Memperaga tubuh badan demi Malaysia
Biasanya usaha mengeksploitasi kaum wanita dalam hal seumpama ini tidak banyak mendapat perhatian. Malah Kementerian Hal Ehwal Wanita atau Pertubuhan Wanita termasuklah NGO Sisters in Islam turut bisu mendiamkan diri.
Tidakkah tindakan seumpama ini memperdagangkan tubuh badan wanita untuk tujuan komersil? Wanita yang digajikan bagi tujuan ini akan dikehendaki memperagakan tubuh badan dalam pakaian yang kalau tidak mendedahkan dadanya akan mendedahkan peha dan belakangnya atau kesemuanya sekali.
Masalahnya apa ada kena mengena tubuh wanita itu dengan industri yang mahu dipromosi?
Saya merujuk kepada GRID atau PADDOCK GIRLS yang biasanya bertugas semasa Perlumbaan F1 termasuklah di Sepang.
Semalam di KLCC Petronas Grand Prix memperagakan pakaian GRID GIRLS nya yang dicipta oleh pereka fesyen tempatan Rizalman. Inilah pakaian yang akan dikenakan oleh pragawati-pragawati kita di tengah panas di Litar F1 di Sepang tidak berapa lama lagi. Dan gadis-gadis dengan lutut dan peha terdedah ini bukan hanya akan ditonton oleh meraka yang berada di SIC Sepang tetapi juga seluruh dunia yang akan menerima siaran langsungnya nanti.
Tapi ianya bercorak tradisional berbanding dengan gadis-gadis pasukan F1 yang lain. Kata perekanya:
Tidak dapat dinafikan yang gadis-gadis lain akan kelihatan lebih seksi tetapi sebagai duta untuk Malaysia, kita mesti berbangga dengan budaya kita.
Ini budaya kita?
Mungkinkah Menteri Wanita akan membantah, atau Wanita Umno, atau Puteri Umno? Atau mungkinkah Pertubuhan-pertubuhan Wanita lain akan bersuara? Atau apakah mengeksploitasi tubuh wanita kini sudah tidak menjadi masalah (asalakan kononnya berpakian tradisional), sesuatu yang perlu dalam kita mempromosi dan menjual Malaysia kepada dunia? Apa kata pencetus Islam Hadhari kita?
No comments:
Post a Comment