Tuesday, July 11, 2006

Menteri bertegas pub akan tutup jam 5 pagi

Saya tak pasti kalau saya tersalah dengar, tetapi insyallah mata dan telinga ini masih OK. Sebentar tadi telah terpacul wajah Menteri Pelancongan di kaca TV.

Buletin Utama TV3 melaporkan Tengku Adnan sebagai berkata bahawa beliau bertegas akan meneruskan usahanya bagi memberikan kebenaran kepada pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malam meneruskan operasinya sehingga jam 5 pagi.



Kata beliau ini dilakukan semata-mata untuk negara, untuk menjana ekonomi, dan beliau akan lakukan apa sahaja demi kepentingan negara.

Katanya tempat-tempat yang dimaksudkan beliau adalah pub ataupun kelab-kelab malam yang aktiviti utamanya biasanya menyajikan arak dan hiburan ringan. Kata beliau lagi bagi kebanyakkan pelancong meminum arak di pub seumpama ini macam minum air sahaja.

Syabas demikianlah wawasan seorang Mentreri Islam dalam kabinet Islam Hadhari pimpinan PM Dollah Badawi.

Sebagaimaan dinyatakan oleh salah seorang pengunjung BLOG ini di ruangan komen, kalau dah HARAM tu jangankan 12 jam ataupun 24 jam 1 minit pun tetap HARAM juga. Tapi tak mengapalah yang pentingnya ekonomi negara dapat dijana dan rakyat dapat hidup makmur!

Agaknya Menteri berkenaan akur dengan pendedahan Mufti Perak baru-baru ini, kalau orang Melayu sahaja berbelanja RM1 billion setahun untuk arak, bayangkan pelancong asing yang meminum arak macam air sebagaimana kata Pak Menteri yang bijaksana tu, pasti maju Malaysia Tuan!

No comments: