Berikan keutamaan kepada mereka yang lebih perlu
Menteri Pertahanan semalam mengumumkan kenaikkan elaun sebanyak 33 peratus bagi Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia PSS ATM. Kenaikan berkuakuasa 1 Mac itu akan melibatkan 45,755 sukarelawan dan kerajaan dijangka akan menanggung kos perbelanjaan tambahan sebanyak RM11.4 juta setahun.
Kali trerakhir semakan dibuat terhadap Elaun Latihan Tempatan atau ELT ini adalah kira-kira 7 tahun lepas iaitu pada tahun 2000.
Saya nampak kewajaran menaikkan elaun ini kerana kita berhadapan dengan kenaikan kos hidup yang sangat berat dan membebankan terutama bagi rakyat kebanyakkan. Cuma solanya kerajaan perlu meletakkan dan meyusun keutamaannya menurut keperluan dan tahap bebanan hidup menurut kelas. Saya mengira yang harus diberi keutamaan disaat ini adalah kakitangan awam, dan tambahan bantuan kebajikan yang disalurkan kepada rakyat termiskin dan mereka yang kurang uapaya.
Kerana bagi saya sebahagian besar dari anggota PSS ini adalah mereka yang bekerja kecuali mungkin pelajar-pelajar di IPTA. Saya tidak bermaksud mereka tidak layak untuk menerima elaun ini atau kenaikan yang diumumkan itu, tetapi di luar sana ramai lagi yang lebih memerlukan.
Tindak perlulah kita mengambil POLITICAL MILEAGE dari pengumuman ini kerana kebetulan kita Menteri Pertahanan. Realitinya rakyat sedang menanggung derita, jangan kita bermain politik atas penderitaan mereka itu. Saya menyokong penuh ELT ini dinaikkan tetapi naikkanlah selepas tuntutan yang lebih utama diselesai dan diatasi terlebih dahulu.

No comments:
Post a Comment