Machap dicemari Briged Pengganas MIC
Proses penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN N8 Machap, Melaka telah pun selesai semalam. Sebagaimana dijangka pilihanraya kecil itu menyaksikan pertandingan dua penjuru iaitu antara calon BN Lai Meng Chong, 56 tahun dan calon DAP Liou Chen Kuang, 32 tahun.
Pengundi di kawasan Machap dijangka keluar mengundi pada hari Khamis 12 April nanti.
Walaubagaimanapun suasana ceria Hari Penamaan Calon semalam tercemar apabila berlaku satu insiden ganas sejurus selepas selesai proses penamaan calon. Dua orang penyokong DAP berketurunan India telah dibelasah oleh sekumpulan pemuda India lengkap berpakaian BRIGED MIC. Kejadian tegang itu turut menyaksikan dua orang jurukamera akhbar tempatan dikasari oleh pimpinan parti India itu.
Gambar: Malaysiakini
Menurut Utusan Malaysia Ketua Polis Melaka SACI Datuk Ayob Yaakbo menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku apabila para penyokong DAP melaungkan kata-kata:
Undur Samy, undur Samy
Ketika proses penamaan calon di Komplek Japerun Bukit Bulat, Machap.
Kerana kononnya marah dengan kata-kata yang dilemparkan itu BRIGED MIC itu telah menyerang mangsa dengan batang kayu tajam (batang bendera MIC) serta batu-bata! Mangsa yang mengalami kecederaan adalah K. Kannis 42 tahun dan A. Vijayan 24 tahun.
50 tahun Merdeka kita masih lagi menyaksikan ada rakyat Malaysia yang menyelesaikan ketidakpuasan hati mereka dengan cara hutan-rimba, iaitu memukul dan membelasah orang lain. Adalah menjadi lumrah dalam mana-mana perhimpunan semasa Hari Penamaan Calon samada ketika Pilihnaraya Umum atau Pilihanraya Kecil, untuk para penyokong parti-parti yang bertanding berhimpun dan melaungkan slogan masing-masing. Ejek-mengejek dan cabar-mencabar antara pasukan yang bertanding, sudah menjadi kebiasaan dan seringkali selepas pengisytiharan calon dibuat semua pihak akan bersurai dan melupakan segala-galanya.
Tetapi jika MIC tidak dapat menerima amalan seperti ini dan menganggap pekikan: UNDUR SAMY, UNDUR SAMY itu sebagai menghasut dan terlalu OFFENSIVE maka jelaslah MIC tidak matang dan dewasa sebagaimana matang dan dewasanya negra yang telah setengah abad Merdeka ini.
Apa istimewa sangat Samy Vellu (kalau itulah Samy yang dimaksudkan) sehingga menyuruh dia undur pun menjadi satu penghinaan dan kesalahan! Dans ejak bilakah BRIGED MIC ini diberi kuasa memukul dan mebelasah orang? Adakah BRIGED PELAMPAU ini memang ditubuhkan untuk memukul dan membelasah orang?
Sehubungan dengan itu Ketua Penerangan Umno Tan Sri Mat Taib dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata:
Saya menganggap perbuatan menyorak pemimpin dan menimbulkan huru-hara sehingga menimbulkan provokasi terhadap penyokong MIC itu merupakan tindakan kurang sopan.
Apakah agaknya kandungan sorakkan 10,000 lebih (yang dilaporkan Utusan) penyokong BN semalam? Semua berselawat dan bertasbih atau menyanyikan lagu-lagu patriotik atau apa? Sopan sangatkah penyokong-penyokong BN semalam?
Bagi saya tindakan memukul dan membelasah itu bukan lagi tindakan kurang sopan tetapi satu kejadian jenayah dan mereka yang terbabit mesti dihukum kerana mencetuskan kecederaan, ketegangan dan huru-hara. Jika inilah sikap BRIGED MIC mereka juga patut dipantau atau lebih baik lagi dihalau sahaja dari Machap kerana jelas mereka bukan ke sana untuk mendokong demokrasi tetapi menjaja kejahatan dan keganasan.
No comments:
Post a Comment