Wednesday, July 26, 2006

Haramkan jangan sekadar hentikan



Demikianlah kenyataan PM Dollah Badawi yang terkandung dalam mukadepan akhbar THE STAR hari ini.

Menurut laporannya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di PWTC Dollah telah mengarahkan agar forum-forum anjuran Kumpulan Artikel 11 mestilah dihentikan serta-merta kerana ianya telah mencetuskan ketegangan dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama.

Kita bersyukur kerana PM mengeluarkan kenyataan sedemikian. Namun yang menjadi tanda-tanya kenapa beliau selaku PM dan Menteri Dalam Negeri masih tidak dapat mengeluarkan sesuatu tindakan khusus bagi menangani kumpulan ini dan isu jahat yang dibawa mereka itu jika benar kewujudan mereka itu merupakan suatu ancaman.

UTUSAN melaporkan Dollah sebagai berkata:

Hentilah (perbincangan agama), jangan buat apa-apa. Isu agama cukup sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu perkauman. Jika ia tidak dibendung, dikawal secara berhati-hati, akan lahir situasi tentangan di kalangan rakyat.

Jika perbincangan (agama) yang berjalan itu tidak dibendung, tidak dikawal dengan perasaan berhati-hati, maka apa yang berlaku ialah ketegangan antara rakyat yang menganuti agama berlainan.

Mengapa PM asyik mengulangi perkataan JIKA TIDAK DIBENDUNG? Siapakah yang berkuasa membendung aktiviti seumpama ini jika tidak beliau sendiri selaku Menteri Dalam Negeri?

Mengapa Dollah mengatakan yang penubuhan IFC itu beliau TANGGUHKAN (UTUSAN):

Yang meneruskan perdebatan agama itu ialah kumpulan yang mahukan IFC. Saya katakan IFC sangat sensitif.

Mengenai IFC, saya sendiri minta tangguh, jika tangguh ia tak perlu diadakan perbincangan lagi.

Bila dilaksanakan, inilah jadinya. Dulu tiada masalah, sekarang dah jadi masalah

Kalau belum pun dibenar tubuh dan mampu mencetuskan ketegangan dan keresahan penganut berbagai agama, maka apakah yang menghalang Dollah selaku menteri yang bertanggungjawab untuk bertindak?

Jangan kerana Nori yang melobi penubuhan IFC ini maka Dollah terhalang dari mengambil tindakan.

Malaysia memerlukan PM yang berani dan tegas, ini isu membabitkan maruah, nama baik dan harga diri agama dan aqidah kita, lalu apalagi yang Dollah tunggu-tunngu? Kita mengharapkan agar Dollah mendahulukan kepentingan agama dan negara mengatasi kepentingan yang lain-lain.

Haram dan batalkan sahaja Kumpulan 11 dan penubuhan IFC ini jika benar sebagaimana yang disebut oleh beliau dalam THE STAR di atas bahawa:

They are deemed to cause tension in our multi religious society.

No comments: