Seluruh kekuatan jentera kedua-dua belah pihak kini berlabuh di Ijok. Jentera BN dikepalai oleh Timbalan Presiden Umno Najib Tun Razak manakala PKR pula oleh Anwar Ibrahim, mantan TPM. Kedua-dua tokoh ini ligat bergerak dari satu kampung ke kampung, dari satu ladang ke ladang dan dari satu pekan ke pekan.
Ada yang melihat Ijok seolah pertandingan antara Najib dan Anwar, ada pula antara Khir Toyo dan Hasan Ali dan ada antara Samy dan Nalla serta berbagai lagi. Sedangkan yang sebenar-benarnya bertembung, bertarung dan bergelut adalah Parthiban dan Khalid, iaitu untuk mendapat mandat bagi mewakili lebih 12,000 penduduk Ijok.
Kerana itu saya melihat rakyat Ijok perlu memberikan tumpuan antara kedua calon ini. Dan sesuai sangatlah apabila calon PKR Tan Sri Khalid mencabar Parthiban (calon BN) agar berdebat dengan beliau secara terbuka berhubung isu rancangan pembangunan untuk rakyat Ijok .
Khalid mencadangkan agar debat ini disiarkan secara langsung oleh TV3 supaya rakyat Ijok dapat mengetahui akan nasib dan masadepan mereka di kawasan ini. Sekurang-kurangnya dengan cara ini rakyat dapat membuat penilaian yang sebaik-baiknya. Tambah Khalid lagi debat seumpama ini sepatutnya digalakkan tambah-tambah lagi Selangor mendakwa dirinya maju, dan amalan berdebat terbuka seumpama ini adalah amalan biasa mana-mana negara maju di dunia sekalipun.
Apabila akhbar THE SUN menghubungi Parthiban berkenaan cabaran Khlaid ini beliau berkata:
Too busy campaigning (Terlalu sibuk berkempen)
Nampak-nampaknya walaupun negeri ini didakwa maju tetapi amalan demokrasi di negeri-negeri maju tidak mendapat tempat di sini. Yang mendapat tempat adalah amalan berat sebelah dan rasuah di negara-negara dunia ketiga, umpama menurap jalan, mengeksploitasi media dan mengugut serta menyogok pengundi.

No comments:
Post a Comment