Monday, July 24, 2006

Pak Lah terima MAKLUMAT palsu

Tak selesai lagi bab cadangan Komplek Sukan di Brickendonbury, London.

Kalau kita masih ingat minggu lepas PM Dolla Badawi mengumumkan bahawa projek tersebut terpaksa dibatalkan kerana kerajaan menerima MAKLUMAT bahawa pihak berkuasa tempatan di London tidak mengizinkan pembinaannya. Kata Dollah:

Kalau itu jadi masalahnya (bantahan PBT London), jadi macam mana nak membina kemudahan yang RM400 juta lebih nilainya.



Oleh itu fahamlah kita bahawa PM barangkali telah dimaklumkan oleh saluran kerajaan sendiri bahawa pihak PBT London tidak dapat memberi lampu hijau. Jika tidak masakan PM boleh umumkannya secara terbuka kepada seluruh negara (termasuk dunia) perkara itu.



Akan tetapi bila terbaca NST hari ini, saya sungguh bersimpati dengan Dollah, kerana rupanya MAKLUMAT yang beliau terima itu tidak tepat dan palsu. Menurut NST:

Meanwhile, Shahriman Johari reports from London that local council officials have not received any request to build a sports training centre for Malaysian athletes in Brickendonbury.We havent received an application, Lorraine Kirk, a senior communications officer for the East Herts Council, told the New Straits Times. .Any planning application will be dealt in line with current legislation and planning procedure, said East Herts Councils leader, Tony Jackson.

Sementara itu, Shahriman Johari melaporkan dari London bahawa para pegawai PBT di sana tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk membina pusat latihan sukan untuk para atlet Malaysia di Brikendonbury.

Kami tidak menerima sebarang permohonan kata Lorraine Kirk seorang pegawai komunikasi untuk PBT East Herts kepada NST.

Sebarang permohonan akan ditangani menurut prosedur perancangan dan perundangan yang ada, kata Tony Jackson pemimpin PBT East Herts

Siapakah yang telah memberi MAKLUMAT palsu kepada PM itu? Mungkinkah ada usaha jahat untuk memburukkan PM sendiri dengan membiarkan beliau membuat kenyataan yang tidak tepat lalu mengesahkan tanggapan setengah-setengah pihak bahawa beliau memimpin kerajaan yang HALF PAST SIX?

No comments: