Ura-ura Umno Kuala Selangor mahu melobi kerusi DUN Ijok yang merupakan kuota MIC sejak zaman-berzaman terjawab dalam akhbar hari ini. Apabila diminta mengulas perkara ini Presiden MIC berkata:
Let them say what they want.
Biarlah mereka (Umno Kuala Selangor) cakap apa yang mereka suka.
I know there are certain quarters behind this move. We will take the appropriate action when the time comes.
Saya tahu siapa dalang-dalngnya dalam tuntutan ini. Kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya bila tiba masanya nanti.
Berani Umno Kuala Selangor mahu bermain-main dengan Presiden MIC yang gagah perkasa itu! Malah laporan itu menambah:
Samy Vellu said he had also received an SMS message from Kuala Selangor Umno Youth pledging its support for an MIC candidate.
Kata Samy Vellu beliau ada pun menerima mesej SMS dari Pergerakan Pemuda Umno Kuala Selangor yang berikrar menyokong calon tajaan MIC.
Berpecah kah Umno Kuala Selangor dalam hal ini? Pimpinan bahagian bersungguh-sungguh mahu menuntut kerusi ini agar diserahkan kepada Umno, tiba-tiba Pemuda Umno bahagian dengan senang memberikan taat setia pada Samy Vellu. Apa dah jadi Umno Kuala Selangor?
Bagi saya perkembangan ini memberi isyarat bahawa perpaduan BN khususnya di Kuala Selangor termasuklah dikalangan Umno bahagian sendiri sudah mula retak menunggu belah. Dan sekali lagi saya mengesyorkan agar sahabat-sahabat kita dalam Umno yang memang merasakan calon MIC sudah tidak sesuai lagi untuk DUN ini atas faktor perubahan demografi perlulah meyakinkan yang lain agar mengalihkan sokongan mereka kepada pembangkang.
Saya difahamkan antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi calon PKR di Ijok nanti adalah bekas tokoh korporat, anak Kuala Selangor yang berjaya dan cemerlang dalam kariernya iatu Tan Sri Khalid Ibrahim. Jika ini menjadi nyata tidak ada sebab ahli-ahli Umno untuk tidak mengundi beliau.
No comments:
Post a Comment