Keputusan tidak resmi: K. Parthiban mewakili BN dari parti MIC menang di Ijok.
Menurut keputusan awal sebahagian besar pengundi Melayu yang dalam pilihanraya umum 2004 lalu mengundi PKR kini beralih kembali kepada MIC (BN).
Saya secara peribadi terlalu keciwa dengan keputusan ini, yang saya rasakan satu petunjuk betapa minda orang Melayu telah berjaya dicanai dan dibentuk menurut dan taat pada kemahuan dan kehendak Umno BN.
Sekali lagi saya mengulangi bahawa pilihanraya kecil merupakan yang terkotor dalam sejarah Malaysia Merdeka. Saya melihat dengan mata kepala sendiri betapa para [erayu undi BN yang rata-rata terdiri dari pemuda Melayud engan angkuh dan sombong terpekik-terlolong dan secara terang-terangan menendang kereta-kereta yang membawa poster atau bendera PKR. Ada diantaranya secara berani mencabut bendera PKR yang dikibarkan oleh kereta yang lalu-lalang lalu memijak-mijaknya.
perubatan PKR dan PAS
Semua ini yang sedihnya berlaku di hadapan anggota polis yang bertugas.
Ternayta pihak polis seolah berlepas tangan dalam menghadapi intimidasi dan sikap kurang ajar para penyokong BN khasnya dari Umno terhadap penyokong BA.
Saya sempat mendengar cerita dari 3 dari 5 orang Pemuda PAS yang telah dibelasah, seorangnya hampir separuh mati (kini di ICU Hospital Sg Buloh) awal pagi tadi oleh petugas Umno di hadapan Rumah Umno Kelang di Simpang Tiga Ijok. Menurut mereka, sebilangan besar petugas Umno ini telah menyerbu dan membelasah mereka dengan kayu dan besi dan yang paling parah telah dipijak dan disepak bagaikan binatang.
Yang sidehnya menurut mereka tindakan biadap penyokong Umno Kelang ini terus berlaku walaupun setelah pihak polis sampai!
Saya difahamkan Naib Presdien PAS yang juag merupakan Pesuruhjaya PA Selangor Dato Dr Hasan Ali akan mengetuai rombongan bertemnu Ketua Polsi Negara bagi menyatakan kekesalan pihak PAS terhadap kegagalan pihak polis menagwal keadaand an keselamatan para petugas parti semasa pilihanraya kecil ini.
Kepada para petugas BN khasnya dari Umno yang bermati-matian berhempas-pulas memenangkan K. Parthiban, syabas diucapkan. Khutbah Jumaat di Ijok pun memaksa khatib menyarankan bahawa harus memilih pemimpin yang bukan Islam kerana menghormati kontrak sosial.

Maka akan berpesta dan kendurilah para petugas BN bersama K.Parthiban. Mungkin demi kontrak sosial yang didokong itu, bolehlah Parthiban mengetuai tahlil doa selamat dan diaminkan oleh Khir Toyo dan anak-anak buahnyanya.Sebuah kain rentang di Ijok berbunyi:
Putera Umno mendoakan kejayaan calon BN
Amin Ya Rabbal Alamin
Putera Umno mendoakan kejayaan calon BN
Amin Ya Rabbal Alamin
No comments:
Post a Comment