Machap terlalu sukar buat DAP
Saya sempat menemubual YB Dr Tan Seng Giaw Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP berhubung perkembangan kempen di Machap semalam untuk rancangan Laporan Khas WTV8 di http://wtv8.tv . Menurut pengakuan Dr Tan, pertembungan di Machap sangat sukar bagi DAP, terutama dengan jentera besar yang dihimpunkan oleh BN bagi menghadapi cabaran DAP itu.
Malah Dr Tan melahirkan kebimbangan betapa undang-undang pilihnaraya sebenarnya telah dicabuli oleh BN kerana menurutnya perbelanjaan jentera BN untuk kempendi Machap ini dijangka telah melebihi had yang dibenarkan . Menurut peraturan pilihanraya bagi kerusi DUN calon-calon hanya dibenarnkan berbelanja tidak lebih daripada RM100,000 sepanjang tempoh berkempen.
Sementara itu cuba kita pehatikan laporan akhbar The Sun hari ini berkenaan kempen di Machap. Akhbart tersebut melaporkan MCA telah menganjurkan pertandingan karaoke terbuka untuk para penduduk yang rata-rata terdiri daripada pengundi Cina di Rumah Pangsa Machap Baru. Menurut akhbar itu:
Each of them will receive RM20 as a token of appreciation for taking part in the karaoke session. Before the karaoke, Malacca CM Ali Rustam, MCA President Ong Ka Ting and Youth Chief Liow Tiong Lai spoke at a two hour session to garner support in the by election tomorrow.
Setiap mereka akan menerima RM20 sebagai habuan kerana mengambi bahagian dalam sissi karoke ini. Sebelum itu Ketua Menteri Melaka Ali Rustam, Presiden MCA Ong Ka Ting dam Ketua Pemuda Liow Tiong Lai telah bercakap selama 2 jam untuk meriah sokongan bagi pilhanraya kecil esok.
Tidakkah tindakan memberi wang seumpama ini menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Bahagian III Perbuatan-perbuatan Rasuah? Itu baru semasa sessi karaoke, bagaimana dengan aktiviti yang lain?
Sampai bilakah agaknya BN akan mula mengamalkan taktik dan pendekatan bersih dan adil di dalam kempen pilihanraya mereka dan sampai bilakah pula SPR akan membuka topeng yang menutup kedua belah biji mata mereka?
No comments:
Post a Comment