Saturday, April 07, 2007

Ayuh kita berpesta bersama KJ

Bahang GP Malaysia 2007 semakin hangat. Pasukan-pasukan F1 yang bertarung kini telah pun berkampung di KL. Suasana malam di KL juga semakin hangat.

Baru-baru ini di Bintang Walk TAG Heuer jenama jam dunia yang digunakan oleh pemandu F1 telah menganjurkan TAG Heuer Ignites GP Party. Majlis ini diadakan sempena meraikan kerjasama TAG Heuer dan Vodafone Mc Laren Mercedes serta memperkenalkan pemandu baru pasukan F1 ini iaitu Lewis Hamilton.

Artis-artis dan celibrity dunia dan tempatan berada dimajlis gilang-gemilang itutermasuklah Menteri Sukan Azalina Othman dan tidak ketinggalan Naib Ketua Pemuda Umno yang juga menantu PM iaitu Khairy Jamaluddin.






Saksikanlah betapa hebatnya majlis ini dan betapa cantik-moleknya gadis-gadis yang turut hadir menyerikannya.






Lupa sebentar kita akan kerja-kerja rasmi serta perjuangan agenda politik termasuklah jihad ekonomi, memartabatkan agama bangsa dan negara serta Islam Hadhari. Lets party!




Meminjam kata-kata Wak Mustar dalam Panglima Bujang Lapok:
Ini bukan cubaan ini betul-betul!
Ini bukan fitnah ini betul-betul!

No comments: