Tiada kebebasan bersuara di Dewan Negara
Selama ini parti-parti pembangkang acap kali membangkitkan isu yang sama. Majoriti luar biasa parti pemerintah biasanya mendorong mereka untuk menafikan hak wakil-wakil rakyat khasnya dari pembangkang untuk bersuara. Kerana itu walaupun isunya penting dan mewakili kepentingan rakyat namun lantaran keenganan memberika ruang, biasanya usul ataupun cadangan wakil-wakil rakyat ini ditolak mentah-mentah begitu sahaja.
Selain majoriti di atas sikap Yang Dipertua dan Speaker-speaker Dewan juga rata-rata tidak membantu. Saya pernah hadir dalam satu persidangan DUN di Selangor selepas pilihanraya umum 1999 dahlu. Ketika itu PAS memiliki 4 kerusi diketuai Dato Dr Hasan Ali, Keadilan 1 dan DAP1.
Dalam satu insiden Spekaer DUN yang juga Pengerusi Tetap Umno itu telah memperli ahli-ahli pembangkang apabila mereka bertindak keluar dewan sebagai protes terhadap perjalanan dewan ketika itu, lalu Onn Ismail (selaku Spekaer) berkata:
Baguslah tak ada pembangkang lagi bagus!
Beginikah sikap seorang Speaker sepatutnya?
Dalam akhbar NST hari ini didedahkan darihal pengalaman pemimpin Gerakan, Senator Rhina Bhar di Dewan Negara semalam ketika membahaskan rang undang-undang profesyen guaman (pindaan) 2006.
Ketika berusaha bertalu-talu untuk memohon jawaban dari Timbalan Menteri berkenaan yang juga Presdien PPP M.Kayveas, Yang Dipertua Dewan Negara Hamid Pawanteh telah menegur beliau dan apabila keadaan ini berlanjutan Hamid tekah berkata:
We have been tolerant with you, I even allowed you to speak in English. I will throw you out.
Saya begitu bertolak-ansur dengan anda, malah membenarkan anda berhujah dana bahasa Inggeris, (jika berterusan) saya akan halau awak keluar.
Rhina menurut laporan tergamam dengan sikap keras Hamid itu lalu beliau dilaporkan NST kelihatan sebak dan telah keluar meninggalkan dewan tidak berapa lama kemudian. Rhina dilaporkan telah berkata kepada pemberita:
I spoke for two hours. He (Kayveas) never answered my questions. The President knows I know too much. There is discrimination.
I had prepared for so long and to be stopped like this was just too much.
Saya bercakap selama 2 jam. Dia (Kayveas) langsung tidak menjawab soalan-soalan saya. Yang Dipertua tahu bahawa saya mengetahu terlalu banyak. Ini adalah diskriminasi.
Saya sudah menyediakan ini (hujah) sekian lama dan untuk diberhentikan sedemikian rupa adalah keterlaluan.
Untuk makluman Rhina demikianlah juga perasaan wakil-wakil pembangkang di Parlimen dan DUN-DUN. Mungkin Rhina boleh mempelopori satu usaha bagi memperbetulkan peranan dan sikap sebenar Yang Dipertua dan Speaker-speaker dewan supaya ia benar-benar mencerminkan taraf dunia pertama yang mahu kita kejar-kejar itu.
Membaca laporan NST ini mengingatkan saya kepada pengalaman ADUN Sekinchan Selangor dari DAP YB Ng Swee Lim (tinggal seorang pembangkang setelah seorang lagi iaitu YB Teng dari Sg Pinang telah digantung keahliannya oleh dewan) baru-baru ini apabila sidang DUN Selangor bersidang hanya selama 2 jam setengah (iaitu tempoh yang terpendek dalam sejarah) sehingga Ng tidak berpeluang mengemukakan hujah dan persoalan mewakili rakyat di kawasannya.
Kalau beginilah keadannya badan perundangan tertinggi negara dan negeri-negeri, maka sia-sialah amalan demokrasi dan hak kebebasan bersuara yang kita anuti dan lakarkan dalam perlembagaan kita.
No comments:
Post a Comment