Bukan menapis tapi memungut data
Minta maaf tetapi saya benar-benar tidak faham bahasa yang digunakan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ini. Baru-baru ini di Parlimen beliau berkata:
Mungkin satu hari nanti kita akan mendaftar segala bloggers yang ada di negara ini
Dan hari ini akhbar memetik beliau sebagai berkata:
The plan to register bloggers is merely to assess the situation and keep track on how many bloggers there are in the country and on the information provided by them.
It has nothing to do with censoring the contents in the blogs.
Rancangan untuk mendaftarkan para blogger semata-mata untuk memnatau keadaan dengan melihat berapak jumlah bloggers yang ada dalam negara serta jenis maklumat yang mereka sampaikan.
Ianya tidak ada kena mengena dengan usaha untuk menapis kandungan blog-blog berkenaan.
Jadi isu daftar atau tidak daftar ini nampaknya masih berligar dan bermain-main di kepala pimpinan politik kerajaan.
Sementara itu di Singapura, Menteri Penerangan Zainuddin pula berkata:
Jika media arus perdana tertakluk kepada pendaftaran, pemantauan dan undang-undang tertentu, tidak ada sebab kenapa pengendali blog boleh dikecualikan.
Sambung beliau lagi:
Apabila ada golongan politik yang hendak menggunakan blog untuk kepentingan politik atau seseorang pengendali blog yang mempunyai dorongan politik, maka kita harus kenal siapa dia.Politik adalah untuk mencari pengaruh di kalangan awam, politik adalah untuk mencari kuasa. Kalau kuasa, kita kena pergi kepada rakyat.Apabila kuasa pergi kepada rakyat, maka dia kena perkenalkan diri dia. Dia tidak jujur kalau dia menyembunyikan diri apabila dia bercakap tentang politik.
Nampaknya berbeza-beza kenyataan dari satu kementerian ke satu kementerian.
Apa pun ternyata kini ada langkah untuk memaksa para blogger untuk muncul ke hadapan bagi memperkenalkan identiti masing-masing. Kalau setakat memperkenalkan identiti saya kira tidak mendatangkan masalah kepada sebahagian blogger, kecuali beberapa yang amatur yang menulis lantaran kegemaran dan minat masing-masing, takkan yang jenis ni pun diperlukan untuk mendaftar.
Cuma solanya pendaftaran seperti ini sebenarnya menjurus kepada kemahuan untuk menyaring dan menapis. Dalam erti kata lain kerajaan memang berhasrat mengenakan kawalan, cubalah gunakan bahasa yang spesifik.
Kerana populariti blog-blog ini kebelakangan ini lantaran hambarnya makulmat dari media arus perdana, maka kerajaan mula bimbang dan mula melihat bahawa pengaruh blog-blog ini memiliki kemampuan untuk menghakis sokongan rakyat terhadap mereka. Jalan pintasnya adalah mengarahkan mereka ini agar mendaftarkan diri. Dan melalui cara ini sudah pasti:
PERTAMA: hanya segelinitr sahaja yang akan bernai melangkah ke hadapan
KEDUA: dengan pengalaman kawalan kerajaan terhadap media alternatif seperti Harakah, Suara Keadilan dan lain-lain tidak mustahil ramai para blogger nanti akan merasa kebebasan mereka mula terkekang
KETIGA: langkah ini sudah pasti mencetuskan kebimbangan terhadap beberapa blogger yang selama ini emendamkan identiti masing-masing kerana kebetulan bekerja dengan kerajaan atau sebagainya.
Akhirnya bilangan blogger akan merosot dan kebebsan bersuara akan semakin terkongkong dan kembalilah kita ke era sebelum wujudnya ICT iaitu maklumat dan berita hanya diperolehi oleh kaedah konvensional sahaja iaitu melalui media saluran perdana.
Kesimpulannya jika kerajaan benar-benar bekerja ke arah mengejar kemajuan, maka jangan disentuh para blogger ini malah mnereka perlu pula digalakkan dengan diberi kelonggaran seluas-luasnya kepada semua pihak untuk memiliki blog masing-masing. Ambillah tindakan jika ad mana-mana blogger yang hasil tulisannya mengancam keselmatan dan ketenteraman negara, tetapi kalau sekadar mengancam keselamatan parti yang memerintah, itukan demokrasi namanya!
No comments:
Post a Comment