Monday, July 24, 2006

Perkembangan positif ke arah memporak-perandakan Islam

Akhirnya berjaya juga Kumpulan Artikel 11 menganjurkan forumnya yang kononnya menurut salah seorang pendokongnya Dr Shad Saleem Faruqi (Penasihat Undang-undang UITM) merupakan satu langkah ke hadapan bagi demokrasi di Malaysia.

Forum Kumpulan yang menggabungkan beberapa NGO termasuklah Sisters in Islam, HAKAM, Women Aid Organaisation, Majlis Peguam dan All Womens Actions Society itu telah diadakan di Hotel Selesa, Johor Bharu yang telah membincangkan tajuk :Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan untuk semua.Ianya bermaksud membincangkan isu-isu undang-undang berhubung hak asasi rakyat Malaysia yang melewati batasan agama, kaum, budaya dan jantina.



Artikel 11 ditubuhkan sempena mengambil nama yang sama iaitu yang merupakan dalam Perlembagaan Persektuan yang menjamin hak kebebasan beragama.

Penganjuran forum di JB ini telah mendapat bantahan dari masyarakat Islam termasuklah dari pihak Umno dan PAS Johor yang menganggap majlis ini sebagai mencabar kedudukan Islam dalam perlembagaan. Sejak akhir-akhir ini beberapa kes yang dibawa dan dibicarakan di mahkamah banyak melibatkan kes-kes yang mencabar ke Islaman seseorang baik yang hidup mahupun yang telah mati.

Yang sedang menunggu keputusan di mahkamah contohnya adalah kes seorang wanita Melayu, Lina Joy yang memohon untuk menggugurkan Islam dari kad pengenalannya atas alasan beliau telah pun memeluk Kristian setelah berkahwin dengan seorang lelaki Krisitian. Sebelum ini kes yang melibatkan Aishah Bokhari dan Allahyarham Sarjan Moorthy turut merimas dan merisaukan umat Islam.

Bagi umat Islam agama mengajar kita bahawa tidak ada paksaan terhadap mana-mana individu untuk menerima atau menolak Islam. Walaubagaimanapun Islam melarang umatnya meninggalkan atau keluar dari agama setelah menerima Islam. Tindakan murtad ini merupakan penghinaan terhadap Islam dan suatu jenayah syariah yang serius.

Masyarakat bukan Islam termasuklah individu Muslim yang kabur dan songsang seperti Shad, Malik Imtiaz dan SIS tidak berhak berbincang perkara ini kerana hukumnya jelas dan tidak ada apa-apa peruntukkan undang-undang dunia termasuklah berkenaan hak asasi manusia dahulu, kini dan selama-lamanya yang memiliki hak untuk meminda undang-undang dan hukum Allah ini.

Mengapa mahu berbincang soal yang sangat sensitif bagi umat Islam ini?

Bagi saya tidak ada lain tujuan kumpulan ekstrimis ini selain berbincang untuk mencari peluang dan alasan bagaimana undang-undang buatan manusia ini dapat diolah, diuli dan digunakan untuk memberi hak kepada mana-mana masyarakat yang Islam yang ingin murtad!

Kerja merobek dan melanggar sensitiviti umat Islam ini sudah tentulah satu kerja yang pasti mencetuskan ketegangan dan huru-hara jika dibiarkan dan diberi muka.
Saya merasakan sudah tiba masanya untuk kerajaan Malaysia bertegas dalam hal ini melainkan kerajaan mahu dilihat sebagai penyokong dan pemberi simpati kepada kumpulan songsang ini.

Adapun bantahan Umno dan PAS Johor itu berasas kerana kita tidak mahu agama ini dilihat sebagai suatu ajaran yang mengekang dan membelakangkan hak asasi sehingga perlu ia dibincangkan oleh golongan yang tidak ada AUTHIORITY di dalamnya.

Mengapa kita membela golonga ini, sedangkan yang perlu dibela dan dipertahankan itu adalah Islam, agama rasmi Negara.

MB Johor dipetik oleh UTUSAN sebagai berkata:

Saya berharap tidak ada pihak yang mahu mengambil kesempatan dengan mencetuskan sebarang bentuk perbincangan umum dengan berselindung dengan tajuk kebebsan beragama.

Biar saya ingatkan bahawa jangan ada mana-mana pihak yang mahu mempersoalakn Islam sebagai agama rasmi di Malaysia kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Islam bukannya tidak terbuka. Islam bukannya menyekat hak kebebasan dikalangan rakyatnya. Namun demikian ada beberapa perkara pokok yang melibatkan Islam khasnya dalam kes ini aqidah dan pegangan peganutnya yang tidak boleh dijual-beli oleh mana-mana pihak melainkan tindakan itu mencabar dan menghina kesucian Islam.

Menurut laporan, forum kumpulan RECALCITRANT itu telah dihadiri oleh 200 orang (angka THE STAR) manakala seramai 500 orang umat Islam telah berdemonstrasi di luar hotel itu diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Johor Dato Dr Mahfodz Mohammad. Atas bantahan umat Islam itu akhirnya forum tersebut ditamatkan beberapa jam lebih awal dari jadual.

Akhirnya sekadar untuk renungan kita semua akhbar THE STAR melaporkan bebera[a tokoh MCA sebagai berkata:

KETUA PEMUDA MCA Dr Wee Ka Siong – Saya MCA gembira kerana majlis itu berjalan lancer. Ini merupakan satu tanda yang sangat positif.

NAIB PENGERUSI PEMUDA MCA KOTA MELAKA Wong Nai Chee – Forum ini merupakan perkembangan positif dimana rakyat tidak disekat dari berkongsi dan mengutarakan pandangan mereka.

Bola sekarang berada di kaki pemimpin Negara yang diterajui oleh Umno.

No comments: