Isu BLOGGERS di Parlimen
Berikut saya sertakan sedutan dari Hansard persidangan Dewan Rakyat semalam yang menonjolkan isu berkenaan cadangan kerajaan untuk mendaftarkan para Blogger. Tindakan ini sudah pasti akan meletakkan Malaysia sebagai satu-satunya negara maju yang mengawal dan mengekang kebebasan bersuara di alam maya.
Perbahasan yang dipetik adalah diantara YB Ketua Pembangkang, Sdr Lim Kit Siang dan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Shaziman Abu Bakar:
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan. Mengenai blogging Yang Berhormat ada sebut. Bukankah akan menjadi satu ujian sama ada negara kita rela untuk membuat quantum leap, knowledge economy dan IT power. Daripada segi sikap yang tidak ambil terhadap blogging yang merupakan satu frontier yang baru dan dengan sikap yang ditunjukkan dengan menteri penerangan dan pemimpin-pemimpin kerajaan yang begitu hostile terhadap blog.
Bukankah patut menjadi usaha kementerian yang berkenaan yang bertanggungjawab mengenai multimedia supaya mengajarkan, educate menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin kerajaan bahawa jangan mengatakan sikap hostile seperti itu sebaliknya mereka perlulah berkecimpung menyertai multimedia ini dengan blog-blog sendiri. Di negara-negara yang maju 1st world negara anggota jemaah menteri-menteri ada blog kenapa Malaysia belum ada blog.
Bukankah perlu memulakan di mana menteri-menteri kabinet sendiri supaya mereka boleh interact dengan rakyat.Adakah kementerian yang berkenaan memulakan satu kempen untuk educate Ahli-ahli Kabinet mengenai sikap ini dan mungkin akan menggalakkan ramai Ahli-Ahli Parlimen ada blog sendiri. Oleh kerana blog bukan semua blog dia tidak bertanggungjawab jadi macam-macam blogblog yang ada saya sebut dan satu set diberi kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua mengenai kes kerabat diraja yang memukul kekasih.
Semua itu blog, named blogs. Orang yang ada nama bukan anonymous blogs dan sebab itu tidak boleh menolak semua blog-blog sebagai tidak bertanggungjawab bahawa tidak boleh dipercayai. Berapa lama mengajar, educate menteri-menteri supaya jangan ada hostile attitude dan sendiri memulakan blog-blog.
Dato Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Yang Berhormat kepada Ipoh Timor. Saya yakin kebimbangan mungkin disebabkan ada bloggers yang tidak menggunakan nama mereka. Bloggers yang hosting nya berada di luar negara. Mana-mana bloggers yang mempunyai nama mereka tertera saya rasa pihak kementerian tidak mempunyai masalah dari segi blogges ini dan terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat lain, Ahli-ahli Parlimen lain termasuk menterimenteri sekiranya mereka berkesempatan untuk ada blog mereka maka kita tidak menghalang niat ini dan saya yakin satu hari nanti mungkin nombornya akan bertambah.
Cuma yang kita mahu adalah bloggers yang mempunyai tanggungjawab dengan hasil tulisan mereka.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Yang terakhir. Oleh kerana sikap ini sangat penting iaitu sikap anti IT, anti maklumat yang boleh kita lihat semalam. Ada seorang ahli Parlimen Barisan Nasional kata bahawa Malaysia kini fitnah, fitnah belaka. Ini anti information, anti IT, anti Malaysia.
Akhirnya kalau tanpa IT tanpa maklumat, tanpa masyarakat maklumat, Malaysia akan tertinggal dibelakang. Ini anti IT, anti information, anti Malaysia, anti nasional, sikap macam ini perlu semua dihakiskan.
Dato Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat. Kita akan pertimbangkan pandangan Yang Berhormat mungkin satu hari nanti kita akan mendaftar segala bloggers yang ada di negara ini.
Kalau diperhatikan ayat akhir Timbalan Menteri berkenaan:
Mungkin satu hari nanti kita akan mendaftar segala bloggers yang ada di negara ini
itulah kenyataan seorang Timbalan Menteri Persekutuan dan ke situlah nampaknya arah tuju negara kita yang sepatutnya akan maju dalam 13 tahun lagi berhubung IT di negara ini.

No comments:
Post a Comment