Tun Dr Mahathir pembohong?
Akhbar-akhbar tempatan hari ini sarat dipenuhi dengan pendedahan kerajaan yang menjawab isu-isu dan kritikkan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad khusus berkenaan pembatalan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.
Bagi saya segala dokumen yang di declassify serta ulasan-ulasan yang disertakan dalam akhbar-akhabr saluran perdana seolah cuba menafikan segala kritikan dan kemusykilan yang dibangkitkan oleh Tun. Dalam ertikata lain, bekas PM Malaysia itu (yang sebelum ini dibesar dan diagung-agungkan oleh ramai) sebenarnya telah mereka-reka cerita, membuat pertuduhan palsu dan lebih kritikal lagi telah berbohong kepada masyarakat ramai!
Demikianlah yang boleh disimpulkan apabila Brendan Pereira dari NST menulis:
EVERYONE can spout opinions, but there can be only one set of facts. The moment you veer from those facts, your assumptions are wrong, your views are skewed, and your protests hollow
Benarkah demikian, benarkah meleset dan tersasar jauh segala hujah yang dikemukakan oleh Tun itu?
Sedangkan Tun adalah bekas PM kita, arkitek kemakmuran dan kemajuan negara serta arkitek kepada Wawasan 2020, suatu agenda besar pembangunan negara, yang disambut dan dijulang oleh sebahagian besar rakyat apabila beliau PM dahulu.
Benarkah tokoh sedemikian rupa boleh mengambil kesempatan mahu membohongi rakyat, mahu memburuk serta menyerang kerajaan yang ada?
Saya sendiri hadir semasa Tun membuat pendedahan beliau di Kelab Century Paradise kira-kira tiga minggu dahulu (bermakna kerajaan Dollah Badawi mengambil masa lebih 21 hari untuk menjawab kritikkan Tun itu). Dalam hal ini saya tidak berhasrat menyebelahi mana-mana pihak, cuma bagi saya apabila seorang yang pernah menduduki kerusi nombor satu negara, tiba-tiba bertindak menyerang kerajaan yang beliau sendiri ketuai satu ketika dahulu, pasti di sana ada sesuatu yang tidak kena.
Saya rasa agak terganggu apabila dalam jawapan terhadap kritikkan Tun itu pihak kerajaan mendakwa bahaw Tun pernah berkata (THE STAR):
That the Singapore Government accepted Malaysias proposal to build a crooked bridge to replace the Malaysian side of the Johor Causeway.
Semasa majlis di Taman Melawati itu saya tidak ingat pun Tun pernah mendakwa sedemikian (rakamannya masih boleh diikuti di http://wtv8.tv/) Seingat saya apa yang Tun katat adalah:
Kenapa harus kita bertanya kepada Singapura untuk kita berbuat sesuatu dalam negara kita? Kalau kita bertanya kepada Singapura untuk mendapat kebenaran membuat sesuatu di dalam negara kita ini bermakna kita sudah tidak merdeka. Kita sudah tunduk kepada kuasa asing.
Saya ingat memang Tun ada menyebut tentang surat antara beliau dan Singapura tetapi kata Tun beliau menulis kepada Singapura bukannya untuk mendapatkan persetujuan atau memohon kebenaran mereka. Kata Tun:
Saya tulis surat surat kepada dia bukanlah nak minta kebenaran dari dia. Saya tulis surat kata awak tak nak buat jambatan yang lurus betul, kami akan buat di sebelah kami. Bukan minta kebenaran. Tidak. Cuma bagi tau kalau dia tak nak, kita buat juga.
Dan Tun menambah:
Tidak ada halangan daripada Singapura. Dan sebenarnya kita TELAH PUN BERSETUJU dalam KABINET, jambatan separuh ini ataupun jambatan bengkok akan dibina. Dan kerja-kerja awal telah pun dimula semasa saya masih PM lagi.
Kita telah tentukan dimana letaknya CIQ. Dan jalan dari jambatan itu terus ke CIQ. Semuanya ini telah dibuat, kita telah pun keluar program supaya dibuat CIQ ini di belah dalam sikit. Tak boleh tempat lama. Dan kita telah kelua rkontrak untuk membina jambatan ini.
Lalu saya agak musykil mengapa kini barulah mahu dibangkitkan pandangan Pejabat Peguam Negara (sebagaimana yang terkandung dalam penjelasan kerajaan itu). Apakah sewaktu Tun menjadi PM Jabatan Peguam Negara ini tidak wujud?
Oleh itu walaupun pihak kerajaan mengeluarkan berkajang-kajang hujah dan jawapan saya merasakan ianya (bagi mereka yang mengikuti dengan teliti polemik ini) gagal menangani kritikan yang dibuat oleh Tun malah sebenarnya jawapan hari ini cuba memesongkan fakta dan cuba dengan nakal menghalakan pula muncung meriam kearah Tun dengan cara yang tidak wajar, seolah Tun yang mereka sanjung satu ketika hari ini telah menjadi pembohong dan penipu besar.
Hairan bagaimana seorang seperti Pereira boleh bebas mengecap Tun, ADI JAGAT dan WIRA BANGSA MELAYU itu (bukankah itu antara gelaran yang diberikan kepada Tun oleh Umno semasa beliau berkuasa dahulu) sebagai seorang yang tersasar dari fakta, memiliki pandagan yang salah, menyeleweng, ringkasnya pembohong!
Saya harapkan semua akhbar saluran perdana yang sama akan menyiarkan pula penjelasan Tun apabila beliau mengeluarkan kenyataan balasnya nati.
No comments:
Post a Comment