Satu ketika dahulu beliau pernah dijulang dan dinobatkan sebagai pemimpin yang tersohor dalam negara. Kebanyakkan projek dan rancangan besar-besar yang dilaksanakan oleh kerajaan berlaku dizaman pemerintahnnya. Projek kereta nasional, KLIA, lebuhraya timur barat utara selatan, pengangkutan awam yang canggih, KLCC, KL Tower, Putrajaya dan lain-lain semuanya dikaitkan dengan beliau.
Itulah Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4, bekas Presiden Umno dan bekas Pengerusi Barisan Nasional.
Malah PM yang ada hari ini pasti tidk akan merasa empuk kerusi PM di Putrajaya kiranya tidak diserahkan kepada beliau oleh Tun.
Tun mungkin kini tidak lagi disenenagi oleh mereka yang beliau lantik, kerana Tun hari ini begitu kritikal terhadap kerajaan yang berkuasa. Tetapi Tun tetap dihormati tetap dikagumi tetap disayangi oleh sesetengah warga Malaysia yang masih mengenag besar jasanya pada negara, walaupun ramai juga yang masih marah-marah dan tidak dapat mengampunkan beliau atas kesalahan dan kesilapan beliau yang lampau.
Apa pun, sebagai bekas negarawan dan bekas PM, Tun berhak untuk menyuarakan pandagan beliau. Lantas apabila beliau berbicara maka cocok sangatlah mereka yang masih mengkagumi dan menghormati beliau itu, meminjamkan telinga masing-masing untuk mendengar dan menelitinya.
Tun baru-baru ini tidak ketinggalan turut menyentuh darihak Pilihanraya Kecil yang sedang berlaku di Ijok. Melalui wawancara dengan laman web Malaysiakini Tun berkata:
Jika anda tidak berfikir (mengenai) apa yang anda lakukan, maka anda tidak akan memanfaatkan undi anda secara bijaksana, dan tentunya, anda yang patut dipersalahkan (kemudiannya).

Kecuali jika anda menghantar isyarat kepada kerajaan : Lihat sini, jika kamu buat perangai, kamu mungkin tidak akan dapat undi saya dalam pilihanraya akan datang, maka kerajaan akan kata: Lihatlah, rakyat mengundi menyokong kita. Kami dalam keadaan yang cukup baik.
Jika pengundi di Ijok terpengaruh dengan DURIAN RUNTUH yang ditaburkan dalam pilihanraya kecil iNI dalam bentuk projek pembangunan baru di kawasan tersebut, maka mereka harus menyalahkan diri mereka sendiri jika mereka (akhirnya) memilih kerajaan yang tidak baik. Jika anda mengundi (BN) kerana anda mendapat banyak wang atau kerana anda mendapat banyak projek, maka anda mungkin mendapat kerajaan yang tidak baik yang menggunakan wang untuk membeli undi anda.
Tentang para pengundi BN Tun menyambung:
Tentang para pengundi BN Tun menyambung:
Mereka tidak kisah sama ada ianya kerajaan yang baik atau tidak. Kami orang Barisan. Kami undi Barisan. Tiada penilaian, tiada kajian dibuat. Kami undi (Barisan) kerana kami mesti (berbuat demikian). Itu sebabnya saya kata, rakyat akan mendapat kerajaan yang dipilih mereka sendiri. Jika ada tidak berfikir (mengenai) apa yang anda hendak lakukan, anda tidak menggunakan undi anda secara bijak, maka tentulah, anda sendiri yang patut dipersalahkan (akhirnya).
Demikianlah pandangan Tun tentang Pilihanraya Kecil Ijok ini, ringkasnya bagi saya apa yang dimaksudkan oleh Tun sudah tiba masanya rakyat menghantar isyarat kepada kerajaan BN yang selama-lama merasakan besar kepala sehingga tidak peduli akan kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara.
Saya melihat dalam hal ini Tun mengesyorkan agar rakyat di Ijok mengundi Tan Sri Khalid dan tidak calon BN.
Jadi bagaimana pengundi Ijok? Jika anda masih kagum dan hormati Tun Dr Mahathir maka layaklah anda mengikuti nasihatnya dan memberikan undi kepada Tan Sri pada hari Sabtu ini. Terima kasih Tun.
No comments:
Post a Comment