diisytiharkan maju secara rasmi menurut perhitungan MB nya itu mulai tahun 2005. Selangor mendahalui Malaysia yang hanya dijangkan mencapai status yang sama pada tahun 2020.


Selangor Maju kaya dengan jenayah
Khir apa macam?
Semasa mengisytiharkan negeri ini maju dahulu Khir Toyo berkata bahawa pembangunan di negeri Selangor Maju ini nanti akan dibentuk dalam acuan yang holistik. Iaitu ia akan membanguns eimbang antara rohani dan jasmani. Dalam erti kata lain bukan pembanunan material sahaja, bukan sekadar menjadi sebuah negeri perindustrian semata-mata, tetapi rohani, akhlak dan sahksiyah rakyatnya juga akan dibentuk membangun sehingga lahirlah masyrakat madani yang dipenuhi insan-insan rabbani belaka di Selangor ini.

Itu janji Khir.

Semalam di Dewan Rakyat dilaporkan bahawa Selangor mencipta kadar jenayah yang paling tinggi seluruh Malaysia iaitu sebanyak 54,270 kes jenayah yang dilaporkan terjadi di negeri ini diikuti Johor 28,469, Kuala Lumpur 25,236 dan Pulau Pinang 16,229.

Bagi jenayah berat, yang melibatkan kes-kes bunuh, rogol, mencabul kehormatan dan merompak tanpa senjatapi Selangor mencatatkan 12,395 kes, iaitu yang tertinggi seluruh negara. Bagi kes rogol sahaja Selangor mencatatkan 455 kes diikuti Johor 343 dan Kedah 223.

Ini bermakna terdapat 150 kes jenayah setiap hari di Selangor bersamaan 6.2 kes setiap jam dalams sehari. Disamping 34 kes jenayah berat sehari bersamaan 1.4 kes setiap jam dalam sehari. Manakala puratanya terdapat 1.26 kes rogol setiap hari di negeri Maju ini!

Ternyata Khir gagal dalam dasar Selangor Maju Menuju Wawasan Syumul 2005 nya itu. Ternayata dengan majoriti luarbiasa BN dalam Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu 54 dari 56 kerusi Barisan Nasional gagal memperkenalkan program yang boleh mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negeri ini.

Kesimpulannya Selangor perlukan sangat suara pembangkang dalam dewan untuk memeriksa, memantau dan memastikan segala janji dan program kerajaan negeri BN berjalan dengan cekap dan teratur. Apa guna dasar dan program yang hebat-hebat tetapi realitinya Selangor negeri yang paling tinggi kadar jenayahnya!

Oleh itu rakyat Ijok memikul tanggung jawab untuk memperbetulakn kerajaan Khir Toyo yang gagal ini. Jangan biarkan keadaan ini berlarutan. Undilah Tan Sri Khalid calon PKR bagi menyumbang ke arah pengawalan kadar jenayah di negeri kita yang tercinta ini.

No comments: