Monday, July 31, 2006

Ini idea saya bukan orang lain: Dollah

Saya merasakan yang kritikan dan serangan Tun Dr Mahathir terhadap Dollah Badawi kini sudah mula meninggalkan kesan terhadap beliau.

Dollah saya perhatikan kelihatan terganggu dengan siri-siri kritikan dan serangan Tun itu sehingga terbawa-bawa dalam ucapannya.



Semalam semasa berucap di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai dalam rangka lawatan seharinya ke Johor Dollah telah mengumumkan darihal projek Pembangunan Wilayah Selatan Johor (SJER) yang menurutnya akan meletakkan negeri ini di peta dunia sebagai wilayah metropolitan, setanding Hong Kong dan Shenzhen di China.

Kata Dollah:

Semasa saya merangka Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi Misi Nasional, ini (SJER) antara cadangan yang telah saya kemukakan.

Ini cadangan saya, bukan orang lain yang beri idea ini. Idea ini idea saya iaitu untuk memperkasakan pembangunan, pembangunan yang boleh menjadi pemacu pembangunan negara kita ini supaya nanti dapat kita mencapai matlamat Wawasan 2020.

Maaf tetapi saya tidak pernah mendengar ucapan mana-mana PM sebelum ini yang mengaku bahawa satu-satu projek atau cadangan itu adalah cetusan ideanya sendiri. Orang lain yang menganggap demikian ada, tetapi tuan punya badan sendiri yang mengaku, seingat saya tak pernah pun didengari.

Mengapa Dollah perlu isytihar pada orang ramai bahawa projek SJER itu ideanya sendiri? Mengapa tidak cukup sekadar memaklumkan bahwa ia idea kerajaan sebagaimana biasa?

Pasti beliau terdesak berbuat demikian selaku raksi terhadap tuduhan Tun bahawa beliau selama ini seorang PM yang lemah dan banyak bergantung kepada bantuan dan input menantunya Khairy Jamaluddin. Oleh itu Dollah telah memilih untuk mengambil pendekatan pre emptive dan terpaksa mengangkat dan menonjol dirinya dengan harapan selepas ini jangan tuduh beliau lemah, half past six dan no guts lagi.

Saya sendiri tak tahulah samada kita perlu bersimpati dengan Dollah ataupun menyorokkan wajah kita kerana malu melihatkan pemimpin nombor satu negara terpaksa angkat bakul naik lift?!

No comments: