Monday, April 02, 2007

Parti Gerakan minta Mufti Perak dipecat

Kita selalu mendengar segelintir masyarakat bukan Islam sering merungut bahawa konon-kononnya ada usaha untuk memaksa mereka tunduk kepada pertauran dan hukum syarak. Bagi mereka menurut perlembagaan negara hak mereka sebagai bukan Islam terjamin dan dilindungi.

Memang undang-undang tertinggi negara memberikan jaminan tersebut dan sejak zaman berzaman ianya tidak pernah menjadi bahan pertikaian pun. Namun sejak akhir-akhir ini yang ketaranya adalah sesetengah masyarakat bukan Islam sendiri yang cuba dan berani melangkah masuk dan membicarakan berkenaan hak masyarakat Islam yang mana selama ini tidak pernah mereka campuri.


Contoh terbaru salah satu resolusi Konvensyen Parti Gerakan Wilayah Persekutuan baru-baru ini menuntut supaya Mufti Perak dilucutkan dari jawatannya!

Kononnya ini kerana Mufti tersebut telah terlibat dalam menyibarkan SMS palsu berkenaan dengan isu murtad yang melibatkan Datuk Azhar Mansor satu ketika dahulu.

Sepanjang sejarah saya tidak pernah mendengar mana-mana individu atau badan Islam yang berani menyuarakan tuntutan sedemkian terhadap mana-mana Mufti di negara ini. Sesungguhnya kuasa melantik Mufti terletak di bawah bidangkuasa Raja-raja Melayu dan YDP Agong bagi Wilayah Persekutuan. Kerana itu walaupun ada dalam kes-kes tertentu umat Islam tidak senang atau selesa dengan Mufti emreka namun tidaklah sampai keperingkat menuntut agar ia dipecat!


Gerakan hari ini adalah sebuah parti yang didominasi oleh masyarakat bukan Islam walaupun ia konon-kononnya cuba menggambarkan yang ia sebuah parti berbilang kaum. Bagi saya tindakan Gerakan WP ini adalah satu tindakan biadap dan cuba campurtangan dalam urusan masyarakat Islam dan kuasa DYMM Tuanku Sultan Perak.

Kalau Gerakan benar-benar menghargai keharmonian kaum dan toleransi agama mereka sepatutnya sedar bahawa tindakan mencabar institusi agama di negara ini khasnya dari mereka yang tidak mencerminkan mewakili masyarakat Islam sangat merbahaya dan boleh membunuh keharmonian dan toleransi itu yang sekian lama dibina. Pimpinan BN perlu bertanggungjawab atas tindakan anggota komponan mereka ini.

Bagi saya Gerakan perlu menarik balik resolusi itu dan memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Islam dan DYMM Sultan Perak yang telah melantik Datuk Seri Harussani Zakaria. Jangan kita mendiamkan tindakan jahat ini kerana ianya sudah sampai keperingkat mencabar kewibawaan dan jati diri umat Islam di negara ini.

Jika tidak ada apa-apa tindakan yang diambil saya menasihatkan seluruh kita agar berpakat meminta seluruh umat Islam tidak kira fahaman politik agar menolak semua calon-calon Gerakan dalam Pilihanaraya Umum akan datang jika tidak kita dikira bersekomgkol dengan resolusi yang sungguh biadap ini.

No comments: