Jangan biarkan ia terus membara
Non-Muslims in Malaysia will unite in prayer this week for justice, fairness and respect for their constitutional rights. During these prayer sessions a letter from leaders in the council citing injustices and concerns of the community will be read out to the congregation.
Masyarakat bukan Islam di Malaysia akan bersatu bersembahyang (berdoa) untuk menuntut keadilan, kesaksamaan dan peghormatan terhadap hak mereka dari segi perlembagaan. Semasa sessi ini surat dari para pemimpin mereka berkenaan ketidakadilan dan kebimbangan masyarakat mereka akan dibacakan kepada para hadirin.
Demikianlah sebahagian dari laporan yang terbit dalam akhbar THE SUN hari ini dibawah tajuk:
Week of prayer for non-muslim
Minggu sembahyang (berdoa) untuk masyarakat bukan Islam
Sikap ini diambil berikutan apa yang dikatakan campurtangan pihak tertentu memaksa masyarakat bukan Islam menyelesaikan pertikaian mereka di mahkamah syariah sedangkan menurut mereka Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa mahkamah syariah hanya mendengar kes berhubung penganut Islam sahaja.
Satu kes yang sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan adalah pertikaian antara R.Subashini (isteri yang beragama Hindu) dengan Muhammad Shafi Saravanan (sumai yang telah memeluk Islam). Si isteri memohon perintah mahkamah bagi menahan suaminya dari menuntut perceraian di mahkamah syariah dan menukar agama kedua-dua anak mereka.
Satu ketika Mahkamah Rayuan telah menolak tuntutan si isteri dan mengarahkan agar beliau menyelesaikan pertikaian ini di mahkamah syariah. Walaubagaimanapun mahkamah yang sama kemudiannya memberikan perintah tahanan sementara (interim injuction) kepada si isteri bagi memberi beliau peluang membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Lalu ekoran dari kes ini beberapa pemimpin dan NGO bukan Islam merasakan seolah terdapat trend untuk menghakis hak masyarakat bukan islam dalam negara ini. Dalam akhbar THE SUN juga salah seorang pemimpin merek mengambil contoh betapa dalam kes S. Shamala dan M.Moorthy sebelum ini campurtangan mahkamah syariah telah menafikan hak penganut bukan Islam.
Anehnya mereka sengaja tidak menyebut kes Nyonya Tahir dimana mahkamah syariah mengizinkan agar simati yang walaupun menurut rekod pernah menganut agama Islam, agar dikebumikan menurut kepercayaan Buddha.
Saya merasakan sudah sampai masanya kita menangani permasalahan ini dengan sebaik-baiknya. Kerana membiarkan ia terus membara dan kini dengan protes WEEK OF PRAYER ini jelas menggambarkan seolah masyarakat Islam dalam negara ini zalim dan menindas maysrakat minoriti bukan Islam sedangkan hakikatnya tidak begitu. Api yang membara ini jika tidak ditangani kelak akan bakal mencetuskan ektegangan kaum dan agama yang akan merugikan semua pihak.
Kerajaan kelihatan lemah dan tidak bermaya untuk memberikan penyelesaian yang sebaik-baiknya malah membiarkan imaginasi dan nafsu berkuasa dan bermaharajalela.
Apabila masyarakat bukan Islam berterusan bersikap begini sedar atau pun tidak kritikan mereka nanti akan menjurus kepada isu dan permasalahan membabitkan Islam dan amalannya. Sebagai bukti dalam akhbar yang sama mereka sudah mula mempertikaikan hak perundangan syariah yang berdasarkan prinsip-prinsip al Quran itu.
Pertikaian dan protes secara terbuka ini nanti pasti membangktikan pula kemarahan masyarakat Islam kerana melihat ada pihak yang cuba mencabar dan merendah-rendahkan amalan dan agama mereka. Akhirnya semua ini akan membawa kita kepada masalah yang lebih besar dan lebih membimbangkan.
Saya percaya kerajaan sehingga kini gagal mengambil sikap yang jelas kerana mereka meletakkan kepentingan politik di hadapan kepentingan yang lain. Jangan nanti kerana takut hilang undi atau hilang pengaruh akhirnya yang akan cedera dan parah adalah agama dan kepercayaan kita. Jelas dizaman Islam Hadhari ini keunggulan Islam semakin terhakis dan diragui.
No comments:
Post a Comment