Saturday, April 07, 2007

Cheng Beng turut dirayakan masyarakat Islam di Negara Cina

Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz rasa saya adalah ulamak pertama di rantau ini yang meraikan Tahun Baru Cina atas sifatnya sebagai Menteri Besar dan pemimpin tertinggi PAS. Beliau menyatakan bahawa perayaan ini adalah sebahagian dari adat kaum Cina yang tidak ada kena mengena dengan ritual atau amalan keagamaan.

Sejak 1990 apabila beliau menjadi MB Kelantan sehinggalah kini Tuan Guru dan para EXCO serta wakil-wakil rakyatnya meraikan majlis sambutan tahunan yang terbesar bagi kaum Cina di Kelantan ini setiap tahun.


Sesungguhnya adat dan budaya kaum Cina berkurun-kurun usianya malah Tamaddun Cina wujud sebelum kedatangan Islam itu sendiri. Kerana itulah Tuan Guru sentiasa mengingatkan masyarakat Islam yang sekiranya kita mahu memahami adat dan budaya Cina kita harus melihat saudara-saudara Islam kita di sana, yang telah menerima Islam jauh sebelum umat Melayu menerimanya.

Di bawah ini saya sertakan gambar yang diambil dari akhbar The Star bertarikh 6 April 2007. Sekumpulan keluarga Islam warga Cina di Beijing kelihatan menziarahi pusara kaum keluarga mereka di sana. Menziarahi pusara adalah amalan biasa dikalangan umat Islam tetapi yang ini diadakan bersempena Perayaan CHENG BENG yang dirayakan pada 5 April oleh semua keturunan Cina tanpa mengira agama di seluruh dunia.






Apakah CHENG BENG itu? Menurut seorang penulis tempatan keturunan Cina:

One of such major events that marks the Chinese Calendar is CHENG BENG the day to honour the departed ancestors and immediate family members.

Satu persitiwa besar dalam Kalendar Kaum Cina adalah CHENG BENG iaitu hari mengingati dan menghormati keturunan dan kuam keluarga yang telah meninggal
dunia

Jelas masyarakat Islam di Negara Cina terus mengamalkan budaya ini namun telah menyesuaikannya dengan amalan Islam, kalau yang bukan Islam meraikannya dengan membakar colok dan membawa makanan untuk dipersembahkan kepada roh yang telah pergi, saudara-saudara kita di sana bertahlil dan berdoa untuk kesejahteraan yang telah pergi.

Hebatnya Islam ini!

No comments: