Friday, April 06, 2007

Rosmah: Tiru macam saya

Gatal jari saya untuk menekan keyboard ini apabila membaca laporan di Utusan Malaysia bertajuk:

Rosmah: Isteri pemimpin perlu tampil imej diterima masyarakat

Menurut laporan akhbar tersebut:

DatinSeri Rosmah Mansor berkata, penampilan baik hanya boleh dilakukan dengan mempunyai pemahaman mendalam mengenai nilai-nilai dan norma maysrakat di sekeliling mereka.

Rosmah berkata:

Bertertib dan mempunyai ilmu dalam bidang protokol adalah sebahagian keperluan penting dalam pembinaan imej untuk mencapai kejayaan selain mendapat penghormatan dan diterima oleh masyarakat.

Lalu saya terpanggil untuk memaparkan gambar-gambar berikut, yang tidak ditokok-tambah, untuk kita sama-sama renungkan, apakah ini imej yang dimaksudkan Rosmah itu:


Risau juga adakah tulisan saya dengan menyertakan gambar-gambar di atas dikira fitnah dan mengancamn keselamatan negara juga? Mungkin pihak Kementerian Komunikasi boleh bantu.

No comments: